ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: August 2015

Sunday 30 August 2015

MERDEKA BUKAN SEKADAR MENGANGKAT BENDERA



Sambutan Hari Kemerdekaan yang juga Hari Kebangsaan bukan sahaja dengan mengibarkan Jalur Gemilang sebaliknya perlu dihayati."Bagi tujuan itu kerajaan mengadakan pelbagai program untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat khususnya golongan muda betapa pentingnya menghayati makna sebenar kemerdekaan."ujar YB Dato Shahaniza Shamsuddin Exco Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat,Telekomunikasi dan Multimedia Negeri Pahang.


"Kemerdekaan Malaysia perlu berasaskan lahirnya Malaysia melalui kontrak sosial diantara masyarakat majmuk di Malaysia dengan kaum Cina dan India diberikan hak kewarganegaraan namun dalam masa yang sama perlu menghormati hak-hak orang Melayu seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia".

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Penutup Program Pertandingan Penceritaan Kemerdekaan #SehatiSejiwa Bersama Belia Negeri Pahang Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 58 di Arkib Negara Cawangan Pahang Kuantan.


Pertandingan tersebut telah dimenangi oleh Rossiela Sofia binti Talib dari Raub yang membawa pulang hadiah wang tunai  RM 1,500.Pemenang kedua Nik Nur Hidayatul Fitri binti Nik Ibrahim dan ketiga Nurfazlin binti Mohd Mokhtar masing masing mebawa pulang hadiah wang tunai RM 1,000 dan RM 500.

Program yang mendapat kerjasama Pejabat Setiausaha Negeri Pahang serta SKMM ini menyasarkan golongan belia dan kebanyakan yang menyertai pertandingan yang dianjurkan ini adalah terdiri dari belia belia yang menggunakan Pusat Internet 1 Malaysia serta perlajar IPTA dan IPTA tempatan.









Thursday 27 August 2015

NAK CHINA DOLL.?.GULING LAJU LAJU ATAS JALAN SEMPENA BERSIH 4.0


Promosi BERSIH 4.0 benar-benar mencengkam seluar lelaki ,memang senak terasa kepada lelaki-lelaki yang sangap.Sesuai sangat lah buat mereka yang gemarkan aksi aksi lasak seperti dibelasah dengan cota  FRU bagi mengurangkan tekanan sebelum berjuang.

Promosi sebegini sememangnya salah satu cara bagaimana DAP memberikan stamina tambahan kepada peserta serta menaikkan semangat kejantanan peserta.Mana tau peserta paling laju berguling guling di atas jalanraya akan diberikan khidmat layanan istimewa China Doll.


Mata peserta BERSIH 4.0 pastinya perlukan senaman kerana mungkin inilah ubat paling mujarab bagi mereka yang mungkin pedih dan gatal - gatal mata kerana terkena pancutan gas pemedih mata FRU.

Jangan bimbang kerana ada diantara mereka mempunyai kemahiran massage bagi menghilangkan serta melegakan tulang yang mungkin lebam kena belasah dengan FRU.







Selepas ini jualan spender mungkin merudum disetiap shopping komplek memandangkan pihak penganjur nampaknya turut menawarkan hadiah berupa sehelai spender kepada peserta yang terpancut dalam seluar takkala melihat China Doll mempamerkan aksi ghairahnya.

#BERSIH4.0 MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI


Tiada sebarang sekatan kepada mereka yang ingin menyuarakan pendapat selaras dengan amalan demokrasi yang diamalkan di negara ini tetapi ianya perlulah juga mengambil kira ketenteraman awam.

Perhimpunan BERSIH4.0 tidak mendapat kelulusan/permit dari pihak DBKL begitu juga PDRM yang ingin mengadakan perhimpunan di kawasan berhampiran Dataran Merdeka yang dalam persiapan Hari Kebangsaan ke 58.

Perhimpunan BERSIH sejak dari mula menyasarkan kawasan perniagaan orang Melayu terutama Jalan Tuanku Abd Rahman yang terjejas teruk.Berikut beberapa angka yang diberikan untuk menganggarkan kerugian yang dialami akibat tindakan tidak bertanggungjawab penganjur BERSIH.

  1. Pihak KDN menanggung kerugian sebanyak RM 1.8 juta setiap kali perhimpunan BERSIH diadakan bermula dari perhimpunan BERSIH 1.0,BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0
  2. BERSIH 4.0 akan diadakan selama dua hari dan ini bermakna kerugian yang bakal ditanggung oleh KDN dianggarkan berjumlah RM 3.6 juta.
  3. Seramai 15,000 orang anggota polis akan ditugaskan bagi mengawal perhimpunan BERSIH.
  4. Punca pendapatan pemandu teksi seramai 36,000 orang juga akan terjejas akibat kesesakan lalu lintas serta keengganan pengguna teksi untuk keluar akibat bimbang faktor keselamatan.Anggaran kerugian pemandu teksi di KL adalah RM 5.4 juta  sehari dan jika BERSIH 4.0 ini diadakan selama dua hari bermakna kerugian dijangkakan RM 10.8 juta.
  5. Disekitar Kuala Lumpur dianggarkan ada 6,000 gerai yang  anggaran keuntungan gerai RM 1,000 - 50,000 sehari setiap gerai.Bayangkan jika mereka terpaksa menutup perniagaan selama dua hari.
  6. Terdapat 15 pusat membeli belah yang akan mengalami kerugian sepanjang perhimpunan diadakan.
  7. Sewaktu BERSIH 3.0 Plaza Sg Wang mengalami kemerosotan jualan 30% manakala SOGO, Low Yat, Starhill dan Lot 10 mengalami kemerosotan jualan sehingga 50%.Manakala Pasar Seni ditutup sepanjang hari.Petaling Street pula 80% peniaga menutup perniagaan manakala di KLCC perniagaan lambat dibuka dan ada juga yang menutup perniagaan.
  8. Kira kira 38 stesyen Televisyen diseluruh dunia akan memberikan liputan sepanjang setiap kali BERSIH diadakan dan jelaslah ini akan mencemarkan nama baik Malaysia di mata dunia.
  9. Akibat dari itu sektor pelancungan akan turut terjejas dimana 44 pejabat pelancungan Malaysia di serata dunia terpaksa menggandakan usaha meyakinkan pelancung untuk datang ke Malaysia.
  10. Sektor pelancungan di Malaysia secara puratanya menyumbang sekitar RM 4.85billion sebulan,RM1.21billion seminggu,RM 173.51 juta sehari dan RM 7.23 juta sejam.Anggaran kerugian akibat penganjuran BERSIH selama dua hari ialah sekitar RM 1.21 billion.
  11. Hal ini disebabkan dalam tempoh satu minggu pelancung asing tidak akan datang melawat negara ini dan adakalanya  ianya lebih lama dari tempoh seminggu bergantung kepada keyakinan pelancung seperti yang berlaku di Bangkok sewaktu demontrasi berlaku di sana.
  12. Sekitar 600 hotel di Kuala Lumpur akan turut mengalami kerugian akibat dari perhimpunan BERSIH.
  13. Bagi pengguna jalanraya di Kuala Lumpur yang populasinya seramai 1.7 juta orang akan menghadapi kesesakan jalanraya yang teruk.
  14. Yang paling membimbangkan BERSIH ditaja oleh National Demokratic Institute(NDI),Open Society Institute(OSI) dan National Endowment Democracy (NED).3 badan penaja ini merupakan istitusi barat yang merbahaya yang meracuni pemikiran rakyat dalam menaja demontrasi diseluruh dunia yang menyebabkan kehilangan ribuan nyawa demi mencapai agenda pihak tertentu.
Jelaslah kepada kita bahawa perhimpunan BERSIH ini hanya mendatangkan keburukan kepada negara dan tidak mendatangkan apa apa faedah melainkan kepada pihak pembangkang yang gemar menghuru harakan negara.

Apakah dengan nama perhimpunan aman BERSIH ini diberi jaminan oleh penganjur akan berlangsung dalam suasana aman damai.?Sejarah menunjukkan BERSIH sebenarnya tidaklah sebersih yang disangka melainkan hanya untuk mencapai agenda politik pembangkang .




#BERSIH4.0 JANGAN BIARKAN MELAYU DIBANGSATKAN DAP


Menuju ke tarikh 31hb Ogos kita ingin sekali meraikan Hari Kebangsaan ke 58.Tema #SehatiSejiwa dipilih sebagai memupuk semangat perpaduan melalui Hari Kebangsaan.Namun hasrat kerajaan seringkali di gagalkan dengan tindakan pembangkang di Malaysia yang sama sekali tidak mencerminkan kematangan berpolitik.

#BERSIH4.0 hadir lagi selepas penganjuran acara sebegini selepas diadakan berkali kali sebelum ini.Malangnya ianya diadakan begitu hampir dengan tarikh Hari Kebangsaan seolah oleh ingin mengambil kesempatan .

Hanya orang tidak berakal sahaja melihat BERSIH 4.0 adalah anjuran NGO yang kononnya menjadi wira dalam memperjuangkan ketelusan Pilihanraya di Malaysia.Dengan  pelbagai dakwaan penipuan  dan manipulasi kerajaan.


Apakah 89 kerusi Parlimen yang dimenangi pembangkang dari keseluruhan 222 kerusi Parlimen tidak sah?Adakah Azmin Ali,Lim Kit Siang dan Mohd Amar Nik Abdullah yang mengepalai 3 negeri di Malaysia memenangi PRU secara tidak adil?

#Bersih 4.0 hanyalah propaganda berterusan bagi mengekalkan momentum kebencian kepada kerajaan.Tiada demontrasi bermakna pembangkang akan semakin lesu dan kelihatan tempang.Ceramah ceramah politik tidak lagi mendapat sambutan yang hanya dihadiri oleh kerusi kerusi bukan lagi rakyat marhaen.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...