ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: October 2014

Tuesday 28 October 2014

Warkah Terbuka Buat Anwar Sebelum Ke Penjara Kesekiankalinya


Entah bagaimana saya harus mulakan kata-kata buat Dato'Seri cuma harapan saya Dato Seri sekeluarga sihat walafiat.Hari ini Dato Seri akan ke mahkamah lagi menghadapi tuduhan Liwat 2.Besar harapan saya sebesar seluar dalam Mustafa Ali yang Dato'Seri tak kan jemu turun naik mahkamah dan biarlah ini kali yang terakhir sebelum bergelar banduan buat kesekian kalinya.Jangan pula Dato Seri main sorok sorok dekat Kedutaan Turkey dan ponteng ke mahkamah.Surat MC Dato Seri pun tak laku rasanya..tak perlulah buat alasan sakit konek dan sebagainya kerana Dato Seri nampak segar bugar je sewaktu merempuh pagar Universiti Malaya malam semalam untuk menyampaikan pidato kepada Mahasewel-Mahasewel Universiti Malaya.

Dato'Seri.....

Saya tahu malam semalam merupakan malam yang paling pendek bagi Dato'Seri..siri Jelajah Rakyat Hakim Negara  berakhir di Universiti Malaya.Amanat terakhir kepada anak-anak muda yang mudah termakan air kahak Dato Seri walaupun bacin ianya seperti cendol mamak enak diminum takkala kehausan di tengah hari.Apa sahaja yang dimuntahkan oleh Dato Seri kepada mereka pasti ditelan oleh mereka dengan harapan menjadi si Badang yang bijak seperti Adam Adli dan  berani seperti Ali Abd Jalil yang lari ke Sweden.Itulah janji mereka kepada ibubapa di kampung menjadi mahasewel yang tahan lasak..kalau setakat dubur menjadi taruhan mereka apalah sangat kerana mereka sudah terlatih dengan aktiviti lasak seperti berguling-guling di atas jalan.

Dato'Seri.....

Di jalanan tidak sama dengan mahkamah.Hebat sekali Dato Seri berpidato di jalanan tak pelat langsung..kejantanan Dato'Seri terserlah bila berpidato apatah lagi bersama sotong-sotong  atau China Doll walaupun hanya #4cm..bengkok pulak tu..hadoy..!Semangat berkobar-kobar kerana dikelilingi lelaki Jambu tetapi malang sekali Dato Sei menikus bila di mahkamah.Dato'Seri memilih membela diri di kandang tertuduh tanpa boleh disoal oleh pendakwa raya.Keadilan hanya wujud dalam kamus Dato'Seri bila Dato'Seri menang kes saman tapi bagaimana pula dengan Saiful budak pembancuh kopi yang terpaksa memakai pamper akibat tusukan benda tumpul yang melawaskan stor kunyitnya.Dia tidak mampu lagi mencangkung seperti lelaki biasa kerana nafsu luar biasa Dato'Seri.

Dato'Seri.....

Sudah sudahlah Dato'Seri...6 tahun perbicaraan mahkamah untuk dubur Saiful dibicarakan.Keadilan bagaimanakah lagi yang Dato'Seri impikan kerana kes yang sudah tertangguh hampir 100 kali semenjak ianya mula dibicarakan.Peguam Dato Seri' adalah yang terhebat di Malaysia seperti Karpal Singh yang mati dengan keadaan mata terbeliak seakan ada sesuatu yang ingin beliau jelaskan tapi tak kesampaian.Harus diingat bahawa beliaulah yang menuduh Dato'Seri sebagai peliwat pada 22 october 1997 di Parlimen tetapi memilih menjadi ketua peguambela Dato'Seri.Seperti ada udang disebalik batu atau kondom disebalik tilam China Doll.Begitu juga pemimpin PAS waktu itu mengelar Dato'seri Al Juburi tetapi kini memilih mengangkat Dato'Seri sebagai pemimpin Pakatan Rakyat.Pelik bin ajaib

Dato'Seri.....

Rakyat Malaysia tidak boleh menerima pemimpin apatah lagi sebagai Perdana Menteri yang mempunyai begitu banyak rahsia aktiviti kegiatan seks.Musuh2 negara akan mengambil kesempatan diatas segalanya ini untuk memenuhi agenda mereka dan jika tidak rahsia Dato'Seri akan dibongkar.Nasib Malaysia bukan bahan dagangan jadi sebelum ini terjadi benarlah tindakan Tun Mahathir memecat Dato'Seri untuk kebaikan negara tercinta ini.

Dato'Seri.....

Saya tidak berniat mengundur diri kerana terlalu banyak ingin diperkatakan,saya bimbang juga disaman oleh Dato'Seri jika ianya diulang-ulang.Kebebasan media hanya untuk Dato'Seri tapi tidak bagi orang lain.Belum pernah saya mendengar Tun M menyaman akhbar atau mengugut wartawan serta pengamal media tetapi Dato'Seri begitu mesra dengan hashtag "U ulang I saman" menjadi kebanggaan ramai orang yang buta media.Anggaplah ini surat pertama saya buat Dato'Seri dan akan saya utuskankan lagi di media maya ini dan anggaplah surat ini yang terakhir sekiranya Dato'Seri menjadi banduan buat kali kesekiannya.Salam kedamaian di Penjara Sg Kajang bersama warga tembok batu..percayalah walaupun jasad Dato'Seri terpenjara dubur Saiful terus merdeka...














Tuesday 21 October 2014

Ku Relakan Burung Punai Ku Buat Gadis Dan Anjing 18SX


Retak seribu hatiku takkala melihatmu gadisku,bermesra bersama si dia.Si dia dibelai..disentuh,diusap sambil kau membelali rambutnya tanpa rasa malu.Dari raut wajahmu yang penuh keasyikan mendakapnya aku tahu kau bahagia sekali hingga lidahmu terjelir keluar begitu juga sidia.Kalaupun bukan diranjang rakusnya dirimu membakar kasih sayang insan melewati batasan.Aku juga bisa kau perlakukan seperti sidia asalkan kau mahu..aku juga mampu menjelirkan lidah yang basah ghairah walaupun akumenyedari kekurangan diri ini tanpa banyak bulu yang mampu membuat kau terdampar kepuasan.

Gadis dan Anjing..

Suka sekali aku mendengar lagu Gadis dan Bunga tapi akhir-akhir ini lagu Gadis dan Anjing berjaya mengungguli carta lagu kebebasan.Begitu juga Filem Gadis dan Anjing yang berjaya memecah punggung Melayu dibalik kebaya dan baju kurung.Tiket menyaksikanmu beraksi bersama anjing terlajak laris.Mukamu yang putih hatimu yang hitam menjadi siulan anak muda.Bukanlah mustahil suatu waktu nanti kau akan menjadi ikon Tudung Fareeedaa Berbulu Anjing yang bertingkat bulu menghiasi majalah Anjingku Anjingmu Jua,Mangga Di Makan Anjing,Nona Nona Anjing.Begitu juga di dada dada akhbar tabloid  seperti Keadilan Untuk Anjing.Jangan lupa pula untuk edisi ujibakat Akademi Fantasi Anjing musim depan..kau pasti mendapat undian terbanyak dari tauke-tauke anjing sambil pujian dari juri profesional Syed Azmie AlHabshi yang dikatakan bakal menerbitkan program realiti terbaru" Kalau Anjing Boleh Babi Pun Boleh".

Gadis dan Anjing...

Aku sedar siapa diriku sekarang bukan siapa-siapa dihatimu.Aku terbuang jauh ke dasar lautan budaya.Kau dipuncak kemasyuran Gunung Bulu Anjing..dari kejauhan kau menjelirkan lidahmu yang basah sambil menganjingkan aku.Aku rela bertemankan lautan adat resam cuma sebelum aku melambaikan salam perpisahan ingin sekali kuhadiahkanmu barang kesayanganku buat penemanmu sekiranya aku pergi nanti.Burung Punai kesayayanganku ini telah lama aku pelihara dengan penuh kasih sayang disangkar emas.Tidak pernah kubiarkan orang lain menyentuhnya kecuali aku.

Dengan rela hati aku ingin kuhadiahkan burung punai kesayanganku buat mu.Kau pasti tersenyum puas bila membelainya dengan penuh kasih sayang berbanding anjing itu.Burung Punaiku ini juga dahagakan kasih dan belaian manjamu..usapan dan belaianmu nanti akan lebih bererti buat peneman kegersanganmu.Jangan kau anggap hanya air liur anjing itu mampu membuatkan kau basah dengan kasih sayang..burung punai yang ingin kuberikan padamu juga bisa membasahkan kegersangan hatimu.Aku rela......



Saturday 18 October 2014

Cerita Terpilu Kejohanan Balapan & Padang SK Ulu Jempol


Setiap hujung tahun seperti kelaziman sukan menjadi menu wajib untuk dihidangkan di sekolah.Akhir-akhir ini kakak kerap pulang petang kerana bersukan dan bila sampai di muka pintu rumah,raut wajahnya ceria seakan menyembunyikan keletihan.Kakak tahu dia tidak boleh menunjukkan rasa letih jika tidak gegendang telinganya bisa tersumbat  mendengar leteran mama dan papa.

Semalam... 

Kakak ceria..pengkhabaran gembira buat papa dan mama membawa pulang dua pingat emas.Esok kak akan akan berlari lagi dalam beberapa acara.Kakak memang berbakat..tapi bakat sahaja tidak cukup jika tiada sokongan papa dan mama.Kakak minta papa dan mama datang ke sekolah meyaksikan betapa kakak mampu mengalahkan siapa sahaja di padang.Kakak pinta papa dan mama menghiasi rumah sukannya agar kelihatan ceria dengan belon-belon kuning dan replika bunga matahari menjadi inspirasi kepada kejayaan kakak menakluk balapan nanti.



Papa tak kekok dan jemu membina menara buloh di hadapan rumah sukan..kakak boleh saja naik di menara buloh papa dan jeritkan sekuat hati biar seantero dunia tahu siapa kakak penakluk balapan.Mama menghiasi jalur kuning di setiap inci rumah sukan kebanggaan kakak.Belon kuning di muka pintu yang mama hias pasti menyambut kepulangan kakak setiap kali pulang berlari di balapan 

Hari ini...

Saat dinantikan sudah tiba..kakak perlu berlari selaju mungkin,sorakan papa,mama dan rakan-rakan seakan menolak akan jauh meninggalkan pesaing yang lain.Setiap langkah larian kakak adalah harapan..harapan bergelar juara.Setiap kalungan emas di leher kakak bukanlah impian.Kakak sepertinya berada di gunung yang tinggi yang tak tergapai lagi bila membawa pulang 5 emas.Kakak boleh saja berdiri di menara buloh rumah sukan yang papa dirikan dan jeritkan sekuat hati..akulah juara.







Sayang seribu kali sayang..kakak berada di puncak tapi tiada siapa yang nampak..nama kakak tidak diumumkan sebagai Olahragawati Harapan.Kakak sugul..kakak kecewa..kakak berduka..kakak perlu menjawab persoalan, mengapakah yang memenangi dua pingat emas dinobatkan sebagai Olahragawati Harapan..?,mengapa tidak kakak yang memenangi 5 emas..?.Kakak gagal menjawab soalan matematik ini walaupun kakak juga pelajar cemerlang mendapat nombor satu setiap kali peperiksaan dari penggal pertama sehingga penggal ketiga.

Esok...

Papa dan mama ada jawapan untuk kakak.Anggaplah ini adalah acara sukan terakhir buat kakak.Tahun hadapan kakak tak perlu berdukalara lagi.Lupakanlah balapan dan sukan kegemaran kakak kalau itu semua hanya bisa menambah luka dihati.Perlu apakah berpanas terik di bawah pancaran mentari,mengerah kudrat sedaya mungkin jika hanya sekadar menjadi bahan hiburan dan bukan penghargaan dan pengiktirafan.Kakak tak layak mengenal erti kecewa..kakak tetap juara di hati papa dan mama biarpun tidak bagi orang lain.

Monday 13 October 2014

Isteri Di Belasah Ketika Baca Al Quran


Seorang wanita mendakwa dipukul oleh suaminya yang terjaga dari tidur ketika dia sedang membaca al-Quran dan Yassin.

Fadzilah Ismail, 50, akhirnya mengalami patah tulang dalam pengalaman pahit itu.

"Dia begitu agresif. Mula-mula dia menumbuk saya, kemudian mengheret saya ke lantai dan memijak kaki, tangan dan muka," dakwanya sambil dilinangi air mata di Hospital Sultanah Bahiyah di sini Sabtu.

Fadzillah, yang bekerja di sebuah kedai percetakan juga mendakwa suaminya yang berusia 59 tahun itu telah memukulnya selama bertahun-tahun tetapi tidak pernah memberitahu sesiapa mengenai perkara itu.








Tetapi pengalaman pahit terbaharu yang dilaluinya, di mana suaminya menderanya tanpa henti selama tiga jam dari pukul 4.15 pagi pada hari Isnin, adalah keterlaluan.

Fadzillah, yang berasal dari Kampung Sentang, Utan Aji di Kangar, berkata sepupunya menghantarnya ke Hospital Kangar sehari selepas dipukul selepas mengalami kesakitan yang teramat.

"Kemudian saya membuat laporan polis di Arau. Keesokan harinya, saudara-mara saya menghantar saya ke Hospital Sultanah Bahiyah di mana saya diberitahu saya mengalami patah tulang," katanya, sambil menambah dia perlu menjalani pembedahan minggu depan.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, mereka sedang menyiasat kes.

"Tiada tangkapan dibuat setakat ini di mana kita memerlukan perintah mahkamah.

"Bagaimanapun, apabila saya mendapat laporan dari hospital mengenai kecederaan Fadzilah, kami akan mengklasifikasikan semula kes itu dan mengambil tindakan yang perlu," katanya ketika dihubungi Sabtu.

Kemaluan DiKerat Kerana Merogol

Kumar kini tenat, selepas dia dibelasah dan kemaluannya dipotong penduduk kampung yang berang. - Foto India Post
Seorang lelaki yang ditangkap ketika cuba memperkosa gadis belasan tahun, kini tenat di hospital, selepas kemaluannya dipotong orang ramai menggunakan pisau pemotong daging.

India Post melaporkan, Suresh Kumar ditangkap penduduk di Rajashtan, negeri di barat laut India, selepas terdengar jeritan mangsa meminta tolong.

Orang ramai bertindak mengheretnya ke kedai menjual daging dan memukulnya dengan kayu selama sejam, sebelum memotong kemaluannya, selepas ternampak lelaki berusia 40 tahun itu memeluk gadis belasan tahun itu.

Mereka kemudiannya membuang kemaluan lelaki itu ke tengah jalan dan membiarkan dia meraung kesakitan.

Menurut saksi, Aamir Dhawan, tidak ada orang yang menghulurkan bantuan kepada lelaki itu, kerana mereka mahu dia dihukum atas jenayah seks.

“Keganasan terhadap wanita sudah berleluasa di negara ini, dengan mangsa diperkosa dan digantung. Sudah tiba masanya kita bertindak mengajar mereka yang terbabit.

“Kejadian ini adalah mesej kepada orang ramai, jika anda melakukannya, anda akan dihukum,” katanya.

Bagaimanapun, polis berhasrat menahan penduduk yang terbabit dalam menghukum Kumar.

“Mereka tidak boleh bertindak sesuka hati. Negara ini ada undang-undang. Kami meminta mereka yang menyerang Kumar menyerah diri, sebelum kami menangkap mereka,” kata jurucakap polis tempatan.

Kumar dibawa ke hospital dan keadaannya dikatakan tenat, sementara gadis yang cuba dirogolnya diberi kaunseling.

Julai lalu, seorang lelaki mati, sementara dua lagi parah, selepas mereka dituduh merogol dan menggantung seorang kanak-kanak tujuh tahun di atas pokok, di sebuah kampung di Benggala Barat.

Penduduk kampung yang berang, bertindak menyerang seorang lelaki ‘alim’ bersama dua rakannya, sebelum memukul mereka.


P/S~ Huh..abis anu..dah tak boleh nak mengganas lagi..lepas ni kalau tengok awek ..air liur je lah agaknya yang melelah..ada berani..sendiri mau ingat

Dinding Flat Tercabut Akibat Ribut


Jika dilihat mungkin ianya suatu pemandangan yang cantik panorama Kuala Lumpur tetapi mungkin satu igaun ngeri buat penghuni flat tersebut.Bayangkan jika anda berada ketika kejadian bilamana dinding flat yang anda diami tercabut dipukul ribut.Kejadian dilaporkan berlaku di Flat Loke Yew Kuala Lumpur petang semalam.




P/S ~ Kalau lsuami isteri tengah berasmaradana camne lah agaknya tu ye..terbantut terus..hilang semangat...

Jejantas Pejalan Kaki Runtuh 5 Cedera


Bumbung sebuah jejantas di KM12 Lebuhraya Perling-Pasir Gudang di sini tercabut dan diterbangkan angin sebelum jatuh ke atas jalan dalam kejadian di Lebuhraya Taman Perling-Pasir Gudang berhampiran Taman Kobena, di sini Ahad.

Komander Operasi Pegawai Bomba Tinggi Omera Omar berkata kejadian pada kira-kira pukul 4.30 petang ketika hujan itu mengakibatkan dua lelaki dan tiga wanita cedera.

Beliau berkata kejadian itu mengakibatkan kerosakan pada dua buah kereta dan sebuah lori yang sedang menggunakan lebuh raya itu.

"Lelaki yang cedera itu merupakan pemandu lori satu tan berusia 50-an dan seorang lagi lelaki adalah pemandu kereta jenis Honda Jazz yang berusia 30-an," katanya menerusi satu kenyataan.

Omera berkata tiga wanita berusia 30-an pula berada di dalam sebuah kenderaan jenis Toyota Vios.

Beliau berkata pemandu lori yang tersepit dikeluarkan oleh bomba dan dihantar ke hospital manakala empat mangsa lain dibantu orang ramai yang melalui lebuh raya terbabit.

Omera berkata bomba yang menerima panggilan tentang kejadian pada 4.38 petang dan tiba pada 5.05 petang, menghantar sebuah jentera bersama-sama sembilan anggota ke tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara ACP Mohd Khamsani Abd Rahman yang mengesahkan kejadian berkata anggota trafik ditugaskan mengawal lalu lintas dan kenderaan yang melalui lebuh raya terbabit dilencongkan ke laluan lain.

Beliau berkata jejantas terbabit adalah untuk kegunaan pejalan kaki antara Taman Melati dan Taman Kobena, Tampoi.








P/S ~ Musiam tengkujuh nampaknya dah hampir tiba dengan hujan lebat dan ribut.Faktor cuaca juga perlu diambil kira kerana kedengaran suara-suara yang seakan menyalahkan kontraktor dan sebagainya.Kalau setiapkali bencana kontraktor dijadikan sasaran mungkin tidak tepat sebelum siasatan dijalankan.Adakala bencana tak kira dimana dan siapa..jangan terlalu cepat menghukum..

Saturday 11 October 2014

Kanak2 Mati Ditimpa Kambing Korban Jatuh Dari Bumbung


Malang memang tak berbau..siapa sangka kambing yang biasanya ada di padang meragut rumput boleh berada diatas bumbung entah apa yang dicari jika mengikut akal manusia.Namun begitulah nasib seorang kanak-kanak yang bernasib malang apabila seekor kambing yang mahu dijadikan korban sempena Aidil Adha jatuh dari bumbung dan menimpa beliau.

Kanak-kanak lelaki yang berasal dari Turki meninggal dalam satu insiden tragis. Anak tersebut tertimpa seekor kambing korban yang jatuh dari atap sebuah bangunan apartemen enam tingkat.

Heval Yildirim (13) sedang bermain dengan kawan-kawannya menjelang hari raya Idul Adha pada akhir minggu lalu, sebelum insiden itu terjadi.

Ayah Heval, Mehmet, membawa seekor kambing untuk dikorbankan pada hari raya Idul Adha. Akibat tak ada cukup ruang untuk menaruh kambing itu di apartemennya, Mehmet kemudian menaruh hewan itu di bumbung.

Mehmet mengatakan kepada polis , hewan yang ketakutan itu melompat pagar yang dibuatnya di atas bumbung tersebut, sebelum jatuh menimpa Heval. Setelah tertimpa kambing, Heval sempat dikejarkan ke rumah sakit. Namun, Heval dinyatakan meninggal dunia dalam perjalanan.

“Saya sangat sedih. Namun, apa lagi yang harus saya katakan? Bahkan, pendakwa juga mengatakan bahawa insiden ini mungkin yang pertama di dunia,” kata Mehmet.

Pendakwa menggambarkan kes ini sebagai satu kes yang belum pernah terjadi sebelumnya.


P/S ~ Memang ajal dia..muskil juga orang Turki bela kambing dalam apartment agaknya..mewah sungguh atau memang takde padang ragut atau mungkin tak selamat kambing dipadang ragut sebab takut hilang sebelum sempat dikorbankan.Ada baiknya kita berhati hatilah lepas ni bila melalui flat atau kondominium takut juga ada kambing terjun dari atas.

Perkahwinan Misteri Lelaki Dakwa Kahwini Makhluk Halus


Ramai yang sukar mempercayai tetapi apa sahaja perkara yang dianggap luarbiasa akan menarik perhatian.Alam mistik yang penuh dengan tandatanya dan pelbagai persoalan yang tidak terjawab dek akal namun itulah yang berlaku kepada seorang lelaki yang mendakwa telah berkahwin dengan makhluk halus.

Kisah cinta ini pasti membuatkan anda kehairanan kerana seorang lelaki dari Indonesia baru sahaja melangsungkan perkahwinannya semalam (8/10/2014) bersama makhluk halus.

Entah apa lah dibenak fikirannya hingga beliau ingin mengahwini makhluk halus itu.

Bagus Kodok Ibnu Sukodok, 63 mendakwa makhluk halus yang menjadi isterinya itu bernama Roro Setyowati telah bertemu lima tahun lalu ketika Kodok memasuki sebuah hutan di Jawa Timur .

Katanya saat pertama bertemu Roro ,makhluk halus itu mengenakan penampilan pakaian adat Jawa dan hanya berparas biasa.

Selepas kejadian itu, beliau tidak lagi berjumpa Roro tetapi makhluk itu sentiasa mendekati beliau dengan hanya menggunakan suara.

“Awalnya takut, bau wangi, mendengar suara, tetapi lama-lama biasa.” Kata Pak Kodok

Uniknya, menurut Pak Kodok makhluk itu sentiasa membisikkan kepadanya dengan menasihati supaya melakukan perkara-perkara yang positif.

Sehingga Pak Kodok mengaku dirinya semakin berubah ke arah kebaikan kerana sering dinasihati oleh Roro.

Kerana berharap dapat melihat Roro lagi, Pak Kodok turut meminta bantuan pengamal paranormal tetapi tidak berjaya dan dia hanya mendengar suara Roro sahaja.

Siapa sangka majlis perkahwinan Pak Kodok bersama makhluk halus itu berjalan lancar hinggakan majlis itu menjadi pesta budaya di daerahnya.




Majlis itu turut disempurnakan oleh pengamal paranormal dan disaksikan oleh ribuan penonton termasuk pihak berkuasa pemerintahan Ngawi bagi melihat acara yang dianggap unik ini.

Pelik sungguh mendengar kisah percintaan Pak Kodok ini, percaya atau tidak terpulanglah


SUMBERP/S ~ Bagi lelaki yang dah tak tertanggung dengan kos sara hidup dengan alasan pelbagai cengkadak bolehlah pergi berguru dengan Pak Kodok ni..muka tak hensem mana tapi dapat kahwin puteri bunian.Jimat belanja dapur dan tak perlu fikir kemana nak shopping dihujung minggu.

Gadis Poster Jihad ISIS Mahu Pulang

Samra dan Sabina yang melarikan diri untuk menjadi isteri pejuang ISIS, kini mahu kembali ke pangkuan keluarga masing-masing di Austria.
Gadis-gadis remaja di Austria yang melarikan diri untuk menyertai jihad kumpulan militin ISIS, mahu pulang ke pangkuan keluarga kerana merasakan mereka telah membuat kesilapan setelah terjebak dengan gaya hidup sukar dengan kumpulan itu.

Memetik laporan New York Post, dua remaja itu, Samra Kesinovic, 17, dan Sabina Selimovic, 15, dipercayai berkahwin, kini hamil dan tinggal di bandar Raqqa di utara Syria. Media Austria melabelkan mereka sebagai gadis poster untuk jihad.

Kedua-dua gadis itu mula berubah sikap pada April lalu, dan mengambil keputusan melarikan diri daripada keluarga masing-masing dengan meninggalkan nota ringkas yang berbunyi:” Jangan cari kami. Kami mahu mengabdikan diri untuk Allah dan kami akan mati untuk Dia.”

Samra dan Sabina membesar di Vienna tetapi mengambil keputusan untuk meninggalkan keluarga mereka kerana mahu terbabit dalam perjuangan ISIS ini.

Media Austria, Centrel Europe News melaporkan bahawa kedua-dua gadis itu kini mengatakan mereka mahu kembali kepada keluarga mereka.

Samra dan Sabina telah menghubungi keluarga masing-masing dan memberitahu mereka mereka tidak tahan hidup di negara Islam tersebut. Mereka juga berkata tidak akan boleh melarikan diri daripada kehidupan kini kerana terlalu ramai orang mengaitkan mereka dengan ISIS.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Austria, Karl Heinz Grundboeck berkata: “Agak mustahil bagi mereka yang telah pergi ke sana untuk kembali kembali semula ke Austria.”

SUMBER

Apa Yang Kita Dapat Dari Bajet 2015


Ramai yang akan berbicara dan tidak kurang  juga yang tidak akan mempedulikan apa yang terkandung dalam pembentangan Bajet 2015.Ianya bergantung kepada pemahaman masing-masing bagaimana Bajet 2015 mempengaruhi kehidupan seharian mahupun hari-hari mendatang.Bagi mereka yang mengikuti atau prihatin tentunya mereka mengharapkan akan ada perubahan khusunya apabila masing-masing sibuk merperkatakan tentang kos sara hidup yang semakin meningkat.

Pegangan politik dan kefahaman tentang ekonomi akan memperlihatkan perspektif manakah yang menjadi kayu ukur menilai sejauh manakah manafaat yang bakal diperolehi.Mungkin ada yang diperolehi tanpa disedari rakyat Malaysia dan barangkali mereka sendiri tidak mahu menyedarinya mereka sebenarnyanya mendapat manafaat secara tak langsung .Antara ringkasan Bajet 2015 adalah seperti :-

* Bajet 2015 pelengkap kepada Rancangan Malaysia Ke-10.

* Rancangan Malaysia Ke-11 akan dilancarkan pada Mei 2015.

* Satu pendekatan baharu di kenali sebagai Strategi Pembangunan Nasional Malaysia (MyNDS) sedang digariskan.

* Bajet 2016 akan menjadi pemula kepada pelonjak akhir memacu separuh dekad Malaysia dalam menuju status ekonomi maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

* Sejak 2009, sejumlah 196 projek daripada 12 NKEA dan 6 SRI telah dilaksanakan.

* Jumlah pelaburan mencecah RM219 bilion dan dan lebih 437,000 peluang pekerjaan bernilai tinggi telah diwujudkan.

* Malaysia mencatatkan pertumbuhan KDNK sebanyak 6.3 peratus, yang paling tinggi dalam kalangan negara Asean bagi tempoh separuh pertama 2014.

* FBM KLCI meningkat 114 peratus daripada 884.45 mata pada Januari 2009 kepada 1,892.65 mata pada Julai 2014.

* Permodalan pasaran juga meningkat 162 peratus daripada RM667.87 bilion kepada RM1,749.49 bilion pada 7 Oktober 2014.

* Pendapatan Negara Kasar Per kapita meningkat 50 peratus daripada US$6,700 kepada US$10,060 dalam tempoh lima tahun ini.

* Tahun ini Malaysia dijangka mencapai pertumbuhan ekonomi kukuh antara 5.5 peratus dan 6.0 peratus.

* Defisit fiskal dijangka juga terus turun kepada 3.5 peratus daripada KDNK pada 2014, 3.9 peratus pada 2013, 6.7 peratus pada 2009'

* Bagi 2015, pertumbuhan ekonomi dijangka kekal kukuh antara 5.0 peratus dan 6.0 peratus.

* Defisit fiskal diunjur terus turun kepada 3 peratus daripada KDNK.

* FBM KLCI mencecah 1,892.65 mata pada Julai 2014, mencapai paras tertinggi dalam sejarah negara.

* FDI sebanyak RM38.7 bilion pada 2013 merupakan pelaburan terealisasi sebenar tertinggi sehingga kini.

* Bajet 2015 memperuntuk RM273.9 bilion, peningkatan sebanyak RM9.8 bilion berbanding peruntukan asal 2014.

* Perbelanjaan Mengurus RM223.4 bilion, Perbelanjaan Pembangunan RM50.5 bilion.

* Pada 2015, kutipan hasil Kerajaan Persekutuan diunjurkan sebanyak RM235.2 bilion, peningkatan RM10.2 bilion berbanding 2014.

* Hasil kutipan daripada GST pada 2015 dianggarkan sebanyak RM23.2 bilion.

* Kerajaan mengecualikan beberapa barangan daripada GST berjumlah RM3.8 bilion.

* Pemansuhan SST akan menyaksikan kehilangan hasil sebanyak RM13.8 bilion.

* Kerajaan akan mempunyai baki hasil berjumlah RM5.6 bilion selepas ditolak RM3.8 bilion dan RM13.8 bilion.

* Daripada jumlah tersebut, RM4.9 bilion disalurkan kembali kepada rakyat melalui pakej-pakej bantuan seperti BR1M.

* Akhirnya, hasil bersih kutipan GST hanya berjumlah RM690 juta.

* Bajet 2015 digubal berfokuskan kepada Ekonomi Keperluan rakyat dengan menggariskan tujuh strategi utama

* Kerajaan melaksanakan Pelan Tindakan Sektor Perkhidmatan

* Skim Jaminan Sektor Perkhidmatan berjumlah RM5 bilion bagi PKS

* Skim Insentif Penyelidikan bagi Perusahaan (RISE) dengan peruntukan RM10 juta

* Memperkenalkan semula Dana Perkhidmatan Eksport (SEF) berjumlah RM300 juta.


* Mengukuhkan Skim Pembangunan Francais dengan peruntukan RM20 juta

* Platform Akaun Pelaburan (IAP) akan diperkenalkan dengan dana permulaan sebanyak RM150 juta

* Sekuriti Kerajaan Malaysia dan terbitan Pelaburan Kerajaan akan disenaraikan dan diurusniagakan di ETBS

* Perbelanjaan menerbitkan sukuk berasaskan prinsip Ijarah dan Wakalah dilanjutkan selama tiga tahun lagi sehingga tahun taksiran 2018

* Kelab Perlindungan dan Ganti Rugi luar negara akan ditubuhkan di bawah Exim Bank, menawarkan perlindungan liabiliti pihak ketiga pada kadar premium yang berpatutan

* Insentif dengan 100 peratus pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh lima tahun akan disediakan untuk menggalakkan sektor swasta menyelenggara dan menambah baik kawasan perindustrian di kawasan kurang membangun

* Insentif 70 peratus pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh lima tahun akan disediakan kepada pihak swasta yang menguruskan kawasan perindustrian di kawasan lain

* Bagi industri yang mempunyai kebergantungan buruh yang tinggi, elaun modal perbelanjaan automasi sebanyak 200 peratus akan disediakan ke atas RM4 juta perbelanjaan pertama bagi tempoh 2015-2017.

* Bagi industri lain, elaun modal automasi 200 peratus akan disediakan ke atas RM2 juta perbelanjaan modal pertama bagi tempoh 2015 hingga 2020.

* Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) sepanjang 59 kilometer yang bernilai RM5.3 bilion akan dibina.

* Lebuh Raya Pantai Barat dari Taiping ke Banting sejauh 276 kilometer dengan kos pembinaan RM5 bilion akan dibina.

* Lebuh Raya Lingkaran Luar Kuala Lumpur - Hubungan Timur sepanjang 36 kilometer dengan kos pembinaan RM1.6 bilion akan dibina.

* Menaik taraf landasan kereta api sektor Pantai Timur melibatkan jajaran Gemas-Mentakab, Jerantut-Sungai Yu, dan Gua Musang-Tumpat dengan peruntukan RM150 juta.

* Pembinaan MRT Jajaran Kedua sepanjang 56 kilometer dari Selayang ke Putrajaya dengan kos pembinaan RM23 bilion.

* Projek LRT 3 yang bakal menghubungkan Bandar Utama sehingga Shah Alam dan Klang dengan anggaran kos RM9 bilion.

* Projek Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang dengan nilai pelaburan RM69 bilion untuk mewujudkan lebih 10,000 peluang pekerjaan

* Dana Mobiliti Mapan berjumlah RM70 juta akan disediakan di bawah SME Bank untuk membangunkan industri pembuatan kenderaan elektrik.

* 50 bas elektrik akan diperkenalkan.

* Peruntukan RM200 juta bagi MyCreative Ventures pada 2012.

* Peruntukan RM100 juta bagi Dana Industri Kandungan Digital.

* Kira-kira 354 jenis barang dan perkhidmatan akan mengalami kenaikan harga tidak melebihi 5.8 peratus susulan pelaksanaan GST

* Kerajaan akan mengeluarkan garis panduan pengguna bagi membolehkan mereka membuat perbandingan harga sebelum dan selepas GST.

* 300,000 pembayar cukai individu tidak lagi perlu membayar cukai pendapatan pada 2015 susulan pelaksanaan GST

* Bagi 2015, pembayar cukai dengan golongan berkeluarga yang berpendapatan RM4,000 sebulan tidak lagi mempunyai tanggungan cukai.

* Cukai pendapatan individu juga akan distrukturkan semula pada 2015 di mana pendapatan bercukai pada kadar maksimum dinaikkan daripada melebihi RM100,000 kepada melebihi RM400,000.

* Kadar cukai pendapatan koperasi juga dikurangkan satu hingga dua mata peratusan tahun depan.

* Pada 2016, kadar cukai pendapatan syarikat akan dikurangkan sebanyak satu mata peratusan kepada 24 peratus dan kadar cukai pendapatan bagi PKS akan dikurangkan sebanyak satu mata peratusan kepada 19 peratus.

* Perniagaan akan menerima geran latihan sebanyak RM100 juta untuk menghantar kakitangan mereka menjalani latihan tentang GST.

* Perusahaan kecil dan sederhana akan mendapat bantuan kewangan berjumlah RM150 juta bagi membeli perisian perakaunan

* Elaun Modal Dipercepatkan bagi pembelian peralatan dan perisian ICT.

* Perbelanjaan latihan perakaunan dan ICT berkaitan CBP akan diberikan potongan cukai tambahan.

* Kerajaan akan meningkatkan peruntukan bagi pelbagai subsidi kepada RM40.5 juta pada 2014.

* Peruntukan bagi subsidi telah meningkat 14 kali daripada RM1.65 bilion pada 2002 kepada RM23.5 bilion pada 2013, semata-mata untuk mengekalkan harga runcit petrol yang rendah disebabkan peningkatan jumlah kenderaan.

* Kerajaan akan mengumumkan satu mekanisme baharu pemberian subsidi petroleum tidak lama lagi.

* Bagi menarik lebih ramai usahawan ekspatriat membuka syarikat di Malaysia, modal berbayar kini ditetapkan pada RM75,000.

* Kira-kira 354 jenis barang dan perkhidmatan akan mengalami kenaikan harga tidak melebihi 5.8 peratus susulan pelaksanaan GST.

* Kerajaan akan mengeluarkan garis panduan pengguna bagi membolehkan mereka membuat perbandingan harga sebelum dan selepas GST.

* 300,000 pembayar cukai individu tidak lagi perlu membayar cukai pendapatan pada 2015 susulan pelaksanaan GST.

* Bagi 2015, pembayar cukai dengan golongan berkeluarga yang berpendapatan RM4,000 sebulan tidak lagi mempunyai tanggungan cukai.

* Cukai pendapatan individu juga akan distrukturkan semula pada 2015 di mana pendapatan bercukai pada kadar maksimum dinaikkan daripada melebihi RM100,000 kepada melebihi RM400,000.

* Kadar cukai pendapatan koperasi juga dikurangkan satu hingga dua mata peratusan tahun depan

* Pada 2016, kadar cukai pendapatan syarikat akan dikurangkan sebanyak satu mata peratusan kepada 24 peratus dan kadar cukai pendapatan bagi PKS akan dikurangkan sebanyak satu mata peratusan kepada 19 peratus.

* Perniagaan akan menerima geran latihan sebanyak RM100 juta untuk menghantar kakitangan mereka menjalani latihan tentang GST.

* Perusahaan kecil dan sederhana akan mendapat bantuan kewangan berjumlah RM150 juta bagi membeli perisian perakaunan

* Elaun Modal Dipercepatkan bagi pembelian peralatan dan perisian ICT.

* Perbelanjaan latihan perakaunan dan ICT berkaitan CBP akan diberikan potongan cukai tambahan.

* Kerajaan akan meningkatkan peruntukan bagi pelbagai subsidi kepada RM40.5 juta pada 2014.

* Peruntukan bagi subsidi telah meningkat 14 kali daripada RM1.65 bilion pada 2002 kepada RM23.5 bilion pada 2013, semata-mata untuk mengekalkan harga runcit petrol yang rendah disebabkan peningkatan jumlah kenderaan.

* Kerajaan akan mengumumkan satu mekanisme baharu pemberian subsidi petroleum tidak lama lagi.

* Bagi menarik lebih ramai usahawan ekspatriat membuka syarikat di Malaysia, modal berbayar kini ditetapkan pada RM75,000.

* Usahawan ekspatriat syarikat permulaan akan mendapat pas kerja setahun.

* EKUINAS akan menerima RM600 juta untuk meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan.

* Sehingga kini, EKUINAS telah melaksanakan pelaburan kumulatif bernilai RM2.3 bilion dalam pelbagai sektor.

* Memperkukuh peranan Institut Keusahawanan Negara sebagai pusat kecemerlangan Keusahawanan Bumiputera.

* Merancakkan lagi Skim Usahawan Permulaan Bumiputera dengan peruntukan tambahan RM30 juta.

* Skim Usahawan Permulaan Bumiputera juga akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak.

* Program pra-eksport akan diperkenalkan bagi 60 syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi untuk meningkatkan penjenamaan, persijilan antarabangsa dan kaji selidik pasaran bagi produk Bumiputera.

* Lembaga Tabung Haji akan memperuntukkan RM200 juta bagi penubuhan Akaun Pelaburan Terhad patuh syariah di Bank Islam, bagi menyediakan pembiayaan dan kredit antara RM50,000 dan RM1 juta mulai Januari 2015.

* Amanah Ikhtiar Malaysia akan menggunakan sumber dalaman berjumlah RM1.8 bilion bagi pembiayaan untuk memberi manfaat kepada 346,000 Sahabat AIM

* Lembaga Getah Malaysia (LGM) akan memperuntukkan RM100 juta untuk melaksanakan mekanisme kawal selia harga di peringkat ladang.

* LGM akan menyediakan pinjaman mudah berjumlah RM6.4 juta sebagai modal kerja kepada 64 koperasi pekebun kecil bagi membeli getah terus daripada 442,000 pekebun kecil getah di seluruh negara.

* Peruntukan RM41 juta bagi pekebun kecil untuk penanaman baharu dan penanaman semula.

* Pengecualian duti eksport bagi minyak sawit mentah dilanjutkan sehingga Disember 2014

* Sebanyak RM1.3 bilion diperuntukkan untuk membina 80,000 unit di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia.

* Had kelayakan pendapatan isi rumah dinaikkan kepada RM10,000 daripada RM8,000 bagi membolehkan lebih ramai rakyat memiliki rumah.

* Skim Pembiayaan Sewa-Beli akan diperkenalkan kepada individu yang tidak berupaya mendapat pembiayaan daripada bank.

* Jabatan Perumahan Negara akan mendapat peruntukan RM644 juta bagi membina 26,000 unit di bawah Program Perumahan Rakyat.

* Syarikat Perumahan Negara Bhd akan membina 12,000 unit "Rumah Mesra Rakyat", 5,000 unit "Rumah Idaman Rakyat" dan 20,000 unit "Rumah Aspirasi Rakyat" di tanah persendirian.

* Kerajaan akan melanjutkan pengecualian duti setem 50 peratus ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman sehingga Disember 2016.

* Kerajaan akan menaikkan had harga rumah daripada "Skim Rumah Pertamaku" kepada RM500,000.

* Kad kelayakan umur peminjam bagi skim ini akan dinaikkan daripada 35 kepada 40 tahun.

* Program Penyelenggaraan Perumahan Awam akan mendapat peruntukan RM40 juta.

* RM100 juta akan diperuntukkan di bawah Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia bagi penyelenggaraan perumahan kos rendah swasta.

* Cukai keuntungan ke atas pelupusan harta tanah akan ditaksir secara sendiri oleh pembayar cukai mulai 2016.

* Had kelayakan minimum pinjaman perumahan penjawat awam dinaikkan kepada RM120,000 daripada RM80,000 dan had kelayakan maksimum kepada RM600,000 daripada RM450,000 tahun depan.

* Wang pemprosesan permohonan pinjaman perumahan sebanyak RM100 bagi penjawat awam dimansuhkan.

Friday 10 October 2014

Bajet 2015: Berbaloikah Kenaikan Gaji Ahli Dewan Rakyat?





Kebimbangan rakyat bila saja kerajaan bercadang menaikkan gaji Ahli Parlimen rupanya berasas jika berdasarkan gambar di atas rasionalnya rakyat menyedari akan beban yang ditanggung oleh Ahli Parlimen dalam melunaskan tanggungjawab besar yang di amanahkan.Tentunya perbelanjaan bagi menjaga keperluan dan permintaan rakyat kawasan yang tidak terbatas menjadi punca ramai MP" ikat perut"

Amat memalukan bagi seorang ahli Parlimen yang bergelar Ketua Pembangkang tidur ketika PM sedang membentangkan belanjawan yang merupakan suatu yang perlu diberi perhatian.Apatah lagi pada waktu itu seluruh dunia menyaksikan  di kaca tv ataupun internet.Kenaikan gaji biarlah setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan begitu juga keperibadian yang menjadi contoh buat rakyat marhaen.



Teks Ucapan Bajet Tahun 2015 oleh YAB PM Malaysia


Perdana Menteri Y.A.B Dato'Seri Najib Tun Razak selesai membentangkan Bajet 2015 di Dewan Rakyat petang tadi Jumaat 10hb Oktober 2014.Ramai yang ternanti-nanti dan tertunggu apakah yang mereka bakal perolehi.Sebagai sebuah kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat beliau melaksanakan tanggungjawabnya yang amat berat untuk kesejahteraan semua pihak tapi untuk memuaskan hati semua pihak adalah perkara mustahil.Semoga bajet 2015 ini memberikan kebaikan buat kita semua.Berikut adalah teks ucapan Y.A.B PM di Dewan Rakyat
Oleh YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN HAJI ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN


KETIKA MEMBENTANG RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN (2015)


01 DEWAN RAKYAT PADA JUMAAT, 10 OKTOBER 2014


“BAJET 2015: EKONOMI KEPERLUAN RAKYAT”


Tuan Yang Dipertua,


Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk “Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2015 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu” dibaca bagi kali kedua.


MUKADIMAH


Tuan Yang Dipertua,


1. Dengan lafaz Bismillahhirahmanirrahim, Alhamdulillahi Rabbil A’iamin, Wa bihi Nastai’n. Diiring pula selawat serta salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Marilah bersama berdoa, dan yang beragama Islam, menadah kedua-dua tangan setingginya, pohon Iimpah keberkatan juga inayah-Nya, bagi saya membentang sebuah dokumen penting, yakni Bajet 2015 agar dapat didengar dan dihadami sebaiknya oleh Sidang Dewan dan Rakyat Malaysia seluruhnya.


2. Sebelum meneruskan pembentangan, saya bagi mewakili pihak Kerajaan mengucapkan takziah atas kembalinya ke-Rahmatullah Allahyarham Tun Hajah Suhaila Binti Tan Sri Mohammad Noah yang merupakan isteri kepada Perdana Menteri ketiga. Semoga rohnya diletakkan di kalangan para solihin dan solihat.


3. Saya turut ingin mengambil kesempatan pada petang Jumaat penuh barakah, penghulu segala hari, mengucapkan selamat kembali ke tanahair kepada YAB Timbalan Perdana Menteri beserta para hujjaj lain, yang telah selesai menunaikan fardhu haji. Moga-moga beruntunglah di atas kurniaan Haji Akbar yang Mabrur. hendaknya.


Tuan Yang Dipertua,


4. Secara sedar ataupun tidak, sepanjang hampir 60 tahun merdeka, kita telah merencana pelbagai rancangan jangka pendek, sederhana dan panjang dalam usaha memakmurkan negara. Hakikatnya, pelaksanaan serta pembangunan ekonomi telah melalui segala macam strategi yang disusun kemas lagi sistematik. Jika tidak, mana mungkin Malaysia sampai pada tahap yang ada pada hari ini.


5. Cumanya, ramai yang tidak begitu sedar bahawa proses ini bukanlah satu kerja yang mudah, apatah lagi terjadi dengan semena-mena. Suka atau tidak suka, dalam tempoh yang bukan sekejap, ia menagih ikhtiar-ikhtiar yang cukup banyak, meliputi rencana-rencana yang menyeluruh, dengan segala jerih payah, kepahitan, terutamanya apabila wajarnya diambil ketetapan-ketetapan dan keputusan�keputusan yang tidak popular. Namun, semuanya itu, perlu diperbuat dan diperlakukan oleh pihak Kerajaan yang berlanggungjawab dan berakauntabiliti, demi mendahulukan kepentingan rakyat sejak dulu, kini dan selamanya.


Tuan Yang Diperlua,


6. Dari perspektif ekonomi, ketika mana meraih kemerdekaan 57 tahun lalu, kita telah membina negara ini berlandaskan pertanian. Kemudiannya, kita menuju negara perindustrian moden. Selanjutnya, kita melalui fasa negara berpendapatan sederhana tinggi. Sekarang ini pula, kita sedang melangkah ke arah ekonomi berasaskan perkhidmatan dan pengetahuan.


7. Bila disimpulkan, objektif, prinsip dan teras kepada 3 Rangka Rancangan Jangka Panjang, kesepuluh-sepuluh Rancangan Malaysia, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Wawasan Negara dan sejak 2010 Dasar Transformasi Nasional, kesemuanya berkisar tentang pembasmian kemiskinan, peningkatan pendapatan, penyusunan semula masyarakat, sehingga tercapai matlamat sosio-ekonomi, mempelbagaikan ekonomi berteraskan komoditi, pembangunan modal insan, meningkatkan daya saing sektor awam dan swasta, rantaian nilai lebih tinggi, pembangunan secara inklusif dan transformasi Kerajaan, ekonomi, sosial serla politik.


8. Ternyata, bapa-bapa pimpinan terdahulu dengan bijaksana, telah menjalankan kewajiban masing-masing membentuk Malaysia menurut acuan tersendiri. Dimulai perjuangan oleh Tunku Abdul Rahman, diikuti oleh Tun Abdul Razak yang telah melaksanakan pembangunan dan menyusun semula struktur sosial masyarakat, Tun Hussein mengekalkan keamanan dan perpaduan, Tun Mahathir memodenkan negara, manakala Tun Abdullah pula menekankan aspek pembangunan modal insan.


Tuan Yang Dipertua,


9. Seterusnya, Kerajaan yang ada hari ini, terus komited memacu pertumbuhan negara dengan tasawwur yang lebih luas bagi meletakkan Malaysia di jajaran kukuh dari masa ke semasa.


10. Jelasnya, jika dicongak, pembentangan Bajet, petang ini, adalah yang keen am sejak saya mengambil alih pentadbiran, dan juga adalah bajet negara kali yang ke-56. Sesungguhnya jua, Bajet 2015 ini, menjadi bingkisan pelengkap kepada 10 Rancangan Malaysia.


Strategi Pembangunan Nasional Malaysia atau Malaysian National Development Strategy


11. Selanjutnya, pada Mei 2015 nanti, bermulalah jendela Rancangan Malaysia kesebelas. Serentak itu, satu pendekatan baharu sedang digariskan yang dikenali sebagai Strategi Pembangunan Nasional Malaysia atau Malaysian National Development Strategy atau MyNDS.


12. MyNDS akan menjadi antara formula kepada perancangan dan penyediaan program serta projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-11. la akan menggunakan sumber yang terhad secara optimum, yakni menumpukan kepada projek dan program berimpak tinggi, kos yang rendah serta pelaksanaan secara cekap dan pantas. Ertinya, Bajet 2016 kelak, akan menjadi pemula kepada pelonjak akhir memacu separuh dekad Malaysia dalam menuju status, dengan izin -High Income Advanced Economy menjelang 2020.


13. Merujuk kepada perjalanan negara-negara yang lain seperti Korea, Jerman, Jepun, Taiwan mahupun China, di mana kebanyakannya bermula dengan asas pertanian sebagai ekonomi mereka dan kini beralih kepada asas ekonomi yang mengutamakan pengetahuan, kemahiran, inovasi dan kepakaran yang tinggi.


14. Jika dapat diterangkan dengan bahasa yang mudah, perancangan dan instrumen ekonomi kepada sesebuah negara perlu disesuaikan mengikut musim dan peredaran masa serta tuntutan domestik dan global. Justeru, untuk terus kekal relevan Malaysia sewajibnya bergerak dengan ekonomi berasaskan pengetahuan, kemahiran tinggi, kepakaran, kreativiti dan inovasi.


Tuan Yang Dipertua,


15. Sememangnya, dari sudut ekonomi, sesebuah negara yang pesat membangun, tidak boleh lari daripada menjana kekayaan menerusi aktiviti capital economy. Namun demikian, dari sudut kesejahteraan rakyat, kita mendengar keluh kesah, sungutan dan rungutan orang ramai. Mereka bertanya melalui komen-komen blog, surat-surat yang diterima, mesyuarat, temubual, sesi dialog dan wacana semasa akan persoalan bahawa angka berjuta-juta, peruntukan berbilion-bilion dan pelbagai projek mega, apakah manfaatnya kepada rakyat terbanyak?


16. Bak kata orang kampong saya di Pekan, maaf bercakap, rasanya, perkara�perkara dokumen bajet begini, serta apa yang disebut seperti jauuuuuuh… dan tidak ada kena mengena dengan pakcik, makcik, kawan-kawan bukan sahaja di luar bandar malahan juga di bandar.


Tuan Yang Dipertua,


17. Sesungguhnya, inilah cabaran terbesar dalam mentadbir Negara seistimewa Malaysia dengan kerencaman masyarakat. Saya selaku Perdana Menteri sehingga petang semalam ketika bertemu para wartawan diajukan soalan apakah hal yang paling suikar untuk diputuskan? Saya menjawab… yakni bagaimana kita hendak mengimbangi antara polisi yang populist in nature as compared to those policies based on economic and financial imperatives.


18. Sejelasnya, Kerajaan yang ada hari ini berpegang teguh kepada pnnslp bahawa usaha memantap tadbir urus fiskal seperti mengurangkan defisit fiskal adalah satu tanggungjawab moral generasi kita untuk generasi pewaris masa hadapan. Pokoknya, kita tidak mahu mewariskan Malaysia dengan kewangan Persekutuan yang terbeban dengan masalah hutang.


Tuan Yang Dipertua,


Capital Economy dan People Economy


19. Lantaran demikian, mengambil kira dan memahami denyut nadi rakyat serta realiti kehidupan, sebagai Ketua Kerajaan, saya mahukan falsafah tunjang kepada pembikinan bajet tahun ini mestilah menitikberatkan keseimbangan antara capital economy dan people economy.


20. Bila kita membicarakan istilah Capital Economy, ia merujuk kepada pengurusan dan dasar-dasar ekonomi yang berbentuk makro. Ini memudahkan sesebuah negara mengunjurkan sasaran-sasaran utamanya berbanding negara�negara lain. Antaranya, ia merujuk kepada pengurusan ekonomi yang berasaskan modal, pertumbuhan KDNK, pendapatan per kapita, pelaburan swasta, pasaran modal, keuntungan syarikat, penarafan ekonomi dan kredit, indeks Bursa dan nilai saham. Tuan Yang Dipertua, sesudah ini saya akan menyebutnya sebagai Capital Economy.


21. Manakala apabila kita mengupas dan menakrif istilah People Economy, ia merupakan ekonomi yang berorientasikan rakyat meliputi keutamaan-keutamaan dan kepentingan-kepentingan rakyat seperti kos sara hidup, pendapatan isi rumah, peluang pendidikan, pekerjaan dan perniagaan, kualiti hidup, perumahan, latihan, kemahiran, keusahawanan dan keselamatan, yakni aman dari jenayah. Ringkasnya, ia merupakan ekonomi yang berlandaskan pengalaman seharian rakyat. Sesudah ini saya akan menyebutnya sebagai Ekonomi Keperluan Rakyat atau EKR.


Tuan Yang Dipertua,


Ekonomi Keperluan Rakyat


22. Memang benar, dari sudut teori dan ilmiahnya, capital economy dan people economy tidak dapat dipisahkan dan wujud secara simbiosis antara satu dengan yang lain. Walau apapun, ingin saya tegaskan dalam bajet ini, Ekonomi Keperluan Rakyat menjadi paksi dan pegangan dalam mendahulukan kepentingan rakyat.


Barulah nanti apabila kita mencapai status negara maju, nikmat kekayaan dan kemakmuran sebenar negara akan melimpah ke kaki-kaki halaman serta mengetuk pintu-pintu rumah setiap rakyat di negara ini, InsyaAliah.


Tuan Yang Dipertua,


PRESTASI DAN PROSPEK EKONOMI


23. Bermula 3 April 2009, setelah lebih 5 tahun, saya memegang pucuk pimpinan sebagai Perdana Menteri, diperkenalkan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, berlandaskan Dasar Transformasi Nasional atau DTN. la merangkumkan Program Transformasi Kerajaan atau GTP, Program Transformasi Ekonomi atau ETP, Program Transformasi Politik atau PTP, Program Transformasi Komuniti atau CTP, Program Transformasi Sosial atau STP dan Program Transformasi Fiskal atau FTP dalam usaha kita mencapai matlamat negara ekonomi maju berpendapatan tinggi. ETP telah mensasarkan peningkatan Pendapatan Negara Kasar Per Kapita Malaysia kepada 15,000 dolar Amerika dan memperoleh 444 bilion dollar Amerika dalam pelaburan menjelang 2020.


24. Sejak 2009 juga, secara kumulatifnya, sebanyak 196 projek daripada 12 NKEA dan 6 SRI telah dilaksanakan. Jumlah pelaburan pula mencecah 219 bilion ringgit dan lebih 437,000 peluang pekerjaan bernilai tinggi telah diwujudkan.


25. Mutakhir ini, ekonomi negara telah tumbuh dengan positif dalam semua sektor dan mencatatkan KDNK sebanyak 6.3 peratus. Alhamdulillah, kita merafak syukur kepada Yang Maha Kuasa, kerana pencapaian ini, menempatkan kita sebagai yang paling tinggi di kalangan negara ASEAN dalam tempoh separuh pertama 2014.


Tuan Yang Dipertua,


26. Antara tahun-tahun 2009 hingga 2014, kita mampu berasa lega dan berbangga dengan prestasi-prestasi berikut. Indeks FBM KLCI telah meningkat sebanyak 114 peratus iaitu daripada 884.45 mata pada Januari 2009 kepada


1,892.65 mata pada Julai 2014. Pertumbuhan modal pasaran juga meningkat sebanyak 162 peratus daripada 667.87 bilion ringgit kepada 1,749.49 bilion ringgit dicatatkan pada 7 Oktober 2014.


27. Pendapatan Negara Kasar Per Kapita pula menunjukkan peningkatan sebanyak 50 peratus iaitu daripada 6,700 dolar Amerika kepada 10,060 dolar Amerika dalam tempoh 5 tahun ini. InsyaAllah, saya yakin pada tahun ini kita akan mencapai pertumbuhan ekonomi negara yang kukuh pada kadar 5.5 peratus hingga 6 peratus. Kadar defisit fiskal Negara juga semakin bertambah baik. Kita telah dapat menurunkan kadar defisit daripada 6.7 peratus pada 2009 kepada 3.9 peratus pada 2013 dan dijangka terus menurun kepada 3.5 peratus pada tahun ini.


28. Bagi 2015 pula, pertumbuhan ekonomi dijangka kekal kukuh pada kadar 5 hingga 6 peratus, manakala defisit fiskal dijangka berkurangan kepada 3 peratus. Tuan Yang Dipertua,


29. Berhubung itu, sukalah saya memaklumkan di sini, kita juga telah memecah beberapa rekod pencapaian antaranya:


Pertama: Indeks Bursa Malaysia telah mencatat paras 1,892.65 mata pada Julai 2014, menjadikannnya paras tertinggi dalam sejarah negara; dan


Kedua: Kemasukan pelabur asing sebanyak 38.7 bilion ringgit pada tahun 2013, juga merupakan catatan tertinggi actual realized investments yang pernah dicapai dalam sejarah Negara.


PERUNTUKAN BAJET 2015


Tuan Yang Dipertua,


30. Bajet 2015 memperuntukkan sejumlah 273.9 bilion ringgit iaitu peningkatan sebanyak 9.8 bilion ringgit berbanding peruntukan asal 2014. Daripadanya, 223.4 bilion ringgit bagi perbelanjaan mengurus dan 50.5 bilion ringgit sebagai perbelanjaan pembangunan.


31. Oi bawah peruntukan mengurus, 65.6 bil”lon ringgit adalah untuk Emolumen, dan 38.1 .bilion ringgit untuk Perkhidmatan dan Bekalan. Agihan terbesar sebanyak


116.4 bilion ringgit adalah untuk Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. Pembel”lan Aset pula diperuntukkan sebanyak 1.5 bil”lon ringgit dan 1.8 bil”lon ringgit untuk perbelanjaan lain.


32. Oi bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan tertinggi sebanyak 29.3 bilion ringgit, diikuti oleh sektor sosial 12.6 bilion ringgit merangkumi pendidikan dan latihan, kesihatan, perumahan serta kesejahteraan masyarakat. Sektor keselamatan pula diperuntukkan sebanyak 4.9 bilion ringgit. Selebihnya, diagihkan kepada sektor pentadbiran am iaitu sebanyak 1.7 bilion ringgit dan simpanan luar jangka sebanyak 2 bil”lon ringgit.


33. Pada tahun 2015, kutipan hasil Kerajaan Persekutuan diunjurkan sebanyak


235.2 bilion ringgit, yakni peningkatan sebanyak 10.2 bilion ringgit berbanding 2014.


Tuan Yang Oipertua,


34. Khususnya pada tahun 2015, dengan perlaksanaan GST, hasil kutipan dianggarkan berjumlah sebanyak 23.2 bilion ringgit. Walau bagaimanapun, sebagai Kerajaan yang prihatin, kita telah mengecualikan sebilangan barangan yang keseluruhannya dianggarkan 3.8 bilion ringgit.


35. Harus diketahui, bahawa dengan perlaksanaan GST ini, maka Cukai Jualan dan Perkhidmatan atau SST, dimansuhkan yang menyebabkan kehilangan hasil Kerajaan sebanyak 13.8 bilion ringgit. Ertinya, bila ditolak 13.8 bilion ringgit dan 3.8 bilion ringgit daripada kutipan 23.2 bilion ringgit itu, baki yang ada, berjumlah 5.6 bilion ringgit.


36. Oaripada jumlah tersebut, sebanyak 4.9 bil”lon ringgit disalurkan kembali untuk keperluan rakyat melalui pakej-pakej bantuan, contohnya tambahan BR1 M. Akhirnya, hasil bersih kutipan GST hanyalah berbaki 690 juta ringgit.


,


Tuan Yang Dipertua,


BAJET 2015: EKONOMI KEPERLUAN RAKYAT


37. Bajet 2015 ini digubal berfokus kepada Ekonomi Keperluan Rakyat dengan menggariskan tujuh strategi utama, iaitu:


Strategi Pertama: Memperkukuh Pertumbuhan Ekonomi; Strategi Kedua: Memantap Tadbir Urus Fiskal; Strategi Ketiga: Mengupaya Modallnsan dan Keusahawanan; Strategi Keempat: Memperkasa Agenda Bumiputera; Strategi Kelima: Memartabat Peranan Wanita; Strategi Keenam: Membangun Program Transformasi Belia Negara; dan Strategi Ketujuh: Mensejahtera Rakyat


Tuan Yang Dipertua,


STRATEGI PERTAMA: MEMPERKUKUH PERTUMBUHAN EKONOMI


38. Dalam hal ini, Kerajaan akan terus menyediakan ekosistem yang kondusif dan komprehensif bagi melonjak pelaburan domestik dan asing.


Tindakan Pertama: Merancakkan Sektor Perkhidmatan


39. Untuk makluman, pada 2013, sektor perkhidmatan menyumbang 55.2 peratus kepada KDNK. Bagi meneapai sasaran 60 peratus menjelang tahun 2020, Kerajaan akan meraneakkan sektor perkhidmatan dengan melaksanakan perkara-perkara berikut:


Pertama: Melaksana Blueprint Sektor Perkhidmatan;


Kedua: Menyediakan Skim Jaminan Sektor Perkhidmatan berjumlah 5 bilion ringgit kepada semua Perusahaan Keeil dan Sederhana yang terlibat dalam sektor perkhidmatan dengan had maksimum pembiayaan


sebanyak 5 juta ringgit bersekali 70 peratus jaminan Kerajaan. la dijangka memberi manfaat kepada 4,000 syarikat PKS;


Ketiga: Mewujudkan Research Incentive Scheme for Entreprise dengan peruntukan 10 juta ringgit untuk menggalakkan syarikat-syarikat menubuhkan pusat penyelidikan dalam bidang berteknologi tinggi, leT dan industri berasaskan pengetahuan;


Keempat: Memperkenalkan semula Dana Perkhidmatan Eksport berjumlah 300 juta ringgit untuk menggalakkan PKS menjalankan kajian kemungkinan pasaran dan promosi eksport bagi menembusi pasaran baru; dan


Kelima: Mengukuhkan Skim Pembangunan Francais di bawah KPDNKK bersama Persatuan Francais Malaysia. Sebanyak 20 juta ringgit diperuntukkan untuk skim ini.


Tindakan ke-2: Memperkukuhkan Pasaran Kewangan Islam


40. Industri kewangan Islam Malaysia kini, mencakupi 25 peratus daripada industri perbankan dari segi aset. Di peringkat antarabangsa pula, Malaysia kekal sebagai pasaran sukuk terbesar di dunia, merangkumi 60 peratus daripada pasaran sukuk global.


41. Selanjutnya, Kerajaan akan memperkenalkan akaun pelaburan patuh syariah pada 2015, dikenali sebagai Investment Account Platform, atau iAP. la akan memberi peluang kepada pelabur dalam pembiayaan aktiviti keusahawanan dan pembangunan PKS yang berdaya maju. Pada masa yang sama, lAP akan menarik pelabur institusi dan individu termasuk High Net Worth Individuals dalam pasaran kewangan Islam. Dalam hal ini, dana permulaan sebanyak 150 juta ringgit akan disediakan.


42. Bagi menggalakkan pelaburan dalam lAP, Kerajaan mencadangkan pelabur individu diberi pengecualian cukai pendapatan ke atas keuntungan dari pelaburan yang layak selama 3 tahun berturut-turut.


43. Untuk merancakkan terbitan dan urusniaga pasaran sukuk dan bon tempatan pula, Kerajaan telah memperkenalkan produk Bon dan Sukuk Dagangan Bursa atau ETBS pada Januari 2013. Makanya, Kerajaan mencadangkan supaya Sekuriti Kerajaan Malaysia dan Terbitan Pelaburan Kerajaan turut disenaraikan dan diurus niaga dalam ETBS.


44. Selain itu, perbelanjaan menerbitkan sukuk telah diberi potongan cukai mulai tahun taksiran 2003 hingga tahun taksiran 2015. Selaras dengan ini, dicadangkan potongan cukai bagi perbelanjaan menerbitkan sukuk berasaskan prinsip Ijarah dan Wakalah dilanjutkan selama 3 tahun lagi sehingga tahun taksiran 2018.


Tuan Yang Dipertua,


Tindakan ke-3: Menggalakkan Industri Perkapalan Tempatan


45. Akta Perkapalan Saudagar 2011 memperuntukkan keperluan mandatori insurans atau sekuriti kewangan untuk perlindungan liabiliti pihak ketiga bagi kapal yang beroperasi di Malaysia. Buat masa ini, kebanyakan pemilik kapal muatan besar di Malaysia mempunyai perlindungan liabiliti pihak ketiga melalui Protection & Indemnity, di luar negara.


46. Justeru, bagi membantu pemilik kapal muatan kasar 300 tan ke bawah, Kerajaan akan menubuhkan Kelab P&I Malaysia, di bawah Exim Bank, pada kadar premium yang berpatutan.


Tindakan ke-4: Mempastikan pertumbuhan wilayah yang seimbang dan inklusif, dengan terus menggalakkan pelaburan di kawasan�kawasan yang kurang membangun


47. Dalam konteks ini, Kerajaan akan menambahbaik pakej insentif khas yang disediakan di bawah Koridor-koridor Ekonomi merangkumi lebih banyak kawasan yang kurang maju.


Tindakan ke-5: Insentif Untuk Pengurusan Kawasan Perindustrian


48. Kawasan-kawasan perindustrian yang mempunyai kemudahan awam atau infrastruktur yang diselenggara secara sistematik merupakan antara faktor utama yang menyokong pembangunan industri. Dalam hal ini, insentif dengan 100 peratus pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh lima tahun akan disediakan untuk menggalakkan pihak swasta menyelenggara dan menambah baik kawasan perindustrian di kawasan kurang membangun. Manakala insentif dengan 70 peratus pengecualian cukai pendapalan bagi tempoh lima tahun akan disediakan kepada pihak swasta yang mengurus kawasan perindustrian di kawasan yang lain.


Tindakan ke-6: Elaun Modal Bagi Peningkatan Proses Automasi oleh Industri Berintensif Buruh


49. Kerajaan akan menyediakan insentif elaun modal perbelanjaan automasi untuk menggalakkan proses automasi sektor perkilangan mengikut kategori berikut:


� Kategori Pertama, iaitu untuk industri yang mempunyai kebergantungan buruh yang tinggi seperti industri produk getah, plastik, kayu, perabot dan teksti!. Insentif yang ditawarkan adalah elaun modal perbelanjaan automasi sebanyak 200 peratus ke atas 4� juta ringgit perbelanjaan pertama. Insentif ini adalah bagi tempoh 2015 hingga 2017; dan


� Kategori Kedua iaitu untuk industri-industri yang lain. Insentif yang ditawarkan adalah elaun modal perbelanjaan automasi sebanyak 200 peratus ke atas 2 juta ringgit perbelanjaan modal pertama. Insentif ini adalah bagi tempoh 2015 hingga 2020.


Tindakan ke-7: Pelaburan Berkualiti Tinggi


50. Dalam menggalakkan pelaburan berkualiti tinggi dan lebih tertumpu, pakej galakan lebih istimewa akan ditawarkan untuk projek-projek pelaburan yang


-.


berasaskan teknologi, inovasi dan pengetahuan, melibatkan pekerja berkelayakan tinggi dan berpengetahuan, dengan gaji yang tinggi.


Tuan Yang Dipertua,


Tindakan ke-8: Merancak Pelaburan Awam dan Swasta


51. Bagi tahun 2015, beberapa projek infrastrutur akan dilaksanakan:


Pertama: Membina Lebuh Raya Sungai Besi -Ulu Klang sepanjang 59 kilometer dengan kos pembinaan berjumlah 5.3 bilion ringgit;


Kedua: Membina Lebuh Raya Pantai Barat dari Taiping ke Banting sepanjang 276 kilometer dengan kos pembinaan berjumlah 5 bilion ringgit;


Ketiga: Membina Lebuh Raya Damansara -Shah Alam sepanjang 47 kilometer dengan kos pembinaan 4.2 bilion ringgit;


Keempat: Membina Lebuh Raya Lingkaran Luar Kuala Lumpur -Hubungan Timur sepanjang 36 kilometer dengan kos pembinaan 1.6 bilion ringgit;


Kelima: Menaik taraf landasan keretapi sektor Pantai Timur melibatkan jajaran Gemas-Mentakab, Jerantut-Sungai Yu dan Gua Musang-Tumpat dengan peruntukan 150 juta ringgit;


Keenam: Pembinaan MRT Jajaran Kedua sepanjang 56 kilometer dari Selayang ke Putrajaya, melibatkan anggaran 23 bilion ringgit; dan


Ketujuh: Manakala, Projek LRT3, yang bakal menghubungkan Bandar Utama sehingga Shah Alam dan Klang, dianggarkan 9 bilion ringgit akan dilaksanakan.


52. Projek Pengerang Integrated Petroleum Complex dengan nitai pelaburan 69 bilion ringgit pula yang dijangka dapat mewujudkan lebih 10,000 peluang pekerjaan.


53. Di samping itu, bagi membangunkan industri pembuatan kenderaan elektrik, dana pinjaman Sustainable Mobility Fund berjumlah 70 juta ringgit disediakan bawah SME Bank. Sebagai permulaan, 50 bas elektrik akan diperkenalkan.


Tuan Yang Dipertua,


Tindakan ke-9: Menggalakkan Penubuhan Hab Prinsipal


54. Untuk ini, Kerajaan akan terus berusaha memperbanyakkan lagi pusat operasi global syarikat multinasional di Malaysia. Sejajar dengan itu, satu insentif Hab Prinsipal yang berbentuk customised incentives akan diperkenalkan mulai awal tahun depan.


Tindakan ke-10: Merancakkan Industri Kreatif


55. Untuk memajukan industri kreatif seperti animasi, perfileman, seni reka, dan warisan budaya, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 200 juta ringgit kepada MyCreative Ventures pada tahun 2012. Lanjutan daripada ini, usaha ini diteruskan melalui Dana Industri Kandungan Digital di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sebanyak 100 juta ringgit.


Tindakan ke-11: Meningkatkan Keupayaan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi


56. High Speed Broad Band, di kawasan ekonomi berimpak tinggi, akan diteruskan meliputi ibu negeri dan bandar-bandar terpilih di seluruh negara. Sebanyak 2.7 bilion ringgit akan dibelanjakan dalam tempoh tiga tahun melibatkan pembinaan seribu menara pencawang telekomunikasi baru dan pembinaan kabel dasar laut.


Tindakan ke-12: Merancak Industri Pelancongan


57. Sempena sambutan ‘Malaysia -Year of Festivals 2015′, Kerajaan mensasarkan kedatangan pelancong asing seramai 29.4 juta orang dengan jangkaan pendapatan sebanyak 89 bilion ringgit. Untuk tujuan ini, sebanyak 316 juta ringgit diperuntukkan bagi pelbaga’l program di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.


Tuan Yang Dipertua,


Tindakan ke-13: Membangunkan Perusahaan Kecil dan Sederhana


58. Kini, sumbangan PKS kepada KDNK adalah sebanyak 33 peratus dan kita mensasarkan peningkatan kepada 41 peratus menjelang 2020.


59. Maka, bagi merancakkan penglibatan PKS dalam aktiviti ekonomi, Kerajaan mencadangkan pelaksanaan SME Investment Partner, di mana PKS akan diberi bantuan pembiayaan dalam bentuk pinjaman, ekuiti atau kedua-duanya, terutamanya di peringkat stan-up. Dana permulaan berjumlah 375 juta ringgit akan disediakan untuk tempoh lima tahun, di mana 250 juta ringgit adalah daripada SME Bank dan 125 juta ringgit lagi daripada pelabur swasta. Di bawah SME Corp pula, 10 juta ringgit akan diperuntukkan untuk Business Accelerator Programme.


60. Sebagai meningkatkan penggunaan teknologi baru, automasi dan inovasi dalam pembangunan PKS pula, sebanyak 80 juta ringgit diperuntukkan untuk Skim Pinjaman Mudah Automasi dan Pemodenan PKS di bawah Malaysian Industrial Development Finance Berhad.


Tuan Yang Dipertua,


61. Di sudut lain, TEKUN juga telah menyalurkan pinjaman berjumlah 3.1 bilion ringgit kepada hampir 300 ribu orang peminjam dengan had pembiayaan di antara 1,000 hingga 100 ribu ringgit. Pada tahun 2015, TEKUN akan menyediakan tambahan dana pembiayaan sebanyak 500 juta ringgit, d’lagihkan seperti berikut:


Pertama: 350 juta ringgit diperuntukkan kepada usahawan Bumiputera yakni hampir 33 ribu orang peminjam baru;


Kedua: 50 juta ringgit dikhususkan kepada Skim Pembiayaan Usahawan India, dijangka memanfaatkan 5,000 peminjam kaum India;


Ketiga: 50 juta ringgit diperuntukkan kepada Program Pembangunan Usahawan Wanita Muda Profesional yakni pembiayaan kepada 5,000 peminjam wanita profesional; dan


Keempat: 50 juta ringgit diperuntukkan kepada Program Pembangunan Usahawan’ Bekas Tentera, yang menawarkan pembiayaan kepada 5,000 orang bekas tentera.


62, Seiring itu, bagi mer’nbantu PKS kaum Cina, Kerajaan akan menyediakan pirijaman mudah sebanyak 50 juta ringgit, manakala bagi penjaja dan peniaga keeil sebanyak 30 juta ringgit


Tuan Yang Dipertua,


Tindakan ke-14: Pembangunan Inovasi dan Pengkomersilan


63, Ketika ini, nisbah R&D kepada KDNK adalah rendah jika dibanding dengan negara maju seperti Jepun dan Korea Selatan, Justeru, Kerajaan memperuntukkan 1,3 bilion ringgit kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bagi melaksanakan program berkaitan, antaranya:


Pertama: Mensasarkan 360 produk inovasi berimpak tinggi dikomersilkan dalam tempoh 5 tahun akan datang;


Kedua: Menyediakan dana penyelidikan sebanyak 290 juta ringgit bagi menjalankan pelbagai aktiviti R&D&C yang berimpak tinggi;


Keempat: Memperkenalkan inisiatif baru iaitu Public Private Research Network yang diterajui Kementerian Pendidikan dengan kerjasama MTDC dengan peruntukan sebanyak 50 juta ringgit; dan


Kelima: Memperkukuhkan Program Technology Commercialization Platform oleh Agensi Inovasi Malaysia dengan tambahan 50 juta ringgit.


Tuan Yang Diperlua,


STRATEGI KEDUA: MEMANTAP TADBIR URUS FISKAL


64.� Hakikatnya, Kerajaan sentiasa berusaha bagi mengukuhkan kemampanan kedudukan kewangan Negara, untuk menjamin kesejahteraan rakyat secara menyeluruh dan mengurangkan defisit fiskal, bagi mencapai bajet berimbang.


Tindakan Pertama: Melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan


65. Semasa pengumuman GST sewaktu pembentangan Bajet 2014 lalu, Kerajaan telah mencadangkan senarai barang makanan dan perkhidmatan asas tidak dikenakan GST. Maka berdasarkan kepada maklumbalas pelbagai lapisan masyarakat, Kerajaan telah bersetuju untuk meluaskan skop barang yang tidak dikenakan GST. Antara penambahannya adalah:


(i) Semua jenis buah-buahan tempatan dan diimporl;


(ii) Roti putih dan roti wholemeal;


(iii) Serbuk kopi, serbuk teh dan serbuk koko;


(iv) Mi kuning, kue tiau, laksa dan bihun;


(v) Ubat-ubatan Penting Nasional yang meliputi hampir 2,900 jenama ubat. Ubat-ubatan ini adalah bagi kegunaan rawatan untuk 30 jenis penyakit termasuk sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, kanser dan rawatan kesuburan;


(vi) Bahan bacaan seperti buku mewarna kanak-kanak, buku latihan dan rujukan, buku teks, kamus dan kitab agama; dan


(vii) Surat khabar.


66. Selain itu, Kerajaan juga bersetuju menaikkan kadar penggunaan elektrik yang tidak dikenakan GST daripada 200 unit kepada 300 unit pertama. Ini bermakna, sebanyak 70 peratus isi rumah akan mendapat manfaat langsung.


67. Di samping itu, bagi mempastikan pelaksanaan GST tidak membebankan rakyat, Kerajaan bersetuju supaya penjualan runcit minyak petrol RON95, diesel dan LPG diberikan pelepasan GST. Melalui langkah ini, pengguna dan kumpulan sasaran yang berkenaan tidak perlu membayar GST bagi pembelian petrol RON95, diesel dan LPG.


Tuan Yang Dipertua,


68. Molek saya nyatakan di sini bahawa, daripada 944 barang dan perkhidmatan yang terdapat di dalam basket of goods, Indeks Harga Pengguna, 532 barang atau 56 peratus dijangka mengalami penurunan harga sehingga 4.1 peratus. Antara produk tersebut adalah ubat-ubatan, barangan elektrik seperti peti sejuk dan mesin basuh, produk tekstil, barangan plastik seperti baldi dan pinggan mangkuk, kasut dan selipar, perabot rumah, lampin bayi, sabuil, daging, telur ayam, minyak masak, makanan laut, beras dan sayur-sayuran.


69. Manakala sekitar 354 jenis barang dan perkhidmatan yang akan mengalami kenaikan harga tidak melebihi 5.8 peratus. Apa yang penting, Kerajaan berharap para peniaga bersifat bertanggungjawab dengan tidak meningkatkan harga sehingga membebankan rakyat. Untuk memudahkan rakyat, Kerajaan akan mengeluarkan shoppers’ guide bagi membolehkan mereka membuat perbandingan harga sebelum dan selepas GST.


Tuan Yang Dipertua,


70. Perlu difahami baik-baik juga, sebenarnya, kesan langsung daripada perlaksanaan 88T, membolehkan Kerajaan mengurangkan beban cukai kepada rakyat seperti berikut:


Pertama: Kepada individu dan isi rumah bagi tahun taksiran 2015


(i) Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga mata peratusan. Melalui langkah ini, seramai 300 ribu orang yang kini membayar cukai pendapatan tidak lagi perlu membayar.


(ii) Manakala, golongan berkeluarga yang berpendapatan empat ribu ringgit sebulan tidak lagi mempunyai tanggungan cukai.


(iii) Cukai pendapatan individu juga akan distruktur semula di mana pendapatan bercukai pada kadar maksimum dinaikkan daripada melebihi 100 ribu ringgit kepada melebihi 400 ribu ringgit. Kadar cukai maksimum yang kini 26 peratus pula, dikurangkan kepada 24 peratus, 24.5 peratus dan 25 peratus. Justeru, pembayar cukai akan menikmati penjimatan bayaran cukai sekurang�kurangnya sebanyak 5.3 peratus.


Kedua: Bagi tahun taksiran 2015, kadar cukai pendapatan koperasi juga dikurangkan satu hingga dua mata peratusan. 8elain itu, yuran kesetiausahaan dan pemfailan cukai juga dibenarkan potongan cukai;


Ketiga: Bagi tahun taksiran 2016, kadar cukai pendapatan syarikat dikurangkan satu mata peratusan daripada 25 peratus kepada 24 peratus; dan


Keempat: Bagi tahun taksiran 2016, kadar cukai pendapatan syarikat kecil dan sederhana dikurangkan satu mata peratusan daripada 20 peratus kepada 19 peratus.


Tuan Yang Dipertua,


71. Pada satu perspektif, pengalaman antarabangsa membuktikan, tahap kesediaan peniaga adalah salah satu faktor kejayaan pelaksanaan GST. Bagi membantu para peniaga, insentif dan bantuan berikut akan dilaksanakan:


Pertama: Pemberian Geran latihan sebanyak 100 juta ringgit kepada peniaga untuk menghantar kakitangan menjalani latihan tentang GST;


Kedua: Bantuan kewangan berjumlah 150 juta ringgit kepada PKS bagi pembelian perisian perakaunan;


Ketiga: Kos pembelian peralatan dan perisian ICT diberi Elaun� Modal Dipercepatkan; dan


Keempat: Perbelanjaan latihan perakaunan dan ICT berkaitan GST diberi potongan cukai tambahan.


Tuan Yang Dipertua,


Tindakan ke�2: Merasionalisasi Subsidi


72. Kerajaan telah memperuntukkan 588 juta ringgit bagi pelbagai subsidi pada tahun 1994. Jumlah ini telah meningkat kepada 40.5 bilion ringgit pada tahun 2014.


73. Bagi menambah baik kedudukan kewangan awam, Kerajaan komited untuk melaksanakan langkah rasionalisasi subsidi, terutamanya subsidi petroleum. Langkah ini bertujuan mempastikan pemberian subsidi lebih bersasar serta rnengurangkan ketirisan dan penyeludupan. Kerajaan akan mempastikan langkah rasionalisasi subsidi dilaksanakan secara berperingkat bagi mempastikan ianya tidak membebankan rakyat.


74. Kini, lebih 21 bilion ringgit setahun diperuntukkan untuk membiayai subsidi petrol RON95, diesel dan gas memasak LPG. Kesannya, peruntukan subsidi telah


meningkat lebih 14 kali ganda daripada 1.65 bilion ringgit tahun 2002 kepada 23.5 bilion ringgit tahun 2013, semata-mata untuk mengekalkan harga runcit petrol yang rendah. Ini disebabkan peningkatan jumlah kenderaan daripada 13.6 juta unit pada 2008 kepada 23.7 juta unit pada 2013


75. Oleh yang demikian, bagi mempastikan pemberian subsidi yang lebih bersasar dan mengambil kira kesedaran dan kesediaan rakyat terhadap langkah rasionalisasi subsidi, Kerajaan akan membangunkan satu mekanisme� baru pemberian subsidi petroleum yang akan saya umumkan dalam masa terdekat.


Tuan Yang Dipertua,


Tindakan ke-3: Menyebar Luas Strategi Lautan Biru Kebangsaan


76. National Blue Ocean Strategy, telah menunjukkan keberkesanan pelaksanaan projek dan program Kerajaan. Untuk itu sebanyak 356 juta ringgit akan disediakan bagi tahun 2015, iaitu:


Pertama: Membuka 4 buah lagl UTe di Terengganu, Kelantan, Negeri SembiIan dan Perlis serta 1 mini UTe di Kedah; dan


Kedua: Mempergiatkan latihan peningkatan kemahiran atau upskilling kepada 5,000 pelatih melalui program 1Malaysia Skills and Employability Scheme bagi sektor awam dan 1Malaysia Training Centre bagi sektor swasta.


Tuan Yang Dipertua,


STRATEGI KETIGA: MENGUPAYA MODAL INSAN DAN KEUSAHAWANAN


77. Kontemporari ini, antara faktor yang menentukan kejayaan bagi sesebuah negara banyak bergantung kepada sumber manusianya. Kekayaan kini tidak lagi berasaskan kepada sumber ‘bahan mentah’ seperti petroleum, kelapa sawit atau sumber galian, semata-mata, tetapi juga merangkumi idea, kreativiti dan inovasi serta kemahiran insaniah, termasuklah ciptaan-ciptaan produk terkini, yang berupaya menjana ekonomi dan melahirkan usahawan-usahawan baharu.


78. Bagi maksud strategi ini dan falsafah modal insan, selaras dengan Ekonomi Keperluan Rakyat, adalah menjadi hasrat Kerajaan agar komponen gaji dalam KDNK ditingkatkan daripada takuk 34 peratus pada masa ini kepada 40 peratus daripada KDNK menjelang 2020.


Tuan Yang Dipertua,


Tindakan Pertama: Memantapkan Profesionalisme Perguruan dan Prestasi Sekolah


79. Sektor pendidikan negara akan terus diperkukuh selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Bagi tujuan ini, 56 bilion ringgit diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membiayai pelbagai program pengajaran dan pembelajaran. Ini termasuk penekanan akan diberikan kepada pemantapan sekolah-sekolah yang memerlukan bimbingan serta bantuan khusus. Justeru, peruntukan sebanyak 250 juta ringgit disediakan untuk menjayakan program Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah dan program Rakan Peningkatan Sekolah.


Tindakan Ke-2: Mengupaya Program Sekolah Amanah dan Pembinaan Sekolah Baru


80. Kerajaan juga akan memperluaskan program Sekolah Amanah yang telah dimulakan pada tahun 2011. Setakat ini, 30 buah Sekolah Amanah telah diwujudkan yang memanfaatkan lebih 20 ribu pelajar dan 1,500 guru. Oi bawah program ini, Pengetua diberi kuasa autonomi dan akauntabiliti yang tinggi dalam menguruskan pentadbiran serta proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Justeru, pada tahun hadapan, Kerajaan bercadang untuk memperluaskan program ini ke 20 buah sekolah lagi di negeri Johor, Sarawak, Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan peruntukan 10 juta ringgit.


81. Di samping itu, Kerajaan juga akan membina 12 buah sekolah baru, iaitu 7 buah Sekolah Rendah, 3 buah Sekolah Menengah dan 2 buah Sekolah Berasrama Penuh di seluruh negara.


Tindakan Ke-3: Mengarus Perdana Pendidikan Teknikal dan Vokasional


82. Menjelang tahun 2020, sekurang-kurangnya 46 peratus pekerjaan memerlukan kelayakan teknikal dan vokasional. Untuk itu, Kerajaan akan meningkatkan pengambilan pelajar di kolej vokasional dan kolej komuniti melalui program Transformasi Vokasional dan Teknik serta menaik taraf kolej. Bagi tujuan tersebut, Kerajaan memperuntukkan 1.2 bilion ringgit.


83. Bersabit hal ini juga, buat masa ini bagi permohonan untuk mengambil jurusan di bawah Program Latihan Teknikal dan Vokasional atau TEVT, yang diterima oleh Kementerian Pendidikan jauh melebihi kemampuan tempat yang boleh disediakan, yakni lebih kurang 20 ribu. Jadinya, sebagai langkah untuk membuka lebih peluang bagi bidang ini, Kerajaan bersetuju meluluskan 100 juta ringgit dengan serta merta kepada Kementerian Pendidikan untuk menempatkan 10 ribu pelajar di kolej-kolej teknikal dan vokasional swasta. Oi samping itu, 50 juta ringgit juga turut diperuntukkan kepada MARA bagi perlaksanaan Program TEVT.


Tuan Yang Dipertua,


84. Sebagai dorongan kepada syarikat swasta pula, Kerajaan mencadangkan galakan cukai sedia ada ditambahbaik seperti berikut:


Pertama: Potongan dua kali bagi maksud pengiraan cukai pendapatan diperluaskan kepada biasiswa untuk pelajar di peringkat pengajian pensijilan vokasional dan teknik;


Kedua: Potongan dua kali bagi maksud pengiraan cukai pendapatan ke atas perbelanjaan syarikat dalam melaksanakan program internship berstruktur di peringkat diploma dan vokasional; dan


Ketiga: Potongan tambahan bagi maksud pengiraan cukai pendapatan diberi ke atas perbelanjaan latihan yang ditanggung oleh majikan bagi pekerja untuk mendapatkan sijil dan kelayakan profesional yang diiktiraf.


Tuan Yang Dipertua,


Tindakan Ke-4: Membangunkan dan Menyelenggara Fasiliti Pendidikan


85. Dalam aspek keselamatan dan persekitaran pembelajaran pula, Kerajaan akan menyediakan 800 juta ringgit untuk tujuan ini dengan pecahan seperti berikut:


� Sekolah Kebangsaan 450 juta ringgit;


� Sekolah Jenis Kebangsaan Cina 50 juta ringgit;


� Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil 50 juta ringgit;


� Sekolah Mubaligh 50 juta ringgit;


� Sekolah Berasrama Penuh 50 juta ringgit;


� Sekolah Agama Bantuan Kerajaan 50 juta ringgit;


� MRSM 50 juta ringgit;


� Sekolah Pondok yang berdaftar 25 juta ringgit; dan Sekolah Menengah Kebangsaan Cina atau conforming school yang mengguna pakai kurikulum Kebangsaan


diperuntukkan sebanyak 25 juta ringgit


86, Kerajaan juga sukacita mengumumkan supaya pembayaran kos bil elektrik dan air kepada semua Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan di bawah Kementerian Pendidikan, dapat dibayar sepenuhnya dengan siling sebanyak 5,000 ringgit sebulan, Ini berbeza dengan kuota 2,000 ringgit setiap sekolah sebelum in!.


Tuan Yang Dipertua,


Tindakan Ke�5: Menaja Pelajaran


87, Untuk Tahun 2015, Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak 3 bilion ringgit, di mana 1,9 bilion ringgit melalui tajaan JPA, sebanyak 759 juta ringgit kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan 258 juta ringgit kepada Kementenan Kesihatan,


Tindakan Ke�6: Memperluas Program MyBrain15


88, Kerajaan telah memperkenalkan program MyBrain15 untuk menghasilkan 60 ribu pemegang PhD menjelang tahun 2023, Setakat ini, Seramai 34,525 pelajar sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah melibatkan perbelanjaan lebih 386 juta ringgit Untuk tahun 2015, sebanyak 112 juta ringgit lagi akan diperuntukkan, MyBrain15 yang kini terbuka kepada sektor swasta, dicadangkan diperluas kepada penjawat awam dan kakitangan badan berkanun yang ingin melanjutkan pengajian secara separuh masa di institusi pengajian tinggi tempatan,


Tindakan Ke�7: Tabung Pendidikan Tinggi Nasional


89, Sejak penubuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN pada 1997 sehingga kini, seramai 2,1 juta rakyat Malaysia telah mengambil


plnJaman berjumlah 47.8 bilion ringgit. Namun demikian, setakat 31 Ogos 2014, hanya 5.36 bilion ringgit atau 46 peratus daripada 11.76 bilion ringgit telah dikutip.


90. Lebih menyedihkan, terdapat seramai 174 ribu peminjam, yang langsung tidak pernah membayar balik setakat 2010. Oleh itu, Kerajaan akan mengambil langkah baru yang setimpal dan sewajarnya kepada para peminjam ini.


Tuan Yang Dipertua,


91. Hatla dalam Islam pun, melalui mafhum beberapa hadis sahih antaranya riwayat Muslim menyatakan bahawa, roh seorang mukmin itu tergantung-gantung dengan sebab berhutang, waima dosa orang mati syahid pun diampuni, melainkan hutangnya.


92. Berkaitini, harap ramai dapat mengambil iktibar. Jadinya, dalam usaha menggalakkan peminjam membuat bayaran balik, Kerajaan mencadangkan supaya 10 peratus rebat diberikan sekiranya peminjam membuat bayaran balik pinjaman secara berterusan selama 12 bulan sehingga 31 Disember 2015. Sebagai tam bahan, tawaran diskaun 20 peratus diberikan kepada peminjam yang membuat penyelesaian secara sekaligus atau lump sum mulai hari ini sehingga 31 Mac 2015.


93. Sejak tahun 2005, golongan berpendapatan tidak melebihi 2,000 ringgit sebulan, yang menyimpan di dalam SSPN-i, telah menikmati pemberian geran sepadan. Justeru, bagi menggalakkan lebih ramai ibu bapa menjadi pendeposit untuk menikmati geran sepadan ini, Kerajaan mencadangkan supaya had pendapatan isi rumah pencarum dinaikkan kepada tidak melebihi 4,000 ringgit sebulan.


Tuan Yang Dipertua,


I


Tindakan Ke�8: Meningkat Kebolehpasaran Graduan


94. Sehingga kini, dianggarkan seramai 53 ribu graduan masih belum lagi mendapatkan pekerjaan setelah 6 bulan tamat pengajian. Untuk meningkatkan


kebolehpasaran graduan, Kerajaan mencadangkan supaya kurikulum dan program latihan kemahiran di institusi latihan kemahiran awam serta institusi pengajian tinggi dikaji semula. Untuk tujuan ini, Talent Corp akan menyediakan 30 juta ringgit bagi program Industry Academia Collaboration di mana, universiti, entiti Kerajaan dan industri bekerjasama membangunkan kurikulum program internship serta latihan industri.


95. Selain itu, keyakinan diri dan kemahiran graduan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris akan dipertingkatkan. Pada masa ini, syarat kemasukan am ke IPTA mengkehendaki pelajar mencapai tahap minimum di Band 1 dalam Malaysian University English Test atau MUET. Mulai tahun hadapan:


(I) bagi kemasukan ke IPTA tahap minimum Band MUET ditingkatkan


mengikut bidang pengajian seperti contoh berikut: a) Pengajian Sastera dan Sains Sosial -Band 2 b) Pengajian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik atau


STEM -Band 3 c) Pengajian Undang-undang & Perubatan -Band 4


(i1) sebagai syarat bergraduan pula, pelajar wajib mencapai: a) pengajian Sastera dan Sains Sosial -Band 3 b) Pengajian STEM -Band 4 c) Pengajian Undang-undang & Perubatan -Band 5


Saya juga ingin menyarankan IPTS melaksanakan langkah yang sama.


Tuan Yang Dipertua,


Tindakan Ke-9: Mensejahterakan Golongan Pekerja


96. Pada suku kedua 2014, jumlah pekerjaan adalah sebanyak 13.5 juta iaitu peningkatan lebih 1.6 juta pekerjaan berbanding tahun 2010. Bagi mempastikan kebajikan pekerja terus terbela:


�(i) Akta Kerja 1955 dan akta perburuhan yang berkaitan akan dikaji semula yang termasuk terma dan syarat pekerjaan, pelantikan dan pemberhentian, waktu bekerja yang fleksibel serta faedah penamatan kerja;


(H) Portal JobsMalaysia akan ditambahba�lk bagi memenuh�1 keperluan pasaran tenaga kerja yang semakin dinamik;


(iii) Kerajaan akan memperkenalkan Sistem Insurans Pekerjaan bertujuan membantu golongan pekerja yang diberhentikan melalui pemberian bantuan saraan sementara serta peluang latihan semula atau reskilling and upskilling; dan


(iv) Menyediakan latihan teknikal dan bantuan pendidikan kepada golongan bella India terutama dari keluarga kurang berkemampuan dengan peruntukan 30 juta ringgit.


97. Pada tahun 2011, Skim Latihan 1Malaysia atau SL1M telah berjaya mendapatkan pekerjaan kepada lebih 45 ribu graduan dari kalangan isi rumah berpendapatan rendah dan luar bandar. Kerajaan telah menyokong usaha CSR oleh majikan dalam perlaksanaannya melalui galakan potongan dua kali kepada syarikat bagi maksud pengiraan cukai pendapatan sehingga 31 Disember 2016. Saya mencadangkan galakan cukai ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.


Tuan Yang Dipertua,


Tindakan Ke-10 : Globally Recognised Industry and Professional Certification atau 1MalaysiaGRIP


98. Bagi memperhebatkan program upskilling dan reskilling, Kerajaan akan memperkenalkan satu program baru, iaitu Globally Recognised Industry and Professional Certification atau 1MaiaysiaGRIP dengan peruntukan sebanyak 300 juta ringgit secara matching grant antara Kerajaan dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad bagi melatih serama�1 30 ribu pekerja.


Tindakan Ke-11 : Program Latihan Kemahiran


99. Kerajaan akan meningkatkan program latihan .kemahiran di institusi latihan kemahiran Jabatan Tenaga Kerja atau JTK. Program latihan ini akan melibatkan pelajar lepasan Sijil Kemahiran Malaysia, graduan universiti atau kolej serta pekerja industri terutama pekerja separuh mahir. Bagi mengoptimumkan 32 institusi latihan JTK, Kerajaan akan mengoptimumkan kapasiti latihan double shift bagi program sepenuh masa melibatkan 176 kursus yang mempunyai permintaan tinggi dalam pasaran pekerjaan. Pengambilan pelajar sebanyak 2 kali setahun dianggarkan melibatkan 48 ribu dalam tempoh 5 tahun pelaksanaannya dengan peruntukan 570 juta ringgit.


Tindakan Ke-12: Syarikat Permulaan atau Start-up


100. Kerajaan berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai lokasi tumpuan bagi Syarikat Permulaan atau Start-up di rantau ini. Salah satu usaha adalah penubuhan MaGIC bagi mewujudkan ekosistem yang lebih kondusif untuk memudahcara syarikat Start-up memulakan pemiagaan. Justeru, bagi menarik lebih ramai usahawan ekspatriat syarikat Start-up beroperasi di Malaysia, dicadangkan kriteria khas Modal Berbayar syarikat Start-up ditetapkan sebanyak 75 ribu ringgit. Usahawan ekspatriat Start-up yang layak akan diberi Startup Work Pass untuk tempoh satu tahun.


Tuan Yang Dipertua,


STRATEGI KEEMPAT: MEMPERKASA AGENDA BUMIPUTERA


101. Sejak Merdeka, semua perancangan serta dasar ekonomi Melayu dan Bumiputera oleh pihak Kerajaan telah digubal berasaskan perhitungan komposisi masyarakat majmuk tersebut. Secara prinsipnya, perkara dan amalan ini telah diterima pakai sebagai satu kontrak sosial sejak sekian lama oleh seluruh rakyat Malaysia, dilindungi, dan dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan.


102. Makanya, Melayu dan Bumiputera sebagai teras kepada agenda nasional tidak boleh dinafikan oleh sesiapa. Sesungguhnya, sebarang prakarsa bersifat nasional yang tidak mengambilkira atau mengabaikan agenda Melayu serta Bumiputera sama ada Islam mahupun bukan Islam, adalah tidak adil dan tidak saksama.


103. Halla, sejarah telah membuktikan sejak puluhan tahun dilaksanakan, bukan sahaja orang Melayu dan Bumiputera, bahkan semua rakyat Malaysia berkongsi nikmat, meraih manfaat bersama, hasil daripada pembangunan ekonomi negara. Jelasnya, ini telah kita lakukan bukanlah dengan mengambil, atau menidakkan hak sesiapa, tetapi sebenarnya melalui penciptaari kekayaan baru dan penjanaan pertumbuhan ekonomi yang mampan. Apatah lagi menjelang 2020, jumlah Melayu dan Bumiputera, Islam dan Bukan Islam, akan mencapai lebih 70 peratus.


Tuan Yang Dipertua,


Tindakan Pertama: Meningkatkan Pemilikan Ekuiti Bumiputera


104. Dalam konteks pemilikan ekuiti syarikat korporat, masyarakat Bumiputera masih belum mencapai sasaran 30 peratus. Sementara itu, effective control ke atas syarikat korporat terkini, hanyalah pada sekitar 10 peratus. Lantaran itu, Kerajaan menerusi EKUINAS akan diperuntukkan 600 juta ringgit bagi meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam syarikat-syarikat swasta mahupun GLC. Sehingga kini, EKUINAS telah melaksanakan pelaburan kumulatif bernilai 2.3 bilion ringgit dalam pelbagai sektor.


Tindakan Ke-2: Memantapkan Keusahawanan Bumiputera


105. Bagi melahirkan usahawan-usahawan Bumiputera, beberapa inisiatif telah dirancang:


Pertama: Memperkukuh peranan Institut Keusahawanan Negara atau INSKEN sebagai Pusat Kecemerlangan Keusahawanan Bumiputera;


Kedua: Merancakkan lagi program Skim Usahawan Permulaan Bumiputera atau SUPERB dengan peruntukan tambahan sebanyak 30 juta ringgit. Program ini juga akan diperluaskan penyertaannya kepada usahawan di Sabah dan Sarawak;


Ketiga: Memperkenalkan program pre-eksport untuk syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi atau TERAS bagi meningkatkan penjenamaan, pensijilan antarabangsa, dan market survey keluaran Bumiputera. Program ini mensasarkan 60 syarikat TERAS yang dapat meningkatkan kapasiti dan menembusi pasaran antarabangsa; dan


Keempat: Memperluaskan program carve-out and compete secara meritokrasi meliputi projek Kerajaan dan penswastaan, termasuk projek MRT jajaran kedua dan Lebuhraya Pan Borneo.


Tindakan Ke-3: PKS Bumiputera


106. Bagi PLS Bumiputera pula, antara inisiatif-inisiatif khusus yang akan dilaksanakan melalui Bajet 2015 adalah seperti berikut:


Pertama Lembaga Tabung Haji akan memperuntukkan 200 juta ringgit bagi penubuhan Akaun Pelaburan Terhad patuh syariah di Bank Islam.


. Tujuan akaun ini adalah bagi menyedia kemudahan pembiayaan dan kredit yang bernilai antara 50 ribu hingga 1 juta ringgit mulai Januari 2015; dan


Kedua: Amanah Ikhtiar Malaysia atau AIM akan menggunakan sumber dalaman berjumlah 1.8 bilion ringgit untuk menyediakan pembiayaan yang dapat memanfaatkan 346 ribu sahabat AIM.


Tindakan Ke-4: Membangunkan Modal lnsan Bumiputera


107. Sebagai sebuah institusi unggul Bumiputera, MARA perlu terus diperteguhkan. Pastinya, antara aspek yang terpenting ialah Pembangunan Modal


Insan. la merupakan salah satu pelengkap bagi Memperkasa Agenda Bumiputera. Dalam hal ini Kerajaan telah menyediakan inisiatif-inisiatif berikut:


Pertama: 2 bilion ringgit diperuntukkan menerusi MARA kepada pelajar Bumiputera yang layak untuk tajaan pelajaran;


Kedua: 72 juta ringgit akan digunakan oleh Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dalam pelaksanaan 3 program dalam bentuk biasiswa, latihan dan bantuan kewangan yang keseluruhannya melibatkan 5 ribu orang; dan


Ketiga: Menubuhkan Pusat Perakaunan Profesional di Universiti Teknologi Mara dengan kerjasama Institut Akauntan Malaysia.


Tuan Yang Dipertua,


108. Sememangnya, Kerajaan sentiasa mengambil berat dan amat prihatin dalam membangun dan membela nasib rakyat di Sabah dan Sarawak dalam agenda pembangunan negara.


109. Sehubungan itu, sebagaimana Projek Lebuhraya Utara-Selatan telah mentransformasikan pembangunan dari Perlis ke Johor, Kerajaan akan mula membina Lebuh Raya Pan Borneo sepanjang 1,663 kilometer melibatkan jajaran Sarawak sepanjang 936 kilometer dan jajaran Sabah sepanjang 727 kilometer dengan kos pembinaan sebanyak 27 bilion ringgit.


110. Menerusi NBOS pula, satu lagi mini UTC dan RTC masing-masing di Sabah dan Sarawak akan dibuka bagi memudahkan urusan masyarakat di pedalaman dan bandar.


111. Membina Klinik Kesihatan di Tenom, Sabah dan di Lubok Antu, Sarawak, serta menaik taraf kemudahan di Hospital Tawau. Kerajaan akan turut menyediakan perkhidmatan perubatan nuklear dan radioterapi bagi merawat pesakit kanser di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak di Likas Sabah.


Tuan Yang Dipertua,


112. Negeri Sabah merupakan negeri yang mempunyai pesisiran pantai yang panjang dan luas. Justeru, bagi memperkukuhkan keselamatan di kawasan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah atau ESSZONE, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah atau ESSCOM diperuntukkan 660 juta ringgit.


113. Dua batalion melibatkan satu batalion PGA PDRM dan satu batalion Tentera Darat dengan jumlah anggota baru seramai 1,280 anggota telah diluluskan. Dua buah kem juga akan dibina di ESSZONE iaitu Kem Batalion 20 PGA di Beluran dan Kem ATM di Felda Sahabat, Lahad Datu, Sabah.


114. Di samping itu, kelengkapan operasi pertahanan dan keselamatan akan ditambah baik. Antaranya perolehan sistem radar pengawasan yang berkeupayaan tinggi. Kerajaan juga akan menggunakan satu pelantar minyak yang diubahsuai dan sebuah kapal auxiliary sebagai Sea Basing di perairan ESSZONE dengan peruntukan sebanyak 230 juta ringgit melalui program CSR Petronas.


115. Sebagai tambahan, untuk membolehkan pesawat berkeupayaan tinggi mendarat, Kerajaan akan memanjangkan landasan lapangan terbang di Lahad Datu dan perpindahan Skuadron Hawk dari Butterworth ke Labuan, dengan peruntukan sebanyak 50 juta ringgit.


116. Kerajaan juga akan menempatkan semuia perkampungan-perkampungan air seperti di Semporna dan Sandakan secara berperingkat. Kerajaan berharap dengan inisiatif ini, keselamatan rakyat Malaysia di Sabah akan terus terjamin dan aktiviti ekonomi akan terus rancak.


Tuan Yang Dipertua,


117. Sebagai Memperkukuh Rantaian Bekalan Makanan di Sabah dan Sarawak, julung-julung kalinya subsidi padi bukit diperkenalkan dengan peruntukan sebanyak 70 juta ringgit. Bantuan ini akan memberi manfaat kepada kawasan penanaman seluas 76,000 hektar.


118. Hakikatnya, Kerajaan amat mementingkan kesejahteraan rakyat, terutama yang melibatkan aspek kos sara hidup seharian mereka. Justeru, Kerajaan akan berusaha untuk terus menyeimbangkan harga barang keperluan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak melalui langkah-Iangkah berikut:


Pertama: 262 juta ringgit bagi membiayai kos pengangkutan dan penguatkuasaan kawalan harga barangan keperluan harian terutamanya di Sabah dan Sarawak; dan


Kedua: Tambahan 2 buah KR1M di Sabah menjadikan jumlah 16 buah dan 3 buah lagi di Sarawak menjadikan 19 buah.


Sesungguhnya, agenda pembelaan nasib rakyat di Sabah dan Sarawak, Agi Idup Agi Ngelaban, akan tatap kita perjuangkan.


Tuan Yang Dipertua,


STRATEGI KELIMA: MEMARTABAT PERANAN WANITA


119. Sesungguhnya wanita sangat istimewa. Keunikan mereka bukan sekadar penyeri kepada sesebuah keluarga, malahan menjadi penyuluh dalam mengatasi banyak permasalahan kehidupan. Bahkan wanita itulah tulang belakang pembangunan negara. Sesuai dengan itu, Kerajaan sentiasa mengambil berat dalam mempastikan mereka terus berperanan dalam mewarnai negara dan generasi mendatang.


120. Pada masa ini, pekerja wanita hanya mewakili 38 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja di negara ini. Bagi meningkatkan sumbangan wanita dalam pembangunan negara, Kerajaan akan menumpukan kepada usaha mempergiatkan penglibatan wanita dalam pasaran kerja dan aktiviti keusahawanan, Atas tujuan ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, diperuntukkan sejumlah 2,26 bilion ringgit bagi pembangunan dan operasi. Antaranya program-programnya termasuklah:


Pertama: Memperkukuh Program Pengarah Wanita bagi mencapai 30 peratus penglibatan wanita dalam kumpulan pembuat keputusan, Kerajaan merancang untuk melatih 125 orang bakal pengarah wanita untuk mengisi jawatan sebagai ahli lembaga pengarah syarikat berkaitan Kerajaan dan swasta, Saya menyeru syarikat milik Kerajaan dan swasta memberi peluang kepada lebih ramai wanita profesional menjadi ahli lembaga pengarah;


Kedua: Menambah baik peluang wanita untuk kembali ke pasaran kerja melalui program 1Malaysia Support for Housewife yang menitikberatkan latihan kemahiran dan galakan suri rumah; dan


Ketiga: Talent Corp akan mewujudkan Program Women Career Comeback untuk wanita profesional kembali ke pasaran pekerjaan berdasarkan kelayakan professional.


121. Kerajaan juga sentiasa peka terhadap kesejahteraan golongan wanita terutamanya dari aspek keselamatan, Sehubungan itu, Kerajaan akan membeli premis Rumah Perlindungan Khas Wanita mengikut zon wilayah timur, utara dan tengah, Selain itu, bagi memberi peluang kepada ibu tunggal yang berminat dalam keusahawanan, Kerajaan akan meneruskan Program Kemahiran Inkubator Ibu Tunggal atau I-KIT, Program Inkubator Keusahawanan Wanita dan Program Teras Pembangunan Wanita,


122. Seterusnya, susulan daripada pembiayaan keseluruhan yang disediakan di bawah AIM, usahawan wanita India akan diberi peruntukan khusus sebanyak 30 juta ringgit.


123. Selain itu, bagi Penjawat Awam, Kerajaan bersetuju menambah baik kemudahan Cuti Menjaga Anak dengan meminda syarat pemberian supaya tidak terikat dengan tempoh Cuti Bersalin berkuat kuasa 1 Januari 2015. Kemudahan ini terhad untuk tempoh satu tahun dan diperluaskan kepada pegawai wanita yang mempunyai anak tiri tanggungan, anak angkat yang diambil mengikut undang�undang, anak pelihara dan anak kurang upaya.


124. Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menggalakkan penubuhan lebih banyak pusat penjagaan kanak-kanak di premis pejabat swasta, garis panduan sedia ada akan dipinda. Mulai Januari 2015, Kerajaan akan membenarkan majikan mengendalikan pusat penjagaan kanak-kanak melebihi tingkat dua, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Tuntasnya, apa yang dilakukan oleh Kerajaan ini, sudah tentu mampu mengangkat martabat wanita, dalam berperanan aktif di persada negara.


Tuan Yang Dipertua,


STRATEGI KEENAM: MEMBANGUN PROGRAM TRANSFORMASI BEllA NEGARA


125. Bagi saya belia bukan sekadar harapan bangsa, tidak hanya setakat aset atau rakan kongsi kepada pembangunan negara, malah nilaian belia adalah lebih daripada kesemuanya itu. Bertolak daripada itu, Kerajaan prihatin kepada kehidupan generasi muda yang bakal mewarisi kepimpinan dan memikul amanah demi kemajuan dan kemakmuran masa depan Malaysia yang kita cintai ini.


Pelan Transformasi Selia Negara


126. Bagi mencapai hasrat ini, Kerajaan akan melancarkan Pelan Transformasi Belia Negara. Bagi menjayakan pelbagai program belia, sebanyak 320 juta ringgit diperuntukan untuk tujuan berikut:


Kedua: Menambahbaik program Rakan Muda dan memperkenalkan program Kem Uniti;


Ketiga: Mengukuhkan aspek kepimpinan belia melalui pengenalan program Akademi Kepimpinan Belia untuk mengasah bakat kepimpinan di kalangan Selia Malaysia;


Keempat: Mempergiatkan program kesukarelawan belia melalui 1M4U dan memperkenalkan program MyCorp. Program MyCorp melibatkan belia menjalankan aktiviti sukarela kebajikan dan sosio ekonomi di peringkat antarabangsa dengan peruntukan 10 juta ringgit;


Kelima: Menggilap bakat keusahawanan di kalangan belia melalui Program MaGIC, SME Bank dan Agro Bank serta memperkenalkan Online Resource Centre dan menganjur persidangan keusahawanan sosial antarabangsa;


Keenam: Melaksanakan Program Agropreneur Muda oleh FAMA yang melibatkan 1,200 orang belia dengan sasaran pendapatan melebihi 5,000 ringgit sebulan; dan


Ketujuh: Meningkatkan keupayaan dan kemahiran belia melalui Program Transformasi IKBN dan Program Coding Bootcamp serta program Projek Angkat Dan Upaya atau PADU.


124. Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menggalakkan penubuhan lebih banyak pusat penjagaan kanak-kanak di premis pejabat swasta, garis panduan sedia ada akan dipinda. Mulai Januari 2015, Kerajaan akan membenarkan majikan mengendalikan pusat penjagaan kanak-kanak melebihi tingkat dua, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Tuntasnya, apa yang dilakukan oleh Kerajaan ini, sudah tentu mampu mengangkat martabat wanita, dalam berperanan aktif di persada negara.


Tuan Yang Dipertua,


STRATEGI KEENAM: MEMBANGUN PROGRAM TRANSFORMASI BEllA NEGARA


125. Bagi saya belia bukan sekadar harapan bangsa, tidak hanya setakat aset atau rakan kongsi kepada pembangunan negara, malah nilaian belia adalah lebih daripada kesemuanya itu. Bertolak daripada itu, Kerajaan prihatin kepada kehidupan generasi muda yang bakal mewarisi kepimpinan dan memikul amanah demi kemajuan dan kemakmuran masa depan Malaysia yang kita cintai in\.


Pelan Transformasi Selia Negara


126. Bagi mencapai hasrat ini, Kerajaan akan melancarkan Pelan Transformasi Belia Negara. Bagi menjayakan pelbagai program belia, sebanyak 320 juta ringgit diperuntukan untuk tujuan berikut:


Kedua: Menambahbaik program Rakan Muda dan memperkenalkan program Kem Uniti;


Ketiga: Mengukuhkan aspek kepimpinan belia melalui pengenalan program Akademi Kepimpinan Belia untuk mengasah bakat kepimpinan di kalangan Selia Malaysia;


Keempat: Mempergiatkan program kesukarelawan belia melalui 1M4U dan memperkenalkan program MyCorp. Program MyCorp melibatkan belia menjalankan aktiviti sukarela kebajikan dan sosio ekonomi di peringkat antarabangsa dengan peruntukan 10 juta ringgit;


Kelima: Menggilap bakat keusahawanan di kalangan belia melalui Program MaGIC, SME Bank dan Agro Bank serta memperkenalkan Online Resource Centre dan menganjur persidangan keusahawanan sosial antarabangsa;


Keenam: Melaksanakan Program Agropreneur Muda oleh FAMA yang melibatkan 1,200 orang belia dengan sasaran pendapatan melebihi 5,000 ringgit sebulan; dan


Ketujuh: Meningkatkan keupayaan dan kemahiran belia melalui Program Transformasi IKBN dan Program Coding Bootcamp serta program Projek Angkat Dan Upaya atau PADU.


Tuan Yang Dipertua


1Malaysia Youth City


127. Kerajaan juga berhasrat supaya satu ekosistem komprehensif yang disertai belia dapat disediakan untuk meningkatkan keupayaan dan memajukan diri dalam pekerjaan dan keusahawanan serta dapat menikmati kemudahan perumahan dan rekreasi. Untuk ini, Kerajaan akan mewujudkan 1Malaysia Youth City dengan peruntukan 100 juta ringgit bagi membiayai tiga projek perintis di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.


Skim Perumahan Belia atau Youth Housing Scheme


128. Bila mengupas ehwal belia juga, pemilikan rumah merupakan satu isu besar khususnya soal harga rumah dan keboleh biayaan. Menyedari permasalahan ini, sukacita saya mengumumkan Skim Perumahan Belia atau Youth Housing Scheme secara perkongsian pintar di antara Kerajaan, Bank Simpanan Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Cagamas.


129. Skim ini menawarkan pemilikan rumah pertama yang bernilai tidak melebihi 500� ribu ringgit, kepada belia berkahwin berumur 25 hingga 40 tahun serta mempunyai pendapatan isi rumah tidak melebihi 10 ribu ringgit. Tempoh pembiayaan maksimum adalah 35 tahun.


130. Oi bawah skim ini, sebanyak 200 ringgit sebulan diberikan oleh Kerajaan untuk tempoh 2 tahun pertama bagi mengurangkan beban ansuran bulanan pinjaman perumahan. Pengecualian sebanyak 50 peratus duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman juga diberi.


131. Lebih menarik, Kerajaan turut menyediakan jaminan pinjaman sebanyak 10 peratus, bagi membolehkan peminjam mendapatkan pembiayaan penuh termasuk kos insuran. Peminjam juga boleh mengeluarkan wang daripada Akaun 2 KWSP mereka untuk menampung pembayaran ansuran bulanan dan kos lain yang berkaitan.


132. Oleh itu, saya menyeru golongan belia supaya merebut peluang ini yang ditawarkan secara “first come first served basis” untuk 20,000 unit rumah sahaja.


Tuan Yang Dipertua,


Blueprint Negara Bersukan atau Sporting Nation


133. Pada aspek lain, Kerajaan akan mengambil langkah bersepadu ke arah mentranslormasikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan. Untuk ini, Kerajaan akan merealisasikan Blueprint Negara Bersukan atau Sporting Nation. Bagi mencapai hasrat ini, Kerajaan memperuntukkan 103 juta ringgit bagi melaksanakan langkah-Iangkah berikut;


Pertama: Mempastikan kelestarian dan kesinambungan bakat sukan bermula daripada peringkat sekolah rendah melalui Program Malaysian Talent Identification. Program ini melibatkan pengujian, saringan dan pengkhususan bakat di kalangan pelajar sekolah;


Kedua: Meningkatkan mutu sukan berprestasi tinggi untuk enam bidang sukan terpilih dalam lasa pertama iaitu Bola Sepak, Berbasikal, Badminton, Sepak Takraw, Renang dan Olahraga;


Ketiga: Menyemarakkan Program FitMalaysia yang menumpukan kepada kecergasan fizikal; dan


Keempat: Menyambut Hari Sukan Negara pada hari Sabtu pertama dalam bulan November pada setiap tahun dengan penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat secara serentak dl seluruh negara.


Tuan Yang Dipertua,


STRATEGI KETUJUH: MENSEJAHTERA RAKYAT


134. Sebenarnya, kemakmuran sesebuah negara bergantung juga kepada kemampuannya untuk menyediakan tahap kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.


Bantuan Persekolahan


135. Sebagai langkah meringankan beban perbelanjaan awal persekalahan yang ditanggung oleh ibu bapa dan penjaga pelajar, khususnya golongan berpendapatan rendah, Kerajaan akan meneruskan bantuan persekolahan. Bantuan sebanyak 100 ringgit seorang, akan disalurkan mulai Januari tahun depan kepada seramai 5.4 juta pelajar, sekalah rendah dan menengah dengan peruntukan sebanyak 540 juta ringgit.


Program Baucar Buku 1Malaysia


136. Selanjutnya, bagi tujuan pembelian buku-buku rujukan dan peralatan pengajian, Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan Program Baucar Buku 1Malaysia dengan kadar bantuan 250 ringgit searang. Program ini diperuntukkan sejumlah 325 juta ringgit dan dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 1.3 juta pelajar.


Tuan Yang Dipertua,


Memperkukuh Rantaian Bekalan Makanan


137. Bagi Memperkukuh Rantaian Bekalan Makanan, di samping membantu petani, penternak dan nelayan menambah pendapatan, Kerajaan memperuntukkan sejumlah 6 bilian ringgit kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Antaranya inisiatif yang akan dilaksanakan ialah:


Pertama: Mulai tahun 2015 sehingga 2017, Kerajaan akan membuka 65 buah Pasar Tani Kekal dan 50 buah Pasar lkan yang beroperasi setiap hari di beberapa lokasi terpilih. Setakat ini terdapat 526 pasar tani dan 50 pasar ikan di seluruh negara;


Kedua: Memperkenalkan program lelongan sayur-sayuran berkualiti dengan harga berpatutan, setiap minggu di 85 lokasi Pusat Operasi Urusniaga FAMA dan pasar tani terpilih di seluruh negara;


Ketiga: Merancakkan penanaman dan tanaman semula pokok buah-buahan seperti durian, manggis, langsat, rambutan serta memperhebatkan Program Jom Bertani supaya rakyat mengusahakan tanaman kontan dan sayur-sayuran untuk kegunaan sendiri; dan


Keempat: Menyediakan geran pemadanan sebanyak 100 juta ringgit kepada Lembaga Pertubuhan Peladang untuk membolehkan ahli-ahlinya membuat pinjaman bagi meningkatkan produktiviti ladang dan rangkaian pemasaran.


138. Selain itu, Kerajaan akan mempergiatkan empat Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu di Rompin, Batang Lupar, Kota Belud dan Pekan yang. melibatkan kawasan tanaman padi seluas 25,905 hektar. Bagi tujuan ini, sebagai permulaan, Kerajaan memperuntukkan 100 juta ringgit.


Tuan Yang Dipertua,


Pembangunan dan Kebajikan Nelayan


139. Semua lapisan rakyat, tidak kira di mana, adalah penting. Kerajaan amat prihatin tentang pembangunan dan kebajikan nelayan yang sentiasa menghadapi pelbagai cabaran hidup. Dalam menangani masalah pendapatan nelayan yang tidak menentu terutamanya ketika musim tengkujuh, serta persekitaran perkampungan nelayan yang tidak selesa, Kerajaan akan:


Pertama: Menaikkan elaun sara hidup nelayan Zan A kepada 300 ringgit daripada 200 ringgit sebulan. Bagi nelayan Zan B dan C, elaun sara hidup dinaikkan kepada 250 ringgit sebulan;


Kedua: Bagi nelayan darat sepenuh masa, buat pertama kalinya akan diberi elaun 200 ringgit sebulan. Pemberian elaun ini melibatkan lebih 44 ribu nelayan;


Ketiga: Mempergiatkan lagi aktiviti akuakultur seperti ternakan ikan, udang, kupang dan tiram dalam sangkar bagi mempelbagaikan sumber pendapatan nelayan yang terjejas terutama di musim tengkujuh. Untuk ini, sebanyak 60 juta ringgit diperuntukkan; dan


Keempat: Memasang Automatic Identification System ke atas bot-bot nelayan untuk meningkatkan hasil tangkapan ikan, mempastikan kedudukan bot nelayan berdasarkan zon tangkapan dan mengurangkan kos operasi. Untuk tujuan ini, 27 juta ringgit diperuntukkan.


140. Dalam Bajet 2012, saya telah mengumumkan peruntukan sebanyak 300 juta ringgit untuk Projek Khas Perumahan Nelayan bagi membaik pulih dan membina rumah nelayan. Sebagai meneruskan usaha murni ini, sukacita saya mengumumkan tambahan 250 juta ringgit untuk projek perumahan nelayan dan bagi menyempurnakan lagi perkampungan nelayan.


Tuan Yang Dipertua,


Program Penyeragaman Harga dan Kedai Rakyat 1Malaysia


141. Kerajaan amat komited melaksanakan beberapa inisiatif termasuklah program penyeragaman harga, pemberian subsidi pengangkutan dan pembukaan lebih banyak Kedai Rakyat 1Malaysia. Untuk itu, antara langkah yang akan dilaksanakan oleh KPDNKK adalah:


Pertama: Menambah 20 buah lagi Kedai Rakyat 1Malaysia atau KR1M di Semenanjung;


Kedua: Mewujudkan dan memberi peruntukan kepada kumpulan pemantau harga atau price watch team dari kalangan persatuan pengguna; dan


Ketiga: Memperkukuhkan Unit Penguatkuasaan GST dengan 2,270 anggota, Unit Pemantauan Harga seramai 1,300 anggota dan Skuad Pengguna seramai 202,800 sukarelawan serta penglibatan 579 penghulu dan penggawa.


Tuan Yang Dipertua,


Mempertingkatkan Sistem Pengangkutan Awam


142. Bagi mempertingkatkan sistem pengangkutan awam pula, Kerajaan akan memperkenalkan beberapa program berikut:


Pertama: Menyediakan perkhidmatan bas antara bandar kepada penduduk yang menetap di luar tetapi bekerja di Kuala Lumpur. Kemudahan ini menawarkan tambang bulanan pada kadar diskaun 30 peratus. Sebagai permulaan, 3 laluan bas akan beroperasi iaitu Rawang-KL; Klang-KL dan Seremban-KL;


Kedua: Menyediakan perkhidmatan Electric Train Service atau ETS Ipoh-Butterworth bermula pada April 2015; dan


Ketiga: Menambahbaik Perkhidmatan Bas Berhenti-henti di beberapa ibu negeri melalui sistem kontrak dengan syarikat bas sedia ada. Pelaksanaan program ini adalah secara berperingkat dan akan melibatkan Bandaraya Kuching, Ipoh, Seremban, Kuala Terengganu dan Kangar.


Tuan Yang Dipertua,


Bantuan Khas Kepada Pekebun Keeil Getah dan Kelapa Sawit


143. Baru-baru ini Kerajaan telah memberi bantuan khas sebanyak 500 ringgit seeara one-off kepada pekebun keeil getah yang terjejas akibat kejatuhan harga getah. Lembaga Getah Malaysia atau LGM akan memperuntukkan 100 juta ringgit bagi melaksanakan mekanisme kawal selia harga di peringkat ladang untuk melindungi pekebun keeil daripada mengalami kerugian terutamanya sewaktu harga pasaran dunia lebih rendah daripada harga minimum yang ditetapkan. LGM akan turut menyediaka’n pinjaman mudah berjumlah 6.4 juta ringgit sebagai modal pusingan kepada 64 buah koperasi pekebun keeil bagi membeli getah terus daripada kira-kira 442,000 pekebun keeil getah di seluruh negara.


144. Bagi pekebun keeil kelapa sawit pula, Kerajaan akan meneruskan insentif untuk penanaman baru dan penanaman semula dengan peruntukan sebanyak 41 juta ringgit. Di samping itu, pengecualian duti eksport minyak sawit mentah atau CPO akan dilanjutkan sehingga bulan Disember 2014.


Tuan Yang Dipertua,


Perkhidmatan dan Kemudahan Kesihatan


145. Bagi perkhidmatan dan kemudahan kesihatan rakyat, Kerajaan akan memperuntukkan 23.3 bilion ringgit untuk pelaksanaan inisiatif berikut:


Pertama: Membina dua buah hospital iaitu Hospital Dungun di Terengganu dan Hospital Seri Iskandar di Perak. Membina 20 Klinik Kesihatan dan 4 Klinik Pergigian antaranya di Klinik Kesihatan di Kuala Lipis, Pahang, dan Klinik Pergigian di Kluang, Johor;


Kedua: Menambah 30 Klinik 1Malaysia yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 290 buah di seluruh negara dan membina sebuah Klinik Kesihatan di Cyberjaya. Kerajaan juga akan menempatkan 30 orang doktor perubatan di 30 Klinik 1Malaysia;


Ketiga: Mengganti 635 unit mesin hemodalisis di hospital dan klinik Kerajaan dengan peruntukan sebanyak 30 juta ringgit. Bagi menggalakkan penglibatan sektor swasta, Kerajaan akan menyediakan ruang di hospital dan klinik kesihatan Kerajaan untuk menempatkan 244 buah mesin hemodalisis lagi yang akan disumbangkan oleh sektor swasta dalam memenuhi tanggungjawab sosial korporat mereka; dan


Keempat: Menyediakan ubat-ubatan bagi pesakit yang menjalani rawatan hemodialisis kronik dan akut dengan peruntukan sebanyak 45.4 juta ringgit.


146. Pada masa ini, perbelanjaan perubatan penyakit serius seperti kanser, kegagalan buah pinggang dan serangan jantung telah diberi pelepasan cukai sehingga 5,000 ringgit. Bagi meringankan tanggungan kos rawatan dan perubatan penyakit serius ini, Kerajaan mencadangkan pelepasan cukai ini ditingkatkan kepada 6,000 ringgit. Pelepasan cukai ini bukan sahaja untuk pembayar cukai itu sendiri tetapi juga meliputi pasangan dan anak.


147. Mutakhir ini, penularan wabak demam denggi semakin serius. Bagi mengekang penularan wabak berkenaan, program pencegahan denggi akan dipertingkatkan, melalui kesedaran komuniti dan perolehan peralatan pencegahan denggi seperti re-agen, Ultra Low Volume dan Mist Blower. Di samping itu, Kerajaan akan mengagihkan sebanyak 55 ribu test kit denggi kepada semua klinik swasta untuk mempercepatkan proses pengesanan awal denggi secara percuma. Untuk itu, sebanyak 30 juta ringgit diperuntukkan.


Tuan Yang Dipertua,


Kesejahteraan Wanita, Keluarga dan Masyarakat


148. Kerajaan amat prihatin terutama kepada golongan yang memerlukan. Selaras dengan ini, Kerajaan memperuntukkan sebanyak 2.2 bilion ringgit kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk melaksanakan program berikut:


Pertama: Menyediakan 1.2 bilion ringgit bantuan kewangan kepada keluarga miskin, kanak-kanak, warga emas dan Orang Kelainan Upaya atau OKU. Untuk menunjukan keprihatinan kepada golongan ini, Kerajaan bersetuju kadar bantuan bagi OKU bekerja dinaikan daripada 300 ringgit kepada 350 ringgit manakala bagi OKU tidak bekerja dinaikkan daripada 150 ringgit kepada 200 ringgit. Ini memberi manfaat kepada 110 ribu OKU, dengan peruntukan 66 juta ringgit;


Kedua: Menaikkan pelepasan cukai bagi setiap anak yang OKU daripada 5,000 ringgit kepada 6,000 ringgit;


Ketiga: Menaikkan pelepasan cukai bagi pembelian peralatan sokongan asas bagi diri sendiri, pasangan, anak dan ibu bapa yang OKU daripada 5,000 ringgit kepada 6,000 ringgit;


Keempat: Menaikkan kadar makanan harian 8,700 penghuni di 63 institusi . Jabatan Kemajuan Masyarakat daripada 8 ringgit kepada 16 ringgit;


Kelima: Meningkatkan geran tahunan Majlis Kebangsaan bagi OKU, daripada 500 ribu ringgit kepada 1 juta ringgit; dan


Keenam: Menambah 5 buah Pusat Aktiviti Warga Emas menjadikan 50 buah di . seluruh negara serta Unit Penyayang Warga Emas yang menyediakan pengangkutan percuma kepada warga emas ke hospital.


149. Di samping itu, bagi mengukuhkan pendidikan awal kanak-kanak, Kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak 711 juta ringgit kepada Kementerian Pendidikan, Tabika Kemas, PERMATA dan Tabika Perpaduan.


Tuan Yang Dipertua,


Pemilikan Rumah


150. Untuk menangani ISU pemilikan rumah dengan harga yang berpatutan, pelbagai projek dan program akan terus dilaksanakan, antaranya:


Pertama: Membina 80 ribu unit rumah PR1MA dengan peruntukan sebanyak 1.3 bilion ringgit. Had kelayakan pendapatan isi rumah juga dinaikkan daripada 8 ribu ringgit kepada 10 ribu ringgit. Selain itu, Skim Pembiayaan Sewa-beli atau rent-to-own akan diperkenalkan kepada individu yang tidak berupaya mendapat pembiayaan daripada bank;


Kedua: Membina 26 ribu unit rumah Program Perumahan Rakyat oleh Jabatan Perumahan Negara dengan peruntukan sebanyak 644 juta ringgit; dan


Ketiga: Membina 12 ribu unit Rumah Mesra Rakyat dan 5 ribu unit Rumah Idaman Rakyat oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad. Oi samping itu, SPNB juga akan membina 20 ribu unit Rumah Aspirasi Rakyat di atas tanah persendirian.


151: Bagi membolehkan lebih ramai rakyat memiliki rumah pertama dan mengurangkan kos membeli rumah, Kerajaan bersetuju melanjutkan pengecualian duti setem 50 peratus ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman serta menaikkan had harga rumah daripada 400 ribu ringgit kepada 500 ribu ringgit. Pengecualian ini diberikan sehingga 31 Disember 2016.


152. Kerajaan juga bersetuju menambah baik program Skim Rumah Pertamaku kendalian Cagamas, dengan menaikkan had nilai harga rumah kepada 500 ribu ringgit, selaras dengan pengecualian duti setem tersebut. Di samping itu, had kelayakan umur peminjam bagi skim ini akan dinaikkan daripada 35 kepada 40 tahun.


153. Bagi memberi keselesaan kepada rakyat yang mendiami perumahan kos rendah awam, peruntukan penyelenggaraan sebanyak 40 juta ringgit disediakan di bawah Program Penyelenggaraan Perumahan Awam. Manakala bagi penyelenggaraan perumahan kos rendah swasta pula, 100 juta ringgit disediakan di bawah Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia.


Tuan Yang Dipertua,


154. Pada masa ini, cukai keuntungan ke atas pelupusan sesuatu harta tanah di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 ditaksir secara formal. Kerajaan telah melaksanakan sistem taksiran sendiri bagi cukai pendapatan individu dan syarikat sejak tahun 2001 dan 2004. Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk terus memodenkan sistem percukaian negara dan memandangkan pembayar cukai pada masa ini lebih bertanggungjawab, adalah dicadangkan mulai tahun 2016, cukai keuntungan ke atas pelupusan harta tanah ditaksir secara sendiri bagi tujuan pengiraan cukai keuntungan harta tanah.


Kemudahan dan Infrastruktur Luar Bandar


155. Kerajaan juga terus komited menyedia dan menaiktaraf kemudahan dan’ infrastruktur luar bandar. Sejumlah 4.5 bilion ringgit akan diperuntukkan terutamanya di Sabah dan Sarawak bagi melaksanakan program berikut, antaranya:


Pertama: projek jalan luar bandar sepanjang 635 kilometer termasuk bekas jalan-jalan balak di Sabah dan Sarawak dengan peruntukan sebanyak 943 juta ringgit;


Kedua: Melaksanakan program penyambungan bekalan elektrik kepada lebih 15 ribu buah rumah dengan peruntukan sebanyak 1.1 bilion ringgit;


Ketiga: program bekalan air bersih luar bandar kepada 7,500 buah rumah dengan peruntukan sebanyak 394 juta ringgit;


Keempat: Program membina dan membaik pulih ruang usang melibatkan 9,500 buah rumah dengan peruntukan sebanyak RM200 juta ringgit.


Kelima: Meningkatkan mutu perkhidmatan udara luar bandar di Sabah dan Sarawak melalui penyelenggaraan dan sewaan pesawat baru dengan peruntukan sebanyak 160 juta ringgit,


Keenam: Melaksanakan program pembangunan ekonomi, kemudahan infrastruktur dan penambahbaikan taraf hidup masyarakat Orang Asli dengan peruntukan sebanyak 352 juta ringgit; dan


Ketujuh: Menambah sepuluh batang tiang lampu menjadikannya 20 batang tiang lampu di setiap kampung di seluruh negara yang melibatkan lebih 22 ribu kampung dengan peruntukan sebanyak 26 juta ringgit. Ini menjadikan jumlah keseluruhan 56 juta ringgit bagi menyediakan lampu jalan kampung.


Tuan Yang Dipertua,


National Water Blueprint


156. Bekalan air merupakan elemen penting dalam kehidupan seharian setiap insan dan industri. Sehubungan itu, Kerajaan akan menyediakan National Water Blueprint bagi mempastikan kelangsungan bekalan air di seluruh negara untuk jangka panjang. Ini termasuk pengurusan sungai secara holistik, pembinaan dan penambahbaikan loji-Ioji rawatan air.


157. Sumber bekalan air juga dipelbagaikan melalui penerokaan air bawah tanah, penggunaan semula air terawat untuk industri dan pertanian serta meluaskan penggunaan storm water retainer system. Bagi mengatasi kekurangan bekalan air di Lembah Klang, pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 akan digiatkan. Ini melibatkan kos sebanyak 3 bilion ringgit yang mampu menambah bekalan air terawat sebanyak 1,130 juta liter sehari.


158. Di samping itu, untuk mengatasi masalah kehilangan air tidak berhasil atau Non Revenue Water, sebanyak 112 juta ringgit diperuntukkan bagi kerja-kerja mewujudkan zon kawalan kebocoran, menjalankan kerja pengesanan dan pembaikan paip-paip bocor.


Tuan Yang Oipertua,


Keselamatan dan Ketenteraman Awam


159. Bagi meningkatkan tahap keselamatan dan ketenteraman awam serta pertahanan negara, peruntukan sebanyak 17.7 bilion ringgit disediakan untuk Angkatan Tentera Malaysia, sementara sebanyak 9.1 bilion ringgit diperuntukkan untuk Polis DiRaja Malaysia. Sejumlah 804 juta ringgit juga, diperuntukkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia bagi memperkukuhkan penguatkuasaan maritim.


160. Kerajaan komited untuk mengurangkan kadar jenayah di negara ini, yang menjadi salah satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara. Untuk ini, Kerajaan telah meluluskan tambahan sebanyak 11,757 perjawatan anggota polis, selain membina sebanyak 14 Ibu Pejabat Polis dan Balai Polis, termasuk bangunan baharu IPK Perlis serta terus memperkukuhkan dengan penambahan 1,000 lagi unit rondaan bermotosikal PDRM. Selain itu, Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak 121 juta ringgit kepada PDRM untuk melaksanakan pelbagai program NKRA.


161. Bagi meningkatkan kesiapsiagaan aset dan anggota tentera, sebanyak 7 bilion ringgit diperuntukkan untuk memperoleh dan menyelenggara aset-aset pertahanan. Selain itu, kebajikan anggota tentera akan dipertingkatkan termasuk perkhidmatan kesihatan dan penyediaan kediaman.


162. Manakala, bagi meningkatkan keselamatan maritim, APMM disediakan peruntukan sebanyak 393 juta ringgit. Ini adalah untuk meningkatkan kecekapan operasi dan pembelian 7 buah kapal peronda baharu.


Tuan Yang Dipertua,


163. Selain itu, Jabatan Sukarelawan Malaysia di bawah Kementerian Dalam Negeri atau RELA, akim terus memainkan peranan sebagai sebuah agensi sukarelawan untuk membantu pasukan keselamatan dalam mengekalkan keselamatan dan keamanan negara. Sebanyak 117 juta ringgit akan disediakan terutamanya untuk latihan dan bina upaya bagi mengukuh peranan RELA.


Tuan Yang Dipertua,


Pemerkasaan NGO


164. Sejak dahulu, Kerajaan sememangnya mengiktiraf peranan penting NGO. Justeru, saya mengisytiharkan tahun hadapan sebagai pemerkasaan NGO dan kesukarelawan atau MyNGO 2015. Untuk itu, geran secara one-off dengan. peruntukan 50 juta ringgit disediakan kepada NGO berwibawa termasuk yang beruniform, melibatkan program berasaskan pembangunan komuniti, perpaduan, kebajikan masyarakat, kepenggunaan, kesihatan dan keselamatan.


Tuan Yang Dipertua,


165. Ahli-Ahli Dewan yang mulia, serta rakyat Malaysia dikasihi sekalian yang sedang menyaksikan bajet 2015 ini, di kaca-kaca televisyen dan mendengar di corong-corong radio luar sana.


166. Bersyukurlah..bersyukurlah.. kita semua berpijak di atas bumi yang aman, sentosa lagi permai. Menjunjung pula langit luas terbentang. Secara geografinya, tanah air bertuah ini, terpisah oleh Laut China Selatan, menggabungkan Tanah Semenanjung, dengan Sabah dan Sarawak sebagai sebuah kesatuan yang berkeramat, bermula dari Arau, Perlis, membawa hingga ke Semporna, Sabah sampai ke penghujung Ulu Lachau, Sarawak meliputi kawasan seluas hampir 330,290 kilometer persegi.


Tuan Yang Dipertua,


167. Sudah menjadi lumrah kehidupan ada pasang surutnya. Bak kata pujangga…,musim panas…, kehujanan…, musim hujan…, kepanasan. Sesungguhnya, tahun 2014 menjadi takwim yang penuh dugaan. Pada suku tahun pertama, belum pun lagi reda dengan misteri kehilangan MH370, rakyat Malaysia dikejutkan pula dengan peristiwa tragik pesawat MH17 milik Malaysia Airlines System dilembak jatuh di Timur Ukraine.


168. Meski apapun, berbekal pengertian surah ke-94 AI-Insyirah, pada setiap kesukaran itu pastinya ada hikmah-hikmah dan kesenangan yang menanti. Tampaknya, rakyat Malaysia menerima dengan tenang dan tabah akan apa yang telah berlaku. Kita telah bersatu dalam suasana kesedihan, membentuk solidariti yang tidak terpecah bentengnya.


169. Menghadapi krisis ini, Kerajaan telah berusaha tanpa lelah, sehingga tidak pernah terjadi dalam sejarah, perundingan penuh dramatik dan berdiplomasi dengan puak pemisah yang tidak beridenliti negara, demi mencari penyelesaian mendapatkan kotak hitam, memasuki kawasan kejadian, sehingga berjaya membawa pulang, hampir kesemua jenazah yang terkorban kembali ke bumi Malaysia di mana mereka berasal.


170. Walau apapun, life goes on, hidup perlu diteruskan.


Tuan Yang Dipertua,


171. Di atas segalanya, memetik madah Rabindranath Tagore, seorang pujangga terkenal bahawa, “…Janganlah kita menangis kerana matahari telah menghilang sebentar daripada kehidupan, kerana airmata itu bisa menghalang kita melihat bintang-bintang yang masih bergemerlapan. ..”


Tuan Yang Dipertua,


Pusat Percetakan AI-Quran


172. Saya yakin, dalam kemajmukan dan kepelbagaian agama, masing-masing telah pun berbuat sehabis baik dan berdoa mengikut kepercayaan semua demi kebaikan Malaysia. Bagi pihak Kerajaan pula, antara lain, kita menzahirkan rasa syukur atas banyak kurniaan lIahi dan bersetuju membina Pusat Percetakan Al Quran di Putrajaya , yakni kedua terbesar di dunia selepas Arab Saudi. Pusat ini atas inisiatif Kerajaan, bersama Yayasan Restu, dijangka dapat mencetak sehingga sejuta naskhah Al Quran setahun untuk diedarkan ke seluruh dunia. Selain itu, Pusat ini juga akan menjadi tempat tumpuan penggiat dan penggemar seni khat. Untuk itu, Kerajaan akan memperuntukkan 30 juta ringgit bagi tempoh tiga tahun.


Tuan Yang Dipertua,


173. Seperti saban tahun, saya sebutkan bahawa, Malaysia yang terbina seutuh ini, tidak lain dan tidak bukan, hasil mahsul kerja keras Kerajaan Barisan Nasional, selama berdekad-dekad yang disokong oleh rakyat. Tidak seperti pihak pembangkang yang siiiiiibukkkkkkkk merebut kuasa sesama sendiri, berkemelut dalam parti, sehingga pihak istana pun menjadi murka.


Tuan Yang Dipertua,


174. Alhamdulillah…,Alhamdulillah…, di celah-celah pelbagai dugaan ini, Malaysia melangkah gagah dengan banyak catatan pencapaian di peringkat global, antaranya:


Pertama: Memperbaiki kedudukan dalam Laporan World Competitiveness Index 2014, menduduki tangga ke-12 daripada tangga ke-15 pada tahun sebelumnya. Kedudukan tersebut menunjukkan kita lebih kompetitif berbanding United Kingdom, Australia dan Finland;


Kedua: Menduduki tangga ke-3 terbaik daripada 22 buah negara bagi penilaian Best Emerging Markets yang dikeluarkan oleh Bloomberg; dan


Ketiga: Menduduki tangga ke-6 daripada 189 buah negara, dalam Laporan Ease of Doing Business oleh Bank Dunia, di mana kita menduduki tangga pertama dalam aspek mendapatkan kemudahan pembiayaan.


175. Berhubung ini, menurut hadis, bersyukur kepada TUhan, bererti juga, berterima kasih sesama manusia.


Penambahbaikan Perkhidmatan Awam


176. Maka demikian, jika pada bajet yang lalu, saya telah mengumumkan penambahbaikan 81 skim perkhidmatan awam. Dalam bajet kali ini, Kerajaan akan menambahbaik lagi 252 skim perkhidmatan sedia ada, untuk meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam.


177. Di samping itu, bagi menghargai khidmat pegawai dan kakitangan kontrak KEMAS, JASA, JPNIN, JAKIM dan Seranta FELDA yang telah berkhidmat melebihi 15 tahun dan telah tamat perkhidmatan kontrak mengikut umur persaraan wajib, Kerajaan bersetuju memberikan bantuan bulanan sebanyak 300 ringgit seorang. Inisiatif ini akan memanfaatkan 1,655 individu.


Tuan Yang Dipertua,


Perumahan kepada Penjawat Awam


178. Sebetulnya, Kerajaan prihatin terhadap kesukaran penjawat awam untuk mendapat pembiayaan memiliki rumah. Oieh itu, saya mengumumkan had kelayakan minimum pinjaman perumahan dinaikkan daripada kadar 80 ribu ringgit, kepada 120 ribu ringgit dan bagi had kelayakan maksimum, dinaikkan daripada 450 ribu ringgit kepada 600 ribu ringgit. Serentak itu, wang pemprosesan permohonan pinjaman perumahan sebanyak 100 ringgit kita mansuhkan. Kedua-dua cadangan ini, berkuatkuasa pada 1Januari 2015.


179. Bertolak dari sini, Kerajaan juga komited. untuk terus meningkatkan pembinaan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia atau PPA1M. Pada masa ini, sebanyak 10,639 unit rumah telah diluluskan untuk pembinaan. Pada tahun 2015, bagi membolehkan lebih ramai penjawat awam memiliki rumah, Kerajaan bersetuju untuk membina 5,380 unit rumah lagi, iaitu di Putrajaya 1,600 unit; di Bukit Jalil 1,530 unit; di Papar, Sabah 1,290 unit dan di Bukit Pinang, Kedah 960 unit. Di samping itu, Kerajaan juga menambah baik PPA1M seperti berikut:


Pertama: Menurunkan harga minimum rumah PPA1M yang kini berharga 150 ribu kepada 90 ribu ringgit seunit dengan keluasan lantai minimum 850 kaki persegi;


Kedua: Menaikkan syarat kelayakan pendapatan isi rumah daripada 8;’000 ringgit kepada 10,000 ringgit; dan


Ketiga: Menyediakan dana mudahcara sehingga 25 peratus daripada kos projek kepada pemaju yang menyertai skim PPA1M.


180. Laginya, keadaan rumah yang baik dan selesa didiami akan meningkatkan produktiviti penjawat awam. Untuk itu, Kerajaan menyediakan 500 juta ringgit untuk membaik pulih dan menyelenggara secara berperingkat kuarters tentera, polis, guru dan kakitangan kesihatan di seluruh negara. Sebanyak 105 juta ringgit diperuntukkan kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk penyelenggaraan kuarters Kerajaan, di bawah Program MyBeautiful Malaysia yang melibatkan 126 lokasi.


Tuan Yang Dipertua,


Bantuan Rakyat 1Malaysia


181. Dengan mengambil kira peningkatan hasil GST dan kemampuan fiskal Kerajaan, kita tingkatkan pemberian Santuan Rakyat 1Malaysia atau SR1 M daripada 650 ringgit kepada 950 ringgit. Ini, untuk isi rumah berpendapatan bulanan tiga ribu ringgit ke bawah. Santuan ini akan dibayar sebanyak tiga kali setahun, iaitu 300 ringgit akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak 350 ringgit akan dibayar mulai September 2015.


182. Seterusnya, bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara tiga ribu hingga empat ribu ringgit, Kerajaan akan meningkatkan nilai SRi M daripada 450 ringgit kepada 750 ringgit. Santuan ini akan dibayar sebanyak tiga kali setahun juga, iaitu 200 ringgit akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya sebanyak 350 ringgit akan dibayar mulai September 2015.


183. Sagi kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan . tidak melebihi dua ribu ringgit sebulan, Kerajaan akan meningkatkan nilai SRi M daripada 300 ringgit kepada 350 ringgit. Bayaran bantuan ini akan dibuat sekaligus mulai awal tahun hadapan.


Tuan Yang Dipertua,


184. Kerajaan juga akan menggantikan insurans takaful berkelompok atau i-SRi M yang telah diperkenalkan sebelum ini dengan Skim Khairat Kematian. Skim ini akan memberi manfaat kepada waris penerima SRi M dengan bantuan 1,000 ringgit yang akan berkuat kuasa selama setahun.


Tuan Yang Dipertua,


Menghargai Sumbangan Ahli Parlimen


185. Kita sedar bahawa, tanggungjawab seorang Ahli Parlimen begitu besar dan bermakna pada kamuniti dan masyarakat setempat. Ahli-ahrl Parlimen adalah ketua yang perlu memimpin masyarakat setempat dari semua aspek termasuk kebajikan, keagamaan, sasial dan pendidikan.


186. Dengan kata lain, khidmat Ahli Parlimen sebagai wakil atau pemimpin di kawasan parlimen masing-masing adalah mendesak tidak kira waktu. Bagi mencerminkan tahap tanggungjawab dan kepimpinan ini, sukacita saya mencadangkan agar elaun Ahli-Ahli Parlimen dinaikkan seperti berikut:


• Ahli Dewan Rakyat elaunnya dinaikkan daripada bersamaan gred 54 kepada bersamaan gred Jusa C bersesuaian dengan peranan kepimpinannya; dan


• Ahli Dewan Negara elaunnya dinaikkan daripada bersamaan gred 48 kepada bersamaan antara gred 54 dan Jusa C,


187. Cadangan ini juga akan melibatkan kenaikan gaji dan elaun Yang Di Pertua Dewan Rakyat dan Yang Di Pertua Dewan Negara serta Timbalan Yang Di Pertua Dewan Rakyat dan Timbalan Yang Di Pertua Dewan Negara sewajarnya, berkuatkuasa 1 Januari 2015.


Tuan Yang Dipertua,


188. Walau bagaimanapun…., walau bagaimanapun…, mohon bertenang…., mohon bertenang … , Kerajaan telah mengambil keputusan supaya, semakan kenaikan gaji bagi anggata pentadbiran dikaji serta ditangguhkan keputusannya sehingga satu masa yang bersesuaian. Ini termasuklah Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri Kabinet dan Timbalan-Timbalan Menteri.


Tuan Yang Dipertua,


Menghargai Sumbangan Penjawat Awam


189. Sebagai penutup, seperti biasalah…, seperti biasalah…, buah yang ranum, sudah pun mahu gugur. Makanya, sukacita saya mengumumkan, pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji kepada penjawat awam dengan bayaran minimum 500 ringgit. Pemberian bonus ini akan dibayar pada bulan Januari 2015. Kepada pesara Kerajaan pula, bayaran bantuan khas diberi sebanyak 250 ringgit.


190. Saya berharap, pemberian ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kenaikan kos sara hidup dan menjaga kebajikan para penjawat awam, terutamanya kepada keluarga untuk persediaan musim awal persekolahan nanti.


Penutup


Tuan Yang Dipertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat serta Seluruh Rakyat Yang Sedang Menonton dan Mendengar Bajet ini,


191. Semoga Allah membentang seluas-Iuas rezeki dan mempermudahkan selurus-Iurus jalan bagi pelaksanaan bajet Ekonomi Keperluan Rakyat yang digubah ini.


192. Marilah berdoa dan berharap, apabila kejayaan mula menyentuh, mudah�mudahan bahagia mendatangi. KepadaMu Tuhan, Ya lIahi Ya Rabbi, kami meminta selamatkan tanah air ini daripada mara bahaya. Rahmatilah roh serta jasad pertiwi terkasih ini, buat selamanya-Iamanya.


Tuan Yang Dipertua,

Saya mohon mencadangkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...