ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
VIDEO- SAMSENG MACAM KETUA DEWAN ULAMA PAS DR MAHFODZ TIADA HAK HALAU SAYA KELUAR PARTI - HUSAM | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Saturday 14 November 2015

VIDEO- SAMSENG MACAM KETUA DEWAN ULAMA PAS DR MAHFODZ TIADA HAK HALAU SAYA KELUAR PARTI - HUSAM

 

Husam sekali lagi menelanjangkan kepincangan Kerajaan Negeri PAS dan kepimpinan PAS termasuk pimpinan parti .Bekas Naib Presiden PAS yang juga ADUN Salur secara terbuka menempelak Ketua Dewan Ulama PAS Dr Mahfodz dengan menggelar nya sebagai samseng yang cuba menunjukkann beliau keluar dari parti PAS.

Sepertimana yang dijangkakan Husam tetap bertegas tidak akan keluar parti dan terus istiqamah kepada perjuangan.Kelantangan beliau yang dipendam sekian lama.

Hampir dua tahun setengah menyimpan segala yang terbuku di hati dan mengharapkan ada perubahan namun tidak mahu parti PAS yang didokongnya terus terkeluar dari landasan perjuangan.

Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa menegaskan beliau sama sekali tidak akan keluar daripada perjuangan parti itu.

Program Dialog "Demo tanyo Ambo Jawab"yang berlangsung di Kota Bharu adalah platform beliau menjelaskan persoalan yang bermain dikalangan pemerhati serta penyokong politik PAS yang mahukan pencerahan atas tindak tanduk beliau yang lantang mengkritik Kerajaan Negeri Kelantan dan kepimpinan tertinggi PAS termasuk Presiden Parti Pas Tuan Guru Haji Hadi Awang.

Parti PAS bukan milik individu,ianya milik semua dan tiada sesiapa berhak mengarahkan beliau keluar parti dan beliau tetap didalam kapal besar PAS selagi ianya tidak karam.

Ketua Dewan Ulama PAS.Dr Mahfodz tidak mempunyai hak menghalaunya keluar parti PAS kerana PAS bukan Dewan Ulama sahaja tetapi milik semua.

""Ini serupa macam orang lain, macam orang samseng juga. Awak siapa? Kalau dia (Mahfodz) jawab, ana (saya) ketua Dewan Ulama, ana (pula) ketua PAS kawasan Kubang Kerian," tegas Husam.

Sambil dengan sinis Husam menempelak Mahfodz walaupun memegang jawatan Ketua Dewan Ulama PAS namun selaku orang yang tewas dalam pilihanraya di kawasannya di Johor adalah janggal untuk menghalau Husam yan menang pilihanraya di DUN Salur apatah lagi sebagai Yang Di Pertua PAS Kubang Kerian.

Kemenangan 3 kali ADUN dan 1 kawasan Parlimen selain antara calon Melayu yang memperolehi undi majoriti terbanyak selepas Dr Mahathir sepatutnya membolehkan beliau yang menghalau Dr Mahfodz bukan sebaliknya.

Ketidakcekapan tadbir urus kawasan balak,gaji guru Yayasan Islam Kelantan Kelantan (YIK) yang tertunggak,kenaikan gaji ADUN antara isu yang mencuri perhatian rakyat yang dijelaskan dalam ceramah yang dihari hampir 2,000 orang .

Kritikan lantang gerakan mewujudkan kerjasama politk dengan UMNO yang dilakukan oleh Presiden PAS Haji Hadi Awang adalah kemuncak kepada apa yang beliau anggap sebagai teguran.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...