ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: February 2016

Saturday 27 February 2016

ANAK PAHANG DI PENTAS MENTOR MILENIA #VOTE FOR ZETTY


Gadis manis bertubuh kecil ini berjiwa besar,beliau yang dilahirkan di FELDA Jengka 2,Bandar Pusat Jengka Pahang kini berada di pentas Mentor Milenia sebuah rancangan realiti terbitan TV3 dan sedang bersaing di peringkat separuh akhir .

Membesar dalam masyarakat FELDA dan sebagai anak Pahang ingin membuktikan dirinya mempunyai bakat sebagai anak seni yang diwarisi dari bapanya .

Zetty zaman kanak kanak

Zetty semasa kecil bersama Awie  ketika
melakukan pertunjukan di expo suatu 
ketika dulu 

Penglibatannya dalam bidang nyayian bermula sejak dari kecil lagi kerana sering mengikuti bapa Abdul Rasyid Che Man yang mempunyai perniagaan menyediakan alatan Audio samada ke majlis keramaian mahupun Expo.

Bermula dari situ bakatnya mula di asah dengan mendapat jemputan dari masyarakat di sekitar khususnya di Pahang .Beliau juga pernah memenangi beberapa pertandingan nyayian di Pahang dan menyedari beliau ingin melangkah jauh dalam bidang seni suara,Zetty akhirnya melepasi ujibakat Mentor Milenia dan kini berada di peringkat separuh akhir dibawah bimbingan Mentornya Azlan Typewriter.

Penyokong setia Tok Gajah
Zetty yang kini sedang melanjutkan pelajaran  di UiTM Shah Alam dalam bidang muzik.Gadis ini juga rupa-rupanya amat meminati sukan bolasepak dan sering berkunjung ke stadium menyaksikan perlawanana bolasepak terutama pasukan Pahang.

Perjuangan beliau dalam pertandingan realiti TV3 Mentor Milenia belum selesai,bakat sahaja bukan jaminan untuk berada di pentas final.Undian penonton pastinya akan membantu beliau untuk terus mengembangkan bakatnya.

Saksikan kemunculan beliau di pentas separuh akhir Mentor Milenia di TV3 Ahad 28.2.2016 jam 9.00mlm dan mengundi Zetty dengan cara seperti ditunjukkan di bawah :

Cara Undian :

  • Layari www.tv3.com.my/mentormilenia/
  • klik pada tab UNDI
  • Log in dengan menggunakan kata laluan facebook dan klik ZETTY
  • satu kata laluan untuk satu undi sahaja
  • undian akan di buka pada hari Ahad 28.2.2016 jam 6.00pm.














Thursday 18 February 2016

LELAKI MELAYU TAK ROMANTIK


Kemana agaknya hilannya keromantikan lelaki Melayu kini yang menjadi persoalan yang harus di jawab bilamana kini makin ramai wanita Melayu memilih menjadikan warga asing sebagai pasangan hidup.

Barangkali menjadi trending sesetengah golongan seperti artis memilih warga asing khususnya Mat Saleh sebagai calon pilihan.





Romantik dikaitkan dengan nilai kemesraan dan kasih sayang bagi pasangan lelaki dan perempuan terutama di alam percintaan.Romantiknya lelaki Melayu dikhabarkan hanya sewaktu percintaan dan semakin pudar dari hari ke hari setelah melangsungkan rumahtangga.

Handsome,berbadan sasa kuat bekerja antara alasan yang diberikan mengapa wanita Melayu lebih cenderung memilih lelaki asing sebagai pasangan hidup.

Dan yang paling sadis dan menyentuh ulu hati lelaki mendengarnya adalah lelaki melayu yang tidak romantik.Memang benarlah kenyataan itu kerana perlu juga dilihat kewajaran budaya yang membantaskan lelaki Melayu mempraktikkan romantik itu kepada pasangan beliau.


Alasan lelaki Melayu tidak romantik :-
  • Tak mampu jalan berpegangan tangann,lelaki Bangladesh barangkali selalu mempraktikkannya sesama lelaki berjalan sambil berpegangan tangan.Jika dengan perempuan jangakan tangan..kaki pun dia sanggup pegang.
  • Lelaki Melayu tak mampu menunjukkan kasih sayang dengan mengucup pasangan dikhalayak ramai,cuba dalam bilik berdua-duaan...boleh lebam bibir beb..
  • Pejabat Agama selalu usha je pasangan yang dok berkasih sayang di taman-taman bunga...lagi tak romantik kalau naik van mayat kena tangkap basah.
Pertembungan budaya dan agama tidak mengizinkan lelaki Melayu lebih romantik.Kemesraan yang terbatas dari segi perlakuan tidak akan mengurangkan kasih sayang lelaki Melayu terhadap pasangannya.


ISTERI AKU KENA RABA MENTERI BUAT APA..!-BUSKER


Satu kementerian baru wajar difikirkan bagi memberikan keistimewaan khusus bagi menjaga keselamatan isteri-isteri busker dari menjadi mangsa cabul.

"Isteri aku kena raba..! Menteri buat apa..?itu adalah antara lontaran kemarahan seorang busker sejurus membuat sidang media tergempar sejurus membuat laporan polis.


Beliau juga mempersoalkan betapa tidak selamatnya Malaysia akibat kejadian isterinya yang di raba Nepal mabuk di hadapan Sogo.

Benarkah Malaysia tidak selamat dan tidak aman lagi seperti dinyatakan...?Jika begitu dalam keadaan yang serba huru hara sekarang bagaiamana Busker-busker boleh  mencari makan di hadapan Sogo.


Saban hari akan kelihatan busker-busker membuat persembahan tanpa ada sebarang gangguan.Keterbukaan pihak DBKL yang memberikan kelonggaran golongan ini mencari rezeki di tengah-tengah kesibukan kota rupa-rupanya melahirkan manusia yang langsung tidak megenal erti bersyukur.

Adalah tidak wajar menyalahkan menteri hanya kerana isteri sendiri di raba Nepal yang mabuk.Mentaliti yang berjaya diterapkan oleh pembangkang di Malaysia dengan meletakkan apa sahaja yang berlaku di Malaysia ini salah menteri amat memualkan.


Barangkali busker berkenaan perlukan publisiti..tapi biarlah dibuat dengan cara yang tidak menunjukkan kematangan berfikir dengan rasional.Bukan  meluahkan amarah yang memperlihatkan kebodohan diri sendiri.






Thursday 11 February 2016

AIR LENDIIR MEMANCUT DI SELANGOR,MELELEH DI PAHANG


Sesekali meneliti laporan sebuah akhbar harian semalam yang membongkar kisah Pelacur Asing Cemari Kuantan menimbulkan persoalan.Bukan persoalan kebenaran atau sebaliknya tetapi implikasi berita yang disajikan kepada umum.

Menjadi tanggungjawab wartawan melapurkan apa yang difikirkan memberikan kebaikan tidak kira apa isu yang ingin diketengahkan supaya masyarakat boleh menilai.
Dengan tajuk Pelacur Asing Cemari Kuantan pastinya akan mengundang persepsi betapa kini Kuantan Pahang kaya dengan air lendir warga asing.

Sejauh manakah air lendir itu meleleh di bumi Pahang dikupas secara umum dan  lontaran berita tersebut disambut oleh golongan wartawan rakyat di media sosial dengan cara paling tidak adil.


Sasaran paling mudah untuk meletakkan jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan oleh akhbar harian yang turut disiarkan secara portal online mengundang caci maki kepada ahli politik.


Ia hanyalah sebahagian petikan komen yang memualkan yang datang dari mereka mengambil jalan mudah menanam kebencian kepada ahli politik dan pastinya kerajaan secara umumnya.

Agensi penguatkuasa terpalit sama dengan komen-komen yang melampiaskan kemarahan yang dipengaruhi sentimen pegangan politik.

Barangkali mereka tidak pernah terfikir bahawa pelacuran adalah perniagaan yang tertua di dunia.Dan barangkali kini ia menjadi industri dari epidermik air lendir yang tersebar merentasi sempadan dunia sejak azali lagi.

Adakah hanya Kuantan yang terpaksa menahan kebanjiran air lendir warga asing yang menggamit kedatangan tetamu.Bagaimanakah pula agaknya di negeri negeri lain yang sebenarnya telah menjadi industri.

Selangor sebagai contoh merupakan antara negeri yang menjadikan rumah urut sebagai menghalalkan pelacuran meraih hasil lendir yang lumayan.

Peningkatan hasil “Lendir” dalam negeri Selangor yang tercatat ialah sebanyak RM51juta bagi tahun 2015 dan hanya RM21juta pada tahun 2007. Hal ini terbukti bahawa hasil “lender” merupakan sumber pendapatan negeri yang bakal diagihkan kepada rakyat Selangor.
Jumlah rumah urut di Selangor menunjukkan peningkatan mendadak dari 800 kepada 4,000 sejak pembangkang mula mengambil tampuk pemerintahan dari kerajaan Barisan Nasional.sumber
Daripada jumlah itu orang Melayu mewakili 2.5 juta dengan kapasiti 259 masjid dan 939 surau.Bermakna di Selangor rumah urut lebih banyak daripada bilangan masjid dan surau menunjukkan betapa kritikalnya keadaan tersebut.

Tidak dinafikan pelacuran memang ada di Kuantan namun ianya tidaklah bercambah dengan drastik sebagaimana yang berlaku di negeri Selangor kini.

Laporan akhbar tersebut juga tidak meletakkan statistik yang menggerunkan dengan hanya satu kawasan tertentu di Kuantan.

Endemik air lendir bermula sejak berkurun lama di dunia ini dan epidermik Air Lendir di Kuantan tidak dapat tidak kerana migrasi manusia membawa sekali nafsu yang tidak boleh terlucut selagi manusia bernyawa namun tidak bermaksud air lendir mampu menghalalkan cara.

Wednesday 10 February 2016

APA AKIBATNYA JIKA IKAN PAUS MATI DI PAHANG BUKAN DI JOHOR..?


Berita penemuan ikan paus yang terkandas di Pantai Rebah Johor semalam hangat di perkatakan netizen.manakan tidak mamalia tersebut bukanlah spesis yang mudah ditemui di perairan Malaysia.

Rupa-rupanya kisah tersebut tidak berakhir begitu sahaja bila seekor lagi ikan paus telah ditemui mati di pesisir Pantai Sarang Buaya,Semerah dekat Batu Pahat Johor.

Belum dapat dipastikan samada ianya ikan paus yang sama yang telah ditarik ke laut apabila ikan paus tersebut sepanjang 20 meter dan seberat empat tan ditemui di tepi pantai Taman Rekreasi Pantai Rambah, dekat Pontian.

Walaupun begitu berita tersebut tidak mendpat liputan meluas di akhbar arus perdana dan di stesyen TV tempatan memandangkan.Cuba bayangkan peristiwa tersebut berlaku di perairan Pahang...nah..!pasti gegak gempita umpama bunyi mercun Tahun Baru Cina dinyalakan siang dan malam.

Lebih dasyat lagi jika ikan paus tersebut ditemui di Sg Tonggak Kuantan,boleh jadi bahan berita yang menghiasi halaman utama berita media arus perdana bagaimana sisa toksid akibat bauksit telah membunuh mamalia tersebut .


Barangkali ada yang masih mengingati kematian berjemaah ikan belanak yang sama sahaja saiznya di SgTonggak Kuantan yang di kaitkan dengan sisa toksid bauksit namun ternyata tidak benar tetapi disensasikan untuk tujuan politik.

Kematian ikan paus di Johor pastinya tidak akan di kaitkan dengan Menteri Besar Johor tetapi sekiranya ianya berlaku di Pahang nescaya Dato"SeriDiraja Adnan Yaakob  Menteri Besar pahang akan dibelasah siang dan malam oleh mereka yang irihati dengan kemakmuran Negeri Pahang.

Barangkali juga Fuziah Saleh Ahli MP PKR Kuantan akan berdiri di atas ikan paus yang mati di Pahang dengan berslfie sebelum diadakan sidang media sisa toksid bauksit telah membunuh seekor ikan paus.Hanya ada di Pahang......











Tuesday 9 February 2016

AHLI PERLIMEN PAS MANA YANG KANTOI TENGOK FILEM BLUE..!!!


Nafsu tidak mengenal sesiapa jadi tidak kiralah bagaimana latar belakang pendidikan mahupun perwatakan.Tetapi amat menyedihkan jika benar dakwaan yang tersebar luas bagaimana seorang MP Pembangkang yang menyertai program lawatan di luar negara terlibat denga perkara melondehkan keaiban sendiri.

Apa yang menariknya timbul pula apabila timbul dakwaan yang menyatakan antara punca tersebarnya kisah seorang Ahli Parlimen Pembangkang yang melayari filem porno tanpa membayar bill internet hotel adalah kerana Pakatan Pembangakang sendiri sedang bercakaran sesama sendiri.

Jadi pastinya PAS dan anggota Pakatan Harapan mempunyai alasan tersendiri untuk menjawab tuduhan yang menjadi bualan di media sosial.Seperti di petik antara lain....

PAS memang bukan ahli Pakatan Harapan dan ia musuh ketat DAP, namun penyebaran fitnah mengenai seorang pemimpin PAS yang menonton video lucah anehnya dinafikan oleh bekas rakan sekutunya itu.

Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari berkata meskipun parti mereka berbeza dan bermusuhan, tetapi beliau tidak akan memburukkan nama mana-mana pemimpin dengan cara yang kotor demi raih populariti.

“Tidak benar! Walaupun saya tidak sehaluan dengan Nasruddin dari segi politik, saya tidak setuju dengan cara mengaibkan orang secara peribadi macam ini,” katanya menerusi mesej Whatsapp kepada portal BNBBC.my.

Terdahulu, sebuah laman blog pro-Parti Amanah Negara (PAN), Alhusseyn51 dalam artikelnya dua minggu lalu mendakwa, terdapat seorang Ahli Parlimen PAS tidak membuat bayaran setelah menonton siaran porno berbayar.

Kejadian memalukan itu terbongkar menerusi kenyataan butiran pada caj bayaran tambahan sewa bilik hotel penginapannya sewaktu lawatan kerja beberapa wakil anggota parlimen Malaysia ke Jerman dua tahun lalu.

Walaupun tidak menamakan siapakah wakil rakyat PAS tersebut di dalam entrinya, penulis blog berkenaan seakan-akan memberikan pembayang dengan menamakan kesemua nama ahli delegasi jemputan yang terlibat.

Lawatan tersebut sebenarnya adalah di bawah program jemputan rasmi anjuran Kerajaan Jerman pada Januari 2014 yang bertemakan “Pemisahan Kuasa dan Peranan Pembuat Dasar Menurut Demokrasi Berparlimen”.


Antara delegasi ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri; Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Datuk Koh Nai Kwong mewakili BN.

Manakala jemputan kepada pihak pembangkang Malaysia telah diwakili masing-masing oleh Fuziah Salleh daripada PKR, Nasruddin Hassan yang mewakili PAS dan DAP dengan diwakili Zairil Khir Johari.

Menurut blog yang mesra PAN tersebut, wakil PAS itu dikatakan gagal menghadirkan diri sewaktu program lawatan selain mesyuarat dijadualkan kerana dilaporkan demam dan beliau hanya berehat di dalam bilik.

Blog berkenaan turut mendakwa wakil DAP sebagai berasa terkejut apabila mendapati bil hotel tertera caj yang dikenakan ke atas bilik wakil PAS itu kerana menonton filem porno sewaktu mereka sibuk mendaftar keluar.

Namun, ketika ditanya semula oleh portal BNBBC.my. sama ada memang benar wakil PAS tersebut gagal menghadirkan diri ke mesyuarat berkenaan, Zairil dilaporkan sebagai enggan mengulas dengan lebih lanjut.

Dalam masa yang sama, BNBBC.my turut cuba berusaha mendapatkan komen balas terus daripada ‘mulut’ Nasruddin sendiri, tetapi setakat ini gagal dihubungi.


JADIKAN PERAYAAN GONG XI FA CAI ERATKAN HUBUNGAN KAUM


Saban tahun pelbagai perayaan dirayakan dengan cara yang cukup muhibbah sesuai dengan komposisi rakyat Malaysia yang berbilang kaum agama dan budaya.

Perbezaan ini adalah suatu keunikan dan lahirnya Malaysia seperti hari ini yang menyaksikan pelbagai kaum ini hidup dalam suasan yang penuh keharmornian.

Amalan kunjung mengunjung sudah sebati dengan sebahagian rakyat Malaysia tiap kali tiba musim perayaan .Menyedari betapa sikap toleransi penting untuk mengekalkan keharmornian,Staff Pejabat ADUN Kuala Sentul mewakili YB Dato'Shahaniza Shamsuddin yang sedang mengerjakan umrah di Tanah Suci berkunjung ke rumah pemimpin masyarakat Cina di Pekan Sg Jerik.

Sudah menjadi kelaziman saban tahun pada setiap kali Tahun Baru Cina,ADUN Kuala Sentul akan berkunjung ke rumah masyarakat Tiong Hoa di Pekan Sg Jerik Maran bagi menunjukkan perayaan yang dirayakan oleh rakyat di Malaysia ini mampu mengeratkan perhubungan antara kaum yang menjadi teras kepada kemakmuran dan keharmornian Malaysia.







MENGENALI ERTI CUTI RAKYAT MALAYSIA


Malaysia bumi bertuah,kaya dengan pelbagai keistimewaan yang yang menggamit senyuman warganya bagi yang mengerti apakah makna kesyukuran.

Barangkali tidak pada nasib malang  menimpa yang bukan di pinta atau dicari.Paling tidak Malaysia tidak menjanjikan apa apa kepada mereka yang hanya tahu mencerca.

Musim cuti datang lagi melengkapkan pusingan hari dalam minggu,bulan dan tahun yang bersilih ganti tanpa memungkiri saat dan waktu .

Barangkali Malaysia antara negara yang memiliki musim cuti yang banyak sesuai dengan kepelbagaian budaya agama dan adat resam.Cuti Tahun Baru Cina misalnya adalah antara yang dinantikan bagi mereka yang bekerja barangkali bagi mereka yang berniaga peluang mendapatkan rezeki di musim begini.

Antara perkara yang lazimnya dilalui sepanjang musim cuti di kampung

  1. Anda akan memasang waze untuk mengetahui kesesakan jalanraya menuju ke kampung halaman atau mungkin anda terlupa jalan pulang...?
  2. Anda akan kehilangan waktu emas bergosip di dalam what up grup kerana kampung halaman yang tiada liputan internet.                    
  3. Masa terlalu panjang bila berada di kampung halaman kerana aktiviti yang terhad,tiada lagi sembang kedai mamak,tiada kelas zumba,tidak perlu hantar anak kesekolah tetapi perlu bangun awal jika tidur di rumah mertua sedangkan anda impikan waktu cuti begini untuk bermalas-malas.                                      
  4. Bagi yang baru mendirikan rumahtangga,anda akan merasakan sentiasa perhatikan oleh mertua.Inilah waktunya resepi yang selalu di upload di FB menjadi medan menguji kebenaran dan kepalsuan kerana biasanya mertua anda akan tiba-tiba merasa kurang sihat untuk ke dapur.
  5. Menantu lelaki pula pastinya akan menunjukkan sifat pemurahnya berbelanja barang dapur walaupun sebenarnya kalau di rumah sendiri rela makan ala kadar sahaja.                                

  6. Berebut plug untuk charge gadjet,walaupun ayah/mertua tiba-tiba beritahu bill elektrik mahal sekarang ni.
  7. Kenduri kendara menguji ketabahan anda,melihat ipar duai yang asyik bergosip sedangkan anda tak kering tangan di dapur atau mungkin memerhatikan sahaja ipar duai sambung putung rokok mengambil rokok anda tanpa segan silu takkala rokok semakin mahal.                                                                                                   

  8. Adik beradik tanya bila nak kahwin sedangkan anda balik kampung pun cukup tambang sahaja ataupun jika anda sudah berkahwin ipar duai asyik bergossip perihal Salleh Yaakob bila melihat anda masuk tandas pun bawa hand phone.
  9. Geram nak sembelih ayam/kucing yang naik atas kereta anda sedangkan itu haiwan kesayangan mertua anda
  10. Tengok kalender kalau-kalau kalender silap nak balik bandar tak sempat-sempat walhal anda baru sehari dua di kampung.
Kerinduan kepada kampung halaman itu mungkin akan berubah semakin berkurang atau bertambah bergantung kehidupan anda di kota samada anda bertambah selesa hari ke hari atau sebaliknya.

Di kampung derai kokok ayam jantan memecah keheningan pagi,hinggar binggar kereta bukan sarapan yang anda harus hadapi sebaik sahaja bangun dari lena.

Malamnya  unggas cengkerik bercengkarama mendendangkan lagu rimba,penghuni lena tanpa kisah adu domba kota.Di kampung ini perantau kota melihat dunia kali pertama ,di sini juga barangkali menutup mata buat kali terakhirnya.

Cuti ini singkat atau panjangnya,adalah waktu mengenal siapa diri dan bukan meninggi diri.Semoga anda akan bercuti lagi...buat kesekian kali...






.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...