ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
ISU BAUKSIT :PENGGUNAAN ADHEREX 120 KAWAL DEBU LOMBONG BAUKSIT DI KUANTAN | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Wednesday 21 October 2015

ISU BAUKSIT :PENGGUNAAN ADHEREX 120 KAWAL DEBU LOMBONG BAUKSIT DI KUANTAN


Kuantan - Kerajaan Negeri Pahang sedang dalam pertimbangan untuk menggunakan sejenis agen kawalan debu bagi mengurangkan masalah pencemaran debu yang mengundang rungutan masyarakat khususnya di bandar Kuantan.

Mesyuarat Exco yang turut dihadiri wakil ADUN Pembangkang dan Media
 Menteri Besar Pahang Dato'Seri DiRaja Adnan Yaakob berkata, produk yang dihasilkan oleh sebuah syarikat dari Kanada Kam Bio Technology didapati berkesan dengan mengubah partikel kecil kepada besar seterusnya membentuk biopolimer yang panjang.Struktur bio-polimer yang terbentuk menyebabkan debu tidak lagi berterbangan.


Exco Kerajaan Negeri Nurol Azali dlam seisi demo bersama Prof Mongi Ferchici
Kos bagi penggunaan Adherex juga adalah lebih murah berbanding penggunaan penyemburan air dikawasan perlombongan bauksit dan phak operator perlombongan akan menanggung kos penggunaan agen kawalan debu tersebut.

Dengan kekerapan penggunaan 10 hari sekali pada setiap sebulan berbanding penggunaan penyemburan air setiap hari ternyata ianya menjimatkan.

Prof Mongi Ferchichi dari Kam Biotechnologi Ltd Kanada sampaikan taklimat
Taklimat penggunaan Adherex 120 disampaikan oleh Prof Monggi Ferchichi  Ketua Pegawai Eksekutif Kam Technology Ltd dihadapan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri,ADUN dari kawasan yang terlibat dengan masalah akibat perlombongan bauksit di Kuantan termasuk ADUN pembangkang serta wakil media.


Antara lain kebaikan Adherex 120 ialah ianya tidak merbahaya dan mudah terurai apabila ianya memamsuki tanah tasik ataupun laut selain tiada kesan toksid yang merbahayakan haiwan aquatik sekiranya memasuki ke laut.

Prof Monggi juga menolak kenyataan sesetengah pihak yang mengatakan penggunaan bauksit sebagai bahan utama pembuatan alumunium mengandungi arsenik ataupun merkuri dan menyatakan tiada penemuan saintifik bahan merbahaya tersebut.

MB Pahang berkata "terdapat dua perkara penting yang sentiasa menjadi pertimbangan Kerajaan Negeri Pahang iaitu kepentingan manusia dan kepentingan ekonomi.Kita perlu berlaku adil kepada semua pihak melibatkan mereka yang terlibat dalam sektor perlombongan bauksit tetapi dalam masa yang sama mereka juga perlu kepada SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri jika mahu meneruskan aktiviti perlombongan bauksit."

"Penggunaan Adherex 120 jika diluluskan nanti bukanlah penyelesaian secara holistik kepada masalah yang timbul akibat aktiviti perlombongan seperti debu yang mengakibatkan pencemaran,tetapi ianya salah satu kaedah selain langkah-langkah lain yang akan diambil dengan mengambil kira kepentingan semua pihak." ujar Menteri Besar pahang ketika seisi taklimat tersebut.

"Sebarang keputusan akan dibuat selepas mesyuarat Exco yang akan datang samada akan menggunakan Adherex 120 atau sebaliknya.Namun kita berharap rakyat sedar yang seisi taklimat khas ini menunjukkan Kerajaan Negeri Pahang serius menangani isu bauksit selain mahu memastikan aktiviti ekonomi dapat berjalan dengan baik tanpa menjejaskan kehidupan masyarakat khususnya di Kuantan"






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...