ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
INTIPATI #BAJET 2016 | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Friday 23 October 2015

INTIPATI #BAJET 2016


KUALA LUMPUR - Berikut ialah intipati Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat hari ini.

Bajet 2016 bertemakan "Mensejahtera K
ehidupan Rakyat".

Bajet 2016 menggariskan lima tunjang utama iaitu memperteguh ketahanan ekonomi negara, meningkatkan produktiviti, inovasi dan teknologi hijau, mempersiaga modal insan, memperkasa agenda bumiputera dan meringankan kos sara hidup rakyat.

* Bajet 2016 memperuntukkan RM267.2 bilion, berbanding RM260.7 bilion peruntukan dipinda 2015.

* RM215.2 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM52 bilion untuk perbelanjaan pembangunan

* RM70.5 bilion untuk emolumen, RM36.3 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan * Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan RM30.1 bilion

* Peruntukan untuk sektor sosial merangkumi pendidikan dan latihan, kesihatan, perumahan dan kesejahteraan masyarakat RM13.1 bilion

* Peruntukan sektor keselamatan RM5.2 bilion

* Kutipan hasil kerajaan Persekutuan untuk 2016, diunjurkan RM225.7 bilion, meningkat RM3.2 bilion berbanding 2015.

* Defisit fiskal kerajaan dijangka menguncup kepada 3.1 peratus pada 2016.

* Sasaran sumbangan pelaburan domestik kepada KDNK pada 26.7 peratus bagi tahun 2016

* Pembangunan Malaysian Vision Valley dengan unjuran pelaburan permulaan RM5 bilion

* Pembangunan Cyber City Centre di Cyberjaya dengan nilai pembangunan RM11 bilion

* Pembangunan Bandar Lapangan Terbang atau Aeropolis KLIA dengan pelaburan RM7 bilion

* Pelaburan RM6.7 bilion oleh Khazanah Nasional dalam sembilan projek domestik berimpak tinggi 

* Projek RAPID Complex Pengerang, Johor dengan pelaburan dianggarkan RM18 bilion

* Projek Rubber City di Kedah dengan peruntukan RM320 juta, Taman Perindustrian Samalaju, Sarawak (RM142 juta) dan Jeti Minyak Kelapa Sawit di Sandakan, Sabah (RM20 juta)

* Elaun Pelaburan Semula Khas dalam sektor pengilangan dan pertanian terpilih bagi syarikat sedia ada

* Pengecualian duti setem 20 peratus ke atas surat cara pembiayaan patuh syariah untuk pembelian rumah

* Skim Dana Pembiayaan PKS Patuh Syariah sehingga 31 Dis 2017

* Peruntukan RM107 juta untuk melaksanakan Pelan Induk PKS 

* Peruntukan RM60 juta untuk Skim Anjakan Usahawan serta Skim Peningkatan Kapasiti dan Keupayaan PKS

* Peruntukan RM200 juta untuk menubuhkan dana pinjaman SME Technology Transformation Fund di bawah SME Bank

* Membina dan menambah baik pengangkutan rel dan lebuh raya

* RM900 juta untuk projek penyuraian trafik Jalan Tun Razak

* Kajian pembinaan lebuh raya pesisiran pantai Masjid Tanah-Klebang-Jambatan Syed Abdul Aziz di Melaka

* RM42 juta untuk membina Lapangan Terbang Mukah, Sarawak, menaik taraf lapangan terbang di Kuantan dan Kota Baharu

* Kajian pembesaran landasan Lapangan Terbang di Batu Berendam, Melaka

*SKMM sediakan RM1.2 bilion untuk projek jalur lebar luar bandar, National Fiber Backbone Infrastructure, jalur lebar kelajuan tinggi dan sistem kabel dasar laut

* RM250 juta untuk projek pendigitalan penyiaran nasional bagi tingkatkan kualiti audio visual dan beri nilai tambah kandungan tv

* RM1.4 bilion untuk membina dan menaik taraf jalan luar bandar

* RM878 juta untuk projek Bekalan Elektrik Luar Bandar kepada 10,000 rumah

* RM568 juta untuk Projek Bekalan Air Luar Bandar kepada 3,000 rumah

* Kerajaan sasar 30.5 juta pelancong pada 2016, menyumbang RM103 bilion kepada ekonomi negara

* Permohonan visa secara dalam talian untuk China, India, Myanmar, Nepal, Sri Lanka, Amerika Syarikat dan Kanada

* RM450 juta untuk pelbagai program pertanian berimpak tinggi

* RM190 juta kepada Fama untuk Program Penurunan Harga untuk tambah 50 Pasar Tani dan wujudkan 150 Agrobazaar Rakyat 1Malaysia

* Penjenamaan semula Mardi, Jabatan Veterinar, Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan

* RM235 juta untuk Program Promosi 1Malaysia, Dana Eksport Perkhidmatan dan Dana Promosi Eksport di bawah Matrade.

* RM150 juta disalurkan kepada Teraju untuk program memperkasa Bumiputera

* Perkhidmatan pengangkutan kelas ekonomi udara domestik di Sabah, Sarawak dan Labuan bagi laluan Perkhidmatan Udara Luar Bandar dikecualikan GST

* RM70 juta untuk skim pinjaman tanpa faedah melalui BSN untuk membina dan membaik pulih rumah termasuk rumah panjang di Sabah dan Sarawak dengan had pinjaman RM50,000

* RM260 juta untuk Program 1Harga 1Sarawak dan 1Harga 1Sabah untuk memastikan keseragaman harga barangan terpilih di seluruh negara

* RM115 juta untuk Program Khas Bumiputera Sabah dan Sarawak terutama untuk tanah hak adat Bumiputera

* RM600 juta kepada Tekun meliputi RM500 juta untuk usahawan Bumiputera, RM100 juta untuk usahawan India

* RM300 juta untuk Program Kemajuan dan Pembangunan Masyarakat Orang Asli 

* Membina 175,000 rumah PR1MA, 10,000 Rumah Mesra Rakyat, 100,000 PPA1M serta 22,300 pangsapuri dan 9,800 rumah teres menerusi Program Perumahan Rakyat

* RM180 juta untuk penubuhan Agensi Pengurusan Bencana Negara bagi memperkukuhkan pengurusan bencana alam

* RM730 juta bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir seluruh negara

* RM1.4 bilion untuk menambah baik perkhidmatan awam berkuat kuasa 1 Julai 2016 termasuk memberi satu kenaikan gaji tahunan, menambah baik 252 skim perkhidmatan, gaji permulaan serendah RM1,200

* Kategori baru penerima BR1M iaitu senarai e-Kasih berpendapatan bawah RM1,000, yang akan menerima BR1M RM1,050

* Pemberian khas RM500 kepada penjawat awam dan RM250 kepada pesara -Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...