ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
AKSI LELAKI SEMBELIH KUCING UNDANG KEMARAHAN ORANG RAMAI | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Wednesday 21 October 2015

AKSI LELAKI SEMBELIH KUCING UNDANG KEMARAHAN ORANG RAMAI


Beberapa rakaman foto memaparkan aksi kejam dua individu menyembelih seekor kucing hutan mengundang kemarahan umum di media sosial.

Kedua-dua lelaki dalam foto tersebut merakamkan aksi mereka dari awal kucing malang itu disembelih hinggalah segala isi perutnya dikeluarkan.

“Subhanallah… Apakah salahnya seekor kucing itu sampai sanggup dia buat sedemikian.

“Semoga Allah S.W.T membalas balik atas perbuataan mereka,” tulis Nur Haryanti dalam perkongsian foto di status Facebooknya semalam.

Setakat ini status foto itu menerima lebih 1,000 komen dan 3,000 perkongsian di Facebook dengan rata-rata komen oleh netizens mengecam lelaki terbabit selain melahirkan rasa simpati dan sedih dengan nasib malang kucing tersebut.

“Semoga mereka insaf. Membunuh binatang hanya untuk keseronokan adalah sangat zalim, kejam. !,” komen Masniah Mor di status yang sama.

“Apa diaorang ni rasa kalau diaorang yang kena sembelih macam kucing ni??? Ya Allah.. Menangis tgk gambar ni..,” luah Asyikin Hisyam.

Sementara itu tinjauan di media sosial mendapati insiden penyembelihan kucing hutan itu dipercayai dilakukan individu berasal dari Makasar, Indonesia.

Menurut beberapa sumber dari Indonesia, salah seorang pelaku aksi kejam tersebut telah berjaya ditahan. – SuaraTV


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...