ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Menteri Tangkap Ular Sewaktu Kempen Pilihanraya | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Tuesday 23 September 2014

Menteri Tangkap Ular Sewaktu Kempen Pilihanraya



Penduduk di Pengkalan Kubor Kelantan teruja melihat bagaimana Setiausaha BN Sabah Datuk Rahman Dahlan yang menunjukkan keberanian turut serta dalam operasi menangkap ular.Seorang penduduk yang menyaksikan kejadian menceritakan bukan perkara yang mudah dilihat seorang Menteri menangkap ular.

"Berani weh ruponya menteri tangkap ular,kito pun gerun tengok.."ujar seorang penduduk Saadiah Awang,50 mengakui keberanian Datuk Rahman Dahlan.Kejadian yang berlaku ketika sidang akhbar Abd Rahman Dahlan di kedai kopi Pantai Geting selepas orang ramai menyedari ada ular dibelakang sebuah rumah yang dalam proses pembinaan.

Selaku Menteri Kesejahteraan Bandar Perumahan Dan Kerajaan Tempatan yang bertanggujawab ke atas pasukan bomba beliau bersama Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan Azmi Osman telah menyertai operasi menangkap ular tersebut.

Operasi selama 10 minit telah berjaya menangkap ular sawa 10 meter dari kedai makan tempat sidang akhbar diadakan.Datuk Rahman Dahlan tanpa rasa takut turut memegang kepala ular sawa dan meneruskan sidang akhbar selepas itu.

P/S ~Sering kedengaran gelaran panggilan negatif kepada Menteri..pelbagai panggilan seperti Menteri Lembik dan bermacam-macam lagi,sering dijadikan trending serta viral di media sosial tetapi bilamana menteri menunjukkan sesuatu kebolehan serta keberanian amat jarang dipaparkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...