ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: September 2014

Tuesday 30 September 2014

Antara Hazirah Pelajar Melayu Dapat Phd Usia 24 Tahun Dan Adam Adli


Hazzirah Izzati Mat Lazim memang tidak sepopular Adam Adli.Hazirah hanyalah gadis biasa tapi mempunyai kebolehan yang luar biasa dengan pencapaian cemerlang didalam bidang akademik memperolehi Phd pada awal usia 24 tahun.Pencapaian beliau seharusnya mendapat liputan meluas media dan wajar dijadikan ikon kepada generasi kini khususnya anak-anak Melayu.Tentunya gadis ini memberikan keutamaan kepada pelajaran berbanding perkara-perkara lain adalah antara kunci utama kejayaan beliau.

Bukan dengan niat mempolitikkan gadis ini tetapi jika perbandingan dibuat dengan tujuan kebaikan anak bangsa apa salahnya dan dimana silapnya.Kejayaan menempa nama sebagai pelajar Melayu yang mendapat usia 24 tahun jauh lebih bermakna dari kejayaan Adam Adli menjadi bekas pelajar di pusat pengajian tinggi berulang alik ke balai polis menghadapi pelbagai tuduhan jenayah.Naik turun mahkamah dan menjadi buruan lensa Adam Adli kelihatan berbangga dan riak.Mempunyai pengikut yang menyokong membabi buta tanpa memikirkan kesan kepada generasi muda khususnya pelajar Melayu yang berada di menara gading.

Mahasiswa serta mahasiswi dihasut menjadi kurang ajar dan bersikap seperti extremis kononnya ingin menjadi pejuang dengan menjadi alat perkakasan parti politik pembangkang.Berguling-guling dijalanraya menjadi riadah mereka di setiap hujung minggu sambil menjaja sepanduk perjuangan di jalanan begitu meloyakan.Tutur kata kesat provokasi kepada pemerintah menjadi siulan dan tentunya tersemat di benak mereka seakan lupa siapakah diri mereka sebenarnya.

Antara mereka berdua Hazzirah Izzati dan Adam Adli ..siapakah wajar menjadi wira atau wirawati.Jika watak antagonis lebih menarik perhatian anak -anak Melayu,betapa malangnya segala pengorbanan generasi terdahulu untuk memastikan Melayu mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama tinggi dengan bangsa yang lebih terkehadapan berbanding kita.

Biodata Hazzirah Izzati

Hazzirah Izzati Mat Hassim dilahirkan pada 18 Mei 1990 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau merupakan anak kedua daripada 8 orang adik beradik, anak kepada pasangan Mat Hassim bin Daud, seorang Penolong Pegawai Perubatan di Unit Kecemasan, Hospital Tumpat, Kelantan dan Martinawati bt. Salleh, seorang guru Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1.
Hazzirah memulakan pengajian peringkat awal di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (1) pada tahun 1997. Pada tahun 1999, beliau menduduki peperiksaan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang membolehkannya melangkau ke Tahun 5 pada usia 10 tahun. Kelulusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah melayakkannya untuk diterima masuk bagi meneruskan pengajian di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai pada tahun 2002 selama 3 tahun. Selepas tamat Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dengan keputusan 8A, beliau memohon untuk ke MRSM Bitara Pengkalan Chepa bagi meneruskan pengajian tingkatan 4 dan 5. Peluang belajar di MRSM Bitara Pengkalan Chepa dimanfaatkan sepenuhnya sehingga ditawarkan untuk turut serta dalam Program Ekspress UTM-MARA di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru : sebaik sahaja tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2006 dalam usia 16 tahun. Pemilihan pelajar untuk mengikuti program ini adalah berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM. Beliau kemudiannya mengikuti Program Persediaan Pra-Ijazah selama enam (6) bulan di UTM Johor Bahru bermula Januari 2007 hingga Jun 2007. Berdasarkan keputusan SPM (7A1, 3A2) dan keputusan peperiksaan akhir Program Ekspress UTM-MARA beliau berjaya untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan mendapat pinjaman boleh ubah dari MARA.
Selepas tiga (3) tahun mengharungi pengajian, beliau berjaya menamatkan pengajian dan bergraduasi pada Oktober 2010 dan telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan Kepujian Kelas Pertama dalam usia 20 tahun. Ekoran daripada itu, pihak MARA telah menukarkan pinjaman boleh ubah kepada biasiswa penuh. Beliau kemudiannya ditawarkan pula oleh UTM untuk melanjutkan pengajian terus ke peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) di bawah program Ph.D Fast Track UTM. Beliau menerima tawaran dan memilih untuk menjalankan kajian dalam bidang Matematik Tulen di Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains, UTM Johor Bahru dan menerima biasiswa MyPhD yang ditawarkan oleh pihak KPT.  Beliau menerima tawaran dan memilih untuk menjalankan kajian dalam bidang Matematik Tulen di Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains, UTM Johor Bahru dan menerima biasiswa MyPhD yang ditawarkan oleh pihak KPT.
Di bawah seliaan Prof. Dr Nor Haniza Sarmin dan Dr Nor Muhainiah Mohd Ali, objektif utama tesis Ph.D beliau yang bertajuk “The Homological Functors of Bieberbach Groups with Cyclic Point Groups of Order Two, Three and Five” adalah untuk menentukan beberapa struktur matematik baru bagi kumpulan kristalografi bebas kilasan yang dikenali sebagai kumpulan Bieberbach. Sepanjang pengajian, beliau telah berjaya menerbitkan beberapa kertas kerja dalam jurnal-jurnal berindeks dan tidak berindeks (lihat lampiran untuk senarai penerbitan beliau). Selain itu, beliau turut menyumbang dalam penerbitan buku “Advances in Group Theory, DNA Splicing and Complex Analysis” melalui dua bab bertajuk “The Nonabelian Tensor Squares of Some 2-Engel Groups” serta “Homological Functors of Some Finite Two-Generator Two-Groups of Nilpotency Class Two”. Beliau juga telah berjaya mendapatkan hakcipta dari UTM untuk projek beliau yang bertajuk “GAP Algorithms on the Computation of the Nonabelian Tensor Squares and Homological Functors of 2-Engel Groups of Order at Most 16 (GAP_NTS&HF2E)”.
Bagi meluaskan jaringan penyelidikan yang dijalankan, beliau terlibat secara aktif dalam kolaborasi penyelidikan bersama penyelidik dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Di samping itu, dalam menyempurnakan kajian projek Ph.D, beliau telah mengikuti Penyelidikan Sangkutan (Research Attachment) di bawah penyeliaan penyelidik ternama dari universiti di dalam dan luar negara termasuk UPSI, Perak pada April 2012, Januari 2013 dan April 2013; Ferdowsi University of Masshad, Iran pada Januari – Februari 2012, University of Palermo, Itali pada April 2012 dan University of Brasilia, Brazil pada Mei 2013. Beliau juga telah membentangkan hasil penyelidikannya di persidangan antarabangsa seperti Iranian Algebra Seminar di Sabzevar, Iran pada Januari 2012 , Biennial International Group Theory Conference di Istanbul, Turki pada Februari 2013, Asian Mathematical Conference di Busan, Korea pada Julai 2013, Algebra Seminar di University of Brasilia, Brazil pada Mei 2013 dan Algebra Seminar di Bandung, Indonesia November 2013. Tidak hanya tertumpu pada akademik dan penyelidikan, beliau turut bergiat aktif dalam persatuan Pasca Siswazah di peringkat Jabatan dan Fakulti serta terlibat dalam penganjuran beberapa program seperti Bengkel LATEX, Bengkel Groups, Algorithms and Programming (GAP), Bengkel Penyediaan Tesis dan Jurnal serta persidangan peringkat antarabangsa termasuk Biennal International Group Theory Conference (BIGTC) yang diadakan pada Februari 2011 dan International Science Postgraduate Conference (ISPC) pada November 2012. Di samping itu, beliau turut melibatkan diri sebagai ahli jawatankuasa pelaksana beberapa program anjuran Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) seperti Olimpiad Matematik Kebangsaan (2010-2014) dan Anugerah PERSAMA (2010-2012).
Tidak hanya tertumpu pada akademik dan penyelidikan, beliau turut bergiat aktif dalam persatuan Pasca Siswazah di peringkat Jabatan dan Fakulti serta terlibat dalam penganjuran beberapa program seperti Bengkel LATEX, Bengkel Groups, Algorithms and Programming (GAP), Bengkel Penyediaan Tesis dan Jurnal serta persidangan peringkat antarabangsa termasuk Biennal International Group Theory Conference (BIGTC) yang diadakan pada Februari 2011 dan International Science Postgraduate Conference (ISPC) pada November 2012. Di samping itu, beliau turut melibatkan diri sebagai ahli jawatankuasa pelaksana beberapa program anjuran Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) seperti Olimpiad Matematik Kebangsaan (2010-2014) dan Anugerah PERSAMA (2010-2012).
Pada 1 April 2014, Hazzirah telah menjalani Peperiksaan Lisan bagi pengajian Doktor Falsafahnya dan tesis Ph.D beliau telah diluluskan dengan pembetulan kecil. Setelah menyiap dan menghantar pembetulan tesis, beliau telah diperakukan oleh Jawatankuasa Senat UTM dan lulus Ijazah Doktor Falsafah pada usia 24 tahun 2 bulan.

BSN Tak Sensitive Taja Iklan di Malaysiakini


Apa sudah jadi dengan BSN,..?kalau kemaruk pelanggan sekalipun sensitive la sikit.Bagaimana pihak pengurusan BSN boleh membeli iklan di sebuah portal yang pro pembangkan sedangkan BSN sebuah bank yang dijamin kerajaan .Pertimbangan yang bagaimanakah yang menjadi sandaran mereka adalah suatu perkara yang luar biasa.Adalah tidak masuk akal bagi sebuah bank yang mendapat jaminan kerajaan memilih sebuah portal pro pembangkang sedangkan masih ada lagi portal lain yang membantu BSN secara tidak langsung dalam penyiaran berita seperti Utusan Online,BH Online,The Star Online,Harian Metro Online dan banyak lagi.

Menteri dari UMNO jangan hanya pejam mata dan terlepas pandang,jangan hanya melihat kepada pembaca Malaysiakini yang hanya 100 ribu orang itu lebih penting dari 3 juta ahli UMNO.Kisah bagaimana CIMB memberikakan tajaan kepada Malaysikini masih basah dalam ingatan dan mengguris perasaan seakan berulang,seringkali mereka yang mendapat keistimewaan dari kerajaan seakan tidak peka atau memang ramai yang menjadi "Musang Berbulu Ayam".

SUMBER

Akta Hasutan Aziz Bari Disoal Siasat




Aziz Bari bakal disoal siasat esok berhubung kenyataannya yang berbaur hasutan ekoran 100 laporan polis yang dibuat terhadapnya berikutan kenyataaannya dalam dua artikel yang diterbitkan oleh Malaysia Insider Sultan Selangor terikat Deklarasi 1992, perlu lantik Wan Azizah, kata Aziz Bari pada 1 September dan Only God, not Sultan, has absolute powers.Beliau akan disoal siasat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan yang mencakupi mana-mana individu yang "melakukan atau cuba untuk melakukan, atau bersiap untuk melakukan, atau merancang untuk melakukan apa-apa tindakan yang mungkin, atau jika dilakukan, akan berbaur hasutan".


Akta Hasutan tidak mengenal anda siapa samada ahli politik,ahli akademik,aktivis,wartawan ataupun ahli muzik sekalipun tetapi bagaimana kenyataan yang membawa implikasi kepada kemakmuran negara.Kadangkala ramai yang terlepas pandang betapa sukarnya kerajaan memastikan kerukunan negara yang berbilang bangsa dan agama di Malaysia ini.Mencegah sesuatu implikasi buruk akibat budaya menghasut yang disemai Pakatan Rakyat dalam menarik sokongan politik.

Bagi mencapai tujuan politik kebebasan mutlak amat bakal menghancurkan negara.Berpolitiklah secara sihat dan matang.Jika tidak berpuashati dengan kerajaan terjemahkannya didalam pilihanraya yang memberikan rakyat pilihan menentukan bagaimanakah bentuk kerajaan yang mereka mahukan.Kemenangan Pakatan Rakya dalam PRU 13  di 89 kerusi dari 229 kerusi di Parlimen dan menguasai Kerajaaan Negeri Kelantan Tererangganu dan Pulau Pinang jelas membuktikan demokrasi tidak mati di Malaysia.

Sebijak mana anda sebgai ahli akademik anda pasti menunjukkan kebodohan dalam berpolitik,penghasut cenderung dan memilih penjara sebagai landasan untuk menjadi popular..mungkin ramai lagi yang berminat dan menerima nasib yang sama seperti Aziz Bari ingin merasakan betapa popularnnya beliau jika disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 3 tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Mungkin Azizi Bari akan berada satu sel dengan mereka yang gemar memainkan sentimen kebencian dengan menghasut dengan pelbagai isu yang boleh menggugat keharmornian negara seperti mempersoalkan sistem Raja serta mengajak rakyat menumbangkan kerajaan yang sah melalui pilihanraya ,mempertikaikan keputusan mahkamah ataupun membuat kenyataan berbaur hasutan  bagi niat menimbulkan kebencian berkaitan dengan agama dan bangsa seperti Dr Azmi Sharom,Ali Abd Jalil,,Safwan Anang,Adam Adli Abdul Halim,Anwar Ibrahim,Wan Ji Wan Husin, Susan Loone dan ahli politik seperti Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Bagan Serai N Surendran, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer dan Adun Changkat Jering Datuk Seri.





Monday 29 September 2014

Akibat Merajuk Tidur Atas Pokok Kelapa


Berbagai-bagai cara manusia untuk mengambil perhatian orang lain apatah lagi takkala merajuk dan minta dipujuk.Seorang lelaki dikatakan telah merajuk kerana tidak diberikan arak lalu memanjat serta tidur diatas pokok kelapa hampir lima jam telah menarik perhatian penduduk kampung.

Kejadian berlaku di Ranau Sabah itu berlaku bila seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun merajuk akibat permintaannya untuk mendapatkan arak tidak diendahkan rakannya lalu memanjat pokok kelapa dan tertidur diatas pokok kelapa.Bagi mengelak kejadian tak diingini penduduk kampung telah meminta bantuan Pasukan Bomba dan Penyelamat untuk menurunkan lelaki tersebut.

P/S~ layan sangat orang mabuk..kalau aku lantak dialah nak merajuk berapa hari nak duduk atas pokok kelapa..kena gigit kerengga dia turunlah...




Kelantan Bakal Jatuh Ke Tangan BN Nasarudin Belasah Lim Kit Siang


Pakatan Rakyat memang tidak sunyi dengan perbalahan sesama sendiri kerana tanpa perbalahan sesama sendiri mereka tidak akan popular.Popular bagi pemimpin PR penting demi kelangsungan politik mereka sekalipun ia melibatkan masalah dalaman parti.Kali ini tiba giliran Nasarudin Tantawi AJK Pas Pusat mantan Ketua Pemuda PAS terus membelasah DAP.Kalau sehari dua ini beliau mengecam tindakan Kerajaan Negeri P.Pinang yang diterajui DAP memecat Bendahari PAS P.Pinang daripada Ahli Jawatankuasa Tetap Majlis Perbanbandaran Pulau Pinang(MPPP) tidak berakhir begitu sahaja.

Seakan dendam kesumat Nasarudin tidak habis,berbeza dengan pemimpin PAS yang lain menjadi syaitan bisu bilamana PAS dibuli oleh DAP.Nasarudin menempelak Lim Kit Siang ekoran kenyataannya memberi amaran bahawa jika berlaku penurunan 4.5% di semua DUN di Kelantan seperti apa yang berlaku di Pengkalan Kubor, PR Cuma akan dapat 20 kerusi sedangkan BN 25 kerusi di Pilihan Raya Umum akan datang.“Dengan demikian kerajaan PR di Kelantan akan tumbang,”

Nasarrudin pula dalam kenyataan balas telah memberikan 3 analisa PRK secara peratusan penurunan undi Pakatan Rakyat yang diwakili oleh tiga parti berbeza


Dengan selamba Nasarudin menbidas Lim Kit Siang dengan nada sinis "bagaimana kekalahan PKR di Balingan dan DAP di Telok Intan..?

Sifirnya di sini mudah sahaja samada PKR DAP atau pun PAS semuanya mengalami penurunan undi disetiap PRK menunjukkan isyarat yang jelas pola penurunan berterusan setiap kali PRK diadakan.Pakatan Rakyat semakin tidak dipercayai oleh rakyat mampu mentadbir negara dan ternyata formula kesepakatan tahaluf siyasi atau apa sahaja nama kerjasama antara parti di dalam PR tidak mampu menunjukkan persefahaman kerana ideologi yang jelas berlainan.


Video Pencuri Telefon Bimbit Dibelasah Hingga Mati



Siapakah yang bersalah  si pencuri atau mereka yang menjadi mangsa pencuri.Kisah sorang pencuri atau peragut yang tertangkap oleh orangramai memang sering menjadi perhatian kerana kebanyakan dari mereka akan teruk dibelasah.Namun kejadian di Bukit Mertajam dimana seorang pencuri talifon dibelasah hingga mati seharusnya menyedarkan masyarakat agar tidak mengambil tindakan membelakangkan undang-undang.




Seorang penganggur yang cedera parah dipukul orang ramai kerana mencuri sebuah telefon bimbit milik seorang pemandu lori Jumaat lepas, meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam (HBM) di Bukit Mertajam, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Rusli Mohd Noor berkata mangsa, Ooi Sim Guan, 38, mati pada pukul 12.40 pagi ini selepas kira-kira 36 jam tidak sedarkan diri dan menerima rawatan di hospital berkenaan.SUMBER

“Dalam kejadian pada pukul 2 petang Jumaat lepas, mangsa telah menahan sebuah lori di tepi jalan di Taman Sejahtera di sini dan memberitahu pemandu berkenaan dia ingin menumpang ke Bandar Bukit Mertajam.

“Pemandu lori berkenaan yang berusia 33 tahun yang sedang dalam perjalanan ke Kulim kemudian membenarkan mangsa menaiki lorinya namun selepas satu kilometer, mangsa memaklumkan ingin turun,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Mertajam hari ini.

Beliau berkata selepas lelaki itu turun, pemandu lori berkenaan menyedari telefon bimbitnya yang diletakkan dalam tempat penyimpanan barang di bahagian penumpang telah hilang dan dia berpatah balik ke Taman Sejahtera untuk mencari lelaki terbabit.

“Pemandu lori itu menemui lelaki berkenaan di kawasan padang berhampiran rumah kedai dan berlaku pertengkaran antara mereka apabila telefon bimbit yang hilang ditemui bersama mangsa,” katanya.

Rusli berkata berlaku pergelutan dan beberapa lelaki yang berada di kawasan itu turut memukul mangsa dan pada masa yang sama seorang individu bertindak merakam kejadian tersebut menerusi telefon bimbit yang kemudiannya memuat naik rakaman itu di laman sosial.

Katanya susulan kejadian itu, polis menahan pemandu lori terbabit di Bukit Mertajam hari ini bagi membantu siasatan.

“Kami juga sedang mengesan beberapa lagi individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan dan saya minta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes itu menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak bertindak di luar batasan sehingga mencederakan orang lain biar pun mengesyaki mereka melakukan jenayah.

“Kita menghargai tindakan orang awam (yang mahu menangkap penjenayah), tetapi jangan bertindak sewenang-wenangnya sehingga melampaui undang-undang. Sepatutnya jika berlaku sebarang kejadian jenayah tangkap dan serah kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.\

Video Saat-Saat Lelaki Dibaham Harimau


Menyaksikan haiwan di Zoo memang mengasyikkan tapi awas malang memang tak berbau cuma kentut yang berbau.Sekalipun tak pernah tengok harimau dibelakang rumah anda janganlah teruja sangat sampai mengabaikan aspek keselamatan.Video bagaimana seorang lelaki di India yang terjatuh dikandang harimau disebuah zoo menjadi viral di internet kebelakangan ini diharap memberikan pengajaran agar berhati-hati.






Penemuan 18 Coli Pontianak Gemparkan Penduduk


Penduduk sebuah kampung di daerah Jawa Tengah ini gempar apabila 18 coli ditemui tersidai di jemuran belakang rumah seorang penduduk, kelmarin.

Sehubungan itu, ketua polis daerah berkenaan, Suginoto berkata, pihaknya akan menyiasat dan menjejaki pemilik pakaian dalam itu.

“Kami sudah menerima laporan dan sudah mengambil coli itu untuk menjalankan siasatan.

“Kami juga ingin tahu motif orang yang meletakkan coli itu di rumah berkenaan,” katanya.. seperti yang dipetik akhbar tempatan, Jateng Pos.

Polis mengambil coli berkenaan untuk memastikan tidak ada perkara buruk berlaku. Selain itu, beberapa kenyataan daripada penduduk juga diambil.

Penemuan coli itu menggemparkan penduduk kampung berkenaan kerana khabar angin mendakwa ia milik puntianak.

Seorang penduduk, Eko, 22, yang mendiami sebelah rumah tempat coli itu ditemui berkata, sebelum ini, 17 coli bersaiz besar ditemui di tempat sama.

“Ini kejadian kedua. Sebelum ini pernah berlaku. Dulu jumlahnya 17 dan saiznya juga besar. Penduduk membakar semuanya,” kata Eko.

Menurutnya, coli itu berada di ampaian jirannya secara tiba-tiba.

“Ada penduduk mendakwa melihat wanita tua, berkuku dan berambut panjang di kawasan itu,” katanya.

Cerita penemuan coli itu tersebar begitu pantas, termasuk ke kampung berhampiran menyebabkan ramai yang datang ke rumah terbabit untuk melihat sendiri coli yang tergantung itu.

Mulanya jumlah coli yang ditemui 18. Tetapi, ketika polis tiba, jumlah berkurangan kepada 17.

“Mungkin ada yang datang untuk melihat mengambil satu coli itu,” kata Eko. – JPNN / Agensi

Sunday 28 September 2014

Bomoh Seks Guna 'Objek' Rogol Pelangan Didakwa

Gambar bomoh didakwa melakukan seks luar tabie bersama isterinya – Foto Harian Metro
Seremban: Seorang bomoh dihadapkan secara berasingan di Mahkamah Sesyen dan di dua Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas tuduhan melakukan seks dengan menggunakan objek, kelucahan melampau dan mencabul kehormatan seorang pelanggan wanitanya.

Selain itu, isterinya turut dihadapkan ke mahkamah sama terhadap dua pertuduhan bersubahat atas perbuatannya itu.

Pasangan terbabit, Mohd Rashid Mohd Din, 59, dan Noralia Daie, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan ke atas semua pertuduhan.

Di Mahkamah Sesyen, Mohd Rashid didakwa melakukan hubungan seks menggunakan objek dengan pelanggannya di sebuah rumah di Gedung Lalang, Ampangan, di sini antara jam 2.30 petang dan jam 7 malam, 20 September lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika disabitkan.


ADUN Barua PAS Bakal Sertai DAP


ADUN PAS yang mendapat gelaran ADUN Barua oleh Presiden PAS,Hasnul Baharudin sudah berpatah arah berkerat rotan.Walaupun mendapat kecaman dan bakal menghadapi tindakan tatatertib dari PAS namun tidak bagi DAP yang menjulang mereka sebagai wira.Mereka mendapat tepokan gemuruh sewaktu menghadiri Makan Malam Anjuran DAP di Petaling Jaya malam tadi sekaligus diangkat sebagai "penyelamat Pakatan Rakyat".

Bekas Exco Kerajaan Selangor Ronnie Liu dalam ucapannya sebagai berkata "Kamu bukan pengkhianat, kamu wira rakyat manakala ADUN Bukit Gasing berkata "Jika tidak kerana mereka, kita sudah tentu akan lihat kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno.."



Sementara itu ADUN PAS ketika berucap di majlis makan malam itu berkata " tak kisah, saya tak jadi calon Pas pun tak apa, saya boleh jadi calon DAP,.."

Belum pun dikenakan tindakan dispilin sudah ada hati nak masuk DAP walhal dua ADUN Barua ini hanya bakal dipanggil oleh jawatankuasa tatatertib minggu hadapan.Beginilah nilai wakil rakyat PAS yang perlu taat pada baiah sebelum menjadi calon pilihanraya,bagaimana agaknya jika mereka tidak melafazkan baiah mungki lebih ramai akan mengenali wajah sebenar peminpin PAS jika kepentingan peribadi mereka terancam.

Meroyan royan Hasnul Baharudin minta Hadi Awang minta bukti dia dibeli dan mendahului keputusan parti dengan menyokong Wan Azizah sebagai calon MB Selangor tapi adakah Pakatan Rakyat berjaya memberikan bukti penyelewengan Khalid Ibrahim.....yang ketawa akhirnya DAP yang berjaya memperkudakan PKR dan PAS..
















Pemilik Laman Web Ali Baba Lelaki Terkaya



Menjadi kaya dengan menggunakan laman web bukanlah perkara yang mustahil apatah lagi bagi mereka yang mengendalikan laman sesawang e-dagang yang tentunya bermotifkan perniagaan.Jika kena caranya mungkin boleh menjadi jutawan seperti seorang pengendali laman sesawang Ali baba yang menjadi jutawan di China.

Kalau setakat laman blog usah bermimpi terlalu indah menjadi jutawan apatah lagi laman blog peribadi.Jika ada sekalipun bagi mereka bernasib baik menjadi popular seperi Hanis Zalikha dan Ben Ashari.Apatah lagi penulis blog politik...silap haribulan boleh bangkrap kena saman tapi ada ketika ada manusia yang tidak mementingkan keuntungan wang ringgit tetapi tanggungjawab kepada agama bangsa dan negara.

Alvin Tan: Blogger Seks Cabar PM, Zahid Hamidi & KPN Di Facebook!!


Alvin Tan Blogger lucah terlalu biadap!Itulah yang boleh dikatakan terhadap tindakan blogger seks yang melarikan diri dari Malaysia ke Amerika Syarikat di saat kes mahkamahnya belum selesai, Alvin Tan.

Tak cukup dengan melarikan diri Alvin meneruskan perangai jahatnya mengusik keharmonian Malaysia dengan memuat naik status menghina negara ini di Facebook bersama kapsyen ‘fuck UMNO’ dan gambar dia menunjukkan jari tengah.




Dia menggambarkan kononnya rakyat negara ini hidup dalam ketakutan kerana ramai yang telah ditahan atas Akta Hasutan semata-mata meluahkan pendapat di media sosial yang bertentangan dengan kehendak kerajaan atau UMNO.

Ini adalah satu pembohongan jitu oleh seorang aktivis seks yang sudah lama mahukan kebebasan untuk berkongsi gambar kemaluan di Facebook.


Nampaknya jika sebelum ini Alvin menggugat maruah agama Islam dengan menggunakan babi sebagai hidangan berbuka puasa kali ini dia bertindak lebih jauh apabila memfitnah pemimpin tinggi negara termasuk Perdana Menteri dengan ayat yang sukar dimaafkan.

Tak cukup dengan penghinaan menggunakan perkataan mencarut Alvin turut mencabar supaya hukuman diambil ke atas dirinya.

Memang langsi habis nampaknya dia bila berada depan keyboard dan di luar dari Malaysia. Rasa dah selamat sangatlah kot bila berada di negara Barat yang diharapkannya akan memberi suaka politik kepadanya tu.

Tinjauan kami mendapati rata-rata rakyat Malaysia cukup berang membaca status Alvin dan mengalu-alukan pemergiannya dari negara ini sebagai pengecut.

Biarpun ada juga komen daripada beberapa spesis Alvin yang bermuka tak malu kerana masih menetap di negara ini, tindakan Alvin turut dikecam warga luar negara.

Kami percaya mana-mana rakyat Malaysia yang sayangkan negara ini akan berasa tersirap darah membaca status Alvin.

Ia bukan lagi tahap menghina tetapi mencabar kedaulatan tanah air malah dalam satu komen Alvin mengakui dia masih belum ditangkap kerana ‘UMNO’ berlembut kepadanya.

Tapi bila dah sampai ke tahap ini apakah kita masih perlu berlembut dengan pengkhianat negara yang pernah berpura-pura meminta maaf kepada rakyat Malaysia kononnya kesal atas perbuatannya? –

P/S - Erti kebebasan tanpa sempadan dengan bebas melakukan apa sahaja dengan alasan hak asasi yang di perjuangkan Pakatan Rakyat melahirkan mula membenihkan hasil dan Alvin Tan adalah ikon bagi perjuangan mereka.

SUMBER


Pemecatan Ahli PAS Sebagai Ahli Majlis P.Pinang Nasarudin Samakan DAP Dengan PAP


Suasana jerebu semakin menyelubungi Pakatan Rakyat bila MP PAS Temerloh Nasarudin Tantawi menempelak DAP Pulau Pinang di atas pemecatan Iszuree sebagai Ahli Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang.Pemecatan yang dikatakan ekoran kenyataan Iszuree pada Muktamar Agung PAS ke 60 di Johor yang menimbulkan rasa tidak puashati DAP terhadapa Bendahari PAS P.Pinang itu berhubung polisi pembangunan khususnya melibatkan kepenntingan umat Islam.

Kritikaan beliau terhadap"pemaju perumahan yang bermaharajalela"selain pampasan setimpal, isu penempatan ummat Islam dan nama kampung mereka tidak disenangi oleh DAP dan langkah menutup mulut pengkritik dengan memancung Iszuree dari jawatan tersebut.Tindakan ini dilabel oleh Nasarudin sebagai style PAP di Singapura yang melakukantindakan yang sama melalui tindakan undang-undang mahupun kuasa politik.

Pada masa yang sama PAS mengkritik Akta Hasutan yang dikatakan menidakkan hak asasi dan tindakan menutup mulut pengkritik tetapi tidak mampu melakukan apa-apa terhadap rakan sekutu mereka seolah2 cuba menutup mulut Iszuree .Dimanakah kredibiliti Timbalan President PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang.Isu penenmpatan,kampung dan tanah umat Islam yang semakin meruncing gagap diselesaikan oleh PAS meskipun ianya menjadi kempen politik sewaktu PRU 13.

Mat Sabu pastinnya tidak mampu melakukan apa-apa kerana Lim Guan Eng merupakan segala-galanya bagi beliau dan kepentingan umat Islam di Pulau Pinang bukan sesuatu hidangan yang menjadi kegemaran beliau sebaliknya lebih rela berdakapan dengan Lim Guang Eng seperti memetik kata-kata beliau "saya rela makan babi bersama Lim Guan Eng dari makan ayam bersama Najib.Jelasnya menggambarkan Mat Sabu lebih mengutamakan politik beliau yang bergantung kepada Lim Guan Eng daripada mengutamakan nasib kepentingan Melayu Islam di Pulau Pinang

Hudud di Aceh Sah Terpakai Ke Atas Islam dan Bukan Islam


KUALA LUMPUR: Dewan Perwakilan Rakyat Aceh awal hari ini sebulat suara mengesahkan undang-undang jenayah Islam yang turut terpakai ke atas orang bukan Islam, laporBBC Indonesia.

Undang-undang yang dinamakan Kanun Jenayah itu diluluskan dalam sidang khas yang bermula pada Jumaat malam dan berlarutan sehingga pukul 4 pagi Sabtu waktu Malaysia.

Sidang itu disertai oleh tidak sampai separuh daripada keseluruhan 69 orang wakil rakyat. Namun semua wakil empat fraksi yang menganggotai dewan perundangan itu dalam ucapan mereka menyatakan sokongan padu.

Jurucakap Fraksi Partai Aceh, Muhammad Harun yang membaca pandangan akhir pihaknya berkata parti itu setuju dan sepakat agar rang undang-undang itu diluluskan.

"Undang-undang jenayah merupakan sebahagian daripada pelaksanaan syariat Islam di Aceh. Kanun ini sangat dinanti-nantikan oleh rakyat Aceh yang menginginkan tegaknya syariat Islam secara kaffah (menyeluruh) di bumi Serambi Mekkah,” katanya seperti dipetik olehBBC Indonesia.

Sementara itu, wakil ‎Fraksi Partai Keadilan Sejahtera, Moharriadi berkata walaupun kanun itu terpakai ke atas orang bukan Islam, mereka "bebas memilih secara sukarela" sama ada mahu tertakluk atau tidak di bawah undang-undang tersebut.

Kanun Jenayah itu menggariskan kesalahan yang dikenakan hukuman hudud termasuk hubungan seks sesama jenis dan liwat.

Undang-undang itu menetapkan hukuman termasuk sebat, denda dibayar mengikut sukatan gram emas, dan penjara.

Pemimpin masyarakat Cina dalam reaksi sebelum ini berharap pelaksanaan syariah di Aceh tidak sampai memaksa wanita bukan Islam memakai tudung.

“Janganlah sampai ada pemberlakuan jilbab untuknon-Muslim. Ini sudah sangat asasi,” kata Ketua Umum Hakka Aceh, Kho Khie Siong seperti dipetik olehTempo.copada Khamis.

Kanun Jenayah itu tidak memperuntukkan tatacara berpakaian, manakala undang-undang mengenai tatacara berpakaian juga tidak menyentuh soal berpakaian orang bukan Islam.

Dalam pada itu, aktivis hak asasi manusia di Aceh mempersoalkan kewajaran pelaksanaan hukum syariat Islam ke atas orang bukan Islam dan menyifatkannya sebagai aneh.

Pengarah Koalisi NGO Hak Asasi Manusia Aceh, Zulfikar Muhammad berkata pada prinsipnya tujuan penghukuman dalam Islam adalah untuk mengajak orang bertaubat atau kembali ke jalan Allah.

“Tidak mungkin kita memaksanon-Muslimbertaubat sesuai kepercayaan kita (Islam). Mereka punya cara bertaubat sendiri sesuai ajarannya,” kata Zulfikar.

Beliau juga menekankan hukum jenayah Islam bertujuan untuk mendidik dan mencegah masyarakat daripada melakukan maksiat, katanya.


Pemuda DAP Sarawak Tamatkan Kerjasama Dengan Pas Petanda Awal Kehancuran Pakatan Rakyat



Bagai retak menanti belah itulah yang paling sesuai digambarkan ekoran penamatan kerjasama antara Pemuda DAP Sarawak dengan Pemuda PAS.Semunya gara-gara kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Ketua Pemuda PAS,Mohd Khairil Nizam Khiruddin bahawa PAS tidak menolak untuk keluar Pakatan Rakyat bila tiba masanya ekoran pengurangan kuota kerusi Exco dari 4 kepada 3 dalam perlantikan Exco Negeri Selangor yang baharu oleh Azmin Ali.

Tindakan itu diumumkan oleh Ketua Pemuda DAP Sarawak,Chong Chein Jen itu jelas menunjujkkan bahawa ugutan beliau pada bulan Julai dahulu bukan sekadar ugutan tapi diterjemahkan dalam bentuk tindakan setelah tidak berpuas hati dengan pendirian PAS melaksanakan hukum hudud.Tercabar dengan ugutan Naib Ketua Pemuda PAS beliau terlebih dahulu menamatkan kerjasama antara parti di Sarawak seakan menunjukkan jalan keluar kepada PAS dalam Pakatan Rakyat khususnya di Sarawak.

Ketidakpuasan hati beliau juga dikatakan berpunca daripada tindakan empat Exco PAS yang terus berada dalam kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim membelakangkan pendirian Pakatan dan semangat Pakatan Rakyat dan kelihatan seperti mahu menjalinkan kerjasama dengan UMNO.

Sarimah Bertunang Dengan Cucu Yang di -Pertuan Besar Negeri Sembilan


KUALA LUMPUR: Penyanyi, pelakon, pengacara dan penyampai radio Mix Fm, Sarimah Ibrahim, 36, selamat melangsungkan pertunangan dengan cucu Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar (Tunku Jamie), 42, dalam majlis ringkas di Hotel Doubletree by Hilton, di sini, 2.50 petang ini.

Tunku Jamie adalah cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Acara dimulakan dengan majlis merisik dan bertukar barangan hantaran daripada kedua pihak.


Acara menyarungkan cincin disempurnakan ibu saudara Tunku Jamie iaitu Raja Datin Massaha.

Pihak lelaki turut menyerahkan tiga dulang hantaran dan dibalas lima oleh pihak perempuan.

Hadir sama, Tunku Ampuan Negeri Sembilan, Tunku Najihah Tunku Besar Burhanuddin.

SUMBER



Friday 26 September 2014

Akta Hasutan Anwar Disoal Siasat Lagi


Seramai tiga pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pergi ke Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), untuk mengambil keterangan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Keterangan diambil bagi menjalankan siasatan di bawah Akta Hasutan berhubung ceramah umum yang dibuat Anwar pada 25 Mac 2011 di Gombak.
Anwar tiba di Ibu Pejabat PKR untuk dimabil keterangan oleh pegawai polis dari IPD Ampang Jaya. - Foto TRP/ Zaini Hardy
Beliau turut ditemani peguamnya, Latheefa Koya dan N Surendran ketika sesi soal jawab diadakan.

Sultan Selangor Murka Pakatan Rakyat Tidak Faham Fungsi Institusi Raja


Buat kesekian kalinya Sultan Selangor melahirkan rasa kecewa dan murka dengan tindakan ahli politik di Selangor khususnya melibatkan isu Menteri Besar Selangor.Baginda kali ini menegur ahli politik di Selangor supaya benar-benar memahami fungsi Institusi Raja yang sebenarnya kurang mendapat kefahaman yang jelas.

Menurut baginda ahli politik datang dan pergi sedangkan beliau mengambil dan menggalas tugas yang berat bukan seperti ahli politik yang mungkin berubah setiap lima tahun sekali.Pendekatan yang diambil oleh Pakatan Rakyat yang mendapat mandat memerintah di Selangor menjatuhkan MB Selangor dengan cara yang tidak berkhemah dan melampaui batas terutama dilakukan ketika bulan Ramadhan seolah olah tidak menghormati bulan yang suci.

Langkah Kajang yang diwarnai dengan fitnah dan menghasut dalam usaha menjatuhkan Khalid Ibrahim bena-benar mengecewakan baginda.Antara lain titah Sultan Selangor ketika Majlis Mengangkat Sumpah Exco Kerajaan Negeri Baru negeri Selangor:-


"Kemelut dan pergolakan dalam PR ini bermula daripada Langkah Kajang dan bermulalah usaha mereka untuk menyingkirkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

"Dengan ini timbullah pelbagai hasutan dan tohmahan untuk memburukkan Abdul Khalid. Perkara hasut menghasut dan melempar tohmahan-tohmahan terhadap beliau berterusan walaupun semasa bulan suci Ramadan, di mana umat Islam sepatutnya membuat ibadah dan membuat kerja-kerja amal yang diredhai oleh ALLAH untuk membersihkan dosa dan maksiat.

"Tetapi PKR tetap meneruskan agenda mereka walaupun dalam bulan Ramadan dengan terus menghina dan mencaci sehingga mereka berjaya dalam niat mereka untuk menjatuhkan Abdul Khalid," titah baginda dalam ucapan pada Majlis Pelantikan Exco Baru Negeri Selangor di sini, hari ini.

"Ahli-ahli politik datang dan pergi, mereka akan berkhidmat untuk selama lima tahun dan mungkin akan diganti pada pilihan raya yang akan datang. Tetapi kedudukan beta sebagai sultan yang memerintah negeri Selangor akan berterusan sehingga akhir hayat beta," titahnya.

"Sebagai sultan yang memerintah, tugas-tugas beta amatlah berat untuk memastikan rakyat Selangor yang beta kasihi ini dapat menikmati hidup yang berkualiti dan pembangunan negeri yang sempurna. Beta tidak campur tangan dalam pentadbiran negeri yang dijalankan oleh menteri besar. Beta hanya menasihatkan menteri besar jika terdapat sesuatu perkara yang boleh menyusahkan rakyat.

"Beta ingin mengingatkan bahawa sultan itu bukanlah sahaja dalam istiadat dan majlis rasmi, tetapi kuasa sultan adalah untuk melihat negeri dan rakyat Selangor hidup dalam keamanan dan maju jaya," titahnya.

"Beta dapati ada ahli politik yang tidak faham akan peranan dan kuasa Institusi Raja atau mereka sengaja tidak memahaminya kerana beta yakin mereka mempunyai agenda yang lain.

"Beta adalah Sultan yang memerintah Negeri Selangor sentiasa berpandukan pemerintahan beta dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang telah dimeterikan pada tahun 1959," katanya.



Remaja 13 Tahun Diliwat Rakan Sendiri



ALOR SETAR 26 Sept - Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun berdepan detik hitam apabila diliwat rakan sendiri dalam kejadian di sebuah rumah kedai di Taman Nuri, di sini, Isnin lalu.

Kejadian dipercayai berlaku jam 9.30 pagi apabila mangsa dikatakan diarahkan suspek berusia 16 tahun mengikutinya ke premis berkenaan yang dihuni seorang lelaki lain berusia 35 tahun sebelum dipukul.

Difahamkan, suspek melakukan seks luar tabie terhadap mangsa menyebabkan remaja itu mengalami kesakitan sebelum diarahkan pulang.

Mangsa bertindak memaklumkan kepada keluarga lalu dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian daripada doktor Selasa lalu.

Menurutnya, berikutan itu polis menahan suspek dan lelaki terbabit di rumah masing-masing di Taman Nuri pada jam 10 pagi, kelmarin, bagi membantu siasatan.

SUMBER

3 Susupek Rakyat Malaysia Ditahan Ada Kaitan Dengan ISIL


Seorang arkitek, juruteknik dan peniaga merupakan tiga suspek jihad warganegara Malaysia terbaru yang ditahan selepas negara membuat pendirian tegas dengan melabelkan Kumpulan Negara Islam (IS) sebagai 'pertubuhan pengganas'.

Ketiga-tiga suspek ditahan ketika mereka dalam perjalanan ke Turki. Difahamkan kumpulan berkenaan juga akan ke Syria untuk menyertai IS.

Mereka ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) oleh Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman pada pukul 8.55 pagi semalam.

Pada hari yang sama, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) telah meluluskan resolusi menggesa negara-negara lain membendung aktiviti keganasan yang semakin menular di Iraq dan Syria.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, yang kini berada di mesyuarat UNSC di New York, berkata Malaysia akan memperkukuhkan undang-undang sedia ada dan keupayaan memerangi keganasan.

Sementara itu, pihak polis berkata arkitek tersebut berasal dari Pahang sementara juruteknik berkenaan dari Perlis yang mana kedua-dua mereka berusia 26 tahun.

Suspek ketiga yang merupakan pemilik kedai serbaneka, berusia 42 tahun itu dipercayai berasal dari Kelantan dan telah berkahwin serta memiliki enam orang anak.

"Siasatan awal mendapati suspek merancang untuk menaiki pesawat untuk ke Istanbul, dan transit di Doha," kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan , pada Khamis.

"Dari Turki, mereka akan bergerak ke Syria untuk menyertai kumpulan IS di sana."

Beliau berkata sebelum ditahan, polis telah menyerbu rumah suspek tanpa pengetahuan mereka. Dalam serbuan tersebut polis menemui bukti antara lain, bendera IS.


"Kami percaya mereka ini diambil menjadi ahli oleh kumpulan militan Malaysia, melalui media sosial seperti Facebook.

"Suspek juga turut mempunyai hubungan dengan seorang pejuang jihad warga Malaysia yang kini berada di Syria."

Pihak polis kini sedang berusaha mengesan individu yang merekrut lelaki berkenaan.

Dengan penahanan terbaru ini menjadikan jumlah militan Malaysia yang ditahan oleh Bahagian Counter Terrorism kini meningkat kepada 22 orang sejak 28 April lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut memuji Bahagian Counter Terrorism atas kejayaan mereka menahan suspek.

Polis kini sedang memburu lima suspek militan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan IS dan Abu Sayyaf, sebuah kumpulan pengganas yang berasal dari Filipina.

Bekas pensyarah Dr Mahmud Ahmad (yang lebih dikenali sebagai Abu Hanadzlah) dan pemilik kedai serbaneka, Mohd Najib Husen, kedua-duanya berusia 36 tahun dipercayai merupakan ketua kumpulan militan tempatan yang melatih dan menghantar ahli mereka berjuang di Syria dan Iraq.

Sumber berkata pihak berkuasa percaya dua suspek lelaki tersebut merupakan individu yang bertanggungjawab dalam merekrut ahli baru turut menguruskan perjalanan empat orang rakyat Malaysia yang dihantar ke Syria pada 5 Mac lalu termasuk Ahmad Tarmimi Maliki, yang merupakan pakar pembuat bom pertama warga Malaysia

Ahli ketiga yang berjaya dikenalpasti ialah bekas pekerja Majlis Perbandaran Selayang, Muhammad Joraimee Awang Raimee, yang lebih dikenali sebagai Abu Nur, 39.

Dua lagi suspek yang dicari ialah ahli kumpulan Darul Islam Sabah, Mohd Amin Baco, 31, dan Jeknal Adil, 30, kedua-dua mereka berasal dari Tawau.

Sumber turut mendedahkan kedua-dua lelaki berkenaan telah menjalani latihan dengan kumpulan Abu Sayyaf di Selatan Filipina sejak 2005.

Khalid menggesa sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat supaya menghubungi balai polis berhampiran atau bahagian counter terrorism di talian 03-2266 7010 atau 011-2104 6850 . Anda juga boleh menghantar e-mel kepada CTD.E8M@gmail.com.


PAS Hilang Sumber Kewangan Tanpa Khalid Di Selangor


Kenapa Presiden PAS Hj Hadi Awang mahu kekalkan TS Khalid kini bukan rahsia.Ketidakhadiran Hj Hadi dalam mesyuarat Pakatan Rakyat untuk membincangkan pertukarn MB baru bersebab.TS Khalid amat bermakna kerana PAS mendapat manafaat yang habuan yang besar dengan kawalan keatas GLC di Selangor melalui proksi mereka yang di kenali sebagai Raja Idris yang juga merupakan sahabat baik Hj Hadi Awang.dengan perlantikan Azmin Ali bermakna tiada lagi "lombong emas" untuk digali. 




Video di atas menjelaskan segalanya bagaimana ada dikalangan pemimpin PAS sendiri yang tidak senada dengan Hj Hadi dengan melakukan serangan terbuka bagaimana GLC merupakan faktor kenapa Hj Hadi lebih berminat agar dikekalkan sebagai MB Selangor.


PAS Hilang Kerusi Exco Selangor Dendam PKR Berbalas


Dendam PKR terbalas dengan pengurangan kuota Exco Kerajaan Negeri Selangor menyaksikan PAS hanya diberikan 3 kerusi berbanding 4 kerusi sebelumnya.Senarai baru yang diumumkan Azmin yang bakal menyaksikan PKR 4 kerusi,DAP kekal 3 kerusi manakala PAS semakin kehilangan pengaruh di Selangor walaupun mempunyai 15 kerusi DUN hanya diberikan 3 kerusi.

Dua Exco lama Dr Halimah Ali(Selat Kelang) dan Sallehen Muhkhyi(Sabak) tidak dilantik semula adalah merupakan orang kuat Khalid Ibrahim .DAP ternyata berjaya menghukum Dr Halimah Ali berikutan isu berkaitan peruntukan sekolah persendirian Cina di Selangor manakala Sallehen berkaitan dengan isu rampasan Bible yang mengguris hati DAP.

Bagi menenangkan gelora politik di Selangor Azmin menganugerahkan kerusi Timbalan Speaker Dewan kepada PAS yang akan diputuskan calonnya sewaktu Sidang DUN November ini.Operasi pembersihan dilakukan Azmin bagi menghilangkan bayangan mereka yg pro Khalid sekaligus membuktikan kecaman DAP keatas 4 exco PAS berjaya direalisasikan dan merukan amaran awal Azmin Ali.Mungkin kali ini nasib baik masih menyebelahi Iskandar Abdul Samad dan Dr Ahmad Yunos dari PAS agar sentiasa akur dengan PR atau menerima nasib yang sama seperti Dr Halimah dan Sallehen Mukhyi.

Jika sebelum ini Presiden PAS Hj Hadi Awang pernah membuat kenyataan tidak kemaruk jawatan..maka terimalah dengan hati terbuka dengan keputusan Azmin Ali.PAS akan dilanda demam berpanjangan sedangkan PKR hanya batuk dan selsema sahaja.Walaupun terasa sengal akibat demam berpanjangan yang tak kebah akibat permainan sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat dalam krisis MB Selangor dan Langkah Kajang ciptaan PKR ,walaupun dicemuh golongan Erdogan dalam Muktamar Agung PAS..PAS rela menjadi Pak Turut yang paling setia dalam sejarah politik Malaysia..ayuh teruskan kesetian kepada Pakatan Rakyat biarkan PAS menjadi gelandangan politik jika itu yang mereka mahukan. 


Blogger Aksi Lucah Alvin Tan Lari Ke Amerika Syarikat Cari Suaka Politik


Peguam blogger kontroversi Alvin Tan tidak dapat mengesahkan atau menafikan sama ada anak guamnya yang berdepan tuduhan jenayah, sedang cuba mendapatkan suaka politik dari Amerika Syarikat (AS) seperti yang didakwa di laman Facebook miliknya dua hari lepas.

Bagaimanapun, Tan, 26, kelihatan seperti mengikuti perkembangan laporan media tentang perkara itu apabila membuat posting di Facebook mengambil satu perenggan laporan media berkaitan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Posting yang dinaikkan awal hari ini memetik Wan Junaidi berkata: “Untuk bawa dia pulang ke Malaysia, mesti melalui proses undang-undang. Apa yang menjadi kesalahan di Malaysia mesti juga jadi kesalahan di AS; kalau tidak, permohonan kita untuk mengekstradisinya akan gagal.”

“Mahkamah US tidak akan membenarkannya. Tambahan pula, US ialah negara imigran dan selalunya bersimpati dengan masalah yang dihadapi pelarian. Pokoknya di sini, tidak banyak yang kita boleh lakukan.”

Di hujung posting itu, terdapat tulisan dalam bahasa Cina: “Baguslah kalau kamu tahu itu.”

Posting itu menerima komen dari rakan-rakan Facebooknya, di mana salah seorang yang menggunakan nama James Sim berkata: “Lol, bebas, bro..”

Seorang lagi pengguna media menggunakan nama Hari Haran, menulis: “Alvin! Malaysia tidak perlukan seorang yang pentingkan diri sendiri, mencari perhatian, bodoh dan ego macam awak…”

Peguam Tan, Chong Joo Tian berkata tidak dapat pastikan perkara itu, sambil menambah yang media ada membuat cubaan menghubungi emaknya bagi mengetahui di mana dia berada dan sama ada benar sedang mendapatkan suaka politik AS.

“Saya baru bercakap dengannya dan dia beritahu saya dia terima mesej dari media. Tetapi dia tidak mahu bercakap tentangnya,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Chong berkata perbicaraan kes Tan di Mahkamah Sesyen sepatutnya diteruskan, tetapi menambah pihak pendakwa mesti memutuskan sama ada hendak menggantung sementara pendakwaan Tan atau mendakwanya semasa ketiadaannya.

Tan bersama pasangannya, Vivian Lee, 25, berdepan tuduhan jenayah mengikut Akta Hasutan selain Akta Penapisan Filem kerana memuat naik bahan kontroversi di Internet, termasuk gambar menghina umat Islam di laman Facebook.

Pasangan yang dikenali sebagai “Alvivi” itu dituduh melakukan perbuatan berunsur hasutan dengan memuat naik gambar mereka di Facebook sedang menikmati bak kut teh (sup herba babi) dan mengucapkan “Selamat Berbuka Puasa” ketika bulan Ramadan.

Ugut Keluar Pakatan Rakyat dan Sandiwara DAP


Ekoran kenyataan Naib Ketua Pemuda PAS Mohd Khairil Nizam Khairudin yang mengatakan telah tiba masanya untuk PAS keluar dari Pakatan Rakyat mendapat reaksi spontan rakan seangkatannya Naib Ketua Pemuda PKR ,Fahmi Fadzil.Nak tumpang semangkuk sebab selama dalam pergerakan pemuda pakatan nama mereka tenggelam timbul dan ramai yang tak sedar pun kehadiran mereka dalam arena sepak terajang politik Malaysia.



Jika mahu keluar Pakatan Rakyat pun bukanlah disebabkan betapa jantannya Pemuda PAS atau PKR sebab mereka hanyalah melukut ditepi gantang parti.Dalam Pakatan Rakyat abang besar adalah DAP yang akan mencatur segala gerakan.Ugutan sebegini tidak menjadi kudis kepada DAP kerana mereka tahu  matlamat mereka memecahbelahkan Melayu berjaya.

DAP cukup mahir baling batu sembunyi tangan,pada awal isu krisis MB Selangor sudah dilihat wajah sebenar mereka.Usaha menjatuhkan Khalid didalangi oleh DAP yang tidak berpuashati dengan pelbagai isu seperi kalimah Allah dan rampasan Bible dalam bahasa Malaysia di Selangor.Mereka mahukan ahli politik Melayu yg dapat mereka peralatkan demi merealisasikan matlamat politik mereka.

TS Khalid gagal dikudakan DAP sepenuhnya,khususnya dalam hal melibatkan Melayu,Islam dan Institusi Raja lalu DAP cuba meletakkan Wan Azizah sebagai MB boneka mereka kerana mereka tahu Wan Azizah mudah diperalatkan.Lihat sahaja bagaimana DAP menggelar 4 exco PAS sebagai pengkhianat apabila enggan menurut langkah meletak jawatan serta menyokong Wan Azizah dan DAP juga tidak bersetuju jika ADUN PAS yang dilantik sebagai MB Selangor.

DAP berjaya menghasut PKR dan PAS menyanggah titah Sultan Selangor.DAP berjaya menggabungkan Melayu di Perak berguling-guling di atas jalanraya sewaktu krisis MB Perak tetapi percayalah Raja-raja Melayu sebagai Raja Berpelembagaan sentiasa menyeru kearah kebaikan dan kesopanan tetapi yang menjadi persoalan sekarang mengapakah masih ada Melayu didalam Pakatan Rakyat yang termakan Nasi Kangkang DAP semakin berselera memusnahkan perpaduan sesama Melayu.


Siapa Sangka Budak 8 Tahun Dapat Hasil AS1.3 juta Setahun Dari Youtube


Buat duit mudah dengan Youtube boleh mencontohi adik Evan yang memiliki saluran Youtube Evan TubeHD – Foto Business Insider

Mungkin kita tidak pernah mendengar namanya, namun tanpa kita sedari Evan, 8 dari Amerika Syarikat adalah kanak-kanak paling popular di dunia.

Hanya dengan memuatnaik rebiu permainan kanak-kanak dan ‘video games’ kegemarannya di YouTube, Evan berjaya memperolehi pendapatan sebanyak US 1.3 juta setahun.

Saluran YouTube Evan TUBEHD turut mendapat jumlah tontonan sebanyak 750 juta dalam masa beberapa tahun ia dimuatnaik.

Angka itu meletakkan Evan setanding dengan tontonan yang diperolehi artis antarabangsa yang lain seperti Katy Perry, Madonna serta saluran ESPN.

Namun Evan tidak melakukannya sendirian, kanak-kanak tersebut mendapat pertolongan bapanya, Jared dan kadangkala adik perempuan dan ibunya turut menyertai Evan melakukan rebiu.

Jared yang juga dikenali sebagai DaddyTube memiliki syarikat fotografi dan video produksi sendiri bertanggungjawab menyunting rakaman video Evan.

Menurut laporan Newsweek.com, projek keluarga tersebut dimulakan Jared tiga tahun lepas hanya sekadar suka-suka sehinggalah salah satu video mereka mencapai tontonan sehingga sejuta tontonan.

Semenjak itu, anaknya sering mendapat permintaan untuk membuat rebiu produk permainan kanak-kanak.

Pendapatan yang dimiliki Evan adalah hasil dari jualan iklan di laman YouTubenya.

Kata Jared yang masih bekerja, duit tersebut tidak digunakan untuk menampung keluarganya namun dimasukkan terus ke dalam bank simpanan untuk masa depan anak-anaknya.

Sehingga kini Evan telah memiliki tiga saluran YouTube iaitu EvanTubeHD, EvenTubeRAW dan EvenTube Gaming.

Jamil Sulong Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR: Pengarah filem veteran terkenal Datuk Jamil Sulong meninggal dunia pada pukul 9.35 malam tadi di kediaman anaknya di Bukit Utama, Damansara.

Allahyarham dimasukkan ke sebuah hospital pada bulan lalu kerana angin ahmar dan dilaporkan telah koma sejak tiga minggu lalu.

Menurut laporan Utusan Malaysia, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Janda Baik selepas solat Jumaat.

Dilahirkan di Parit Sulong, Batu Pahat pada 6 Ogos 1926, Allahyarham berusia 88 tahun.

Jamil merupakan anak Melayu yang ketiga yang diberi kepercayaan mengarahkan filem Melayu di MFP, Singapura selepas P.Ramlee dan Haji Mahadi.

Filem pertamanya Batu Belah Batu Bertangkup dihasilkan pada tahun 1957 diikuti dengan filem klasik Si Tanggang dan Lela Manja.

Allahyarham merupakan pengarah filem Melayu yang kedua paling banyak mengarah filem, namun filem-filem beliau yang telah merangkul anugerah filem paling banyak di persada antarabangsa.

Antara filem-filemnya yang terkenal termasuk Bidasari, Raja Bersiong, Gerak Kilat, Jiwa Remaja, Sayang Anakku Sayang, Jasmin, dan Ranjau Sepanjang Jalan.

Selain di bidang perfileman, Allahyarham turut dikenali sebagai penulis lirik untuk lagu-lagu nyanyian Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee.

Antara lagu-lagunya termasuk lagu Berkorban Apa Saja, Tiru Macam Saya, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Azizah, dan banyak lagi.

Allahyarham menerima gelaran Datuk pada tahun 2001 dan pernah menghasilkan buku memoir bertajuk Kaca Permata yang diterbitkan Dewan Bahasa & Pustaka.

Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Rosnani Jamil dan tiga cahaya mata iaitu Arjunaidi, Anwardi dan Asnadi.



P/S ~ Filem Ranjau Sepanjang Jalan adalah filem terbaik pernah aku saksikan..Al Fatihah

Laporan Calon UPSR Meninggal Kerana Tekanan Tidak Benar


Jabatan Pendidikan Pahang hari ini menafikan calon ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 dari sebuah sekolah di Kuantan meninggal dunia kerana tertekan ekoran kebocoran beberapa kertas peperiksaan itu baru-baru ini.

Pengarah Pendidikan Negeri, Rosdi Ismail berkata dakwaan yang mengatakan murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Wira meninggal dunia akibat tekanan perasaan pada Selasa lepas, seperti yang tersebar dalam laman sosial adalah tidak berasas.

"Tiada kaitan dengan peperiksaan, saya sendiri menemui ibu bapa murid berkenaan dan mereka menafikan dakwaan seperti yang tersebar di laman sosial Facebook mengatakan murid berkenaan meninggal dunia disebabkan 'stres'," katanya.

Malah mengikut laporan perubatan sendiri menyatakan murid berkenaan meninggal dunia disebabkan kandungan gula yang tinggi dalam darah secara mendadak walaupun murid itu tidak mengidap penyakit kencing manis," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Gambar murid berkenaan tersebar di laman Facebook dengan kandungan kenyataan: "Murid tahun enam SK Wira meninggal dunia pagi tadi. Jenazah dibawa balik ke Chini, tekanan darah tinggi dan stres tahap melampau. Murid target 5A itu."

Katanya, beliau bagi pihak Jabatan Pendidikan negeri dan ibu bapa murid berkenaan meminta pihak yang menyebarkan kenyataan itu supaya menghentikan perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu.

"Ibu dan bapanya redha dengan pemergian anak mereka dan tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar berita tersebut. Cuma mereka menasihatkan terlibat tidak menulis dan menyebar sesuka hati perkara yang tidak pasti," katanya. –

 SUMBER


Thursday 25 September 2014

ISIS Rekrut Militan Malaysia Melalui Media Sosial

Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) kini semakin bijak dalam strategi mereka untuk merekut lebih ramai pejuang mereka dengan menggunakan media sosial yang lebih mudah dan berkesan. – Gambar Reuters, 22 September, 2014.

Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) menggunakan media sosial sebagai kaedah merekrut utama mereka, mendaftarkan pejuang dari seluruh dunia, termasuk 40 rakyat Malaysia, kata satu sumber.

Pegawai perisik kanan memberitahu The Malaysian Insider, media sosial menjadi saluran utama kumpulan militan tersebut untuk merekrut rakyat Malaysia, tidak seperti awal tahun 2000 di mana kebanyakan kerja-kerja merekrut dijalankan melalui sekolah agama.

Kebanyakan daripada 40 rakyat Malaysia yang sedang berperang bersama militan Isis di Timur Tengah dipengaruhi untuk berjuang menggunakan media sosial, kata pegawai tersebut dan menambah, kaedah tersebut boleh menarik yang lain untuk menyertai perang tersebut.


Malaysia setakat ini menahan 19 militan yang berkaitan dengan Isis dan masih mencari lima lagi militan, kata pihak berkuasa.

Ada antara mereka, seperti bekas Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah Lotfi Ariffin yang terbunuh di Syria, bukan sahaja memuat naik status tentang aktivitinya dengan Isis di laman Facebooknya, tetapi juga menyeru orang lain supaya menyertainya.

Sebuah blog yang baru-baru ini mendapat perhatian ialah ahli kumpulan Negara Islam (IS) yang bernama "Shams", mendakwa dirinya doktor berumur 26 tahun dari Malaysia yang berada di Syria untuk membantu militan menggunakan kepakarannya dan berkahwin dengan pejuang Isis.

Pegawai perisik tersebut berkata, merekrut menggunakan media sosial merupakan pencapaian baru dalam dunia pengganas yang semakin berkembang.

"Kami sedang fokus kepada isu ini dan saya percaya kami bersedia seperti organisasi lain untuk menghadapi ancaman baru ini," kata pegawai itu.

Pegawai tersebut berkata, walaupun media sosial memainkan peranan yang penting dalam peristiwa Arab Spring, platform tersebut juga mewujudkan kebimbangan baru bagi agensi-agensi keselamatan.

"Kumpulan pengganas sedang menyesuaikan taktik mereka dan terpaksa berkembang kerana operasi membendung pengganas yang meluas di luar negara," kata pegawai tersebut.

"Kumpulan-kumpulan ini menjadi lebih cekap menggunakan operasi daerah, pengganas tempatan dan teknologi komunikasi sedia ada untuk kempen pengganas yang lebih panjang."

Pegawai tersebut berkata, kumpulan pengganas yang merekrut memberi inspirasi dan membimbing strategi global bukan sahaja melalui Internet, tetapi juga dengan komunikasi lebih canggih.

"Mereka juga menggunakan video propaganda yang banyak serta mesej menyeru pejuang baru yang berlegar melalui platform media sosial seperti blog, Facebook, YouTube dan Twitter."

Pegawai perisik kanan itu juga memberitahu The Malaysian Insider, sesetengah belia di Malaysia dijadikan sasaran rekrut melalui pentafsiran agama yang terpesong.

"Strategi mengumpul ramai orang yang berfikiran serupa bersama meningkatkan lagi sifat radikal jihadi."

Menurutnya, peranan media sosial dalam komunikasi hari ini lebih dinamik.

"Sebagai contoh, seorang aktivis di Mesir tweet tentang mengapa media digital sangat penting bagi organisasi yang mengalami pergolakan politik."

Pegawai itu berkata tweet aktivis tersebut berkata, "Kami gunakan Facebook untuk menjadualkan protes, Twitter untuk berkoordinasi dan YouTube untuk memaklumkan dunia."

Pegawai tersebut berkata, kenyataan itu menunjukkan perbezaan antara Internet dan media sosial.

"Media sosial akan pergi ke pihak radikal berbanding pihak radikal itu pergi ke Internet.

"Mereka yang ingin menjadi jihadi tidak perlu meninggalkan rumah untuk menjadi radikal atau menyertai mana-mana serangan pengganas yang merbahaya," katanya.

"Mereka boleh menjadi radikal dengan beberapa langkah kecil, tanpa perlu mengambil langkah besar di luar negara dan berisiko ditangkap agensi perisik.

"Dengan melayari forum di Internet yang tidak dipantau dan dilarang, mereka yang ingin menjadi jihadi boleh melabelkan diri mereka sebagai pengganas dengan sendirinya."

Mereka ini boleh mewujudkan sel pengganas alam maya untuk menyebarkan kepercayaan ideologi mereka, mengumpul dana dan mewajarkan serta mewujudkan motif bagi keganasan.

"Perkongsian maklumat yang kerap oleh bahagian pencegah keganasan di seluruh dunia merupakan salah satu penyelesaian untuk menangani masalah ini," katanya.

Selain pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga sedang membantu memantau media sosial.

Bagaimanapun Pengarah Kanan Komunikasi Strategik Sheikh Raffie Abd Rahman berkata setakat ini mereka belum lagi menerima aduan tentang ini.

"Banyak perkara yang dibincangkan pengguna Internet di media sosial seperti Facebook, jadi ia agak sukar bagi kami untuk mengesan apa-apa yang mempromosikan kegiatan militan kecuali jika aduan dilaporkan," katanya.

Bulan lepas The Malaysian Insider melaporkan wanita Malaysia dipercayai menyertai militan Isis untuk menawarkan Jihad Al-Nikah ataupun jihad seksual.

Seorang pegawai perisik kanan juga mengesahkan terdapat tiga wanita rakyat Malaysia yang pergi ke Timur Tengah untuk menyertai pasukan militan Isis. 


SUMBER

Pengundi PAS Berpaling Tadah Punca Kekalahan PAS Di Pengkalan Kubor



PKR berjaya menipu PAS lagi,dendam pemimpin PKR yang dikhianati PAS dalam isu perlantikan MB Selangor berbalas.Kekalahn PAS di PRK Pengkalan Kubor adalah babak pertama strategi PKR dalam usaha misi balas dendam apabila hampir tiada pemimpin utama PKR dan DAP turun membantu PAS di PRK Pengkalan Kubor.Kenyataan Hj Hadi Awang yang mencemuh Wan Azizah benar-benar memalukan PKR apabila beliau dikatakan seorang yang tak layak memimpin.Bayangkan bagaimana besarnya kemaluan PKR apabila Presiden PKR dikatakan tak layak menjadi seorang pemimpin.

Antara perkara yang dikenalpasti punca kekalahn PAS di Pengkalan Kubor mungkin kerana pengundi PAS sendiri sudah berpaling tadah.Buktinya cuba lihat gambar di atas.segak bergaya dengan uniform PAS dan berteduh dibawah sinaran terik cahaya matahari sewaktu PRK Pengkalan kubor tapi minum air mineral BN.Ramai penyokong PAS dah muak dengan permainan politik pemimpin PAS menunjukkan protes dalam diam dan diterjemahkan melalui pertambahan undi kepada 2,635 undi berbanding 1,736 pada PRU 13 yang dahulu.

BN Menang PRK Pengkalan Kubor Hasrat PAS Terkubor Lagi



BN berjaya mempertahankan kerusi Pengkalan Kubor dengan pertambahan majoriti kepada 2,635.Calon BN Mat Razi Mat Ali mendapat 9,991 undi menewaskan dua lagi pencabarnya dari PAS Wan RosdiWan Ibrahim yang mendapat 7,326 undi manakala calon BebasIzat Bukhary Ismail Bukhary hanya mendapat 73 undi.Undi rosak pula sebanyak 230 undi.

Tahniah diucapkan buat calon BN serta semua jentera yang membantu kemenangan serta pengundi Kelantan yang memberikan kepercayaan untuk BN terus mempertahankan kerusi Pengkalan Kubor.yang pastinya Pengkalan Kubor akan tetap menjadi ingaun buruk buat PAS Kelantan yang berhempas pulas sendirian berjuang sedangkan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat hanya memerhatikan PAS menggali kubur mereka.


PAS memberikan alasan kesibukan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat yg menunpukan perhatian kepada Selangor yang masih kelam kelibut antara punca ramai pemimpin utama pakatan Rakyat tidak muncul pada kempen PRK kali ini.PKR lebih pentingkan 3 billiion rezab Selangor,Pengkalan Kubor apalah sangat..cuma PAS yang terhegeh hegeh..






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...