ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Kad Merah Punca Kekalahan - Kim Swee | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Monday 22 September 2014

Kad Merah Punca Kekalahan - Kim Swee

Ong Kim Swee
INCHEON: Peluang skuad Harimau Muda A untuk meraih kemenangan ke atas Arab Saudi, sekali gus melangkah ke pusingan kedua Sukan Asia ke-17, lebur apabila pemain pertahanan Muhammad Zubir Mohd Azmi dibuang padang seawal minit ke-32 di Stadium Goyang, dekat sini, Ahad.

Biarpun tiada jaringan ketika itu, nasib skuad negara berubah apabila terpaksa bermain dengan 10 pemain selama 58 minit dengan Arab Saudi mengambil kesempatan melakukan serangan bertali arus.

Ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee mengakui kekalahan itu banyak berpunca daripada layangan kad merah sehingga memberi kelebihan kepada Arab Saudi menguasai perlawanan.

"Sebelum perlawanan, Malaysia mempunyai peluang seimbang untuk menang walaupun pemain Arab Saudi mempunyai kelebihan dari segi fizikal," katanya kepada pemberita selepas pasukannya kalah 3-0.

Beliau menyifatkan tindakan pengadil Thailand, Pu Udom, melayangkan kad merah kepada Muhammad Zubir sebagai hukuman yang keterlaluan kerana mendakwa pemain itu hanya melakukan sedikit sentuhan terhadap pemain Arab Saudi.

"Pada pendapat peribadi saya, dengan insiden sedemikian Muhamad Zubir tidak sepatutnya dikenakan kad merah," katanya.

Skuad Harimau Muda A terpaksa melupakan hasrat untuk mara ke pusingan kedua selepas hanya mampu menduduki tempat ketiga dalam kumpulan selepas kalah 3-0 masing-masing kepada Korea Selatan dan Arab Saudi dan menang 4-0 ke atas Laos.

Hanya dua pasukan teratas dalam setiap daripada lapan kumpulan mara ke pusingan kedua.

Mengulas masa hadapan skuad bimbinganya, Kim Swee berkata beliau risau dengan masalah kekurangan pemain bagi mengalas cabaran di Sukan SEA Singapura 2015 dan Sukan SEA Kuala Lumpur pada 2017 nanti.

"Saya berharap usaha untuk mencari bakat baharu dapat diperhebatkan lagi kerana kita mungkin akan mengalami masalah kekurangan pemain pelapis pada masa hadapan," katanya.


SUMBER

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...