ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: March 2012

Saturday 31 March 2012

Kalau Dah Terpaksa Meraba-raba


Ku berjalan di dalam hujan..mencari api yang terpadam..lalalala..! itu adalah antara bait lagu yang popular suatu ketika dulu nyanyian kumpulan Wing.Kenapa nak berjalan waktu api terpadam..bagi yang bercinta mungkin suatu perlambangan yang si kekasih sedang mencari si dia yang menghilang diri namun disebalik api yang terpadam atau api akan sengaja dipadamkan malam ini sewaktu pelancaran simbolik Earth Hour 2012 yang dilakukan secara serentak pada pukul 8.30pm hingga 9.30pm malam ini di Malaysia dan ia nya juga dilakukan dikebanyakan negara diseluruh dunia.
Kenapa nak padam api elektrik malam ni..kalau tengah bawa kereta pada pukul 8.30pm mlm ni jangan lah memandai-mandai nak padam lampu kereta pulak nanti tak pasal-pasal duduk kat ICU...masuk longkang atau langgar pokok lah.Dan begitu juga di hospital,kalau ada anggota Green Peace kat situ eloklah bagi diaorang cuti sebab takut kerana nak selamatkan dunia dia akan padamkan elektrik di hospital...atoooiiii..!buatnya doktor tengah bedah pesakit tiba-tiba blakout..tak ke naya..nak bedah lutut terbedah mata atau tertinggal jarum dalam jantung kerana kelam kabut akibat api yang terpadam.Begitu jugalah pengawal trafiq bandaraya yang saje-saje nak cuba padamkan lampu trafiq kat simpang jalanraya ataupun pengawal trafiq di landasan kapalterbang yang sengaja memadamkan lampu landasan untuk menguji kecekapan pilot kapalterbang.
Mungkin secara simboliknya kita boleh memadamkan lampu
yang tidak memudaratkan keselamatan seperti papan iklan.Kalau dalam toilet pun aku ingat kena pasang lampu  juga takut dalam gelap tak perasan nanti ular tedung lepak kat mangkuk tandas.

Perkara-perkara yang menarik dilakukan Earth Hour

Candle Light Dinner

Bagi pasangan yang asyik masyuk bercinta inilah saat yang boleh menjadikan hubungan anda kelihatan romantis.Mungkin dengan memasang lilin sambil menjamu selera mungkin menjadikan malam ini adalah malam yang romantis dalam sejarah percintaan.Cuma pastikanlah kalau pakai garpu tu hati-hati nanti tercucuk mata dan jadi Kasim Selamat la pulak.

Bermain Catur Atau Dam Aji

Mungkin di bawak kemaran lilin atau pun didalam kegelapan jika anda merasakan mampu bermain,anda bakal menguji kemahiran dan boleh menguji teman anda samada dia akan bermain secara jujur atu mengelat kerana dalam samar-sama segalanya boleh berlaku dengan pelbagai tipu muslihat.

Menikmati keindahan Langit.

Bagi pencinta alam sewaktu begini mungkin boleh melihat dan merenung bintang dilangit sambil memuji keindahan ciptaannya .Atau mungkin bagi yang suka berangan angan memandang bintang dilangit akan membawa sejuta pengertian..atau mungkin nampak wajah si kekasih yang jauh dimata sedang melambai -lambai disebalik kerdipan jutaan bintang bertaburan di langit.

Berjalan Malam

Yang ni tak payah suruh aku rasa..kalau tak Earth Hour pun ramai yang suka melakukan berjalan-jalan sambil menikmati tempat yang biasanya diterangi lampu tetapi dipadamkan waktu ini dan anda akan dapat menyaksikan panorama indah.Tapi kalau kat kg tu memang suasana cam ni dah biasa kita tengok.Asal pukul 9.00 mlm..lampu dah padam..antara alasan mengapa kat kampung meraka lebih mempunyai ramai anak berbanding di bandar-bandar.

Berbasikal Waktu Malam

Cadangan ini bagi mereka yang mempunyai deria yang kuat je.Kalau dalam terang pun rabun-rabun ayam aku rasa tak payahlah sebab agak merbahaya tetapi bagi mereka yg sukakan cabaran inilah saat anda ingin menguji kecekapan pacaindera anda

P/S:Banyak lagi kalau nak sebut tapi yang pentingnya kita mungkin dapat menyelamatkan kepanansan global ni dengan pelbagai cara.Cuma mungkin penyamun pun ini lah saat yang dinantikan..peluang keemasan.

Friday 30 March 2012

Tikam Belakang Yang Mengasyikkan..aaaarrrghhh..!






Adoii...sakitnya..!itu mungkin raungan kebiasaan yang terpacul dari mulut bila sahaja terasa sesuatu yang tajam menerjah dari belakang.Tanpa disedari dan disangka-sangka..buah geduaq jadi nangka.Aku cuba menoleh ke belakang..objek tumpul atau tajam tidak aku pedulikan lagi..mahuku cuma ingin menjerit seantero dunia ini betapa aku merasai kesakitan yang teramat sangat.Kenapa harus dari belakang..bukan dari depan,adakah kerana belakang itu lebih kelihatan menarik,mengasyikkan,mengghairahkan dan teruja menjadikan belakang itu sasaran keinginan nafsu.

Manusia dan Belakang 

Selalu digambarkan dengan keadaan negativ spt jalan belakang,belakang mati,belakang parang,pintu belakang dan sebagainya.
Keinginan untuk melakukan sesuatu namun gagal melalui cara normal,jalan belakang menjadi pilihan
@si suami yang tidak dapat merasai nikamt layanan VIP si isteri memilih "belakang mati" sebagai lokasi menternak nafsu.
@seseorang yang ingin mendapatkan pekerjaan namun kerana tidak mampu bersaing secara sihat dengan orang lain memilih "pintu belakangng"sebgai cara menggapai impian.
Dan pelbagai jenis perkataan belakang yang membawa pengertian betapa ianya menjadikan antara pilihan utama manusia menghalalkan cara.Namun adakalanya yang negative itu lebih membuatkan manusia merasa teruja melakukanya.Kalau tak buat tak rock katanya.

Tikam Belakang

Terjadi kepada sesiapa sahaja takkiralah dari latarbelakang yang berbeza cuma dari mana datangnya tikaman itu samada dia dari orang yang dikenali atau orang yang tak dikenali.Bagi orang politik mungkin tikam dari belakang sudah menjadi santapan yang biasa dihidangkan dalam menjalani kehidupan.Namun bagi orang kebanyakan tikam belakang biasanya dilakukan oleh orang-orang yang dikenali dengan pelbagai niat tersembunyi ataupun memang dah takde kerja lain selain untuk menyakitkan hati .Keburukan kita akan di londehkan dan maruah diri akan dilelong di pasar paling murah.

P/S :Tikam lah lagi..aku memang suka ditikam dari belakang..semakin kau galak menikam semakin ku tahu siapakh dirikau yang sebenarnya..kalau dari depan dah tentu kau tak mampu sebab aku ada silat kuntau

Tuesday 27 March 2012

Khairy Jamaludin Di Lantik Pengerusi Baru PUNB


KUALA LUMPUR: Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) hari ini mengumumkan pelantikan Khairy Jamaluddin sebagai pengerusinya yang baru, berkuat kuasa 1 April. 

"Pelantikan itu dibuat oleh Yayasan Pelaburan Bumiputera dalam mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 8 Mac tahun ini," menurut PUNB dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau, mempunyai pengalaman dalam sektor perbankan pelaburan dan sektor perkhidmatan awam.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional itu mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Politik dan Ekonomi dari University of Oxford pada 1997 dan memperolehi Ijazah Sarjana Perundangan dan Teori Politik dari University College London pada 1998. 

Khairy akan menggantikan Tan Sri Abu Bakar Mohd Noor yang menamatkan perkhidmatannya pada 29 Februari tahun ini selepas berkhidmat sebagai Pengerusi di PUNB sejak 1998. 

PUNB turut merakamkan setinggi penghargaan kepada Abu Bakar di atas segala jasa dan khidmat beliau semasa menerajui PUNB. - BERNAMA


P/S :Nafas baru muda belia ini semoga dapat membawa bumiputera ke tahap yang sewajarnya

Kerana Sepinggan Mee Goreng

"Mee Goreng mamak satu...!"aku melaung memanggil mamak yang sibuk menyinsing kainnya yang kerap nak terlondeh.Setelah tercari cari menu yang sesuai untuk aku mencekik kerana kelaparan mencapai tahap kebuluran.Bukan tiada menu lain..masih ada nasi goreng,roti canai,tosey dan pasembur tetapi kenapa mee goreng yang meniti di bibir mulut da n aku dapat rasakan seleraku tidak jauh bezanya dengan orang lain.Walaupun aku tahu beberapa fakta tentang mee goreng namun tabiat pemakanan manusia selalunya berdasarkan nafsu dan hobi menternak lemak ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang terkenal dengan obesiti dan antara pusat menternak lemak terbaik di Asia.

SEKILAS FAKTA TENTANG MEE GORENG

Menurut laporan yang dipetik dari Jadual Komposisi Makanan (JKM),sepinggan mee goreng dengan anggaran 170 gms mempunyai 281 kalori yg terdiri daripada 57.9 %kabohidrat,13.3% protein dan 28.8% lemak.Kandungan kalori dan peratusan lemak akan bertambah jika semakin banyak lminyak digunakan semasa menggoreng .
Makanan ini juga mempunyai kandungan garam yang tinggi disebabkan penggunaan sos cili,sos tomato,kicap soya dan juga sos tiram.Kandungan garam juga akan semakin meningkat jika ianya ditambah lagi dengan perisa makanan spt MSG dan kiub perisa.

Kerana sepinggan mee goreng(aggaran 281 kalori)menyebabkan seorang lelaki yang mempunyai berat badan 80 kg perlu berkebun selama 64 minit,bermain ping pong selama 62 minit,berbasikal selama 48 minit,berlari selama 22 minit,berjalan selama 4.2 km,menari selama 59 minit atau bersenam aerobik selama 42 minit bagi membakar kalori pada keseluruhan makanan itu.

Seorang wanita yg mempunyai berat badan 50 kg pula perlu berkebun selama 106 minit,bermain ping pong selama 104 minit,berbasikal selama 76 minit,berlari selama 28 minit berjalan sejauh 6.5 km,menari selama 90 minit atau bersenam aerobik selama 68 minit bagi tujuan yang sama.

P/S :Mungkin ada baiknya lepas makan tu terus berlari keliling meja makan kat kedai mamak tu untuk membakar kalori berlebihan,bila mamak tengok kita berlari keliling meja dekat sejam,dia akan terfikir yg kita ada sakit jiwa,mesti dia kata "dey matcha..ini mee goreng free,tak payah bayar.."
dapat makan free..kih..! kih..!

Bila Suara-Suara Manusia Tidak Dipedulikan


Apakah yang anda fikirkan bila melihat gambar di atas.Seorang lelaki berlari dengan tubuh terbakar.Ada pelbagai jawapan yang melingkar dikotak fikiran kita.Adakah ini satu adengan filem..dan jika ini adengan filem pastinya filem ini merupakan filem aksi yang menarik untuk di tonton namun malangnya ini bukanlah adengan stunt di dalam sebuah filem tetapi kejadian yang benar-benar berlaku.Adakah lelaki ini terbakar atau melakukan tindakan luarbiasa untuk membakar diri.?
Akibat kecewa kerana suara tidak didengari..lelaki ini nekad membakar diri sendiri sebagai menunjukkan protes terhadap dasar kerajaan China terhadap penduduk Tibet.Jamphel Yeshi seorang rakyat Tiber berlari sejauh 50 meter di hadapan Parlimen New Delhi dan rebah di situ dengan mengalami kecederaan yg teruk dengan 98% tubuh melecur terbakar dan berada dalam keadaan kritikal.


 Yeshi.27 adalah seorang dari rakyat Tibet yang melarikan diri ke India pada tahun 2006 dan tinggal di New Delhi dua tahun lalu kerana tekanan politik China terhadap rakyat Tibet.Dia melakukan aksi tersebut sebagai protes sempena lawatan President China ,Hu Jintao yang berada di New Delhi lewat minggu ini.


Lebih 600 orang berhimpun untuk menyatakan protes terhadap China berhubung kebebasan Wilayah Tibet namun China tetap dengan pendiriannya mengatakan Tibet adalah sebahagian dari wilayahnya  setelah berabad-abad lamanya.Kejadian membakar diri buanlah asing bagi rakyat Tibet kerana sepanjang tahun lalu 30 orang telah membakar diri bagi menarik perhatian terhadap perjuangan mereka.Sambil melaungkan slogan Tibet Terbakar dan Tibet Bukan Sebahagian Wilayah China mereka tetap bersuara walaupun suara-suara mereka tidak pernah didengari.

P/S :Begitulah ironisnya suara.Lemak merdu jika dialunkan seiringan dengan lagu..sumbang mambang jika tidak senada dengan irama .Pentingnya suara supaya manusia didengar kerana akan tiba disuatu tahap kesabaran dan kewarasan hilang dari pertimbangan jika suara-suara manusia dianggap hanya sebagai bunyi katak puru yang mengganggu tidur lena manusia

Thursday 22 March 2012

SMKJ2 Menggamit Kenangan Silam

Ianya telah lama berlalu..berlalu bersama kenangan yang telah ku simpan rapi dalam lipatan sejarah.SMKJ2 walaupun telah lama kau ku tinggalkan namun ada ketika dan waktu aku akan terkenangkan mu,di sana walaupun jejak-jejak yang aku tinggalkan tidak lagi kelihatan namun ianya tetap basah dalam ingatan dan ku rasakan bukan hanya aku yang bisa tersentuh bila terkenangkanmu..namamu SMKJ2 masih melekat di jiwa-jiwa warga yang tidak pantas membuangmu jauh dari sudut hati.Sudah hampir 20 tahun aku tidak lagi hadir di situ dan seperti sudah ditakdirkan kita bertemu lagi semalam dan pastinya pertemuan ini mengimbau nostalgia bersama hampir lapan tahun aku menjadi penghuni setiamu namun hari ini aku hanyalah tamu mu yang tak diundang..terima kasih kerana membenarkan aku meninjau2 mu..biarpun seketika cuma ianya sudah cukup meredakan ombak rindu padamu..... SMKJ2 

Alamak..nak menitis lak air mata pasal intro entry ni tangkap leleh..jadi sebelum ada pembaca yang meraong gajah Afrika..aku cuba sampaikan dengan cara santai je lah supaya Filem Ombak Rindu di pawagam tu tak tergugat dengan kehadiran entry ini.Kepada bersekolah disini tentu tersenyum bila melihat jalan masuk ke sekolah..menaiki bukit seawal pagi boleh membuatkan urat kentot terputus,namun ia juga saat ditunggu2 kepada pelajar lelaki yang lebih banyak bersemangat apabila dapat melihat pelajar perempuan tertonggek-tonggek mendaki untuk ke sekolah.Waktu pualng pula kami akan menuruni bukit tersebut untuk mengejar bas sekolah yang memang suka dikejar..lambat naik bas maka terpaksalah bergayut macam berok sambil dihidangkan aroma terapi bau-bau bacin ala-ala muntah kucing,bau stokin dan ketiak setelah penat belajar.Namun ramuan itulah agaknya yang menjadikan kebanyakan pelajar SMKJ2 mempunyai otak yg cerdas dan badan yang cergas.

Walaupun jauh dipedalaman,dewan cukup besar lebih kurang kapal Titanic,antara tempat digeruni pelajar kerana terpaksa berhimpun di sini pada setiap hari Isnin..bagi pelajar yang skema mungkin tak jadi hal tetapi yang rock kapak masa ni kejantanan seperti dimandulkan kerana terpaksa berhadapan dengan tindakan displin..seluar ketat,stokin belang,rambut panjang takkan selamat.Di sini juga lah para pelajar akan bertarung dengan perjuangan sebenar kerana menghadapai peperiksaan seperti SRP,SPM dan STPM.Banyak kenangan kat dewan ni..dan paling aku tak boleh lupa bila terpaksa menjadi pelajar paling awal keluar masa peperiksaan soalan kertas Fizik S.P.M..tak boleh buat...blurrrrr..huhuhuhuhuhu.. 



Eh..eh..mane perginya pokok ketapang tu..agaknya kambing dah makan..bila aku datang tempoh hari dan macam padang jarak padang terkukur..togel je.Kalau zaman aku dulu sejuk mata memandang dan boleh lihat banyak kereta guru di kawasan ini.Namun ianya diwartakan sebagai kawasan larangan kepada pelajar sebab maklumlah bila ada yang kena tindakan dispilin,tak puas hati..kereta cikgu jadi mangsa tangan gatal buat mural dat dinding kereta dan sebagainya.Kawasan ini juga dijadikan tempat berhimpun dan jelas kelihatan bilik guru di hujung tu..kawasan ini juga menjadi kenangan kepada sesiapa yang pernah menerima hukuman rotan kawasan perhimpunan jika melakukan kesalahan displin tetapi yang peliknya,lepas kena rotan buat muka sardin je macam takde apa-apa yang berlaku.


Inilah dia tempat mencekik kalau dah kebulur.Masa rehat memang tak pernah cukup,dan aku biasa tercekik mee goreng yang dicampur nasi kerana masa rehat juga adalah masa paling ideal untuk bergossip dan bertemu rakan-rakan.Walaupun nasi lemak 50 sen dan karipap-karipap itu kecil tapi sudah cukup mengisi perut disamping hidangan mee curry serta mee goreng.Tapi sebenarnya yang paling penting ianya bukan sekadar edisi melahap tetapi waktu rehat dikantin akan digunakan sepenuhnya untuk aktiviti bergossip tentang pelbagai hal ,menjamu selera dan menjamu mata..hehehehe.. 

Bloc A..masa tu adalah bangunan tercanggih la kira tapi sekarang dah banyak bangunan baru

Teringat Masa di tingkatan 4 Beta dan 5 beta 


Tingkatan Enam Atas dan Bawah 





Tangga Kenangan..hati terusik..mungkinkah si dia masih mengingati.. 

P/S:Mungkin ada ex SMKJ2 yang terbaca..mereka mungkin akan tersenyum sendiri atau mungkin ada yang sebak didada kerana di sini ada sejuta cerita yang menyentuh jiwa.


Sebenarnya entry ini aku copy paste dari blog aku sebelum ini abadiromeo.blogspot.Aku terlalu sayangkan entry ini kerana terlalu banyak kenangan disini dan entry ini sebenarnya berada di carian utama Google jika anda mencari SMKJ2 di Google.Sayang..aku tak dapat meneruskan lagi menulis di blog tersebut .Kebetulan pula baru-baru ini kedengaran suara-suara ex- SMKJ2  SPM 1989 nak mengadakan reunion jadi aku abadikan entry ini supaya kalian masih mengingati insan sekecil aku.

Wasalam..

Tuesday 20 March 2012

Gempar Hantu Di Pintu Gerbang Felda Bulu Sejempol


Percaya atau tidak..benar atau tidak..ada aku kisah korang nak percaya ke atau tidak tetapi harus diingat..aku nak bagi amaran ni sekali sahaja.Kalau tak nak dengar suka hati koranglah sebab aku jamin kalau korang kena sampuk dengan Hantu Pintu Gerbang tu..sendiri mau ingat.Panggillah bomoh dari Kandahar pun takkan sembuh punyaHantu ni memang power dan ada kelas ,kelas F tak main la..walaupun tak sekolah tinggi namun dikalangan hantu-hantu yang bermastautin di Felda Bulu Sejempol dia memiliki banyak kuasa dan kesaktian.

Berbekalkan kuasa dan kesaktian ini dia menjadikan Pintu Gerbang Felda Hulu Sejempol sebagai lokasi dia menguji segala ilmu yang ada di dada.Hantu Pintu gerbang pandai bertukar wajah,kejap boleh jadi Pak Imam macam M.Rajoli,kejap boleh jadi orang jahat macam S.Kadarisman.Dan menurut orang-orang tua  setempat,Hantu Pintu Gerbang telah menanam Tangkal Penunduk di waktu malam Jumaat Kliwon ditepi tiang Pintu Gerbang yang dibuat hasil dari ramuan Bomoh Yahya Badak Berendam  antaranya
bangkai Anjing Hitam yang mati depan kedai pomen Motor Alex Yoong di langgar oleh Mat rempit dan ikan mata 1 dari Kolam Puaka Mat Buah Melaka Bandaraya Bersejarah

Barangsiapa yang melalui Pintu Gerbang Felda Bulu Sejempol nescaya akan...
  1. Segala kepandaian dan kebijaksanaan yang dimiliki menjadi kebodohan dan ketololan
  2. Yang petah bercakap akan terkunci mulut ,bibir tidak akan dapat mengucapkan kata-kata dan melekat seperti disapu gam gajah
  3. Kepala akan sentiasa mengangguk-angguk,tidak boleh menggeleng-gelengkan kepala.
  4. Lidah akan menjadi panjang dan sentiasa mahu mahu menjilat-jilat

Memandangkan cerita tersebut telah dibongkar Wayang Tinggi Rendah Produksi bercadang menerbitkan filem kelakar seram berjudul"Puaka Hantu Pintu Gerbang" dan dijangka pecah panggung.Filem penuh dengan aksi seram kelakar dan diwarnai dengan aksi hantu berterbangan di sana sini dan magis mengalahkan Harry Potter dan penyapu ajaib cuma bezanya digantikan dengan sabit kait buah kelapa sawit ajaib yang disumbangkan oleh Felda Technoplant .Bakal dibarisi pelakon terkenal Filem Melayu dan Hindi seperti:

Aaaron Aziz-watak Abadi Romeo -hero lah tu
Nealofa - Juliet Abadi -heroin
Sivaji -watak Kudin Kedah
Johan Maharaja Lawak  - watak Man Katak Puru
Zizan Raja Lawak -Watak Mat Melaka Bandaraya Bersejarah
Fizo Omar - Amir Bulu Sejempol -Ketua Belia

Pelakon tambahan memang ramai nak pakai..aku ingat mahu  5 atau enam ribu orang bagi memberikan impak kepada aksi mengejar hantu beramai-ramai berganti-ganti 4 x 100 dalam guni.Sesiapa yang berminat bolehlah mendaftarkan diri sebagai pembaca dan pengikut http://zulcomz.blogspot.com.T-shirt bundle dan iphone public phone akan diberikan kepada mereka yang mendaftar awal.

P/S:Satira ini asalnya mahu dibukukan tetapi memberikan peluang kepada Novel "Shit "karya Shahnon Ahmad box office dan mungkin akan di pentaskan di Istana Budaya dibawah arahan Stephen Spielberg.Mesti pecah panggung dan pecah diperut cuma jangan pecah dimulut.










Jaguh Kampung di Maran Bandar Ayam Kampung

Apa istimewanya ayam kampung ..tetapi yang pastinya ramai lebih menyenangi nya berbanding ayam bandar walaupun tahinya tetap sama busuk.Mungkin juga rasanya bila dimakan ayam kampung lebih enak sehingga menjilat siku berbanding ayam bandar KFC yang cuma sampai menjilat jari.Bertuahnya badan si ayam kampung kerana telah dilantik sebagai duta kepada sebuah bandar di Pahang namun walaupun layanan sebagai duta bolehlah diibaratkan VVIP tetapi tidak menghalang duta ini disembelih juga sebagai makanan di daerah Maran,Pahang.

Kenapa agaknya aku beriya-ia benar,kerana aku dilahirkan ,dibesarkan dan mencari makan di sekitar daerah ini.Aku ingin mengupas sedikit dari sudut pandangan,kalaupun ada yang tidak bersetuju terserahlah..ini negara demokrasi tetapi aku sepertinya sudah masak dengan kerenah dan sifat manusi ayang sememangnya hanya suka di puji berbanding dikritik.Semua pandangan yang aku beri sebenarnya tiada data spesifik kerana aku bukan mahu buat tesis p.h.D yang memerlukan segala macam bahan ilmiah..cukup sekadar pemerhatian dari bebola mata yang masih mampu berputar 360 darjah dan buah fikiran yang sentiasa berbuah tak kira musim.

Maran Sepintas Lalu

Kalau nak ke Kuantan dari Pantai Barat dahulunya memang lalu di bandar ini,namun kemunculan Lebuh Raya Pantai Timur menjadikan bandar Maran tidak lagi menjadi laluan utama.Yang kaya raya dan nak cepat,guna highway lagi senang dan cepat sampai namun bagi yang kurang berkemampuan memang tiada pilihan selain melalui bandar Maran.Kalau dahulu sebelum ada highway ramai pengguna jalanraya ke yg melalui bandar Maran akan singgah sekejap untuk melepaskan penat atau membetulkan urat setelah penat memandu sambil membeli pelbagai jenis buah-buahan kerana disini memang ada replika buah namun itu tiada sejak pembinaan LPT.Untuk memeriahkan bandar yang semakin sunyi maka dijemputlah segala manusia di Malaysia ini untuk menyaksiakan keunikan ayam kampung di Maran.Mungkin untuk memudahkan carian Google perlu ada kejutan seperti apa yang berlaku di Temerloh bila mana ada manusia yang terpaksa membayar RM 13,000 untuk makan ikan patin.Jual mahal sikit,RM 15,000 ke untuk hidangan ayam kampung supaya satu Malaysia tahu dimanakah bandar Maran.
Idea itu agak tak masuk akal tetapi sekurang2nya ia adalah lebih baik daripada idea membuat exit di Sri Jaya dan Gambang sebuah pekan yang berhampiran dengan Maran.Kenapa tiada exit LPT di Maran.Mungkin kerana ada yang ingin melihat Maran sebagai bandar yang hanya akan dipenuhi dengan ayam kampung berkeliaran dibandar berbanding puluhan ribu manusia yang bermukim disitu akibat limpahan rezeki dengan terbinanya LPT.Namun nasib Maran agak bertuah kerana kerana di sinilah terletaknya segala macam pejabat kerajaan pusat dan Kerajaan Negeri Pahang.Mahu tak mahu penduduk setempat akan melalui juga bandar di sini bagi menyelesaikan urusan berkaitan kerajaan.

Sebenarnya aku tertarik untuk menulis tentang Facebook Maran Voice bila hati sedikit tercuit bila ada persoalan tentang sukan dan aku mendapat jawapan dari orang-orang kuat Maran atau tak salah aku katakan Maranian.

  • Abadi Romeo tak yah sebut lah pasal Maran FA,memang patut illegal pun..x pernah buat Liga Maran pun.Pemain Maran FA pilih kaum kerabat n suku sakat je..kalau x budak majlis..budak pejabat Daerah..orang lain x reti main bolo..
    Sunday at 8:19pm ·  ·  2

  • Juhari Che Lah ‎..Ohwww....
    Sunday at 8:23pm via mobile · 

  • Os Tat mane org Maran FA...btul ke spt d katakan oleh Abadi Romeo te??????????????????????????
    Sunday at 8:43pm via mobile ·  ·  1

  • Juhari Che Lah ‎...mana ekk??
    Sunday at 8:52pm via mobile · 

  • Abadi Romeo bagi makan ayam kampung belakang umah..buzy..
    Sunday at 8:53pm · 

  • Juhari Che Lah ‎..no wonder lahh..)))
    Sunday at 9:03pm via mobile · 

  • Jamsari Oh Jamsari Wujud di atas kertas je kot...
    Sunday at 9:06pm via mobile · 

  • Jam Randek tgk pdg k0mpleks mcm da nk siap je renovet nye.. harap2 ade la kej0hana dlm mse trdekat ni.... b0ot kawain da kecut da mkn dek ari...
    Sunday at 11:37pm ·  ·  1

  • Azman Shaari pekerja2 yg dipilih pun asalnya yg boleh bersukan..memang lah dr 2 jabatan tu pemain2nya..kang kala tak diberi peluang keje..cakap dianaktiri pulok..harap fahamlah konsep untuk menghargai ahli2 sukan yg berbakat di peringkat daerah2..sedei ngat sifirnya..
    Sunday at 11:46pm ·  ·  3

  • Abadi Romeo sebab terlalu sedei ngat lah sifirnya Maran FA tak berani buat Liga Maran macam daerah lain buat..kutip pemain yang sama sampai pencen..bakat baru camne..bagi kerja tu betullah dan memang tanggungjawab Maran FA tapi tak semestinya pemain yang menetap sekitar Maran...orang Jengka masih dalam Maran
    23 hours ago ·  ·  1

  • Azman Shaari tidak membuat liga tu satu hal yg lain..pemilihan pemain2 bergantung kepada prestasi semasa yg dinilai jurulatih/pengurusan yg dilantik, jadi takleh dikatakan kroni shaja terpilih..banyak aspek perlu dinilai..mungkin dr segi mental utk perlawanan, kesediaan dtg berlatih dan sebgainya, bukan setakat menilai masa bermain/perlawanan biasa sajha dikatakan boleh dipilih..Walllahuaallam..
    23 hours ago ·  ·  2

  • Maranlaser Power salam semua..kepada tuan Abadi Romeo..cer bg nama mereka2 yg dikatakan berbakat dan lebih baik dr pemain Maran F.A sediaada nih..koi ni x la pandai sgt main bola tp x semestinya x pandai menilai pemain..tau x awok pd pedapat koi team ni antara yg terbaik pernah ditubuhkan oleh Maran FA..keeper dia dr KG AWAH pemain piala presiden.. pahang nak ambik tp katanya sbb teknikal x jd mungkin tahun depan kot..striker dia bekas pemain liga M pahang dr JENGKA..masih blh main pahang lg katanya tp lebih memikirkan keje..pemain sayap dr JENGKA bekas pemain shahzan..midfield sorg bekas liga M pahang dan johor dan sorg lg liga M pahang dan dua2 dr JENGKA..defend tgh bekas kapten shahzan muda 2010 dan defend dia dr CHENOR pemain piala presiden..JURULATIHnya lak lesen A serta bekas pemain pahang..jd koi rasa penjelasan koi ni yg sentiasa mengikuti perkembangan bolasepak Maran ni dpt serba sedikit menghilangkan kekusutan tuan Abadi Romeo..berbangga la dg yg ada dan berusaha la untuk yg lebih baik
    23 hours ago ·  ·  4

  • Jamsari Oh Jamsari Kt tinggalkan yg sedei tu... Pasal pemain tu koi stuju ngan aok Azman Shaari.. Suh main bola kena la bg keje yg mna xde keje dan tmpay yg pling mudoh adalah d mdm. Kt bincang pasal ngape maran f.a mendak. Program xde langsung. Kampung2 pun bnyak buat program bola xkan persatuan se gah maran f.a xde satu pun. Piala tengku mahkota tu xkira la sbb program org lain...
    23 hours ago via mobile · 

  • Azman Shaari Tahniah Chelsea menang Jam..bab tiada program Maran FA tu kwn tak berani komen lah..cuma tang pemain tu secara logiknya akal kwn jek..
    23 hours ago ·  ·  1

  • Maranlaser Power koi rasa x da liga sbb x da budget kot..semua skrg ni pakai wang wei..agaknya ler
    23 hours ago ·  ·  2

  • Abadi Romeo terima kasih atas penjelasan Maranlaser Power tersebut...sy mahu yang baik bertambah baik itu sahaja...apa kata Maran FA buat fb atau website supaya ada maklumat lebih terpeinci,Sy minta maaf kalau saya salah tapi tak salah jika sy menyuarakan pandangan.Kalau kita fikirkan betapa gahnya kita dengan yang ada kualiti yg kita ada..dimanakah pasukan Pahang ketika ini..
    23 hours ago ·  ·  2

  • Maranlaser Power sama2..koi rasa Maran FA ni x da staff bergaji..semuanya secara sukarela..rasanya ler..dan x salah malah amat digalakkan jika memberi pandangan dan pendapat demi untuk kebaikan..pAHANG ?? pls la bro..its too deep to dig mcm emas di ulu luit..ada tp x leh ambik...fikir2kan la
    23 hours ago ·  ·  1



Jika kita ingin menjadikan lebih baik tetapi sekadar baik didaerah kita sahaja layaklah kita di gelar Jaguh Kampung dari Bandar Ayam Kampung.Sebut sahaja ayam kampung sebenarnya memberi signal  tentang  sifat ayam kampung iaitu kekitaan,kehidupan hanya berkisar kepada kehidupan setempat..suka mengharapkan hidup bertuan.Dalam pada masa yang sama ayam kampung akan menaburkan najis di merata-rata tempat tanpa segan silu .
Jaguh bukan hanya di kampung..perlu ada semangat kejagohan dan usaha kearah menjadikan kita jaguh dimana-mana sahaja.Jika sistem yang kita jalankan selama ini betul pada pandangan kita ..apakah salah jika kita mengambil kira pandangan orang lain sebagai input untuk menjadikan ianya lebih sempurna.Dimanakah kita berada..adakah sekadar ingin menjadi jaguh kampung sudah memadai..tepok dada tanyalah selera tapi jika selera itu sudah tertulis 10 juta kali di hati hanya ayam kampung seleraku..bagilah makan apapun memang tak terbuka selera...

P/S :Lepas ni aku tak heran kalau ada yang akan maki hamun aku.."kalau tak suka buat apa duduk kat Maran ni..pergilah kat tempat yang awak suka kalau sini buat masalah bagi awak".
Cerdik sungguh jawapan itu.Banyak vitamin ayam kampung lah tu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...