ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
NOSTALGIA MAKAN SINGGANG PISANG PENEMPATAN BANJIR REALISASIKAN DEWAN KG PEJING MARAN | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Wednesday 7 October 2015

NOSTALGIA MAKAN SINGGANG PISANG PENEMPATAN BANJIR REALISASIKAN DEWAN KG PEJING MARAN


Maran  6/10/2015 - Kepayahan penduduk Kg Pejing Chenor ,Maran Pahang ketika mengharungi bencana banjir pada tahun 2013 menyentuh hati YB Dato'Shahaniza Shamsuddin Exco Kerajaan Negeri Pahang ketika melakukan tinjauan mangsa banjir di situ.Kg Pejing dalam daerah Maran yang terletak berhampiran dengan Sg Pahang adalah kawasan yang terjejas teruk dan terputus hubungan darat ketika itu.

Akibat terkepung dan terputus hubungan sewaktu banjir penduduk telah terpaksa membuat penempatan banjir sementara menggunakan khemah di sebuah kawasan tinggi  bagi keselamatan semua mangsa disamping memudahkan penduduk terperangkap menerima sebarang bantuan yang datang.

"Nostalgia dijamu makan resepi singgang pisang yang disediakan penduduk Kg Pejing sewaktu tinjauan saya ke penempatan banjir sementara yang saya kira serba kekurangan,membuat hati saya tersentuh dan terfikir di hati saya perlunya penduduk di Kg Pejing ini disediakan sebuah dewan menggantikan khemah khemah yang tentunya mengundang rasa tidak selesa."ujar YB Dato'Shahaniza.


"Dan hari ini selepas hampir dua tahun berlalu,segalanya menjadi kenyataan dengan perasmian pelancaran pembinaan Dewan Orang Ramai Kg.Pejing.Masalah yang dihadapai oleh penduduk kampung telah saya suarakan di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang dan dengan keprihatinan MB Pahang telah bersetuju bahawa perlunya dibina sebuah dewan bagi kegunaan penduduk terutama jika ditimpa bencana banjir"kata Dato'Shahaniza Shamsuddin Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang sewaktu perasmian pelancaran pembinaan Dewan Kg Pejing Maran.

Dewan yang berkeluasan 726meter persegi yang menelan kos sebanyak RM 470.000  itu dibina melalui peruntukan ECER yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Pahang dijangka akan siap sepenuhnya  pada bulan November 2015.

Dewan ini juga bakal dilengkapi dengan penjana tenaga elektrik berkuasa solar yang boleh digunakan sekiranya tenaga elektrik terputus.

Turut hadir di majlis tersebut YB Arifin Ismail ADUN Chenor ,YH Dato'Syed Ahmad Fuad Syed Taha Pegawai Daerah Maran kepimpinan masyarakat setempat dan penduduk kampung.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...