ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Kenapa Pejabat ADUN Teruntum Diserang?Jangan Salah Pilih Wakil Rakyat. | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Tuesday 23 September 2014

Kenapa Pejabat ADUN Teruntum Diserang?Jangan Salah Pilih Wakil Rakyat.


Peluang memilih wakil rakyat jangan dipergunakan sewenang-wenangnya.Tanggungjawab kita sebagai pengundi ialah untuk memastikan calon yang kita pilih benar-benar mampu menggalas tanggujawab yang diberikan sebagai wakil rakyat.Jika kita tersalah pilih wakil maka terjadilah peristiwa sebagaimana kekecohan di Pejabat Pusat Khidmat ADUN Teruntum di Kuantan.sila klik

Sim Chong Siang
Antara tanggungjawab wakil rakyat yang dipilih dan menang di dalam piihanraya membantu menyelesaikan masalah rakyat yang pelbagai dan kebiasaannya membabitkan kewangan.Ada yang datang minta tandatangan,ada yang datang minta tolong selesaikan masalah dengan agensi kerajaan seperti perumahan,pekerjaan dan kebajikan.Namun kebanyakan yang datang beretemu wakil rakyat selalunya mengalami masalah kewangan dan minta dibantu.Ini sudah menjadi suatu kebiasaan dimana-manapun.

Kalau setakat tandatangan  dan chop mungkin mudah nak diselesaikan namun jika melibatkan kewangan memerlukan pertimbangan mengikut kes.Dalam kes ADUN PKR Teruntum yang diserang,pengadu meminta bantuan kewangan dengan alasan untuk meringankan bebanan kos perubatan.Di sinilah rakyat patut menilai kebersanan wakil rakyat melalui parti yang diwakili.PKR yang menjadi pembangkang di DUN Pahang sememangnya tidak mampu untuk menyelesaikan masalah rakyat.Mereka hanya gah dan mencari publisiti murahan seperti melakukan demontrasi bila ada isu-isu yang membolehkan mereka menjadi popular sedangkan tanggungjawab sebagai wakil rakyat entah kemana.

Adakah dengan memberikan alasan elaun wakil rakyat RM4,000 maka wakil rakyat PKR boleh lepas tangan.Wakil rakyat BN juga menerima elaun yang sama tetapi belum kedengaran kes wakil rakyat BN gagal memberikan bantuan kalau setakat meringankan belanja perubatan pengundi mereka.BN yang menguasi kerajaan Negeri Pahang sudah tentunya akan memastikan setiap masalah kawasan yang diwakili oleh wakil rakyatnya dapat diselesaikan melalui pendekatan tersendiri.Mencari alternative kewangan lain adalah beban yang perlu ditanggung oleh wakil rakyat dan bukannya mengharapkan elaun yang sudah tentu tidak mencukupi dalam menyelesaikan masalah rakyat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...