ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
BALU BEKAS PEMIMPIN AL ARQAM UMMU JAH SAKIT TENAT | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Thursday 22 October 2015

BALU BEKAS PEMIMPIN AL ARQAM UMMU JAH SAKIT TENAT


Ramai bekas pengikut pertubuhan Al Arqam yang diharamkan itu mula memenuhi ruang menunggu di hospital tersebut selepas tersebar khabar bahawa bekas pemimpin jemaah itu Hatijah Aam atau ‘bonda Ummu Jah’ sakit tenat

Bekas pengikut kumpulan al-Arqam dilaporkan terus menunggu di bilik Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta, di Alor Setar, hari ini untuk menziarahi balu bekas pemimpin al-Arqam, Allahyarham Ashari Muhammad yang kini dalam keadaan tenat.

Sinar Harian Online melaporkan tinjauannya mendapati sebahagian mereka datang seawal jam 8.30 pagi bagi melawat Hatijah Aam atau lebih mesra dengan panggilan ‘bonda Ummu Jah’.

Balu pemimpin kumpulan al-Arqam yang diharamkan itu dimasukkan ke sebuah hospital di Australia Khamis lalu sebelum dipindahkan ke hospital swasta berkenaan sejak Sabtu lalu.

Sinar Harian yang memetik sumber, doktor yang merawatnya mengesahkan bahawa Ummu Jah mengalami koma akibat kematian otak dan terpaksa bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.

Keadaan Ummu Jah juga dilaporkan tenat dan tidak menunjukkan sebarang perkembangan positif berbanding hari sebelumnya.

“Hospital masih menanti keputusan ahli keluarga terdekat untuk menghentikan mesin bantuan pernafasan itu sebelum menghantarnya pulang ke Kampung Temalang, Mukim Putat, Jitra,” kata sumber yang dipetik Sinar Harian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...