ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: October 2015

Friday, 30 October 2015

BIARKAN VAPE TERUS BERASAP JANGAN BIARKAN HATI ANAK MUDA BERASAP..!


Isunya cukup mudah untuk difahami tetapi selalu dijawab berbelit-belit oleh Kementerian Kesiahatan.Memang benar Kementerian hanya menjalankan tanggungjawab mereka namun pertimbangan juga harus diberikan kepada beberapa aspek lain dan cara bagaimana menanganinya supaya istilah menang memang dapat memuaskan hati semua pihak terutama rakyat marhaen.

Kerajaan dilihat selalu mengambil tindakan kurang populis bersandarkan pertimbangan yang dikira tidak menyebelahi rakyat.Bagi penggemar Vape tindakan kerajaan hanyalah kerana kerajaan gagal mengutip cukai seperti mana rokok.Alasan yang diberikan hanyalah berdasarkan kepada terdapat alternatif lain untuk berhenti merokok dan bukan berlaih kepada Vape.

Adalah sesuatu yang tidak berbaloi bagi kerajaan yang akan kehilangan undi hanya kerana kebencian penggemar Vape yang bukan sedikit jumlahnya.

Mengapa hanya vape yang perlu diharamkan?mengapa rokok yang jelas membunyai bukti saintifik tentang kemudaratan kepada kesihatan tidak diharamkan?sebaliknya kerajaan mengenakan cukai yang tinggi kepada rokok dan ini menjadikan alasan oleh kerajaan bagi penggemar Vape hanya lah berorentasikan cukai yang diperolehi dari rokok tetapi tidak dari penjual dan penggemar Vape.

Apatah lagi kebanyakan yang menjual Vape dan penggemar Vape adalah berbangsa Melayu yang akan kehilangan pendapatan .Ada diantara mereka yang menghisapVape kerana itu adalah hobi mereka,manusia memang akan marah jika hobi mereka terhalang,jangankan manusia normal...orang gila sekalipun akan melenting jika apa yang mereka fikirkan betul dianggap sebaliknya.

Berdasarkan gambar gadis menghisap Vape maka justifikasi tidak boleh meletakkan vape kelihatan seperti pembawa bencana moral.Ia hanyalah lambakan provokasi gambar yang tidak boleh menjadi sandaran Vape punca segala masalah.

Menteri Kesihatan  S.Subramaniam pula janganlah mengeluarkan kenyataan2 cap ayam seperti membodohkan rakyat marhaen.Budaya orang muda memang kelihatan extrem selagi tiada perlakuan jenayah akibat penggunaan Vape berbeza dengan dadah.

Biarkan asap vape keluar berkepol kepol ...jangan sampai kemarahan anak muda ini diterjemahkan dalam peti undi...Subramaniam atau Pak Menteri akan pencen awal....lailah kalau rasa kerajaan cukup kuat sekarang...tukar kerajaan bukan perkara untuk di cuba.Biarkan vape berasap...jangan hati anak muda yang berasap...tak terpadam nanti..

Thursday, 29 October 2015

STATISTIK MENGEJUTKAN : 4,500 KES REMAJA MENGANDUNG LUAR NIKAH SETAHUN DI MALAYSIA


PUTRAJAYA – Purata 18,000 remaja di Malaysia hamil setiap tahun dan mendapatkan rawatan di klinik kesihatan kerajaan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Daripada jumlah itu, 25 peratus atau kira-kira 4,500 kes membabitkan remaja yang mengandung luar nikah, katanya.


“Secara purata terdapat 1,500 kes remaja hamil setiap bulan dan 50 kes sehari di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran program Generasiku Sayang peringkat kebangsaan oleh Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah di sini hari ini.

Ditanya mengenai bilangan remaja yang hamil akibat dirogol, Dr Subramaniam berkata jumlahnya amat kecil.

Beliau berkata kehamilan di kalangan remaja bukan sahaja memberi kesan kepada individu berkenaan, malah dikhuatiri boleh mengundang risiko kematian terhadap bayi dalam kandungan selain ibu itu sendiri.

“Kadangkala ada remaja ini yang sembunyikan kehamilan mereka sehingga mendatangkan risiko kepada badan sendiri dan ada yang meninggal dunia semasa proses kehamilan atau ketika bersalin,” katanya.

“Isu remaja hamil ini merupakan satu isu yang amat sensitif, tidak seperti orang sakit boleh jumpa doktor dan dapat rawatan,” katanya lagi.

Menurutnya, Kaji Selidik Kesihatan Pelajar Berasaskan Sekolah Global kendalian Kementerian Kesihatan pada 2012 membabitkan remaja berusia 13 hingga 17 tahun di seluruh negara, mendapati 50.4 peratus yang ditemui mengaku mengadakan hubungan seks kali pertama sebelum usia 14 tahun.

“Jika ini tidak ditangani ia akan meningkatkan lagi risiko kehamilan di kalangan remaja dan seterusnya mengundang kesan negatif seperti pembuangan bayi,” kata Dr Subramaniam.

Mengenai pelancaran program Generasiku Sayang peringkat kebangsaan, Dr Subramaniam berkata ia bertujuan meningkatkan kesedaran semua pihak agar mengambil tindakan lebih berkesan menghadapi isu wanita dan remaja hamil.

Menerusi program itu, Kementerian Kesihatan menyediakan pusat jagaan yang memberi perlindungan dan penjagaan kepada remaja serta wanita hamil tanpa nikah selain bayi yang bakal dilahirkan.

Ketika ini pusat penjagaan Generasiku Sayang telah diwujudkan di semua negeri kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Pahang. –







ANWAR BERANGAN DAPAT 100 JUTA KENA BAYAR PULAK 20 RIBU


Manusia ni kalau dah tamak haloba ,duit jika sudah bersultan dimata beraja dihati macam tu lah..patutnya bila dah senja-senja ni banyak-banyak berbuat amal ni tak habis-habis nak bermusuh.Di sebalik tirai besi manusia bernama Anuar masih lagi kemaruk ke duit sampai samam RM 100 juta .

Anwar memfailkan saman RM100 juta terhadap Anifah pada 2008, mendakwa Anifah mengeluarkan kata-kata fitnah mengenai beliau pada sidang akhbar di Washington bersama bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton .

Namun hari ini Mahkamah Tinggi menolak saman tersebut .Sebaliknya Anwar diperintahkan membayar RM 20,000 kepada Anifah Aman sebagai kos.

Mungki Anwar juga bakal dikenang dalam sejarah sebagai manusia yang paling banyak turun naik mahkamah selain dengan pelbagai kes selain kes liwat.Saman sana..saman sini...pancut sana..pancut sini..aduhai Anwar...

LAGI VIDEO GADIS WRESLING REBUT JANTAN DI KELANTAN


Untung lah jejaka-jejaka yang menjadi buruan awek-awek Kelantan kerana mereka sanggup berguling-guling di atas jalanraya demi mempertahankan jejaka idaman.


Cemburu pula rasa nya,masakan tidak perlu pula dikhabarkan keseluruh dunia maya dengan memberikan pertunjukan secara percuma dikhalayak.Aksi sebegini pastinya mengundang rasa teruja sesiapa yang berada di tempat kejadian samada menjadi batu api atau paling tidak menjadi batu ..hanya terdiam.

Bagi yang tidak mahu melepaskan saat-saat mendebarkan wrestling pastinya akan merakamkan detik-detik mencemaskan atau mungkin terselit sebabak dua detik menghairahkan terlondeh sana -sini...alahai,...

Mungkin bila mendengar tajuk drama Bini-Bini Ku Gangster nampak seakan keterlaluan namun ianya realiti yang berlaku dalam masyarakat hari ini...



KOS KULIAH MAGHRIB HUSAM MUSA DI PUTRAJAYA RM 100 RIBU?


Nama Husam Musa semakin tenggelam dalam politik semasa apatah lagi semenjak ketiadaan TG Nik Aziz.ADUN Salor yang pernah menjadi orang kepercayaan MB Kelantan dengan memegang jawatan  pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan.

Kelantangan beliau mengkritik kepimpinan Kerajaan Kelantan diketuai oleh Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah mengundang respon dari menantu Presiden PAS,Zaharudin Mohamad yang ternyata kurang senang dengan tindakan beliau.

Kritikan Husam Musa berkaitan ketidaktelusan kerajaan Negeri Kelantan terutama isu pembalakan dan ketidakcekapan kerajaan Negeri menguruskan kewangan menyebabkan ketirisan khususnya berkaitan isu menaiktaraf air.


Malah, Husam juga menuntut kerajaan negeri supaya tidak meluluskan permohonan sebuah syarikat untuk menebang kawasan seluas 1,400 hektar di hutan simpan Kekal Ulu Sat di Machang.

Husam memberi contoh naik taraf Loji Rawatan Air Jeli bertujuan mencapai 10 juta liter (JLH) air sehari dengan kos RM21 juta, namun hanya mencapai 6.6 JLH.

"Naik taraf loji rawatan air Bukit Remah, Tanah Merah dengan kos RM16.4 juta bagi meningkatkan pengeluaran kepada 42 JLH tetapi pencapaian 36.6 JLH.

"Naik taraf loji rawatan air Pintu Geng membabitkan kos RM52 juta dengan sasaran 30 JLH namun dengan kos sebesar itu hanya mengeluarkan 12.5 JLH," katanya.

Untuk mengurangkan kebocoran paip, AKSB membelanjakan RM130 juta setakat Julai tahun ini, namun kadar air tanpa hasil masih 52 peratus, bererti gagal sama sekali, katanya.

Husam juga menyindir watak Zaharudin antara punca kekalahan Terengganu  sementara Zaharudin pula mengaitkan tentang kejatuhan Kedah adalah kerana cara yang digunakan oleh Husam seumpama apa yang dilakukan oleh  Datuk Phahrolrazi Zawawi yang adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah yang sering membidas pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak seperti mana yang dilakukan oleh Husam Musa sekarang

Apa yang mengejutkan Zaharuddin turut mendedahkan bahawa ada orang Husam Musa yang mengemukakan proposal bajet berjumlah RM 100 ribu untuk menjayakan program Kuliah Maghrib di Putrajaya.Namun setelah dibuat semakan dan ditolak kos sebenar berjumlah RM 30 ribu..pihak berkenaan tidak mahu meneruskan program tersebut mungkin kerana margin keuntungan yang tidak besar.

Zaharudin juga menempelak Husam Musa yang ingin menjadi juara rakyat Kelantan sedangkan sewaktu rakyat Kelantan sedang dilanda musibah banjir Husam Musa bersama keluarga makan angin di Kemboja.

PENJELASAN #1MDB TRANSKRIP PENUH ARUL KANDA BERSAM BERNAMA TV


Berikut transkrip penuh daripada program bual bicara bertajuk 'Bernama TV with Arul Kanda' berhubung 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dihoskan Suriati Sanusi dan Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Ekonomi), Mikhail Raj Abdullah.

1. Apa itu 1MDB?

1Malaysia Development Bhd (1MDB) ialah sebuah syarikat 100 peratus milik kerajaan.

Ia ditubuhkan sebagai sebuah syarikat pembangunan strategik dengan wawasannya untuk menjadi pemangkin dan merangsang pelaburan langsung asing, di samping membuat sesuatu yang berbeza untuk kerajaan.

"Kita perlu faham model perniagaan dan struktur modal 1MDB. Apabila ia ditubuhkan, kerajaan memutuskan bahawa syarikat ini perlu membiayai dirinya sendiri melalui hutang -- pinjaman bank dan pasaran modal.

"Alasan yang terdapat di sebaliknya ialah untuk mewujudkan disiplin bahawa apabila anda berhutang, anda perlu membayar faedah dan pokoknya serta tidak mengusik dana kerajaan bagi tujuan lain seperti sekolah, hospital dan sebagainya.

"Hutang itu akan digunakan untuk memperoleh aset dan hartanah berkualiti tinggi serta tenaga.

1MDB adalah pengeluar tenaga terbesar di Malaysia dan memiliki 13 loji tenaga di lima negara di seluruh dunia, yang menjana tenaga berjumlah 5,500 MW.

Ia juga memiliki plot tanah paling luas yang terletak secara strate di ibu negara.

2. CABARAN

Terdapat ketidakpadanan dari segi aliran tunai yang dijana aset jangka panjang ini berbanding keperluan jangka pendek bagi melunaskan faedah dan sebahagian lagi untuk melunaskan pinjaman pokok apabila tiba waktunya.

Ia adalah ketidakpadanan yang melibatkan aliran tunai. Dan, untuk menangani masalah ini, kerajaan mengambil langkah jelas untuk melaksanakan pelan rasionalisasi bagi mengatasi ketidakpadanan aliran tunai ini dengan menjual ekuiti dalam beberapa aset 1MDB bagi mengumpul dana dan mengurangkan hutang.

3. BAGAIMANA HENDAK MEMBAYAR HUTANG?

Jika anda lihat kepada projek seperti TRX, Bandar Malaysia, penyatuan tiga pengeluar tenaga bebas (IPP) berasingan di bawah Edra Energy, ia semuanya merupakan projek strategik yang dirancang dan dilaksanakan oleh 1MDB.

Jadi, masalah yang kami hadapi hari ini ialah masalah yang sama seperti yang dihadapi mana-mana perniagaan, iaitu ketidakpadanan aliran tunai yang berpunca daripada faktor dalaman dan luaran.

Bagaimanapun, apa yang penting ialah kami telah mengambil langkah untuk memperbetulkan keadaan ini. Alhamdulillah, hari ini, ekuiti yang ingin kami jual menarik minat ramai dan kami akan mencapai lebih banyak kejayaan dari segi ini.

4. APA YANG AKAN TERJADI PADA TAHUN-TAHUN AKAN DATANG?

Dalam sektor tenaga, semua loji tenaga kami berjalan lancar. Kami membeli loji tenaga sedia ada dan aliran tunai daripada Edra Energy iaitu melalui pendapatan dan hasil yang dijana oleh loji ini berjumlah hampir RM5 bilion setahun.

Saya dengan sukacita ingin memberitahu anda bahawa pada tahun ini sahaja, 1MDB menjual tanah di TRX bernilai kira-kira RM1.3 bilion.

Jadi, kami adalah pemaju utama, kami membelanjakan hampir RM3 bilion untuk membina infrastruktur. Sekarang, kami membahagikan plot tanah ini dan berjaya menjualnya.

Kami telah menjual sebahagian besar plot tanah ini kepada Mulia Group dari Indonesia, Affin Bank, Lembaga Tabung Haji dan mengadakan usaha sama dengan kumpulan hartanah dan infrastruktur, Lend Lease.

5. APA YANG TIDAK KENA DI PERINGKAT DALAMAN, ADAKAH WANG ORANG RAMAI AKAN BERADA DALAM KEADAAN BAHAYA? (TITIK TOLAK KETIDAKPADANAN)

Mengenai ekuti langsung daripada kerajaan, jumlahnya ialah RM1 juta.

Memang benar, pada awal tahun ini, sebagai sebahagian daripada pelan rasionalisasi, 1MDB meminjam RM950 juta daripada kerajaan.

Dalam pada itu, kerajaan menyediakan opsyen jaminan tertentu bagi hutang kami. Perlu difahami bahawa, jika anda melihat jaminan itu, ia adalah RM5.8 bilion, kemudian surat sokongan dan beberapa hutang lain yang berjumlah kira-kira RM18 bilion.

Dalam konteks Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia sebanyak RM1.1 trilion, jumlah itu tidak sampai dua peratus. Dalam konteks hutang kerajaan yang pada keseluruhannya berjumlah kira-kira RM630 bilion, ia adalah kira-kira tiga peratus.

Jadi, walaupun jumlahnya besar, ia masih dapat ditangani dan melalui pelan rasionalisasi, kini kami dalam proses menjual ekuiti dalam syarikat tenaga kami, Edra Energy.

Kami sedang mencari rakan pembangunan untuk membeli ekuiti dalam Bandar Malaysia dan kami mempunyai 'hutang untuk swap aset' dengan IPIC.

Jumlah keseluruhan ketiga-tiga transaksi ini boleh mencapai RM42 bilion hutang yang dapat dikurangkan atau dilangsaikan oleh 1MDB apabila tiba masanya.

6. SAYA RAGU ANDA BOLEH MENDAPATKAN WANG. BOLEHKAH ANDA MENDAPAT HARGA YANG BAIK BAGI PENJUALAN EKUITI IPP MEMANDANGKAN KONTRAK MEREKA AKAN BERAKHIR TIDAK LAMA LAGI?

Sekiranya anda bertanya perkara itu kepada saya akhir bulan ini, pada masa itu, kami akan dapat menyatakan kepada anda tentang hasil yng kami perolehi daripada proses kami menjual Edra Energy.

Tapi, ketika ini, kami boleh memberitahu anda bahawa terdapat 11 pihak yang berminat dan menyuarakan hasrat mereka untuk membeli ekuiti dalam Edra Energy.

Ketika ini, kami tumpukan kepada empat pihak dan daripada empat pihak ini, tiga pembida telah mengemukakan cadangan akhir dan ikatan mereka.

Tenaga Nasional Bhd adalah satu daripada mereka dan dua lagi adalah entiti dari luar negara.

7. RANGKA MASA, TEMPOH UNTUK MENYELESAIKAN HUTNG ITU

Sebahagian besar aset kami sebenarnya adalah aset jangka panjang, lebih 80 peratus daripada hutang kami adalah berbentuk jangka panjang.

Jadi, bahagian hutang jangka pendek boleh diurus melalui hasil daripadapenjualan Edra Energy, sebagai contohnya. Juga, apabila kami mendapat rakan pembangunan bagi Bandar Malaysia. Ideanya ialah pembelian ekuiti dalam Bandar Malaysia akan menjana tunai untuk mengurangkan dan mengurus hutang kami.

Jadi, kami sangat yakin bahawa menjelang akhir 2015, kami akanmenandatangani tiga perjanjian; penjualan Edra; penjualan ekuiti kepada rakan pembangunan bagi Bandar Malaysia dan "hutang bagi swap aset" dengan IPIC.

Sudah tentu, seperti biasa, wang tunai akan datang dengan peredaran masa.

Mengenai perjanjian yang terikat dengan undang-undang pula, itulah sasaran yang ingin kami capai menjelang akhir tahun ini.

Peraturan yang terdapat di Malaysia ialah pembida dari luar negara bolehmemiliki hingga 49 peratus daripada loji tenaga tempatan. Kami juga memiliki aset di luar negara dan perbincangan dengan pembida berkenaan masih diteruskan.

8. BOLEH TERANGKAN LEBIH BANYAK LAGI KEPADA KAMI TENTANG TRX.

TRX adalah propjek pembangunan menarik. Fasa pertama TRX akan siap menjelang 2018, kami mempunyai syarikat hartanah kelas dunia untuk membangunkan TRX.

TRX mempunyai aliran MRT paling meluas, stesen terbesar MRT terdapat di KL.

9: TERDAPAT PERSEPSI BAHAWA ANDA DIBAWA MASUK UNTUK MENGATASI KECELARUAN YANG ADA DAN MELINDUNGI SESEORANG. ADAKAH PERSEPSI INI BENAR? BAGAIMANA KECELARUAN ITU BOLEH TERJADI?

Sebenarnya, tiada apa yang disembunyikan dalam hal berkaitan 1MDB. Malah, jika ada cubaan untuk berbuat demikian pun, ia mustahil dapat dilakukan. Ada lima agensi siasatan yang sedang memerhati 1MDB iaitu daripada BNM, AG, SPRM, PDRM dan PAC. Semua agensi ini diberi kerjasama penuh untuk menjalankan siasatan secara bebas tentang apa yang berlaku dalam 1MDB. Siasatan ini sedang diteruskan dan kami bekerjasama penuh dengan pihak berkuasa tempatan.

Mengenai syarikat berkenaan (IPP), kita kena melihat beberapa langkah ke belakang.

Untuk membeli bagi pihak kerajaan, yang sebelum ini dimiliki individutertentu, ia membawa kepada pentadbiran sebelum ini, iaitu IPP asal. Kerajaan menimbang untuk menyatukan syarikat ini, menjadikannya sebagai platform dengan harapan untuk merasionalisasikan tarif tenaga pada masa akan datang.

Mengenai hartanah pula, kerajaan bertindak sebagai perancang utama dan

menjual plot tanah dalam bidang strategik ini agar hasil daripada penjualannya

akan kembali kepada kerajaan melalui 1MDB, iaitu sebuah syarikat milik 100

peratus kerajaan.

Cabaran yang dihadapai syarikat ini selama ini ialah kelewatan dalam

melaksanakan IPO perniagaan tenaga. Kami dibiayai melalui hutang dan hutang ini

digunakan untuk membeli perniagaan tenaga serta plot tanah.

IPO sepatutnya bermula pada 2013, kemudian, cubaan kedua pada November 2014.

Melaksanakan IPO adalah sesuatu yang sangat sukar. Ia menjadi titik tolak bagi

keperluan melunaskan faedah dan pinjaman pokok dalam jangka masa pendek yang

terhalang kerana ketiadaan aliran tunai oleh syarikat.

10: APA YANG ADA DALAM FIKIRAN ANDA JIKA DIBERI PELUANG MENYELESAIKAN

MASALAH 1MDB?

Realiti yang ada pada hari ini ialah kami berada di persimpangan jalan dalam

keadaan di mana terdapat keperluan untuk membayar hutang dan keperluan untuk

melabur dalam perniagaan - hartanah dan tenaga - yang semuanya memerlukan modal

tambahan.

Berdasarkan senario yang kami hadapi sekarang, setelah berbincang dengan

pemegang saham, MoF (Kementerian Kewangan), kami yakin dengan kejayaan pelan

rasionalisasi ini. Opsyen terbaik ialah menjual aset atau membwa masuk pelabur

baharu ke Bandar Malaysia untuk mengurangkan hutang ke paras lestari.

Kami patut diberi peluang untuk melaksanakan pelan ini agar syarikat ini

tidak perlu kembali kepada kerajaan bagi mendapatkan sokongan tambahan.

11. ADAKAH KEMUNGKINAN SYARIKAT INI DAPAT DIPULIHKAN SEMULA SEPENUHNYA?

Melalui rasionalisasi, kami mempunyai tiga pilihan -- mendapatkan lebih

banyak ekuiti, menjual aset dan membayar hutang serta membawa masuk ekuiti

daripada pihak ketiga.

12. KETELUSAN

Dua kenyataan hampir setiap hari. Tahap ketelusan yang tinggi berkaitan

dengan MoF.

Akaun kewangan 1MDB boleh didapatkan secara terbuka. Nota kepada akaun itu

amat lengkap. Sedikit saja syarikat di Malaysia mempunyai tahap pendedahan

sedemikian dalam nota akaun.

Kami telah menghasilkan banyak butir lengkap, kenyataan akhbar, intervsiu.

Ini merupakan usaha berterusan untuk memperkongsikan maklumat kepada umum

termasuk penerbitan risalah oleh JASA yang menyediakan soal-jawab lengkap

mengenai 1MDB.

Kami harap dengan usaha berterusan ini, lebih banyak dapat diperkongsikan.

13. KEBOCORAN DOKUMEN

Apa yang penting ialah konteks. Amat mudah mengambil sedutan dari dokumen

dan kemudian menghasilkan berita daripadanya. Sebab itu Kabinet pada Mac meminta

Ketua Audit Negara mengendalikan kajian menyeluruh mengenai ini. Menyiapkan

laporan akhir menjelang hujung tahun ini.

Adalah lebih baik pihak berkuasa mengambil kajian ini dan memperkongsikannya

dengan orang ramai apa jua hasil kajian. Ingatlah bahawa PAC bersifat

bi-partisan, jadi tidak ada yang diselindungi, dan keputusan yang wajar perlu

dibuat.

14. DANA DI SINGAPURA

Jika anda lihat semula nota akaun kami, adalah jelas dari September 2012,

1MDB telah pada mulanya membuat pelaburan dalam ekuiti dan pinjaman Petrosaudi.

Setelah masa berlalu, dana itu telah diubah kepada unit, jadi sejak September

2012, ia adalah unit dana. Pada 2014, 1MDB menebus unit dana itu dalam dua cara,

satu dalam bentuk tunai menerusi jualan oleh pengurus dana dan kedua menerusi

jualan unit dana.

15. TAKRIF UNIT DANA

Jika anda mempunyai pelaburan unit amanah, apa yang anda ada ialah unit.

Unit-unit itu mewakili pemilikan pelbagai aset terlindung. Jadi kita mempunyai

dana yang diwakili menerusi unit-unit ini yang menjelaskan pelaburan yang

terlindung. Dari pihak kami, AS$2.33 bilion ini pada 31 Mac 2014, 1MDB telah

menebus kira-kira AS$1.4 bilion dari wang tunai itu, wang tunai itu digunakan

untuk pelbagai tujuan dan kami mempunyai baki AS$940 juta. Dana itu didaftar di

Caymen tetapi kami mempunyai bank custodian (simpanan) BSI di Singapura.

Custodian merupakan 'interface' antara pemilik dengan pengurus dana, jadi tidak

bererti dana ada di situ, tetapi yang wujud ialah interface kami dengan bank

sebagai penyimpan.

Setelah menebus AS$1.4 bilion dalam bentuk tunai, kami sekarang mempunyai

AS$940 juta unit dana.

Sebagai sebahagian dari pelan rasionalisasi, kami akan lakukan 'tukaran

hutang untuk aset' dengan IPIC.

16: MANA RM42 BILION? APAKAH IA MASUK KE POKET SESEORANG?

Tidak. Wang itu telah diberikan penjelasan sepenuhnya dalam pelbagai

kenyataan kewangan yang 1MDB telah keluarkan pada Jun tahun ini. Jadi setiap sen

syarikat itu telah dijelaskan dan boleh disemak.

17. KE MANA IA PERGI? MANA DANA ITU?

Dari perspektif saya, saya boleh uruskan fakta dan angka, hingga (jika) ada

pihak lain atau pihak ketiga membuat dakwaan ini, maka mereka perlu mengemukakan

keterangan dan bukti kepada pihak berkuasa.

18. TENTANG PEMALSUAN KENYATAAN BANK KEPADA PAC

Saya tidak menyedari tentang hujah sebenarnya. Seperti saya katakan

terdahulu, kenyataan kawangan 1MDB adalah dokumen awam. Bagi kami, kami telah

kemukakan hanya satu set kenyataan kewangan kepada SSM.

1MDB-TRANSKRIP/I (EMBARGO: UNTUK SIARAN SELEPAS 10 MALAM IMI)

[BERITA] TRANSKRIP PROGRAM KHAS -

12. KETELUSAN

Dua kenyataan hampir setiap hari. Tahap ketelusan yang tinggi berkaitan

dengan MoF.

Akaun kewangan 1MDB boleh didapatkan secara terbuka. Nota kepada akaun itu

amat lengkap. Sedikit saja syarikat di Malaysia mempunyai tahap pendedahan

sedemikian dalam nota akaun.

Kami telah menghasilkan banyak butir lengkap, kenyataan akhbar, intervsiu.

Ini merupakan usaha berterusan untuk memperkongsikan maklumat kepada umum

termasuk penerbitan risalah oleh JASA yang menyediakan soal-jawab lengkap

mengenai 1MDB.

Kami harap dengan usaha berterusan ini, lebih banyak dapat diperkongsikan.

13. KEBOCORAN DOKUMEN

Apa yang penting ialah konteks. Amat mudah mengambil sedutan dari dokumen

dan kemudian menghasilkan berita daripadanya. Sebab itu Kabinet pada Mac meminta

Ketua Audit Negara mengendalikan kajian menyeluruh mengenai ini. Menyiapkan

laporan akhir menjelang hujung tahun ini.

Adalah lebih baik pihak berkuasa mengambil kajian ini dan memperkongsikannya

dengan orang ramai apa jua hasil kajian. Ingatlah bahawa PAC bersifat

bi-partisan, jadi tidak ada yang diselindungi, dan keputusan yang wajar perlu

dibuat.

14. DANA DI SINGAPURA

Jika anda lihat semula nota akaun kami, adalah jelas dari September 2012,

1MDB telah pada mulanya membuat pelaburan dalam ekuiti dan pinjaman Petrosaudi.

Setelah masa berlalu, dana itu telah diubah kepada unit, jadi sejak September

2012, ia adalah unit dana. Pada 2014, 1MDB menebus unit dana itu dalam dua cara,

satu dalam bentuk tunai menerusi jualan oleh pengurus dana dan kedua menerusi

jualan unit dana.

15. TAKRIF UNIT DANA

Jika anda mempunyai pelaburan unit amanah, apa yang anda ada ialah unit.

Unit-unit itu mewakili pemilikan pelbagai aset terlindung. Jadi kita mempunyai

dana yang diwakili menerusi unit-unit ini yang menjelaskan pelaburan yang

terlindung. Dari pihak kami, AS$2.33 bilion ini pada 31 Mac 2014, 1MDB telah

menebus kira-kira AS$1.4 bilion dari wang tunai itu, wang tunai itu digunakan

untuk pelbagai tujuan dan kami mempunyai baki AS$940 juta. Dana itu didaftar di

Caymen tetapi kami mempunyai bank custodian (simpanan) BSI di Singapura.

Custodian merupakan 'interface' antara pemilik dengan pengurus dana, jadi tidak

bererti dana ada di situ, tetapi yang wujud ialah interface kami dengan bank

sebagai penyimpan.

Setelah menebus AS$1.4 bilion dalam bentuk tunai, kami sekarang mempunyai

AS$940 juta unit dana.

Sebagai sebahagian dari pelan rasionalisasi, kami akan lakukan 'tukaran

hutang untuk aset' dengan IPIC.

16: MANA RM42 BILION? APAKAH IA MASUK KE POKET SESEORANG?

Tidak. Wang itu telah diberikan penjelasan sepenuhnya dalam pelbagai

kenyataan kewangan yang 1MDB telah keluarkan pada Jun tahun ini. Jadi setiap sen

syarikat itu telah dijelaskan dan boleh disemak.

17. KE MANA IA PERGI? MANA DANA ITU?

Dari perspektif saya, saya boleh uruskan fakta dan angka, hingga (jika) ada

pihak lain atau pihak ketiga membuat dakwaan ini, maka mereka perlu mengemukakan

keterangan dan bukti kepada pihak berkuasa.

18. TENTANG PEMALSUAN KENYATAAN BANK KEPADA PAC

Saya tidak menyedari tentang hujah sebenarnya. Seperti saya katakan

terdahulu, kenyataan kawangan 1MDB adalah dokumen awam. Bagi kami, kami telah

kemukakan hanya satu set kenyataan kewangan kepada SSM.

LEMAH SYAWAT TAPI NAFSU BESAR


Kalau dilihat zahirnya memang jenis bernafsu.Tapi manusia memang begitu,bernafsu dan bercita-cita besar sedangkan kemampuan tidak ada.Berdegar degar kalau bersuara tapi bak kata orang zaman sekarang sembang kencang..habuk pun tarak.


Samalah seperti apa yang dinyatakan oleh Setiausaha  Publisiti Kebangsaan DAP yang juga Ahli Parlimen DAP Tony Pua yang mengakui bahawa peluang menyingkirkan Perdana Menteri DS Najib Tun Razak dengan menolak Bajet 2016 adalah hampir sifar.

Pelbagai kaedah dan usaha licik DAP dengan melakukan propaganda hingga meminta dikemukakan ususl melalui Ketua Pembangkang Wan Azizah melalui usul undi tidak percaya namun menyedari kemungkinan usul tersebut tidak akan dibahaskan pada persidangan Parlimen kali ini,berharap pula ahli pembangkang menolak bajet 2016 yang dibawa oleh Perdana Menteri.

Tony Pua sebagai berkata didalam satu forum di Kuala Lumpur semalam adalah sukar untuk mendapat sokongan ahli parlimen kerajaan .Pembangkang yang melalui Pakatan Harapan hanya mempunyai 72 kerusi melalui gabungan DAP-PKR-PAN sekalipun PAS yang memiliki 14 kerusi menyokong termasuk PSM melalui Dr Jeyakumar Devaraj dan ahli bebas Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kekurangan 24 kerusi untuk mendapat majoriti mudah 112 membuatkan Tony Pua tidak meletakkan harapan .jadi apa perlunya propaganda yang dimainkan selama ini jika sudah tau bahawa semua usaha ini akan gagal?

Adakah ahli Perlimen BN akan bertindak bodoh dengan menolak bajet 2016 yang dibentangkan..kalau mungkin mahu mengikuti jejak Muhyidin Yasin dan Shafei Afdal ..entahlah...cari penyakit namanya....






Wednesday, 28 October 2015

TEWAS PEMILIHAN DAP PAHANG ZULPURI GIGIT JARI



Kisah ugutan dan ancaman keselamatan yang dimainkan oleh Tengku Zulpuri ADUN DAP Mentakab nampaknya tidak dapat meraih simpati ahli DAP untuk mempertahankan jawatan yang disandang sejak dua tahun lalu.


Beliau tewas dalam pemilihan sebagai Pengerusi DAP Pahang kepada ADUN Tanah Rata Leong Ngah Ngah sebaliknya hanya dilantik sebagai Naib Pengerusi DAP satu jawatan lantkan sebagai menjaga hati orang Melayu yang berada dalam DAP Pahang.


Tengku Zulpuri hanya mendapat 109 pencalonan berbanding Leong Ngah Ngah yang mendapat 158 pencalonan pada pemilihan parti DAP Pahang yang dirasmikan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Bagi senarai AJK DAP Pahang hanya dua orang berbangsa Melayu iaiutu Tengku Zulpuri dan Datuk Mohamad Arif Sabri menunjukkan orang Melayu memang tiada tempat di dalam sebuah parti yang mendakwa tidak mengamalkan perkauman.



15 AJK yang dipilih inilah yang menentukan siapakah yang layak menjadi Pengerusi DAP Pahang menyaksikan Tengku Zulpuri selaku Ketua Pembangkang di DUN Pahang dimalukan sedemikian rupa oleh partinya sendiri.

Seperti dijangka beliau hanya diperkudakan oleh DAP dengan meletakkan beliau sebagai calon DAP di Mentakab dan sebagai Pengerusi DAP pada 2013/2015 dengan harapan seandainya pembangkang dapat menawan Pahang pada PRU 13 seterusnya meletakkan beliau sebagai Menteri Besar Pahang.

Menjadi ayam laga dalam isu khutbah Khas Adil Adha JAIP dengan mengambil jalan ingin menyaman Jabatan Agama Islam sebenarnya meletakkan beliau semakin dipinggirkan oleh ahli DAP sendiri kerana isu tersebut akhirnya seperti senjata makan tuan.

Sudah terang lagi bersuluh DAP sebuah parti cauvanist yang hanya mempergunakan segelintir pemimpin Melayu bagi mengaburi mata rakyat khususnya orang Melayu yang akhirnya tidak akan diterima berada lama dalam hirarki kepimpinan tertinggi DAP.



NAIK ROLLER COASTER TANPA SEURAT BENANG SAHUT KEMPEN PENYAKIT KANSER


LONDON – Kira-kira 57 orang penggemar permainan lasak sanggup melakukan aksi nekad dengan bertelanjang bulat sambil ceria menaiki jentera roller coaster untuk menyumbang kepada sebuah projek dana amal tempatan.

Kesanggupan mereka itu menyebabkan ramai pengunjung menyampaikan derma 10,000 pound (RM65,345) untuk disumbangkan kepada Yayasan Amal Hospital Southend dekat sini yang mengurus ramai pesakit kanser.


Aksi sama pernah dilakukan pada 2010 lalu apabila seramai 102 orang tanpa selembar benang pakaian pun beraksi menaiki permainan Green Scream di taman tema Adventure Island di Southend juga untuk projek dana kebajikan.

Kumpulan dengan aksi unik ini sebenarnya sudah mengelilingi beberapa bandar di England dan Scotland untuk mengumpul derma bagi pelbagai projek amal tempatan antaranya di Edinburgh, Newcastle dan Swindon.


Menurut media di Britain, mereka sedia melakukan pelbagai aksi lasak dan sensasi termasuk dengan cara berbogel habis bagi menarik minat masyarakat menderma sambil ‘mencuci’ mata melihat kemontokan tubuh peserta itu.

“Ini sungguh hari hebat dengan ramai orang dapat menikmati peluang berbuat sesuatu berkesan, menyenangkan, dan menghasilkan wang dalam jumlah banyak,”kata Pengarah Operasi Adventure Island, Andrew Renton.


Penganjur bagaimanapun gagal memecah rekod dunia Guinness yang dicatatkan pada 2010 kerana penyertaan kali ini kurang hampir separuh selain tidak mencapai sasaran derma sebanyak 20,000 pound (kira-kira RM130,750).

Taman tema keluarga yang dibuka secara percuma serta diasaskan pada 1976 itu mengandungi pelbagai tarikan popular termasuk lima jenis roller coaster, 32 jenis permainan sukaneka berbeza dan sebuah taman rekreasi air.

“Kami dengar pelbagai kisah yang mengagumkan baik secara langsung mahupun tidak langsung daripada begitu ramai pesakit yang pernah hidap barah dan mereka ingin ‘membalasnya’ semula,” ujar beliau lagi.

Renton menyatakan perasaan bangga terhadap Adventure Island yang berbuat sesuatu demi membantu mereka yang memerlukan. Dia juga terharu apabila banyak aksi mereka masih dicatatkan dalam rekod dunia Guinness.

Lucy Thomas Clayton dari Yayasan Amal Hospital Southend turut berasa kagum atas keberanian dan pengorbanan pencari kebajikan tersebut yang sukarela bertelanjang di depan khalayak ramai. 




PEMUNGUT SAMPAT DINOBAT RATU CANTIK


Seorang gadis berasal dari keluarga miskin di Thailand mencuri tumpuan ramai dan pengguna media sosial apabila memenangi pertandingan ratu cantik di Bangkok, baru-baru ini.

Memetik laporan Guan Ming Daily, gadis yang dikenali sebagai Aming itu berasal dari keluarga miskin di mana ibunya bekerja sebagai pengutip sampah untuk menyara kehidupan harian.

Aming dilaporkan tidak dapat meneruskan pelajarannya selepas tamat pengajian sekolah menengah kerana keluarganya tidak mampu menampung kos pembelajarannya ke peringkat lebih tinggi.

Untuk mencari duit sampingan meneruskan pelajaran, Aming terpaksa menghabiskan masa dengan membantu ibunya mengutip sampah dan barangan terpakai untuk dijual.

Aming ketika ditemui wartawan berkata, adalah di luar jangkaannya memenangi pertandingan ratu cantik itu kerana dia tidak menyangka seorang gadis yang berasal dari keluarga miskin juga boleh diberi peluang sebegitu.

Yang menariknya, Aming menyatakan dia tidak pernah berasa malu dengan latar belakang keluarganya kerana pencapaiannya hari ini adalah daripada ketabahan ibunya menyara kehidupan harian.

Kemenangan Aming dalam pertandingan ratu cantik menarik perhatian rata-rata pengguna media sosial yang meluahkan perasaan terharu dengan ketabahan Aming dalam menempuhi dugaan hidup bersama dengan keluarganya yang miskin.

Dalam masa kurang dari 3 jam berita tersebut tersebar di media sosial, menerima lebih daripada 14,000 `like’ dan dikongsi kira-kira 2,700 kali. – 






HARI INI DALAM SEJARAH NAIK KERETAPI KENA TOL,..OH AZIZAH..!


Malaysia bakal mencipta satu lagi sejarah bila Ketua Pembangkang Wan Azizah mendakwa Leburaya Pan Borneo adalah satu landasan keretapi yang dikenakan tol.

Mungkin elok rasanya Zizan dan Johan Mahara Lawak yang selalu mendominasi Maharaja Lawak perlu mengundurkan diri untuk memberikan peluang kepada Wan Azizah menunjukkan bakat sebenar beliau sebagai pelawak berbanding sebagai Ketua Pembangkang Malaysia.


Sel-sel otak Wan Azizah semakin hari semakin kurang berhubung mungkin kerana menghampiri usia nyanyuk tapi memang itulah yang diperlukan oleh Pakatan Pembangkang di Malaysia.

Kelembapan cara berfikir Wan Azizah ini akan mudah diekploitasi oleh DAP untuk mencorakkan perjuangan Pakatan Pembangkang yang semakin hari semakin menuju ke longkang.





TERKEJUT BAYI DITINGGALKAN DALAM MESIN BASUH


SEBUAH keluarga yang tinggal di Kampung Ulu Dulang, Yan, Kedah gempar dengan penemuan seorang bayi perempuan yang masih bernyawa di dalam sebuah mesin basuh milik mereka, kira-kira pukul 10.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Muhamad Halim Yatim berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 10.44 malam dan telah ke lokasi kejadian.


“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai masuk ke rumah terbabit melalui pintu belakang yang tidak berkunci sebelum meletakkan bayi berkenaan di dalam mesin basuh.

“Kita sedang mengesan suspek dan meminta pihak hospital kerajaan mahupun klinik swasta untuk segera menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya terdapat individu yang disyaki datang mendapatkan rawatan,” katanya.

Tambah Halim, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi.

Sementara itu, Pembantu Pegawai Perubatan dari Hospital Yan mengesahkan bayi perempuan berusia sehari yang cukup sifatnya itu berada dalam keadaan sihat. – 

NIZAR MINTA MAAF FITNAH PM DILEPASKAN DARI HUKUMAN MAHKAMAH


Peranan sebilangan ahli pembangkang di Malaysia cukup mudah,kebijaksanaan mempengaruhi rakyat dengan ucapan berapi-rapi disulami dengan provokasi meniup semangat penentangan  terhadap kerajaan dengan pelbagai slogan,ditambah pula kelicikan memutarbelitkan fakta ,membina kilang fitnah seakan suatu kewajipan jika mahu menjadi ahli politik pembangkang yang dikenali di Malaysia.

Terkini bgaimana bekas MB Perak Nizar Jamaludin yang juga ADUN Changkat Jering telah memohon maaf kepada Perdana Menteri Malaysia secara terbuka di mahkamah berikutan ucapan beliau di dalam ceramah umum di Taman Desa Pakatan di Ipoh pada 23 hb Aprill 2012.


Pihak ATM telah menafikan apa yang di dakwa oleh Nizar Jamaludin dan mereka tidak pernah dipanggil oleh Najib Tun Razak untuk bersiap siaga seandainya BN tewas pada PRU ke 13.

Bekas  Ahli Parlimen Bukit Gantang yang menyertai PAN yang juga ADUN Changkat Jering itu dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun dan denda.


Ahli politik berusia 58 tahun itu dakwa di Mahkamah Seksyen Ipoh pada 25 ogos 2014,mengaku tidak bersalah dan diikat jamin dengan sebanyak RM 4,000 sementara menunggu tarikh perbicaraan pada 26 September 2014.Bagaimanapun pada 28 Oktober 2015 beliau akhirnya mengaku melakukan fitnah terhadap Perdana Menteri dan memohon maaf di mahkamah.

Beginilah antara sikap buruk sesetengah ahli politik pembangkang di Malaysia yang menggunakan kebebasan bersuara dalam demokrasi yang diamalkan dengan cara menabur fitnah dan mengaburi mata rakyat semata-mata kepentingan politik tanpa mengambil kira kesan kepada tindakan mereka yang bukan sahaja menunjukkkan kebobrokan mereka tapi nilai seorang ahli politik pembangkang yang terlalu murah untuk dibeli oleh rakyat Malaysia.



Monday, 26 October 2015

TUN RAZAK BUSSINES PARK LONJAK EKONOMI BANDAR JENGKA


Penduduk di sekitar Bandar Jengka akan menikmati lonjakan ekonomi berikutan satu lagi pembangunan kawasan perniagaan yang mengandungi 181 unit kedai dua tingat di atas tanah seluas 8.9 hektar.



Jika dahulunya kawasan ini dikenali dengan jolokan  "Matau" oleh penduduk sekitar Bandar Jengka,Pembangunan kawasan tersebut akan menukar landskap "Matau" yang tidak tersusun dan terancang .Tun Razak Bussines Park meliputi pelbagai kemudahan asas seperti dua taman reakrasi,dewan,surau dan apa yang menarik ialah medan selera yang berkonsepkan "alfresco".

Tun Razak Bussiness Park ini menelan kos sebanyak RM 100 juta dan apabila siap sepenuhnya pada awal 2018 dengan merangkumi 3 fasa dimana fasa pertama kedai dua tingkat berkeluasan lantai antara 2,048 kaki persegi dan 6.932 kaki persegi telah habis dijual manakalan fasa 2 dan 3 masih dalam proses penjualan.Harga yang ditawarkan oleh pemaju ialah antara RM 678,000 dan RM 2.79 juta.

MP Pahang ketika berucap di Majlis Pecah Tanah Tun Razak Bussines Park




Dengan pembinaan Tun Razak Bussines Park oleh Mentiga Develoment and Contruction Sdn. Bhd. dan Top Land Resources Sdn. Bhd,diharap penduduk kawasan sekitar akan mendapat manafaat dengan limpahan kegiatan ekonomi meliputi peluang perniagaan dan pekerjaan.

Turut hadir dimajlis upacara pecah tanah Tun Razak Bussines Park yang di sempurnakan oleh Menteri Besar Pahang Y.A.B Dato'Seri DiRaja Adnan Hj Yaakub,Exco Kerajaan Negeri Pahang YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin,YB Syed Ibrahim Syed Ahmad,ADUN DUN Jengka YB Dato'Wan Salman Wan Ismail,ADUN Chenor YB Arifin, Pengarah Pembangunan Negeri, Dato’ Mohd Roslan Harun; Pegawai Daerah Maran, Dato’ Syed Ahmad Fuad Syed Taha; dan, Pengarah Urusan, Mentiga Corporation Bhd, Dato’ Mohd Nasir Putih.
  













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...