ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
BIARKAN VAPE TERUS BERASAP JANGAN BIARKAN HATI ANAK MUDA BERASAP..! | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Friday 30 October 2015

BIARKAN VAPE TERUS BERASAP JANGAN BIARKAN HATI ANAK MUDA BERASAP..!


Isunya cukup mudah untuk difahami tetapi selalu dijawab berbelit-belit oleh Kementerian Kesiahatan.Memang benar Kementerian hanya menjalankan tanggungjawab mereka namun pertimbangan juga harus diberikan kepada beberapa aspek lain dan cara bagaimana menanganinya supaya istilah menang memang dapat memuaskan hati semua pihak terutama rakyat marhaen.

Kerajaan dilihat selalu mengambil tindakan kurang populis bersandarkan pertimbangan yang dikira tidak menyebelahi rakyat.Bagi penggemar Vape tindakan kerajaan hanyalah kerana kerajaan gagal mengutip cukai seperti mana rokok.Alasan yang diberikan hanyalah berdasarkan kepada terdapat alternatif lain untuk berhenti merokok dan bukan berlaih kepada Vape.

Adalah sesuatu yang tidak berbaloi bagi kerajaan yang akan kehilangan undi hanya kerana kebencian penggemar Vape yang bukan sedikit jumlahnya.

Mengapa hanya vape yang perlu diharamkan?mengapa rokok yang jelas membunyai bukti saintifik tentang kemudaratan kepada kesihatan tidak diharamkan?sebaliknya kerajaan mengenakan cukai yang tinggi kepada rokok dan ini menjadikan alasan oleh kerajaan bagi penggemar Vape hanya lah berorentasikan cukai yang diperolehi dari rokok tetapi tidak dari penjual dan penggemar Vape.

Apatah lagi kebanyakan yang menjual Vape dan penggemar Vape adalah berbangsa Melayu yang akan kehilangan pendapatan .Ada diantara mereka yang menghisapVape kerana itu adalah hobi mereka,manusia memang akan marah jika hobi mereka terhalang,jangankan manusia normal...orang gila sekalipun akan melenting jika apa yang mereka fikirkan betul dianggap sebaliknya.

Berdasarkan gambar gadis menghisap Vape maka justifikasi tidak boleh meletakkan vape kelihatan seperti pembawa bencana moral.Ia hanyalah lambakan provokasi gambar yang tidak boleh menjadi sandaran Vape punca segala masalah.

Menteri Kesihatan  S.Subramaniam pula janganlah mengeluarkan kenyataan2 cap ayam seperti membodohkan rakyat marhaen.Budaya orang muda memang kelihatan extrem selagi tiada perlakuan jenayah akibat penggunaan Vape berbeza dengan dadah.

Biarkan asap vape keluar berkepol kepol ...jangan sampai kemarahan anak muda ini diterjemahkan dalam peti undi...Subramaniam atau Pak Menteri akan pencen awal....lailah kalau rasa kerajaan cukup kuat sekarang...tukar kerajaan bukan perkara untuk di cuba.Biarkan vape berasap...jangan hati anak muda yang berasap...tak terpadam nanti..

2 comments:

  1. blog tuan telah saya pautkan pada blog saya..
    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan Mat Kilau Penang...salam perjuangan..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...