ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: June 2015

Saturday 20 June 2015

RASISME..MANSUHKAN SEKOLAH VERNAKULAR DAHULU KEMUDIAN MANSUHKAN BTN..SETUJU..?



Manusia bernama Lim Kit Siang memang mudah bermimpi di siang hari,mendesak supaya kerajaan memansuhkan Biro Tata Negara (BTN)yang dituduh sebagai agen menyalakan api perkauman, perpecahan, ketaksuban dan sikap tidak tolak ansur di kalangan rakyat Malaysia.

Sebenarnya beliau maklum semenjak 30 tahun lalu peranan yang dimainkan oleh BTN adalah antara penyebab usaha DAP melebarkan pengaruh khususnya dikalangan orang Melayu gagal.

DAP ingin menjadi juara sebagai parti yang kononnya tidak rasis dan memberikan peluang sama rata berdasarkan merit seperti yang dilakukan oleh parti saudara kandungnya PAP di Singapura.

Tetapi bilamana kerajaan BN mencadangkan supaya sekolah vernakular dihapuskan bagi merapatkan hubungan antara kaum,DAP bagaikan cacing kepanasan mempertahankan sekolah vervakular dengan berselindung disebalik NGO pendidikan kaum Cina seperti Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), iaitu Dong Jiao Zong (DJZ).


Fungsi BTN adalah untuk memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara di kalangan semua lapisan masyarakat termasuk belia, pelajar, kakitangan kerajaan dan sektor swasta.

BTN bergerak seiring dengan aspirasi kerajaan dalam memastikan dasar-dasar kerajaan disampaikan dengan tepat dan jelas menerusi pelabagai program yang dianjurkan. 

Namun pada masa yang sama agenda bumiputera perlu diselaraskan dengan memupuk kesedaran dikalangan pelajar,belia mahupun masayarakat keseluruhannya dan tidak terkecuali kepada pemimpin-pemimpin agar  mereka memahami aspirasi kerajaan  dan mendukung usaha-usaha pembangunan dalam beberapa bidang seperti agama, sosial, politik, ekonomi dan pendidikan.









DAP JANGAN MAIN API..ROBOH PAPAN TANDA UMNO DI PULAU PINANG


DAP nampaknya semakin trauma semenjak menjanda setelah perkahwinan songsang mereka bersama Pakatan Rakyat menemui kehancuran.

Sekalipun hauskan kasih sayang dan perhatian rakyat mengapa UMNO menjadi sasaran mudah Kerajaan Negeri Pulau Pinang...bak kata orang tua tua..orang lain yang makan nangka kenapa orang lain yang kena getahnya.

Apa perlu DAP mengarahkan penguatkuasa merobohkan papan tanda UMNO di Jalan Macalister Georgetown,struktur yang terdapat di Ibu Pejabat UMNO.

Bangunan UMNO sengaja dijadikan sasaran walaupun sebenarnya ada banyak bangunan lain yang ciri cirinya melanggar peraturan di sekitar bandaraya Pulau Pinang.

Bila kaduk naik junjung,nasib Melayu jadi pertaruhan..segala bentuk perkara yang mencerminkan kehidupan Melayu akan sedikit demi sedikit cuba dihapuskan di Negeri Pulau Pinang di bawah Kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP.

Walaupun ianya sekadar papan tanda tetapi jelaslah menunjukkan kepada umat Melayu belang sebenar DAP yang menggunakan apa sahaja kaedah walaupun dengan memperalatkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang meroboh papan tanda tanpa sebarang perbincangan dilakukan.





Friday 19 June 2015

MANA KERANDUT PAKATAN RAKYAT TAK BERANI BUBAR DUN SELANGOR,P.PINANG DAN KELANTAN


Tidak perlu diperjelaskan lagi Pakatan Rakyat sudah berkubur.Namun apa yang menghairankan Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat di P.Pinang Selangor dan Kelantan masih lagi mahu mengekalkan kuasa mereka sedangkan kemenangan mereka sebenarnya pada PRU 13 adalah di atas tiket Pakatan Rakyat.


Masih basah dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia ketika krisis di Perak dahulu.Bersungguh-sungguh Pakatan Rakyat mendesak dan berkempen sehinggalah kepada aksi bergulling-guling di atas jalanraya semata-mata mahukan DUN Perak dibubarkan.

Namun sikap hipokrit pemimpin Pakatan Rakyat yang kononnya membawa suara rakyat tetapi membohongi penyokong mereka sendiri.Mustafa Ali Setiausaha Agung PAS menyetakan bahawa Pakatan Rakyat tidak mati sebaliknya pengsan sahaja.Lim Guan Eng secara terang terang menyatakan Pakatan Rakyat telah berkubur sementara PAS yang baru sahaja meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP di Muktamar PAS yang ke 61 baru baru ini.

Pakatan Rakyat sudah jadi carca marba,jika inilah bentuk kerajaan yang mahu dipilih oleh rakyat Malaysia pada PRU 14 bukan mustahil negara tidak akan stabil.Lebih banyak politiking dari bekerja memajukan negara.

Sebenarnya sejarah pernah tercatat dibawah Angkatan Perpaduan Ummah dan Barisan Alternatif berbagai kerangka bersama melalui konsesus dan sebagainya dijalin diantara parti pembangkang di Malaysia namun kesepakatan ideology adalah sesuatu yang mustahil.

Resepi kejayaan BN melalui UMNO sebagai tunggak disokong banyak komponen gagal diciplak dengan begitu mudah oleh pembangkang.

Pakatan pembangkang hanya mementingkan kuasa melalui pembahagian kerusi namun gagal membentuk persefahaman dikalangan mereka kerana jelas ideologi mereka yang awalnya hanya seperti bara namun akan marak membakar diri bila tiba masanya.




Lapan perompak bersenjata cakap Indon atas kapal Orkim Harmony - Panglima TLDM


Ada sekurang-kurangnya lapan perompak yang bersenjata di atas kapal tangki minyak MT Orkim Harmony kata Panglima Tentera Laut Malaysia Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Melalui akaun twitter rasminya, beliau memberitahu bahawa semua mereka bersenjata pistol dan parang dan bercakap dalam bahasa Indonesia.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Keselamatan Pelayaran Jabatan Laut Malaysia, Kapten Mohamad Halim Ahmad berkata hasil siasatan awal mendapati kehilangan Kapal Tangki MT Orkim Harmony meragukan apabila Sistem Amaran Keselamatan Kapal (SSAS) tidak diaktifkan.

Katanya sistem itu dipasang di tempat terpencil hanya diketahui nakhoda atau kapten kapal.

“Sepatutnya sistem itu sudah diaktifkan sebaik sahaja ada kejadian jenayah berlaku. Sistem itu akan beroperasi apabila diaktifkan secara manual.

“ Selain itu, kawasan kapal tangki itu hilang tiada capaian radar pihak kami namun pergerakan kapal itu sehingga komunikasi terputus boleh diimbas semula menggunakan Sistem Pengenalan Automatik (AIS) kaedah satelit.

“Bagaimanapun sistem AIS juga seolah-olah ditutup oleh orang yang tahu sistem berkenaan. Ada juga kemungkinan sistem AIS itu dirosakkan dengan cara memotong kabel atau memecahkan alat yang terletak di anjung kapal itu,” katanya dalam taklimat khas di Ibu Pejabat Jabatan Laut, pada Khamis.

Thursday 18 June 2015

TAWARAN PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN PAHANG SEISI JUN 2015VDAN SEPTEMBER 2015



Yayasan Pahang mempelawa  calon-calon yang berkelayakan untuk memohon pinjaman Pendidikan bagi melanjutkan pengajian di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta(IPTA/S) didalam negara yang diktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Yayasan Pahang.

Permohonan boleh dibuat secara online di laman sesawang Yayasan Pahang di alamat http://www.yp.org.my/ dan borang permohonan perlu dicetak dan dilengkapkan serta dihantar ke Yayasan Pahang beserta dokumen dokumen yang berkaitan

Tuesday 16 June 2015

PAKATAN RAKYAT SUDAH BERKUBUR,KERAJAAN SELANGOR TERUMBANG AMBING


Kerajaan Selangor bakal berdepan satu lagi ujian getir bila DAP telah mengeluarkan kenyataan bahawa Pakatan Rakyat telah berkubur yang telah diumumkan sebaik sahaja mensyuarat Jawatankuasa DAP malam semalam.

"CEC menerima usul muktamar PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP dan secara langsung mengakibatkan PR tidak lagi wujud.

"Memandangkan PR dibentuk oleh ketiga-tiga parti berdasarkan konsensus dan terikat dengan Dasar Bersama, usul di muktamar PAS itu membunuh PR. Justeru kini, tiada lagi PR," katanya.

"Kesan daripada hal ini terhadap Kerajaan Negeri Selangor pula adalah sokongan DAP bagi kepimpinan Menteri Besar Selangor Azmin Ali untuk merangka semula kerajaan negeri dengan sebuah muafakat yang mampan."

Seperti yang telah diramalkan sebelum ini Azmin Ali mungkin akan menjadi sebahagian dari sejarah Menteri Besar paling singkat pemerintahannya di Malaysia.

Dimanakah maruah PAS sebenarnya jika masih terhegeh-hegeh mengharap belas ehsan DAP khususnya jawatan Exco dan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Jika PAS yang mempunyai 15 kerusi DUN Selangor boleh bekerjasama dengan UMNO di Selangor yang mempunyai 12 kerusi bermakna gabungan antara kedua parti PAS dan UMNO adalah 27 dan ditambah satu kerusi bebas mantan MB Selangor iaitu Tan Sri Khalid menjadi 28 kerusi.

DAP mempunyai 15 kerusi manakala PKR 13 kerusi...dengan andaian akan ada dikalangan ADUN PKR meloncat parti maka Kerajaan Negeri Selangor dibawah pimpinan Azmin Ali akan di talkinkan secara rasminya.

Jika PAS masih berada di dalam kerajaan Negeri Selangor  jelaslah mereka sebenarnya telah mengkhianati hasrat akar umbi PAS melalui perwakilannya yang membuat usul memutuskan hubungan dengan DAP.PAS harus memilih antara maruah perjuangan yang dipijak2 oleh DAP ataupun masih mahu berada di kerusi empok dan politik cari makan pengikut PAS seramai hampir 5,000 orang yang berada didalam kerajaan Negeri Selangor. 

 






Monday 15 June 2015

eREZEKI BUKTI KOMITMEN KERAJAAN BANTU RAKYAT TAMBAH PENDAPATAN.


eREZEKI merupakan saru platform untuk menjana pendapatan melalui digital."Program ini adalah hasil inisiatif daripada Multimedia Development Corporation(MDeC) dibawah Program Digital Malaysia yang menawarkan peluang untuk menjana pendapatan tambahan dengan memberikan tumpuan kepada rakyat dan penduduk berpendapatan rendah di Malaysia."ujar YB Dato'Shahaniza Shamsuddin Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang ketika di wawancara berkaitan Program eREZEKI di Radio Pahang FM Kuantan Pahang.

Semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas ,berkebolehan menggunakan komputer serta memahami Bahasa Inggeris adalah dipelawa mendaftar.Selain itu walaupun anda mempunyai pendapaan tetap juga layak memndaftar bagi mencari pendapatan sampingan.Suri rumahtangga,bekas atau pelajar di IPTA/IPTS,pesara-pesara atau sesiapa yang berminat layak untuk mendaftar untuk program ini.

Tiada Bayaran akan dikenakan.Mereka yang berminat untuk menyertai program e REZEKI ini bolehlah mendaftar mulai 17hb Jun jam 11.00am di Pusat induk Komuniti atau menghubungi talian 09-5609788.Para Peserta akan diberikan latihan bagaimanana menggunakan sistem eREZEKI tersebut secara percuma.Selepas selesai menjalani latihan,Digital Worker boleh menggunakan tugasan e-REZKI secara online dimana sahaja asalkan mempunyai kemudahan internet.

Majlis pelancaran Program eREZEKI Peringkat Negeri Pahang akan diadakan pada 17hb Jun 2015,Rabu jam 4.00pm.Program juga akan disiarkan secara langsung Majlis Pelancaran Program eREZEKI Peringkat Kebangsaan yang akan dilancarkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Dato'Sri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur.

Pada jam 5.00pm satu video conference diadakan diantara Tapak Utama di Kuala Lumpur bersama tapak satelit lain di Pahang,Terengganu,Shah Alam dan Kedah.

Program eREZEKI Peringkat Negeri Pahang akan bermula seawal 11 am di Dataran MSC Cybercentre dengan kerjasama  SKMM dan beberapa syarikat Telekomunikasi spt Timne Dot Com,TM,Celcom,Maxis Digi serta penglibatan IPT tempatan iaitu IKIP dan juga terdapat pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh Jabatan Kesihatan selain cabutan bertuah bagi memeriahkan acara tersebut.

Booth khas untuk eREZEKI juga disediakan untuk pendaftaran dan penerangan yang lebih jelas oleh pegawai PTR (Pahang Technology Resouces)

Program pada 17hb Jun 2015 ini adalah salah satu usaha kerajaan untuk memperkenalkan Program eREZEKI diNegeri Pahang selain penghebahan di media sosial.Pengguna laman sosial bolehlah like fb page MSC Malaysia Pahang dan Pusat Induk Komuniti Pahang untuk keterangan lebih lanjut mengenai eREZEKI.

Selain itu Pusat Induk Komuniti di Jalan Putra Square 4 Kuantan akan menjadi Pusat komuniti eREZEKI Negeri Pahang atau lebih senang dengan panggilan DWC(Digital Worker Centre) untuk Digital Worker yang tidak mempunyai kemudahan seperti komputer dan internet.Digital Worker boleh berkunjung ke DWC Pahang dan menggunkan kemudahan tersebut secara percuma untuk menyiapkan tugasan eREZEKI.

Rakyat Negeri Pahang yang betul betul ingin menambah pendapatan bolehlah mendaftar bagi Program eREZEKI kerana tugasannya amat mudah kerana terdapat lebih 80 juta tugas dari seluruh dunia untuk tahun ini.

Kepada yang tidak hadir pada 17hb ini,mereka tidak perlu risau kerana mereka boleh mendaftar pada bila bila masa.

Thursday 11 June 2015

ROGOL ISTERI BUKAN SUATU KESALAHAN


Agak janggal diterima bilamana satu undang undang di bawah Kanun Keseksaan boleh dicadangkan di Parlimen bagaimana suami yang rogol isteri yang sah perkahwinan boleh dianggap sebagai satu kesalahan jenayah.

Kadangkala istilah itu amat mengelirukan, bagaimana hubungan suami isteri boleh diterjemahkan sebagai rogol sedangkan ianya perkahwinan yang sah.


Pengumumuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri bagaimanapun meredakan persoalan apabila kerajaan memutuskan untuk mengekalkan Seksyen 375 Kanun Keseksaan.

"Iaitu persetubuhan antara suami isteri dalam perkahwinan yang sah di sisi undang-undang dan masih berkuatkuasa, tidak boleh dianggap sebagai rogol.

"Sehingga ini belum ada lagi cadangan untuk memindanya," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri dalam jawapan bertulis di Parlimen.

Rupa rupanya ada usaha atau cadangan telah dibuat bagi meminda Seksyen 375 yang di bentangkan pada tahun 2004 berkaitan rang undang undang Kanun Keseksaan (Pindaan).

Namun begitu menurut DatukNancy ketika di tanya oleh Ahli Parlimen Bkt Gelugur Ram Karpal Singh,perbuatan mendatangkan kecederaan kepada isteri bagi tujuan mengadakan hubungan seks telah dijadikan satu kesalahan dibawah Kanun Keseksaan.

Sebuah jawatankuasa pilihan khas Parlimen telah dibentuk pada tahun 2006 bagi meneliti dan membuat kajian apabila rang undang undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2004 dibentangkan.

Jawatan kuasa itu dianggotai oleh MP Seputeh Teresa Kok,MP Pasir Puteh Che Min Che Ahmad,MP Gelang Patah Tan Ah Eng,MP Cameroon Highland SK Devamany, MP Sentubong Datuk Wan Junaidi Tunku Jaafar dan Mnteri di Jabatan Perdana Menteri , Datuk Mohd Radzi Sheikh Ahmad.



AISKRIM MANA YANG AZMIN PILIH..PAS ATAU DAP....?


Apa pilihan yang Azmin Ali ada sekarang,seboleh bolehnya beliau tidak mahu terlibat dengan permainan jongkang jongkit antara PAS dan DAP  tetapi berada ditengah tengah papan jongkang jongkit bukanlah suatu keadaan yang selesa.

Situasi terkini hubungan diantara parti Pakatan Rakyat semakin meruncing bilamana PAS dikatakan sudah berpatah arang berkerat rotan. 

Saban waktu menjadi mangsa dibuli DAP dan menjadi kuda tunggangan DAP membuatkan PAS memilih untuk bersekedudukan dengan PKR sahaja tetapi masih mahu tinggal serumah di dalam Pakatan Rakyat.

Usul Dewan Ulama Pas memutuskan hubungan dengan DAP yang diluluskan tanpa bahas di Muktamar Tahunan PAS ke 61 baru baru ini mustahil ditolak oleh Majlis Syura dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang baru dilantik kerana kebanyakan mereka adalah mereka tentunya perlu menterjemahkan kemahuan perwakilan yang memilih mereka terutama AJK PAS Pusat Naib Presiden Timbalan Presiden mahu pun Presiden.

Majlis Syura juga adalah sealiran dan senada dengan mereka yang pro ulama tidak mahu buruk siku  kerana kali ini mereka terpaksa menuujukkan siku dan lutut mereka juga berfungsi untuk walaupun mereka dikatakan berjubah,masih mempunyai jurus yang membuatkan DAP menghormati mereka.

Tindakan Mat Sabu meletak jawatan yang dipegangnya di Pulau Pinang sebenarnya bukanlah aatas semangat menghormati keputusan yang telah dibuat di Muktamar Tahunan PAS ke 61 tetapi lebih kepada sebagai tanda protes dan menguji sejauh manakah PAS boleh bertahan tanpa sokongan mereka yang Pro Pakatan.

Begitu juga khabarnya Mujahid Rawa yang bakal melakukan perkara yang sama berkaitan dengan status jawatan yang di pegang beliau di bawah Kerajaan Negeri Selangor.

Kedudukan kerusi di Selangor begitu genting kerana PKR sebenarnya bukanlah parti yang majoriti sebaliknya bergantung kerana hanya mempunya 13 kerusi manakala 15 kerusi masing masing DAP dan PKR.

Sedikit percikan api yang berlaku sekarang ini akan membuat kelambu tempat Pakatan Rakyat beradu terbakar hangus, saban hari dicurahkan minyak oleh pemimpin dari PAS dan DAP yang mencari populariti masing masing.

Dengan dua ADUN PAS yang dipanggil barua oleh Presiden PAS ketika krisis perlantikan MB Selangor iaitu ADUN Morib Hasnul Baharudin dan ADUN Hulu Kelang Saari Sungip pastinya mempunyai dendam kesumat untuk membalas dendam dimalukan sedemikian.

Walaupun sedang digantung tetapi mereka juga dikatakan sedang membuat percaturan politik bersama mereka yang tewas didalam pemilihan jawatan parti PAS di Muktamar Tahunan ke 61 yang berlangsung baru baru ini.

Satu majlis makan malam dikatakan bakal diadadakan di Restauran Amjal Lembah Pantai mengumpulkan semua puak reformis yang tewas seperti Hanipa Maidin,Khalid Samad,Mat Sabu dan Mahfuz Omar.

Dengan bertemakan 'Still with you,down but not out" pastinya mereka yang tersingkir pasti kecewa dan yang kecewa selalunya tidak akan berdiam diri.Bagi mereka yang aliran progresif inilah yang merupakan pejuang dan kativis sebenar yang selama ini berjuang untuk rakyat.

Asmin Ali takkan mampu tidur lena lagi kerana kemungkinan beliau akan mencatatkan sejarah sebagai MB yang paling singkat dalam sejarah.Mungkin selepas itu beliau tidak lagi sibuk sebaliknya masa yang terluang boleh sahaja ke tandas menikmati aiskrim...sesuatu aktiviti yang digemari sejak dahulu lagi.





Wednesday 10 June 2015

PERTANDINGAN SELFIE BULU KETIAK..ADA BERANI..!


Siapakah gerangan yang merasakan mempunyai bulu ketiak yang menarik dan mengasyikkan boleh lah mencuba nasib.Di tengah kegilaan selfie ni anda boleh sahaja mempamerkan keistimewaan anda jika merasakan orang lain tidak akan muntah hijau melihat betapa seninya bulu ketiak anda.

Sebenarnya pertandingan ini bukanlah diadakan di Malaysia sebaliknya di China yang bermula pada 26 Mei lalu dan hanya berjaya menarik 40 peserta.

Namun demikian ia menjadi topik perbualan hangat dan perdebatan mengenai kecantikan wanita.Adakah bulu ketiak juga diklasifikasikan sebagai salah satu kecantikan wanita...! Konpius aku,..

Pertandingan yang dijalankan melalui laman Weibo itu menggunakan hashtag #WomenArmpitHairCompetition berjaya menarik 1.3 juta memberikan pandangan masing-masing.

Seorang aktivis hak asasi wanita Xiao Meili yang melancarkan peraduan itu menyarankan wanita harus membersihkan  bulu ketiak dengan tidak membiarkan ianya tumbuh.

"Lelaki mempunyai lebih banyak kebebasan dari segi apa yang perlu dilakukan dengan tubuh mereka. Jadi kita tidak harus berfikir perempuan yang mempunyai bulu di ketiak adalah menjijikkan, tidak bersih atau tidak cukup feminin," tambah beliau.

Xiao mendakwa amalan mencukur bulu ketiak adalah satu konsep yang agak baru di China kerana baru sahaja dipopularkan sekitar 1990an.

Mungkin selepas ini akan ada pertandingan selfie bulu hidung pula..ada berani selfie dengan bulu hidung anda yang dah macam semak samun belakang rumah...huiish..!macam macam dunia sekarang...

PELANCONG BOGEL DI GUNUNG KINABALU DITANGKAP


Sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga.Seramai 4 orang dari 10 orang pelancong  asing yang dipercayai berbogel di Gunung Kinabalu telah ditangkap.3 daripadanya menyerah diri di Balai Polis Karamunsing kira kira jam 6 petang semalam.Dua daripada lelaki yang ditahan adalah adik beradik warga Kanada.

Manakala seorang pelancong wanita Eropah ditahan di Lapangan Terbang Tawau tengahhari semalam.Beliau mengaku diantara mereka yang terlibat dalam aksi bogel di South Peak Gunung Kinabalu.Wanita warga Belanda itu ditahan ketika untuk menaiki pesawat ke Kuala Lumpur dari Tawau dan di bawa oleh polis ke Kota Kinabalu untuk membantu siasatan.

Tindakan 10 orang pelancong asing itu mendapat kecaman daripada masyarakat setempat yang mempercayai Gunung Kinabalu merupakan tempat yang suci dan harus dipelihara dari tindakan tidak senonoh.Malah ada yang beranggapan kejadian gempa bumi di Sabah ada kaitan dengan aksi bogel yang mencemar tempat roh baik nenek moyang mereka yang bersemadi di situ..










Tuesday 9 June 2015

KISAH RANI KULUP KIPIDAP MANUSIA BIASA YANG LUARBIASA


Rani Kulup KIPIDAP suatu nama yang tak perlu aku perkenalkan lagi kerana dah pemes seantero negara,di setiap lorong-lorong gelap mahupun laluan tikus.Lelaki yang berambut panjang lengkap berpakaian uniform ala ala tentera dengan pingat yang diterima dari kerajaan langit,Melaka,Majapahit dan Palembang serta cincin pedinding hantu Mak Limah memang benar benar menarik perhatian sesiapa sahaja yang terserempak dengan beliau.

"King of Report" antara gelaran yang diterima selain pernah menerima gelaran dari Datuk Paduka dari Raja Melaka kerana kekerapan melakukan report berkaiatan apa sahaja isu yang mencetuskan kebimbangan masyarakat terutama melibatkan penghinaan kepada Agama Islam,Raja Raja dan Bani Melayu.Niat dihati beliau ingin melengkapkan 1000 report polis menjelang 2018 kerana bagi Rani Kulup dengan berbuat demikian masyarakat akan merasa tenang seperti baby yang sedang menetek ibunya.

Handsome kah Rani Kulop..!memang aku tak berani kata dia tak handsome sebab kalau dia marah aku risau kan penumbok dia..jilake..sekali kena boleh nampak burung burung berterbangan atas kepala maklumlah bekas askar pencen.Tapi semakin ramai yang meletakkan gambar beliau sebagai wall paper di handphone,komputer dan tak lama lagi khabarnya Air Asia akan mengabdikan gambar beliau di setiap dinding pesawat.



Tapi anehnya ramai pulak anak dara yang kecur air liur takkala menatap kemachoan Rani Kulup.Pernah dikatakan beliau berhenti di jambatan P.Pinang semata mata ingin bertemu puntianak .Niat di hati Rani Kulup nat mintak ID we chat pontianak tapi mungkin  pontianak takde telor maka tidak muncul .Sekali anak dara turun dari belfire ajak berselfie...jilake Rani Kulup..
Dimana - mana ada sahaja awek2 yang akan kancing gigi kalau tak dapat berselfie dengan Rani Kulup.Jilake kau...siapa yang tak nak berslfie dengan Rani Kulup dia boleh pergi meninggal...kipidap Rani Kulup...


Waktu petang Rani Kulup juga workout di taman keluarkan peloh maklumlah untuk kekal menjadi abang Sado perlu senaman dengan kasut Newbelen yg baru dibeli.tapi masih gagal melarikan diri dari diserbu oleh peminat.Masih ada dara pingitan yang datang menyerbu sambil berbisik kalau kalau boleh jadi skendel.Jilake...Rani Kulup menolak dengan manja sambil berkata "kalau bini aku tahu mati aku dikemamnya..




Aku dah rasa terancam dengan kau lah Rani Kulup..Jilake..semua awek ajak selfie.Nanti kalau kita jumpa boleh lah aku minta petua sambil memancing haruan dekat longkang depan rumah dia.

Kipidap Rani Kulup..walaupun sibuk dengan laporan polis tu jangan pula lupa nak basuh jamban rumah kau tu...aku dengar dah tumbuh togel ...Jilake....

VIDEO PELUMBA NEGARA ZAMRI BABA KEMALANGAN NGERI DI SENTUL INDONESIA


Pelumba SuperSports 600cc negara Zamri Baba dilaporkan telah mengalami kemalangan sewaktu Kejohanan Perlumbaan Motosikal FIM Asia Road 2015 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sentul Indonesia.



Zamri Baba,34,yang mewakili MuSASHI Boon Siew telah dilanggar oleh seorang pelumba lagi yang terbabas ketika pusingan kedua perlumbaan.Insiden ini seakan akan terjadi kepada bekas pelumba Moto GP Marco Simoncelli yang terlibat dalam kemalangan ngeri meragut nyawa beliau di Litar Antarabangsa Sepang ketika GP Malaysia.

Beliau telah dibawa ke Hospital Petra Permata dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mengalami kecederaan serius setelah terjatuh ketika gagal mengawal motosikal dan dilanggar oleh pelumba dari belakang oleh Dimas Ekky Pratama.


PUTUSKAN HUBUNGAN DGN DAP 14 KERUSI PAS DI SELANGOR AKAN HILANG PADA PRU 14


PAS dijangka membuat pusingan U turn lagi kali ini berikutan keputusan Muktamar Tahunan PAS kali ke 61 sebuat suara menerima usul yang dibawa oleh Dewan Ulama yang mahu memutuskan hubungan dengan DAP.

Antara punca mengapa usul memutuskan hubungan dengan DAP tidak dibahaskan di Muktamar dan keputusan muktamad belum diumumkan sebaliknya menggunakan alasan perlu dirujuk kepada Majlis Syura kerana bimbang situasi politik di Selangor.

Apa yang tersirat sebenarnya kegusaran PAS tentang senario yang akan berlaku sekiranya PAS mengambil keputusan muktamad memutuskan hubungan dengan DAP.Kesan daripada tindakan tersebut PAS Selangor bakal kehilangan 14 kerusi DUN Selangor yang dimenangi PAS pada PRU 13 dipengaruhi oleh undi dari kaum bukan Islam.PAS memenangi 15 kerusi DUN di Selangor.

Kalaupun ada kerusi yang selamat hanyalah di DUN Bangi yang majoritinya adalah pengundi Islam.Keadaan PAS bertambah sukar bilamana mereka yang Pro Pakatan telahpun di tendang keluar dari jawatan didalam parti PAS yang menyukarkan Pakatan Rakyat menjalinkan kerjasama.

Bersediakah PAS berjuang bersendirian atau hanya laungan di Muktamar yang tidak gila kuasa dan menggadaikan dasar perjuangan PAS demi mencapai matlamat dan perjuangan...kita tunggu nanti ....akan ada lagi pusingan U atau tidak... mereka yang pro ulama sudah mengisi jawatan didalam parti tetapi adakah mereka mampu memperolehi kuasa dengan berjuang bersendirian tanpa DAP..menjadi kuda tunggangan..atau kehilangan kuasa..




PAKAIAN KURANG SOPAN WANITA DIMINTA PAKAI KAIN BATIK JIKA INGIN BERURUSAN DGN JPJ


Pepatah melayu ada mengatakan masuk kadang kambing mengembek,masuk kandang kerbau menguak.Itu yang dapat disimpulkan bilamana kecoh dilaman media sosial perihal wanita berbangsa Cina yang dikatakan diminta menggunakan kain batik ketika ingin berurusan di Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ)

Wanita yang dikenali sebagai Suzanne G.L Tan itu mendakwa dia diminta memakai kain batik yang disediakan oleh pegawai JPJ jika mahu meneruskan urusan menandatangani borang pertukaran hak milik kereta beliau.

"Tidak sopankah saya berpakaian seperti ini" sambil merujuk kepada skirt pendek yang dipakainya.


Namun sebenarnya beliau harus menyedari bahawa memang sudah menjadi kebiasaan bagi sesiapa yang ingin berurusan dengan pejabat kerajaan perlu mematuhi etika berpakaian sopan dengan memakai seluar panjang dan baju yang berlengan.

Begitu juga jika memakai selipar dan seluar pendek juga adalah diklasifikasikan sebagai pakaian yang kurang sopan bila berurusan di pejabat kerajaan.





AWAS...! TUDUNG BERBENTUK SALIB DIPASARAN



Umat Islam diminta berhati hati ketika membeli telekung di pasaran yang mempunyai corak berbentuk salib.Keghairahan wanita membeli tudung yang mempunyai warna dan corak menyebabkan mereka akan mudah terpedaya.

Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainah Ahmad mengingatkan khususnya wanita Muslim yang ingin membeli telekung supaya lebih berwaspada.

Jabatan Kemajuan Hal Ehwal Islam Sabah akan melakukan tindakan bagi menghalang pemasaran telekung sedemikian bagi menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam.

Peniaga juga dinasihatkan supaya lebih bertanggungjawab dengan meneliti terlebih dahulu corak pada telekung yang ingin dipasarkan supaya tidak menimbulkan kegusaran kepada umat Islam dan menepati kehendak syariat agama Islam


Monday 8 June 2015

KEJADIAN MISTIK JELMAAN PENUNGGU DI GUNUNG KINABALU SELEPAS GEMPA


Masyarakat di Sabah khususnya Kadazan dan Dusun secara tradisinya mempercayai Gunung Kinabalu adalah tempat suci dimana di situlah persemadian semangat baik nenek moyang mereka yang dinamakan Aki(datuk) dan Nabalu (keranda).

Selepas kejadian gempa bumi baru baru ini kelihatan permukaan Gunung Kinabalu menyerupai wajah seorang lelaki yang pertama menakluki gunung berkenaan yang dikenali sebagai Datuk Gunting Lagadan.Sebagai tanda penghormatan buat beliau sebuah rumag persinggahan telah dinamakan sempena nama beliau.

Ada juga yang berpendapat imej yang terbentuk itu  dikatakan Aki Nabalu bersempena nama gunung tersebut dalam bahasa Dusun.Masyarakat Kadazan Dusun Murut mempercayai bahawa kawasan berbatu di puncak Gunung Kinabalu didiami oleh semangat nenek moyang mereka.

Kejadian gempa bumi yang berlaku juga dikaitkan dengan cerita rakyat tempatan yang mistik.Aki Nabalu yang juga membawa maksud "tempat yang dihormati orang mati"yang mengisahkan bagaimana seorang isteri yang bertukar menjadi batu setelah menunggu kepulangan suaminya.

Malah ada juga yang mengatakan ia adalah raja gergasi yang masih belum terjaga sehinggalah pada pagi jumaat baru baru ini yang menyaksikan gempa berukuran 5.9 pada skala Ritcher.

Kejadian ini juga dikaitkan dengan tindakan sekumpulan pelancung Eropah yang telah mencemar temapat suci bagi rakyat Sabah dengan berkelakuan tidak senonoh berbogel dipuncak Gunung Kinabalu.

Dilaporkan dari sejumlah 187 pendaki yang berada disekitar pergunungan Kinabalu,16 orang dilaporkan terkorban manakala 2 pendaki masih belum ditemui.

"WE WANT NETBALL STADIUM" POTENSI NETBALL PERLUKAN PERHATIAN KERAJAAN

Kejayaan membawa pulang pingat Perak di SEA Game 2015 di Singapura adalah sesuatu yang cukup bermakna buat pasukan Bolajaring Malaysia.Sungguhpun gagal mengulangi kejayaan merangkul pingat emas yang dimenangi di Kuala Lumpur 14 tahun lalu,perlawanan sengit berhadapan dengan tuan rumah Sukan SEA Singapura di Arena OCBC membuktikan Malaysia merupakan kuasa bolajaring di rantau Asia.

Walaupun kilauan emas semakin dalam genggaman ketika dapat mengikat Singapura pada kedudukan 39-39,namun Singapura selaku Juara Asia dan mempunyai rangking 17 dunia memanafaatkan beraksi di gelanggang sendiri dengan menumpaskan Malaysia yang berada pada kedudukan 23 dunia dengan jaringan 46-43.

Kejayaan ini seharusnya membuka mata banyak pihak agar sukan bolajaring harus diberikan perhatian .Keluhan Presiden Persatuan Bolajaring  Malaysia (PBJM) YB Dato'Suraya Yaacob dan Timbalan beliau YB Dato'Shahaniza Shamsuddin mencerminkan betapa PBJM yang menjadi badan induk menyelia sukan bolajaring di Malaysia kurang mendapat perhatian.





Sewajarnya lah kerajaan melalui pihak berkaitan khususnya Kementerian Belia dan Sukan meletakkan sukan bolajaring sebagai ditempat yang sewajarnya dengan membina stadium khusus untuk kemudahan bagi memastikan pingat perak yang disumbangkan di temasya Sukan SEA ini dihargai.


Buat masa ini sukan bolajaring terpaksa menumpang dan berkongsi kemudahan dengan sukan lain seperti Stadium Juara Bkt Kiara.Pembinaan Stadium Bolajaring bakal menjadi pemangkin kepada kemajuan  sukan ini kerana ianya menjadi pusat latihan yang lebih efisyen dari segi perancangan penyediann atlit,latihan dan kejohanan.

Bagi merealisasikan sukan bolajaring ini juga tidak hanya dengan pembinaan stadium bolajaring tetapi juga geran kewangan yang lebih realistik kerana pembangunan sukan juga perlu dilakukan di peringkat akar umbi khususnya di peringkat negeri melalui persatuan2 bolajaring negeri.

Bukan menidakkan sukan lain contohnya bolasepak yang hanya gah dengan sorakan dan publisiti tetapi memiliki banyak kemudahan stadium tetapi tidak kepada bolajaring yang tiada satu pun stadium bolajaring di Malaysia dan pastinya ianya amat memalukan.













GAMBAR MENYAYAT HATI MANGSA KORBAN GEMPA BUMI DI GUNUNG KINABALU


 

Pasukan penyelamat masih meneruskan operasi bagi mencari mangsa yang masih dilaporkan hilang di kawasan Gunung Kinabalu yang dilanda gempa bumi 5.9 pada skala Ritcher Jumaat lalu.

Dipercayai masih ada dua lagi mangsa yang dilaporkan hilang dan masih belum ditemui dipercayai warga Singapura iaitu seorang guru dan seorang pelajar,

Jumlah mangsa yang terkorban akibat gempa bumi di Ranau Sabah adalah seramai 18 orang bagaimanapun identiti mangsa belum di sahkan kecuali dua orang malim gunung rakyat tempatan Robbi Sapinggi dan seorang pelajar dari Singapura yang ditemui pada hari pertama kejadian berlaku.























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...