ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: October 2016

Monday 31 October 2016

'SAYA WARTA 300,000 HEKTAR KAWASAN TADAHAN AIR SEBAIK DILANTIK MB PAHANG "- ADNAN YAAKOB


KUANTAN 31/10/2016 - Sumber air adalah kunci kepada kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara .Menyedari peri pentingnya sumber air pelbagai langkah menerusi dasar dan undang undang berkaitan sumber air telah dirangka untuk dilaksanakan di peringkat negeri dan persekutuan.

"Apa yang penting kini adalah untuk melaksanakan  undang-undang berkaitan sumber air melalui penguatkuasaan disamping kesedaran seluruh masyarakat samada agensi kerajaan mahupun masyarakat.Namun meletakkan kegagalan penguatkuasaan sahaja adalah tidak adil kepada agensi berkaitan kerana ini akan melemahkan moral mereka".

"Ramai tidak tahu kerana tidak disebarkan melalui media sebaik sahaja saya dilantik sebagai MB Pahang,saya telah mewartakan seluas 300,000 kawasan sebagai Hutan Simpan Kekal atau kawasan tadahan air disamping menambah buffer zon dari 500 meter kepada 1.5km dari jarak punca air"kata MB Pahang ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ucaptama di Bengkel Kelestarian Sumber Air Negeri Pahang 2016.

Dengan keluasan Negeri Pahang iaitu 3.59 juta hektar,seluas 2.07  juta hektar (57.5%) masih diliputi dengan sumber hutan.Daripada 2.07 juta hektar sumber hutan tersebut 44% atau 1.56juta hektar merupakan hutan simpan kekal,11% atau 0.$juta hektar adalan Taman Negara,suaka hidupan liar dan burung manakala 3% lagi atau 0.1 juta hektar adalah Tanah Kerajaan Berhutan.

Disamping itu juga sebanyak 2,059 batang sungai sepanjang 11,960 km telah diwartakan oleh kerajaan Negeri selain tasik-tasik utama seperti Tasik Chini Pekan,Tasik Bera daerah Bera dan Tasik Bungor Kuantan.




KERAJAAN NEGERI KOMITED MEMULIHARA SUMBER AIR


Kuantan 31/10/2016 - Kerajaan Negeri Pahang bersikap terbuka dalam menerima pandangan didalam menangani isu alam sekitar.Ini dibuktikan dengan kesedian Kerajaan Negeri Pahang menganjurkan Bengkel Kelestarian Sumber Air Negeri Pahang 2016 yang melibatkan segenap lapisan masyarakat antaranya Pegawai-Pegawai Kerajaan(Negeri dan Persekutuan),Pihak Berkuasa Tempatan,Badan-Badan Bukan Kerajaan,Institusi Pendidikan,Pengusaha,Wakil Penduduk Setempat dan Para Media Massa.

"Bengkel selama dua hari ini  bukan sahaja bertujuan untuk menyampaikan maklumat serta isu isu terhadap pengurusan sumber air semata-mata malahan ianya memberi peluang kepada semua pihak berkongsi pandangan dan berkongsi idea kearah memulihara serta  memperkasakan kelestarian sumber air di negeri ini".

"Dengan kehadiran lebih 1,000 orang peserta dalam bengkel ini ianya diharap dapat dimanafaatkan sepenuhnya dengan memberikan pandangan dan idea serta serta berbincang secara positif dalam memastikan sumber air di negeri dipelihara secara berterusan"

"Kita mempunya undang undang yang jelas seperti buffer zon dan sebagainya dalam menangani dan melindungi punca air tetapi apa yang mustahak ialah bagaimana kita menguatkuasakan"ujar Y.A.B DSDR MB Pahang Adnan ketika menyampaikan ucaptama Bengkel Kelestarian Sumber Air Negeri Pahang di Zenith Hotel Kuantan Pahang.

Pada bengkel kali ini sebanyak 4 pembentangan kertas kerja dikemukakan  antaranya :-

1.YBhg Profesor Tan Sri Dato'Sri Dr Zakri Abdul Hamid,Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN) bertajuk "Pengurusan Lestari Sumber Air - Perspektif Global.

2.YBhg Dato'Seri Zaini Ir.Dr.Zaini bin Ujang ,Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga,Teknologi Hijau dan Air(KETTHA) bertajuk "Dasar dan Polisi Pengurusan Lestari Sumber Air Kementerian Tenaga,Teknologi Hijau dan Air

3.YH Dato Sri Azizan bin Ahmad ,Ketua Setiausaha Kementeria Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) bertajuk " dasar dan Polisi Pengurusan Lestari Sumber Air Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

4.YBrs.Profesor Dr.Maketab Bin Mohamed,Wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) bertajuk "Pengurusan Lestari Sumber Air -Perspektif NGO."



Selain itu perserta akan dipecahkan kepada ekonomi ,sosial dan alam sekitar dan hasilnya akan dibentangkan pada Sidang Pleno yang dipengerusikan oleh Dato'Dr Daing Nasir Ibrahim ,Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang yang juga Pengerusi Kompenan Ekonomi Sosial dan Alam sekitar sebelum rumusan serta resolusi kepada Y.A.B DSDR MB Pahang di akhir bengkel bagi Kerajaan Negeri Pahang melakukan penambahbaikan dalam usaha melestarikan sumber air.





Tuesday 25 October 2016

MASA JADI MENTERI DIA SENDIRI DAH JAWAB KENAPA IMDB DITUBUHKAN..HUSNI HANADZLAH NYANYUK..?


Masalah pemimpin politik bila sudah menjadi mantan ada suatu syndrom yang akan menyerang dan mempengaruhi cara berfikir.Sebagai Bekas Menteri Kewangan Kedua adalah sesuatu yang ganjil apabila melibatkan sesuatu isu besar kewangan negara ada yang tercicir sebaik sahaja hilang jawatan.

Ramai yang terkejut dengan tindakan beliau mempersoalkan isu 1MDB sebagaimana dibangkitkan oleh beliau di Dewan Rakyat baru baru ini.


Jika dilihat dan di dengar serta diamati rakaman temubual diatas jelas sekali ayat yang dituturkan beliau beserta dengan gerak tubuh beliau menunjukkan keyakinan tentang jawapan yang diberikan berkaitan kenapa 1MDB ditubuhkan.

Sebagai bekas menteri sebenarnya apabila beliau mempersoalkan perihal yang melibatkan potfolio beliau pastinya sedikit keganjilan dan aneh.

Apakah beliau mahu menguji kebolehan pihak kerajaan menjawab persoalan berkaitan 1MDB khususnya Menteri Kewangan Kedua Dato Johari Abdul Ghani yang menggantikan beliau?

Apakah beliau cuba memalukan pihak kerajaan sekiranya jawapan yang diberikan nanti akan menjadi perdebatan hangat di Parlimen sebagaimana beliau berasa dimalukan sebaika sahaja diminta meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan Kedua ..?(dengar cerita ditukarkan tetapi menolak ke kementerian yang baru)

Sebagai ahli Parlimen Tambun mewakili BN,pertanyaan dari seorang yang pernah menjadi Menteri Kewangan Ke 2 berkaitan 1MDB sangat memalukan .

Beliau terlibat daalam seisi penjelasan dengan memberikan ceramah dan pidato disamping Arul Kanda kepada pegawai kerajaan,ahli parti UMNO dan segenap lapisan masyarakat melalui pelbagai medium media seperti kaca tv yang disaksikan jutaan rakyat Malaysia.

Atau mungkin penyakit Nyanyuk mantan-mantan menteri yang kehilangan jawatan seperti Anwar Ibrahim,Mahathir Mohamad ,Mukhriz Mahathir dan Muhyidin Yasin kini berjangkit kepada Husni Hanadzlah...kalau begitu elok lah memilih keluar dari UMNO dan BN dengan melepaskan jawatan sebagai ahli Parlimen Tambun...bukan apa...senang sikit nak balun tanpa segan silu..

P/S~AR pernah buat entri pasal menteri playsafe..tepat jangkaan 








TERKINI...! 6 ORANG MAUT MANGSA KEBAKARAN DIHSA JOHOR



JOHOR BAHRU, 25 Okt (Bernama) -- Enam pesakit iaitu empat perempuan dan dua lelaki maut manakala seorang lagi terselamat dalam kebakaran di tingkat dua unit rawatan rapi (ICU) selatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Othman Abdullah berkata seramai 166 anggota bomba dan 10 jentera dikejarkan ke HSA sebaik sahaja panggilan diterima pada 8.56 pagi tadi.




"Di ICU itu ada tujuh mangsa yang memang agak kritikal keadaannya yang difahamkan oleh doktor mereka terpaksa menggunakan bantuan pernafasan dalam keadaan normal jadi pesakit-pesakit itu tidak boleh dipindahkan sekiranya tiada katil sekali," katanya.

Othman berkata bagaimanapun kebakaran tidak merebak ke tempat lain.

Sementara itu Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata lima mayat dijumpai kira 11.15 pagi manakala seorang lagi sebentar tadi.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai sebarang maklumat yang tidak sahih mengenai kejadian itu.


Monday 24 October 2016

MAHFUZ BEAN MAKIN BENGAP...!!!!


Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Bean memamng terkenal dengan kenyataan lawak setiap kali cuba meraih populariti dengan cuba mengupas isu yang beliau sendiri tidak arif..Untunglah PAS yang mempunya seorang YB yang mempunyai bakat untuk muncul dalam pertandingan Maharaja Lawak.

Terbaru kenyataan beliau berkenaan peruntukan yang diumumkan dalam Bajet 2017 untuk membina landasan keretapi ECRL dari Port Kelang ke Tumpat Kelanta yang menelan belanja RM 55 bilion.


Malang sekali pengundi Parlimen Pokok Sena memilih beliau sebagai wakil rakyat kerana kewarasan beliau setiap kali mempertikaikan sesuatu isu berlandaskan pemikiran beliau yang rendah ssuai dengan kelulusan SRP yang dimiliki.

Membina infrastruktur bukan boleh dibuat perbandingan berdasarkan agak-agak dan tankap muat,dengar sahaja bilion dibelanjakan terus berikan komen terkejut beruk.Jarak sejauh lebih 600 km dari Port Kelang merentasi Banjaran Titiwangsa ke Tumpat Kelantan tidak boleh disamakan membina landasan keretapi dikawasan landai dari Seremban ke Johor Bharu.

Dari sudut kejuruteraan awam mengenai pembinaan landasan keretapi ini perbezaan "alignment" atau jajaran amat berbeza antara lebuhraya dgn landasan keretapi. Ini kerana dalam merekabentuk jajaran, dua faktor utama ialah "horizontal profile" & "vertical profile" amat dititikberatkan. 

Dalam jajaran lebuhraya membenarkan selekoh tajam dan dibolehkan mempunyai kecerunan yg tinggi ( selagi dalam tolerance yg ditetapkan). Namun demikian, dalam menentukan jajaran bagi rail track, ia haruslah "mendatar", dan kalau ada kecerunan sekalipun, ia amatlah kecil. Maka faktor geografi merentasi pantai timur yang bergunung-ganang berbanding dengan NS-JB yg landai adalah amat berbeza sekali.

Mahfuz Bean cuba membandingkan dua tempat ini, memanglah seperti membandingkan antara bumi dan langit. Kita tidak perlu melakukan apa-apa kerja yg lebih-lebih, kerana kedua-dua tempat ini (NS-JB) sememangnya mendatar. 

Bagi pembinaan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yg sepanjang 620 km bermula dari Kuala Lumpur ke Kuantan, Kuala Terengganu dan berakhir di Tumpat, Kelantan.Bahagian paling kritikal ialah antara KL dgn Kuantan di mana landasan akan dibina di dalam "terowong" yang panjang merentasi Banjaran Titiwangsa. Kos pembinaan terowong adalah amat tinggi. (Mahfuz Bean pernah terfikir hal ini ?) .

Walaupun dari Kuantan ke Kuala Terengganu dan ke Tumpat dilihat agak mendatar secara keseluruhannya, tetapi ia perlu melalui kawasan tinggi rendah yg berbeza, tambahan pula secara amnya struktur tanah dari sudut geologi, sturktur tanah sebenarnya tidak stabil bagi kawasan pesisiran ini.

 Maka kerja-kerja pembinaan struktur sokongan adalah amat perlu dilakukan. Secara tidak langsung, kos semakin meningkat. Adalah agak janggal bagi seorang ahli politik yg tidak punyai pendidikan tinggi dan tiada pengetahuan dalam teknikal utk mempertikaikan sesuatu yang di luar pengetahuannya.

Nampaknya Parlimen Pokok Sena akan dikenang sebagai tempat dimana melahirkan pemimpin politik yang berbakat menjuarai Maharaja Lawak...Syabas Mahfuz Bean...!


1.2 JUTA PENJAWAT AWAM BAKAL DIBUANG KERJA JIKA DAPig MEMERINTAH..?


Bajet 2017 yang baru dibentangkan di Parlimen oleh DS Najib Razak selaku Menteri Kewangan baru-baru ini telah mendapat pelbagai respon dan antara yang menarik perhatian ialah daripada sebuah badan pemikir kerajaan P.Pinang iaitu Penang Institute yang menyarankan pengurangan saiz sektor awam bagi mengurangkan defifit belanjawan dan pelepasan bakat ke sektor swasta.


Antara lain kenyataan Penang Institute adalah seperti dibawah :-


sumber

Perlu diingatkan Penang Institute adalah sebuah badan pemikir bagi Kerajaan Pulau Pinang yang dikuasai oleh DAPig.Sudah pastinya kenyataannya adalah selari dengan hasrat dan dasar yang akan dilaksanakan oleh DAPig sekiranya mereka berjaya menubuhkan kerajaan persekutuan.



Akan ada suara-suara yang menyatakan bahawa ini adalah pandangan sempit bagaimana sebuah parti DAPig yang hanya bertanding 51 kerusi pada PRU ke 13 dan menang 38 kerusi boleh memerintah Malaysia?

Daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada PRU 13,BN memenangi 133 kerusi dan pakatan pembangkang di Malaysia memenangi 89 kerusi.Pembangkang cuma memerlukan 24 kerusi lagi untuk membentuk kerajaan iaitu 113 kerusi.

Sekalipun jumlah kerusi yang dimenangi oleh DAPig, 38 kerusi daripada dari 89 kerusi yang dimenangi oleh pembangkang dengan 30 kerusi dari PKR dan 21 kerusi dari PAS menunjukkan DAPig adalah parti dominan dalam pakatan pembangkang.

Dengan menguasai hampir keseluruhan kerusi parlimen yang pengundinya 60% kaum Cina,DAPig kini sudah mampu memenangi kerusi yang mempunya 50% undi Cina atau dengan lebih mudah ada dikalangan Melayu dan India yang telah condong menyokong DAPig.

Dan apa yang dilakukan oleh DAPig sekarang selain memindahkan pengundi dikawsanan yang mempunyai majoriti besar seperti Parlimen Seputeh yang mempunyai 51,000 undi majoriti ke kawasan yang mereka kalah dengan kekurangan 10% undi,kebarangkalian mereka akan menang pada PRU 14 dan ianya terbukti berlaku di Selangor.


Selain itu bagi kawasan bercampur selain meletakkan parti yang boleh dikawal oleh mereka seperti PKR dan PAN mereka cuba menonjolkan calon calon Melayu yang liberal didalam DApig mahupun sekutu mereka melalui parti PKR atau PAN terutama dikawsan bandar.

Sebagaimana yang sedang giat dijalankan oleh  Penang Institute dengan merekrut Melayu yang boleh diperalatkan demi kepentingan politik DAPig.

Penjawat awam yang kini majoriti Melayu Islam perlu melihat kedalam diri dan bertanya kedalam diri mereka apakah bentuk kerajaan yang memepertahankan kedudukan Melayu dalam pentadbiran dan relakah mereka kehilangan Putrajaya sebagai lambang sebuah kerajaan Melayu...?

Sunday 23 October 2016

KELUAR DEWAN AKIBAT DIKECAM BUKTI KERANDUT AP PEMBANGKANG MENGECUT..!!!!


Jika dilihat daripada aksi mereka di pentas ceramah pastinya terserlah akan ketokohan ahli pembangkang melontarkan pandangan apatah lagi sambil diselangseli dengan tohmahan disamping lawak bodoh.Di pentas ceramah kebolehan berpidato merekalah juara dan kecaman serta sindiran kepada kerajaan tanpa rasa bersalah dihadapan rakyat.

Namun itu hanyalah retorik untuk mendapat populariti dan menagih simpati rakyat jika di amati kelakuan mereka sewaktu Sidang Dewan Rakyat membentangkan Bajet 2017.

Ahli parlimen pembangkang yang dipilih oleh rakyat pada PRU ke 13 yang digelar Yang Berhormat rupa-rupanya menikus dengan keluar dewan hanya kerana sindiran DS Najib Tun Razak yang membentangkan  Bajet 2017 selaku Menteri Kewangan.

Amat malang bagi mereka yang bergelar ahli politik tidak tahan menerima kecaman dan sindiran kerana hanya ikan yang mampu hidup didalam air.

Ianya umpama rencah asam garam  sebagai ahli politik yang sudah imun dengan segala macam sindiran dan kecaman,peliknya mereka mencipta alasan keluar dewan hanya kerana sindiran PM sewaktu membentangkan Bajet 2017 .


Hanya kerana perkataan 'sandiwara' yang diucapkan oleh PM,kerandut ahli pembangkang mengecut kecuali ahli PAS yang menampakkan kejantanan kekal sehingga selesai pembentangan.


Jika dah tak tahan dengan sindiran adalah lebih elok berhenti menjadi ahli politik dan mencari karier lain yang tiada unsur kecaman dan sindiran.Takkan itu pun nak ajar..heh..





KERAJAAN PAHANG IKTIRAF PERANAN DAN SUMBANGAN WANITA


Kuantan 22/10/2016- Kerajaan Negeri Pahang buat julung kalinya memperkenalkan anugerah sebagai pengiktirafan kepada kaum wanita melalui Anugerah Tokoh Wanita sempena dengan Hari Wanita dan Karnival Komuniti Perwani 1Malaysia 2016.

Sambutan penuh meriah itu diadakan di RTM Pahang Kuantan dan bersempena dengan sambutan itu pelbagai acara menarik turut diadakakan antaranya senamrobik,ceramah perdana,pameran dan penampilan istimewa Zaiton Sameon.


"Wanita diciptakan sebagai makluk yang sarat dengan kasih sayang,kasihnya sangat luas,jiwanya sangat mudah tersentuh,satu anugerah yang paling istimewa.Allah s.w.t menciptakan wanita dengan gelaran seorang ibu,dari perut ibu itu lahirlah negarawan,lahirlah jaguh dunia dan manusia-manusia hebat  dibumi ini bak kata pepatah 'Disebalik kejayaan lelaki terdapat seorang wanita dibelakangnya".

"Di Pahang YAB Menteri Besar Pahang tidak memandang wanita  sebagai perbezaan gander tetapi lebih kepada kemampuan individu didalam melaksanakan agenda pembangunan negeri samada jawatan persekutuan ataupun jawatan negeri.

"Para wanita tidak dipinggirkan malahan diberikan kepercayaan menerusi Jabatan dan agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat,Jabatan Perancangan dan Desa,Pegawai Daerah dan lain lain.Pemilihan tersebut buan disebabka kouta tetapu disebabkan pencapaian dan keupayaan wanita".ujar YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin,Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang ketika menyampaikan ucapan alu aluan.

Majlis turut diserikan dengan keberangkatan KDYTM  Tunku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Iskandariah .Baginda juga berkenan mengurniakan Anugerah Tokoh Kepimpinan Wanita Pahang kepada YH Dato'Rahmlah binti Kasim.Tokoh Kesukarelawan Wanita Pahang kepada YH Dato'Melati b Ali manakala Tokoh Wanita Kurang Upaya Wanita Pahang kepada Rosemawati bt Muhamad.

Mereka membawa pulang wang sebanyak RM 5,000 dan plug dari kerajaan negeri Pahang,kain pasang sumbangan Jakel  dan cenderahati dari Avon.


TMJ BAKAL PRESIDEN BARU FAM..?


TANDA tanya sama ada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu semakin kuat berlegar dalam kalangan peminat dan pemerhati bola sepak tanah air.

Ia ekoran kenyataan terbaru baginda melalui laman Facebook rasmi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini memaklumkan baginda sedang berada di Sepanyol bagi mencari jurulatih baharu untuk skuad kebangsaan Harimau Malaysia.

“Saya di sini bukan sahaja datang kerana dijemput untuk memberi ucapan dalam persidangan ‘World Football Summit’, juga bukan sekadar untuk berjumpa dengan rakan-rakan saya di kelab Barcelona, Valencia dan juga di Madrid tetapi untuk mencari jurulatih baharu pasukan kebangsaan dari peringkat belia dan pasukan utama negara.

“Jurulatih baru ini akan terapkan polisi, disiplin dan falsafah buat pasukan kebangsaan,” kata baginda yang juga pemilik pasukan JDT hari ini.

Tunku Ismail berkata, baginda sudah sudah lama ingin membantu skuad kebangsaan tetapi tidak boleh melakukan apa-apa sebelum ini disebabkan oleh kerana pengurusan FAM sedia ada.

Tegas baginda, apabila pengurusan baharu mengambil alih FAM tahun hadapan, tiga objektif utama yang akan dilaksanakan adalah perlantikan jurulatih baharu daripada Sepanyol.

“Keduanya adalah duit hak penyiaran untuk semua pasukan dan yang ketiga memperbaiki Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP),” kata baginda.

AWASSS..! KENALI 10 PRODUK KOSMETIK BERACUN DAN MERBAHAYA


KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihati supaya mengelak daripada membeli dan menggunakan 10 produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual yang tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata produk-produk kosmetik itu antaranya Melan: Off Intensive Mask, Melan: Off Cream, Afrina Night Cream, Afrina Daily Cream, Krim Herba Kemboja, Debella Nadien Glow Night Cream, Mekar Semilu Scrub Muka Mutiara BeautyvCollection dan Mekar Semilu Cream Mekarsutra.

Produk-produk kosmetik itu mengandungi asid azelaik, hidrokuinon atau tretinoin dan logam berat merkuri dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia, katanya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.

Dr Noor Hisham berkata produk yang mengandungi asid azelaik, hidrokuinon atau tretinoin adalah produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

Kebiasaannya hidrokuinon digunakan bagi merawat kulit yang mengalami masalah hiperpigmentasi, manakala tretinoin dan asid azelaik pula digunakan untuk mengurangkan kesan inflamasi bagi merawat masalah jerawat.

"Penggunaan hidrokuinon, asid azelaik dan/atau tretinoin tanpa mendapat nasihat kepakaran daripada profesional kesihatan dikhuatiri boleh menyebabkan kesan yang tidak diingini. Merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan buah pinggang dan sistem saraf," katanya.

Dr Noor Hisham berkata notifikasi produk kosmetik terlibat telah dibatalkan dan pihak syarikat yang bertanggungjawab ke atas notifikasi produk kosmetik berkenaan diarah untuk memberhentikan penjualan/pembekalan dengan serta merta dan memanggil balik kesemua stok fizikal produk kosmetik tersebut daripada pasaran dalam tempoh 72 jam.

Katanya sesiapa yang mempunyai stok produk kosmetik tersebut dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran dan penggunaan produk kosmetik tersebut dengan serta-merta.

Beliau mengingatkan penjual bahawa pemilikan produk-produk kosmetik itu melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

"Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

"Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya," katanya.

Orang ramai diminta menghubungi Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di talian 03-78018496/78835537/78835532 jika mengalami kesan sampingan atau kesan buruk penggunaan produk kosmetik

SIAPAKAH MANUSIA PALING KAYA DI MALAYSIA KETIKA INI..?


Robert Kuok kekal individu paling kaya dalam Senarai Individu Terkaya Forbes Malaysia buat kali ke-11 berturut-turut, dengan aset bersih bernilai US$10 bilion.

Pengasas Kuok Group berusia 92 tahun itu masih mengekalkan kedudukannya sebagai orang paling kaya Malaysia, meskipun banyak aset individu lain di Malaysia mengalami penyusutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Senarai penuh berkenaan boleh diperoleh menerusi www.forbes.com/malaysia, selain menerusi terbitan terkini Forbes Asia di pasaran.

Tokoh telekomunikasi, Ananda Krishnan menduduki tempat kedua, dengan kekayaan bernilai US$2.3 bilion hingga US$7.4 bilion.

Saham Maxis, unit telekomunikasi utamanya, susut ekoran cadangan kerajaan mengagihkan semula dan melelong spektrum telekomunikasi yang mencetuskan kebimbangan berlakunya perang pembidaan yang tinggi.

Operator TV berbayarnya, Astro Malaysia turut menyaksikan prestasi sahamnya terjejas, selepas Netflix memasuki negara pada Januari.

Tan Sri Quek Leng Chan kekal di tempat ketiga, walaupun aset bersihnya menyusut kepada US$300 juta, berbanding US$5.3 bilion sebelum ini.

Hong Leong Co. (Malaysia) miliki peribadinya, mempunyai kepentingan dalam sektor kewangan, hartanah dan makanan.

Berikutan pasaran saham susut 8.7 peratus dan nilai ringgit menyusut 12.6 peratus berbanding dolar US, 2016 merupakan tahun yang sukar bagi kumpulan jutawan Malaysia.

Ekonomi China yang perlahan juga menjejaskan perniagaan, manakala penurunan harga minyak dan gas dunia turut menjejaskan pendapatan berkaitan industri terbabit.

Antara yang paling teruk terjejas dalam senarai tahun ini ialah jutawan Goh Peng Ooi.

Tahun lepas, aset bersih beliau bernilai US$1.55 bilion, namun pada Ogos, sahamnya jatuh, selepas penjual jualan singkat yang tidak dikenali berkata, syarikat perisian kewangan, Silverlake Axis mengumumkann keputusan kewangan lebih tinggi berbanding kedudukan sebenarnya.

Walaupun dakwaan ini dinafikan, namun ia sudah terlambat.

Tahun ini, kekayaan Goh merosot 53 peratus kepada US$725 juta.

Hanya enam daripada 50 individu terkaya meningkat tahun ini.

Jumlah individu yang sebelum ini memiliki aset bersih berbilion dolar semakin merosot. Tahun lepas, 16 orang memiliki aset berbilion dolar, namun tahun ini hanya 12 individu.

Tan Sri Vincent Tan berada di tempat ke-17, dengan aset US$900 juta, menyertai Goh yang hilang status ‘billionaire’, manakala saudara lelaki Tan, Danny Tan Chee Sing di tempat ke-13 dengan US$975 juta.

Di tempat kesembilan, Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary, dengan aset bersih bernilai separuh daripada yang dimilikinya tahun lepas, sebanyak US$1.45 bilion, susut daripada US$2.9 bilion.

Enam individu yang terkeluar daripada senarai tahun ini ialah Tan Sri Khoo Kay Peng yang memiliki kepentingan besar dalam Laura Ashley Holdings.

Pembuat sarung tangan, Kuan Kam Hon naik ke tempat ke-11, dengan aset bernilai US$1.1 bilion, menyertai senarai baru ‘billionaire’, meningkat berbanding US$120 juta tahun lepas.

Lima nama memasuki senarai tahun ini, termasuk Wong Teek Son yang juga terlibat dalam industri pembuatan sarung tangan, di tempat ke-40 dengan US$255 juta.

Berikut senarai 10 individu paling kaya di Malaysia:

1) Robert Kuok US$10 bilion
2) Ananda Krishnan US$7.4 bilion
3) Tan Sri Quek Leng Chan US$5.3 bilion
4) Tan Sri Teh Hong Piow US$4.65 bilion
5) Tan Sri Lee Shin Cheng US$4.6 bilion
6) Tan Sri Lim Kok Thay US$4.55 bilion
7) Tan Sri Yeoh Tiong Lay US$2.25 bilion
8) Tan Sri Lau Cho Kun US$1.55 bilion
9) Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary US$1.45 bilion
10) Tan Sri Surin Upatkoon US$1.15 bilion

KEJAM..!!!MAKAN MAYAT SELEPAS DIPERKOSA DAN DIBUNUH



Dua lelaki dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah membunuh, menetak dan makan daging seorang wanita selepas merogolnya.

Mangsa, Nadezhda Avakumova, 31, mabuk ketika lelaki berkenaan menjemputnya ke sauna sebelum mereka bergilir-gilir melakukan hubungan seks.

Mahkamah diberitahu, wanita itu dikurung dan kemudian dikelar di leher selepas dia mengugut kedua lelaki untuk membuat laporan terhadap perlakuan rogol yang dilakukan kepadanya.

Selepas membunuh wanita itu, mereka menetak dan masak daging tubuh mangsa dan menghidangkan kepada rakan mereka yang lain dalam sebuah parti.

Kedua tertuduh ialah Kirill Nemykin dan Sergey Metlyayev, dari bandar Novokuznetsk di Siberia, Rusia.

Mangsa memberitahu lelaki berkenaan, dia tidak sedar apa yang berlaku ketika mereka melakukan hubungan seks dengannya kerana mabuk dan memberi amaran kepada kedua mereka untuk melaporkan kejadian tersebut kepada polis.

Berang dengan ugutan tersebut, mereka mengunci wanita itu di sebuah bilik bawah tanah di rumah salah seorang lelaki tersebut.

Lapor media tempatan, tertuduh Kiril Nemykin mengambil pisau dari meja, membuka bilik kurungan dan terus mengelar leher mangsa selepas wanita itu menjerit dan meminta pertolongan.

Mangsa meninggal dunia serta merta.

Pembantu pendakwa raya daerah Ordzhonikidze, Yana Prodchenko, Nemykin dan Metlyayev membawa mayat tersebut ke teres rumah.

“Metlyayev mengambil kapak dan mula memotong badan menjadi kepingan.

“Metlyayev mula makan daging manusia dan menawarkan kepada semua orang yang hadir ke parti di kediaman mereka untuk mencubanya,” katanya dipetik Mirror.uk.

Mayat wanita itu kemudian dibungkus dalam beg plastik dan dibuang dalam tong di hujung jalan dan kembali meneruskan parti.

Insiden ngeri itu berlaku pada tahun 2014 dan mengambil masa dua tahun untuk perbicaraan mahkamah.

Kedua-dua lelaki berkenaan mengaku bersalah membunuh wanita itu dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun.






Saturday 22 October 2016

TONY PUAKA SELAR BAJET 2017 BERI MANAFAAT PENJAWAT AWAM


Bagaimanakah agaknya  nasib penjawat awam yang majoritinya adalah dikalangan masyarakat Melayu jika pihak pembangkang dapat memerintah negara jika sikap DAP khususnya yang tidak senang dengan kemudahan dan penghargaan dari kerajaan BN dalam pembentangan bajet 2017.

Tony Puaka dalam satu kenyataannya dalam Meloyakini "

Peningkatan saiz perkhidmatan awam telah menyaksikan bayaran "emolumen" bagi 2016 meningkat sebanyak RM3.8 bilion kepada RM73.9 bilion walaupun perbelanjaan operasi berkurangan sebanyak RM8 bilion.

Bagi tahun 2017, kerajaan mengunjurkan bayaran emolumen akan meningkat sekurang-kurangnya RM3.6 bilion.

Dalam pada itu, bayaran untuk pencen dan persaraan pula akan meningkat dengan ketara daripada RM19.0 bilion pada 2016 kepada RM21.8 bilion pada tahun 2017".


Secara mudahnya kenapa si Tony Puaka ni sering mempertikaikan setiap kali bajet yang dibentangkan bagi penjawat awam apatah lagi jika ada pertambahan peruntukkan untuk keperluan dan keselesaan pasti mendapat reaksi negatif beliau.

Sikap kurang senang Tony Puaka yang juga dengan penjawat awam Pada1 November 2011,pernah sebut dalam akhbar Sin Chew Daily, mukasurat 9 mengenai cadangannya hendak kurangkan penjawat awam di Malaysia.

DAP dikatakan berhasrat untuk mengecilkan saiz penjawat awam sebanyak 1% dan jika dikira seramai 1,6 juta sekiranya memerintah bermakna lebih kurang 16,000 penjawat bakal kehilangan pekerjaan dan sudah pastinya melibatkan ramai diantaranya berbangsa Melayu.

Di saat kerajaan secara berperingkat cuba membuka peluang pekerjaan kepada graduan Melayu mengisis kekosongan atau perjawatan baru sebaliknya DAP pula mengambil pendekatan sebaliknya.

Bersediakah orang Melayu khususnya yang mempunya kuasa politik dan menguasai Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) A,B,C mahupun TURUS meletakkan ramai dikalangan Melayu membiarkan golongan seperti Tony Puaka dan DAP yang menguasai Pakatan Harapan menghakis apa yang dimiliki dan diwarisi.?


BERUK SARKIS KEMBALI BERAKSI KELUAR DEWAN SEISI PEMBENTANGAN BAJET 2017


Pembentangan bajet 2017 oleh DS Najib Razak di Dewan Rakyat hari ini sekali lagi menyaksikan bagaimana kelibat beruk beruk sarkis kembali beraksi.

Aksi seperti beruk terkena belacan seperti ditunjukkan oleh ahli Parlimen pembangkang terutama dari parti PKR,DAP dan PAN dilakukan di Dewan Rakyat yang mulia ketika PM sedang membentangkan bajet sejurus perkataan 'sandiwara' keluar dari ucapan PM.


Bukan suatu yang aneh bagi seorang wakil rakyat pembangkang di Malaysia melakukan protes kerana memang itu cara mereka tetapi sebagai mereka yang dipilih oleh rakyat,diberikan penghormatan dengan panggilan Yang Berhormat tetapi kelakuan seperti yang ditunjukkan boleh dilihat di rimba atau pun di Zoo Negara.

Alasan Wan Azizah ialah Bajet 2017 adalah tidak realistik dan sandiwara dan dah ada transkrip ucapan bajet.Lepas tu main playckad Mo1 macam budak sekolah tadika..

Kalau dah ada transkrip,boleh download baik tak perlu jadi ahli Parlimen,duduk kat rumah diam diam main dengan kipas.Rakyat pilih wakil rakyat minta supaya menjaga kepentingan mereka didalam Dewan Rakyat,suara rakyat didengar di Parlimen.

Jika tidak puas hati,berhujahlah  semasa perbahasan boleh tunjuk kebolehan dengan berhujah sebagai ahli Parlimen.Tak dengar lagi Donald Trumph angkat playkad Hillary Clinton ,perbezaan pendapat perlu diluahkan dengan peraturan cara politik berparlimen.

Politik pembangkang di Malaysia semakin low class,bukan semakin matang dan menuju cara negara maju berpolitik.Barangkali PAS kini semakin sopan dengan terus kekal di Dewan Rakyat ketika Bajet 2017 dibentangkan.Cuma kelibat Ahli Parlimen PAS Pokok Sena Mahfuz Bean yang terkinja kinja,maklumlah hanya kelulusan SRP.

BAJET 2017 TEKS UCAPAN PENUH DS NAJIB PM MALAYSIA


MENJAMIN PERPADUAN DAN PERTUMBUHAN EKONOMI, MENGHEMAH PERBELANJAAN INKLUSIF, MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT SELURUH”


Tuan Yang Dipertua,


Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk “Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2017 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu” dibaca bagi kali kedua.


Tuan Yang Dipertua,


BismillahirRahmanirRahim


Alhamdulillahi Rabbil A’lamin Wabihi Nasta’in


1. Segala puji dan puja serta kalimah tasbih dipanjatkan ke hadrat Allah Hu Ta’ala di atas limpah kurnianya yang menghimpunkan kita sekali lagi pada petang Jumaat, 21 haribulan Oktober 2016, bersamaan 20 haribulan Muharram 1438 Hijriah yang mulia ini, bagi maksud pembentangan sebuah lagi dokumen besar negara yakni Bajet 2017.
2. Demikianlah, tentunya kita memohon limpahan rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, dengan selawat sesempurna anugerah.
3. Wahai Tuhan Yang Maha Besar, sebaik-baik perancang, dipohon Taufik dan Hidayah serta nikmat bahagia yang berkekal-kekalan kepada hamba-hambaMu ini seluruh rakyat Malaysia.


Tuan Yang Dipertua,


4. Pada kesempatan ini, kita mengalu-alukan kembalinya sejumlah lebih 23 ribu orang Jemaah Haji ke tanah air dengan selamatnya. Didoakan semoga semuanya telah memperoleh Haji yang mabrur. InsyaAllah.

Tuan Yang Dipertua,

5. Saban tahun sejak kurang lebih enam dekad lalu, belanjawan-belanjawan atau bajet-bajet telah dipersembahkan.
6. Jika kita mengimbas sejarah, bermula dengan belanjawan kali pertama pasca merdeka, di Parlimen pada tahun 1959, yang hanya berbekalkan peruntukan sebanyak 888 juta ringgit, hinggalah Bajet 2017 ini, berperuntukkan sejumlah 260.8 bilion ringgit.
7. Dengan izin dan kehendak Allah yang Maha Berkuasa jua, Kerajaan Perikatan, bertali-temali kini, sebagai Kerajaan Barisan Nasional, telah berjaya mempertahan dan memperkekalkan pertumbuhan KDNK, pada purata enam peratus setahun, selama hampir enam puluh tahun berturut-turut.


Alhamdulillah, ..… Alhamdulillah.


Tuan Yang Dipertua,


8. Bajet kali ini dengan diperuntukkan 260.8 bilion ringgit, merupakan peningkatan 3.4 peratus daripada pengubahsuaian Bajet 2016.
9. Daripada jumlah ini, 214.8 bilion ringgit adalah Perbelanjaan Mengurus dan 46 bilion ringgit pula, untuk Perbelanjaan Pembangunan. Ini tidak termasuk simpanan luar jangka sebanyak 2 bilion ringgit.
10. Di bawah Peruntukan Mengurus, 77.4 bilion ringgit adalah untuk Emolumen, serta 32 bilion ringgit untuk Perkhidmatan dan Bekalan.
11. Manakala, 103.9 bilion ringgit untuk Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. Pembelian Aset pula, diperuntukkan 691 juta ringgit, dan 816.6 juta ringgit lagi, untuk perbelanjaan lain.


Tuan Yang Dipertua,


12. Di bawah Peruntukan Pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan tertinggi sebanyak 25.9 bilion ringgit, diikuti oleh sektor sosial 12.2 bilion ringgit. Sektor keselamatan mendapat 5.3 bilion ringgit, dan sektor pentadbiran am lebih 2.5 bilion ringgit.
13. Oleh itu, berdasarkan prestasi semasa, hasil 2017 dijangka berkembang sekitar 3 peratus iaitu kepada 219.7 bilion ringgit.
14. Selain itu,…sasaran Kerajaan untuk defisit fiskal 3 peratus daripada KDNK pada 2017, mudah-mudahan dapat dicapai, berbanding,… 3.1 peratus pada tahun ini.
15. Jadinya,….. Tuan Yang Dipertua, saudara dan saudari,….. saya faham, angka dan nombor-nombor yang disebut barangkali tidak mudah difahami ramai.
16. Sebenarnya, apa yang hendak saya sampaikan adalah, Kerajaan sentiasa komited untuk melaksanakan bajet yang terbaik melalui perbelanjaan berhemah, sekalipun,… kita berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi dunia.


Saudara dan saudari,


17. Maksud perbelanjaan berhemah oleh Kerajaan di sini, kalau hendak dipercontohkan dalam sesebuah keluarga, seorang bapa atau ketua keluarga harus bijak dalam menguruskan kewangan untuk keperluan seisi rumah.
18. Ertinya, jika dulu,… dapat dibelikan mainan yang agak mahal untuk anak-anak,… dalam keadaan sekarang,… beli tetap beli juga,… tetapi yang bersesuaian dengan kadar kemampuan.
19. Manakala, makan minum,… kalau sebelum ini boleh sedikit bermewah dan makan-makan di restoran mahal,… kini boleh bersederhana serta berjimat, barangkali di restoran-restoran berpatutan, namun tidak kurang enak makanannya.
20. Tambahan lagi, Malaysia dikenali sebagai ‘Syurga Makanan’.
21. Misalnya, dalam Amanat Merdeka baru-baru ini, saya telah memberi contoh makanan yang sedap dan harga pun boleh tahan, namun masih enak seperti Nasi Kandar Vanggey di Ipoh.
22. Terkini pula, saya dapat tahu,…telah viral tentang ‘Nasi Lemak Anak Dara’ di Shah Alam yang diusahakan oleh seorang graduan wanita muda dari Universiti tempatan…Kesiannnn katanya dah kena saman pulak.
23. Apa pun,… Kerajaan kini harap dan kita galakkan individu-individu terutamanya para graduan, yang ingin menjadi usahawan seperti ini didoakan agar terus berusaha dan berjaya.
Tuan Yang Dipertua,
24. Berbalik kepada Bajet 2017 ini,… kita ingin mengambil ibarat dan teladan daripada kisah-kisah di zaman Nabi Allah Yusof Alaihi Salam, bersempena Kitab Suci Al-Quran Surah 12, ayat-ayat 43 hingga 49, tentang perancangan tujuh tahun pertama dan persediaan, selanjutnya tujuh tahun cabaran mengekalkan keutuhan ekonomi negara.
25. Beriktibar daripada peristiwa bersejarah itu, merujuk kepada situasi yang berlaku kepada ekonomi negara kita, pada tahun 2008, yakni tujuh tahun lalu, Malaysia tidak terlepas daripada dilanda kelembapan ekonomi global.
26. Justeru, selepas dilantik sebagai Menteri Kewangan, di bawah pimpinan Mantan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, kami telah melancarkan Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama, berjumlah hampir tujuh bilion ringgit, bagi merangsang kembali pertumbuhan ekonomi negara.
27. Sebenarnya, pakej pertama itu, merupakan langkah interim sahaja. Kemudiannya, kira-kira sebulan sebelum saya dilantik menjadi Perdana Menteri pada Mac 2009, Pakej Rangsangan Kedua bernilai 60 bilion ringgit telah digerakkan.
28. Ternyata, langkah pro-aktif ini berjaya memangkin ekonomi negara yang lembap pada masa tersebut. Hasilnya, ekonomi Malaysia kembali berkembang, dengan pertumbuhan KDNK mencecah 7.4 peratus pada tahun 2010.


Tuan Yang Dipertua,


29. Alhamdulillah, rentetan daripada inisiatif-inisiatif pakej-pakej stimulus tersebut, dan tujuh bajet yang telah dilaksanakan, ekonomi kita stabil dan kekal berada di landasan positif.


Tuan Yang Dipertua,


30. Sesungguhnya, keadaan ekonomi global atau external economy masakini adalah tidak menentu dan berada di luar kawalan kita.
31. Pertumbuhan perlahan ekonomi antarabangsa berpunca, daripada kelembapan kesemua Kuasa-Kuasa Besar Ekonomi Dunia secara serentak.
32. Sebab itulah, pertumbuhan KDNK dunia menurun daripada 3.2 peratus pada 2015, ke paras 3.1 peratus yang diunjurkan bagi tahun 2016.
33. Kendatipun begitu, kita amat bersyukur, pertumbuhan ekonomi kita masih kekal stabil dan sustainable bagi separuh pertama tahun ini.
34. Jelasnya, ekonomi negara terus berkembang pada 4.1 peratus dan kita yakin sasaran pertumbuhan 4 hingga 4.5 peratus bagi tahun 2016 dan 4 hingga 5 peratus pada 2017 akan tercapai, Insya-Allah.
35. Sesungguhnya jua, we are now on the right track kerana berani membuat membuat keputusan-keputusan yang tepat, sekalipun ia tidak popular.
36. Saya hendak nyatakan di sini, bahawa all those major and crucial decisions were deliberately done.
37. Bak kata pepatah Melayu, Menyediakan Payung Sebelum Hujan dengan mempasak dan memancang, foundation yang kukuh demi kedudukan jangka masa panjang kewangan dan ekonomi negara.


Tuan Yang Dipertua, Saudara dan Saudari sekalian,


38. Segalanya ini dicapai berkat kegigihan dan perancangan Kerajaan dengan menumpukan kepada beberapa dasar strategik, sejak tahun 2010.
39. Pertamanya: Mempelbagaikan sumber hasil Kerajaan, terutamanya mengurangkan kebergantungan hasil negara daripada sektor minyak dan gas sebanyak 41.3 peratus pada tahun 2009 kepada, 14.6 peratus pada tahun 2016.
40. Hasil daripada mempelbagaikan ekonomi secara lebih meluas ini, pertumbuhan ekonomi negara dapat dipertahankan dan masih terpelihara, sungguhpun harga minyak telah merosot hampir 50 peratus.
41. Keduanya: Langkah berani Kerajaan memperkenalkan GST untuk meluaskan sumber pendapatan Kerajaan. Perlu kita sedar, hasil cukai langsung dari individu hanyalah terdiri daripada 2.1 juta pembayar sahaja, daripada 14.6 juta jumlah warga kerja negara.
42. Tambahan pula, dengan kejatuhan harga minyak, dianggarkan Kerajaan kehilangan pendapatan kira-kira 30 bilion ringgit setahun, daripada sumber cukai pendapatan, cukai korporat, royalti, dividen PETRONAS dan cukai petroleum.
43. Sedarilah, dengan adanya GST, Kerajaan berupaya menampung perbelanjaan di kala sumber yang lain berkurangan.


Tuan Yang Dipertua,


44. Sukacita saya melaporkan, melalui GST sebanyak hampir 30 bilion ringgit telah berjaya dikutip setakat 19 Oktober 2016.
45. Apa yang pastinya, ingin saya tegaskan di sini,…janganlah percaya gembar-gembur bahawa kadar GST akan dinaikkan. Itu cuma cakap-cakap kosong dan tidak benar sama sekali.
46. Langkah Ketiganya, Rasionalisasi Subsidi: Sebagai contoh, jika hendak dibandingkan bagi minyak, pada tahun 1995, masa itu subsidi hanyalah 123 juta ringgit. Jumlah ini hanya mewakili 0.24 peratus daripada bajet keseluruhan negara.
47. Kemuncaknya, pada tahun 2012, mencecah jumlah subsidi 24.8 bilion ringgit, atau 9.8 peratus daripada bajet keseluruhan negara.
48. Secara langsungnya, dasar subsidi pukal jelas membebankan kewangan negara dan menggalakkan ketirisan, dan kita telah ganti dengan subsidi bersasar, yang manfaatnya sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan bantuan.


Tuan Yang Dipertua,


49. Terbukti, melalui segala inisiatif yang diambil oleh pihak Kerajaan ini, ekonomi kita berkembang secara mampan, dan kini, mengikut ukuran Purchasing Power Parity,… Malaysia telah menjadi sebuah negara upper middle income, mengatasi banyak negara bukan sahaja di Asia, namun di seantero dunia.
50. Maknanya, menurut KDNK PPP per kapita rakyat Malaysia, telah meningkat daripada 23,100 dolar Amerika pada tahun 2012, kepada 26,891 dolar Amerika pada tahun 2015.


Tuan Yang Dipertua,


51. Pada sudut lain,… Kerajaan sedar tentang desas desus bahawa, para pelabur sekarang kononnya tidak lagi berkeyakinan dengan ekonomi Malaysia.
52. Perlu difahami, ekonomi sesebuah negara sangat berkait rapat dengan persepsi, sebabnya, tanpa keyakinan mana mungkin datangnya pelaburan untuk ekonomi digerakkan.
53. But,..… if our own people,…. undermine and sabotage our own economy, ibaratnya merudumkan rumah dan tanah air kita sendiri.
54. Justeru, perbuatan seperti ini oleh musuh-musuh luar apatah lagi tangan-tangan kotor dalam negara, yang tidak bertanggungjawab seperti ini,… mesti dihentikan!!!
Tuan Yang Dipertua,
55. Bagi kita,… Kerajaan Barisan Nasional,….. bak kata orang, sekalipun seribu panah tersusuk di badan,… seandainya sejuta luka terbenam diserang, demi rakyat Malaysia yang tercinta, dari Semenanjung hingga Sabah dan Sarawak, kita akan terus mara menjulang Malaysia ke hadapan.


Tuan Yang Dipertua,


56. Syukur Alhamdulillah, fakta-fakta telah membuktikan hakikat sebenarnya.
57. Misalnya, jumlah pelaburan asing yang telah diluluskan bagi separuh pertama tahun 2016, adalah lebih 28 bilion ringgit. Ini merupakan peningkatan sebanyak 32 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
58. Ini,… tidak termasuk pelaburan domestik lebih 60 bilion ringgit.
59. Malah, semasa lawatan ke Jerman bulan lalu, pertemuan saya dengan komuniti perniagaan di sana, mereka menyatakan minat untuk terus kekal dengan pelaburan di sini, kerana yakin dengan dasar-dasar Kerajaan Malaysia yang jelas.
60. Contohnya, syarikat Osram telah mengumumkan pelaburan bernilai 1 bilion Euro, atau hampir 5 bilion ringgit.
61. Pelaburan untuk kilang LED di Kulim Kedah ini adalah yang terbesar dan terkini di seluruh dunia.
62. Insya-Allah, minggu hadapan, saya akan ke China pula. Doakanlah agar lawatan ini akan membawa kejayaan yang lumayan untuk negara kita.
63. Terkini, menurut Kaushik Basu, Chief Economist and Senior Vice President of the World Bank,…as many nations suffer because of falling global commodity prices, Malaysia stands out for having transformed itself from a poor, commodity-exporting nation to a modern diversified economy.


Tuan Yang Dipertua,


64. Setiap kali bajet dibuat, ramai akan merujuk dan membahas kepada beberapa ayat penting dalam Al-Quran, antaranya Surah Al-Hasyr ayat 7, bahawa, janganlah harta itu berlegar di kalangan orang-orang kaya di antara kamu sahaja.
65. Saya telah merujuk kepada pandangan pakar dan alim ulama tentang perkara ini dan difahamkan bahawa tafsiran ayat ini perlulah dilihat dalam konteks yang lebih luas dan holistik.
66. Memetik huraian Imam Al-Mawardi, sesuatu pemberian atau peruntukan seperti bajet ini, kepada masyarakat adalah bersifat subjektif dengan mengambil kira keperluan dan maslahah semasa rakyat terbanyak.
67. Sesungguhnya, untuk menggubal sebuah bajet yang kompleks, bukanlah perkara enteng. Sebagai Kerajaan yang merasa denyut nadi rakyat, sepanjang beberapa bulan yang lalu, Kerajaan juga telah menerima ribuan idea daripada rakyat pelbagai lapisan dan kategori.


Tuan Yang Dipertua,


68. Bertapak dari itu, makanya Bajet 2017 digubal dengan berpegang kepada Lima Prinsip dan Falsafah Kerajaan.
Satu: Kerajaan ini adalah Kerajaan yang mengutamakan kesepaduan nasional dalam pembinaan negara bangsa. Kepelbagaian etnik dan kemajmukan sebagai aset teras kemajuan dan pembangunan negara semenjak dulu, kini dan selamanya;
Kedua: Kerajaan ini adalah Kerajaan yang mementing dan memelihara kedaulatan, keluhuran perlembagaan dan undang-undang serta keselamatan negara;
Ketiga: Kerajaan ini, adalah Kerajaan yang kohesif dan stabil serta bekerja sebagai satu pasukan yang jitu;
Keempat: Kerajaan ini, adalah Kerajaan yang gigih berusaha, dengan arah tuju yang jelas, perancangan yang sistematik dan pelan pelaksanaan yang tersusun, efisyen lagi holistik. Indeed, this Government has delivered,… we are still delivering and most importantly, we will continue to deliver.
dan,…
Kelimanya: Kalau dalam bernegara, kita berpegang kepada ideologi kebangsaan yakni Rukun Negara. Maka dalam mentadbir Malaysia, Kerajaan ini akan terus berpandukan kepada falsafah Islami yang universal sifatnya yakni Wasatiyyah, merangkumi kesederhanaan, keseimbangan, keadilan sosial, kesaksamaan dan kecemerlangan.
Ini bererti,… kita senantiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk memperoleh yang terbaik,… bukan sederhana, complacent atau berpuas hati dengan pencapaian ala kadar sahaja.


Tuan Yang Dipertua, rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,


69. Dalam melalui suka duka episod memacu kejayaan negara,… kita tidak lupa kepada tokoh-tokoh juga pimpinan-pimpinan yang menjadi sumber inspirasi dan teladan kepada semua.
70. Lalunya,… di kesempatan ini, kita menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga beberapa insan yang banyak berjasa kepada negara. Mereka yang akan saya sebutkan sememangnyalah bukan terdiri daripada ahli Parlimen namun, sekadar berkongsi cerita dan rasa.
71. Pertamanya, Allahyarham Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa yang menumpah taat setia kepada perjuangan bangsanya dan partinya hingga ke hujung usianya, 93 tahun.
72. Kedua, kepada seorang lagi sahabat peribadi saya dan keluarga, yakni Allahyarham Tuan Guru Ustaz Dato’ Dr. Haron Din.
73. Sesungguhnya, kita rakyat Malaysia telah kehilangan dua tokoh yang sangat dihormati.
74. Jelas sekali, meskipun Allahyarham Tuan Guru berada di landasan politik berbeza, namun, kita tetap menyanjung tinggi perjuangan beliau untuk ummah, dan pihak Kerajaan telah menganugerahkan gelaran Tokoh Khas Maal Hijrah 2016 kepadanya. Tapi kita berasa sedih dan kecewa, kerana ada kalangan pihak pembangkang sendiri yang terang-terangan membenci dan menista beliau.


Tuan Yang Dipertua,


75. Pernah, semasa saya melawat beliau di hospital, secara peribadi tokoh ilmuwan Islam ini, ada menyebut kepada saya bahawa, “jika kita suka kepada seseorang itu berpada-padalah,… mana tahu kelak kita akan membencinya. Kalau kita benci kepada seseorang itu pula, berpada-pada jugalah,… kerana mungkin orang yang dibenci itu kelak akan menjadi orang yang kita sayang”…..
76. Kepada kedua-duanya, yang telah dipanggil pulang ke ribaan Yang Maha Esa, kita sedekahkan – ummul kitab Al-Fatihah…


Tuan Yang Dipertua,


77. Kita kini berada di ambang enam dekad kemerdekaan watan tercinta ini. Selama itulah penjawat awam yang kini jumlahnya mencecah 1.6 juta orang, menjadi tonggak pentadbiran dan jentera kemajuan negara.
78. Sebagai menghargai khidmat bakti dan jasa mereka, sukacitanya saya mengumumkan:
Pertama: Kemudahan Cuti Belajar dengan gaji dibayar penuh bersama biasiswa yang sebelum ini hanya kepada Kumpulan Pengurusan dan Profesional, kini akan diberikan juga kepada Kumpulan Pelaksana;
Kedua: Pemberian Cuti Kuarantin kepada penjawat awam yang anaknya sakit dan perlu dikuaratin menerusi cuti tanpa rekod sebanyak 5 hari;
Ketiga: Kalau seperti sedia ada kemudahan pembiayaan diberikan kepada pembelian komputer, bajet kali ini memutuskan agar kemudahan ini diperluaskan meliputi pembelian smartphone dengan had pinjaman sehingga 5 ribu ringgit bagi setiap tiga tahun; dan
Keempat: Tidak cukup dengan itu,…tidak cukup…..Kerajaan memutuskan bahawa had pinjaman pembelian motosikal akan dinaikkan daripada 5 ribu ringgit kepada 10 ribu ringgit.


Tuan Yang Dipertua,


Kelima: Kerajaan tetap mengambil berat tentang perumahan penjawat awam, dan terus komited supaya mereka memiliki rumah sendiri.
Maka dengan ini, sukacita Kerajaan bersetuju menaikkan kelayakan pinjaman perumahan penjawat awam daripada serendah-rendahnya 120 ribu ringgit kepada 200 ribu ringgit, manakala pinjaman paling tinggi sebelumnya 600 ribu ringgit, kini dinaikkan kepada 750 ribu ringgit;
Keenam: Sebanyak 30 ribu unit lagi Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia akan disiapkan; dengan harga jualan sekurang-kurangnya 20 peratus di bawah harga pasaran; yakni berharga antara 90 ribu ringgit hingga ke 300 ribu ringgit;
Ketujuh: Kepada pegawai contract of service dan contract for service yang akan tamat pada penghujung tahun ini pula, usahlah bimbang, kontrak tuan-tuan dan puan-puan akan Kerajaan lanjutkan sekurang-kurangnya setahun lagi;
Kelapan: Bagi mengatasi masalah para doktor pakar yang mahu meninggalkan perkhidmatan awam atas isu kelewatan naik pangkat,… Kerajaan memandang serius,… seraya kita umumkan satu lapisan gred baru, yakni gred 56 antara gred 54 dan JUSA C diwujudkan, bagi pegawai perubatan pakar dan pegawai pergigian pakar; dan
Kesembilan: Kerana kekangan jawatan tetap, Kerajaan mengambil keputusan melantik secara kontrak kumpulan pertama graduan perubatan, pergigian dan farmasi selewat-lewatnya Disember 2016.
Untuk makluman,… hampir 2,600 doktor yang sebelum ini tidak dapat penempatan housemanship di mana-mana hospital, kini boleh menjalani housemanship secara kontrak. Harapnya, berita ini akan membawa khabar gembira kepada mereka dan keluarga.


Tuan Yang Dipertua,


79. Sebelum pembentangan diteruskan, saya ingin memperbetulkan beberapa tuduhan dan misconceptions yang dimomok oleh pihak tidak bertanggungjawab, sehingga mengeliru dan menimbulkan keresahan tidak menentu di kalangan masyarakat tentang ekonomi Malaysia.
80. Salah faham dan salah persepsi yang pertama,… dikatakan – Kerajaan Akan Bankrap atau Muflis.
81. Berkait perkara ini, saya ingin maklumkan bahawa, sesebuah Kerajaan hanya dikategorikan sebagai bankrap atau muflis, sekiranya Kerajaan tersebut tidak mampu membayar tanggungan hutang-hutangnya.
82. Letak duduk ini, dinilai melalui penarafan oleh antaranya tiga buah agensi antarabangsa yang sangat berwibawa yakni, Fitch, Moodys dan Standard & Poors.
83. Institusi-institusi inilah Badan-Badan Penarafan yang diterima pakai rating dan laporan keupayaan negara-negara dalam membayar-balik hutang.
84. Sebagai perbandingan, menerusi agensi penarafan Fitch, terkini Malaysia diberi penarafan A- berbanding dengan Filipina BBB -, Thailand BBB + dan Vietnam BB -.
85. Malah penarafan Malaysia, adalah sama dengan kelompok negara yang saiz ekonominya lebih besar dan maju daripada negara kita, seperti Korea AA- , China A+ , Taiwan A+ , dan Jepun A.
86. Maknanya di sini,… istilah muflis atau bankrap itu jauh sekali daripada kamus ekonomi Malaysia!!!


Tuan Yang Dipertua,


87. Salah faham dan salah persepsi kedua,… dikatakan bahawa Malaysia is a Failed State, atau Negara Yang Gagal.
88. Inipun fitnah semata-mata. Saya nak terangkan apa maknanya Failed State….. Ia terjadi seandainya sesebuah negara itu gagal melaksanakan sebahagian besar tanggungjawab dan fungsi asas Kerajaan.
89. Ini termasuklah kegagalan anggota polis dan askar mengawal keamanan dan keselamatan negara, kegagalan Kerajaan untuk membayar gaji penjawat awam, kegagalan untuk membekalkan keperluan asas seperti air dan elektrik, kadar inflasi melambung tinggi atau hyper inflation, sehingga membawa kepada kehancuran ekonomi.
90. Ternyata ciri-ciri tersebut tidak wujud di Malaysia!!! …dan,… dengan Pertolongan Allah, Kerajaan ini tidak sesekali akan membiarkan kita terjerumus ke kancah negara yang gagal.


Tuan Yang Dipertua,


91. Bajet ini bukanlah digubal bagi kepentingan, atau berlegar kepada kumpulan rakyat tertentu sahaja. Namun direkayasa, bersifat inklusif demi kesejahteraan rakyat seluruhnya.
92. Justeru, jika digambarkan melalui piramid, dalam negara kita, terdapat tiga kategori utama rakyat berdasarkan kepada julat pendapatan isi rumah yakni T20, M40 dan B40.
93. Bagi golongan rakyat M40 secara umumnya, adalah kelompok isi rumah yang berpendapatan sekitar 3,900 ringgit hingga 8,300 ringgit.
94. Golongan M40 termasuklah individu bujang, dan kebanyakkannya merupakan suami isteri bekerja, berpendidikan dan berkemahiran tinggi.
95. Alhamdulillah, golongan ini tidak mempunyai masalah memenuhi keperluan asas mereka. Namun, menjadi hasrat Kerajaan untuk meningkatkan disposable income atau pendapatan boleh guna mereka.
96. Ini merangkumi aspek-aspek kerjaya yang terjamin, peluang peningkatan pendapatan dari masa ke semasa, perumahan, keselamatan, pendidikan, kesihatan dan keseimbangan antara kesibukan kerja, berekreasi serta masa yang berkualiti bersama keluarga masing-masing.


Tuan Yang Dipertua,


97. Untuk kefahaman ramai, B40 pula ialah golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah, dengan pendapatan isi rumah sekitar 3,900 ringgit ke bawah. Dari perspektif ekonomi makro, wujudnya golongan ini adalah lazim di mana-mana negara membangun.
98. Menurut Laporan Khazanah Research Institute, kadar pertumbuhan pendapatan isi rumah B40 ini meningkat lebih pantas, jika dibandingkan dengan pertumbuhan pendapatan golongan M40 dan T20.


Tuan Yang Dipertua, saudara-saudari dan rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,


99. Sekiranya dalam Bajet 2015, saya telah mentafsirkan People Economy dan Capital Economy, kali ini, saya mahu menambah satu lagi konsep penting dalam kita menuju status negara maju yakni, public happiness.
100. Maksud saya, bajet ini bukan hanya tentang pendapatan semata-mata, tetapi ia berkait kualiti kesejahteraan hidup rakyat, seperti aman dari jenayah, menikmati alam sekitar yang bersih dengan pelbagai seni dan kebudayaan yang berwarna warni.
101. Juga,… pencapaian pendidikan yang tinggi, mengangkat kesarjanaan dan keintelektualan, adanya khidmat kesihatan yang terjamin serta memiliki akses kepada pengangkutan awam yang efisyen.
102. Sehubungan dengan hal alam sekitar, kita perlu terus memelihara alam semulajadi terutama kawasan tadahan air dan mempastikan bahawa kawasan-kawasan yang telah diisytiharkan sebagai hutan simpanan dan taman-taman nasional dijaga serta sentiasa dipertahankan agar tidak dicerobohi. Ini hanya akan menjadi kenyataan seandai semua Kerajaan Negeri memberikan kerjasama sepenuhnya dengan gandingan sektor swasta dan rakyat jelata.


Tuan Yang Dipertua,


103. Demi kesejahteraan rakyat, Kerajaan akan terus komited melaksanakan projek dan program Rakyat Centric di bandar dan luar bandar seperti berikut:
Pertama: Melalui maklumat dan sesi turun padang, terdapat kampung-kampung yang masih berada dalam keadaan suram malah gelap tanpa kelengkapan tiang-tiang lampu jalan.
Makanya, menjadikan kampung di waktu malam lebih terang, bercahaya lagi selamat, sebanyak 97 ribu lampu jalan dan 3 ribu lampu LED di persimpangan jalan akan dipasang.
Ini melibatkan 7,500 kampung di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak;
Kedua: Membina dan menaik taraf 616 kilometer jalan kampung dan jambatan bagi meningkatkan jaringan perhubungan kampung, pekan dan bandar, dengan peruntukan 1.2 bilion ringgit;
Ketiga: Bagi menyelenggara jalan negeri, 4.6 bilion ringgit disediakan kepada semua negeri di bawah Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia atau MARRIS;
Keempat: Membina dan membaik pulih 17 ribu unit rumah usang dan daif di kampung terpencil dan penempatan Orang Asli dengan peruntukan 350 juta ringgit.
Setiap unit rumah diberi bantuan baik pulih antara seribu hingga 15 ribu ringgit bergantung kepada usangnya keadaan rumah tersebut;
Kelima: Meningkatkan penyediaan bekalan air bersih dengan peruntukan 732 juta ringgit, mensasarkan 5,200 buah rumah, termasuk menaik taraf sistem bekalan air FELDA.
104. Terkini pula, terdapat pelbagai masalah bekalan air di beberapa negeri, antaranya kekurangan kapasiti bekalan, cuaca kemarau, pencemaran sisa industri dan pembalakan serta kebocoran paip.
105. Bagi menaik taraf kapasiti dan menjamin bekalan air, Kerajaan memperuntukkan geran 156 juta ringgit dan 509 juta ringgit dalam bentuk pinjaman.
106. Sebagai tambahan, untuk mengatasi masalah bekalan air, di seluruh negara, Tabung Bekalan Air akan diwujudkan dengan segera, berperuntukkan 500 juta ringgit.
Keenam: Menyediakan bekalan elektrik luar bandar, mensasarkan hampir 10 ribu buah rumah dengan peruntukan 460 juta ringgit; dan
Ketujuhnya: Kerajaan sentiasa mengambil berat kebajikan penduduk bandar khususnya yang tinggal di flat. Didapati rumah-rumah pangsa ini banyak berkeadaan luntur dan kusam kerana tidak dipulihara sebaiknya. Begitu juga keadaan lif-lif yang rosak dan bermasalah.
Oleh itu, Kerajaan menyediakan 300 juta ringgit untuk membaik pulih kemudahan kawasan flat dan 113 Program Perumahan Rakyat di kawasan bandar dan pinggir bandar.
107. Kerajaan juga akan melaksanakan Projek Mesra Rakyat dengan peruntukan 800 juta ringgit. Antaranya, menaik taraf dan membina surau, titi, parit, balai raya, pasar dan gerai perniagaan kecil. Keutamaan projek diberi kepada kontraktor kelas G1 dan G2 tempatan.
108. Selain itu, 69 projek Rancangan Tebatan Banjir akan diteruskan di seluruh negara dengan peruntukan 495 juta ringgit.


Tuan Yang Dipertua,


109. Sukacita saya mengumumkan satu lagi inisiatif baharu Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau NBOS yakni, MyBeautiful New Home, khusus kepada golongan B40, dengan peruntukan 200 juta ringgit.
110. Sebagai permulaan, 5 ribu unit rumah akan dibina dengan harga 40 ribu hingga 50 ribu ringgit seunit.
111. Menariknya, Kerajaan akan membiaya 20 ribu ringgit dan bakinya dibayar secara ansuran oleh pemilik. Syaratnya, rumah ini akan dibina di tanah milik sendiri, tanah yang telah mendapat kebenaran tuan tanah dan tanah kurniaan Kerajaan Negeri.
112. KPKT pula akan membina 9,850 unit rumah di bawah PPR dan menyediakan sebanyak 134 juta ringgit bagi tahun 2017.
113. Sementara itu, 11,250 unit rumah PPR sedang dalam pembinaan dan 576 juta ringgit disediakan. Rumah ini dijual dengan harga antara 35 ribu sehingga 42 ribu ringgit, walaupun kos pembinaannya menelan 120 hingga 160 ribu ringgit.
Tuan Yang Dipertua,
114. Bagi membantu meningkatkan peluang pendapatan rakyat, terutamanya kelompok B40, 275 juta ringgit diperuntukkan seperti berikut:
Pertama: Memperluaskan Program MySuria dengan peruntukan 45 juta ringgit. Panel solar akan dipasang di lebih 1,600 rumah. Setiap peserta program akan menerima 250 ringgit sebulan;
Kedua: Memperluas Program Mobilepreneur oleh GIATMARA, dengan peruntukan 30 juta ringgit, yang mensasarkan 3 ribu peserta bermotosikal;
Ketiga: Melaksanakan program Agropreneur, dengan peruntukan 100 juta ringgit bagi melahirkan 3 ribu usahawan tani muda yang terlibat di dalam pengeluaran hasil tani bernilai tinggi; dan
Keempat: Menggiatkan program eUsahawan dan eRezeki di bawah MDEC, merangkumi 300 ribu peserta dengan peruntukan 100 juta ringgit.


Saudara dan saudari,


115. Bagi meringankan kos sara hidup rakyat, Kerajaan menyediakan peruntukan subsidi hampir 10 bilion ringgit, merangkumi subsidi bahan api termasuk gas memasak, pampasan tol dan pengangkutan awam.
116. Untuk membantu golongan pesawah padi pula, Kerajaan memperuntukkan 1.3 bilion ringgit untuk subsidi harga padi, benih padi dan baja padi, termasuk padi bukit.
117. Sebagai insentif kepada pekebun kecil getah yang berdaftar, Kerajaan memperuntukkan 250 juta ringgit untuk pelaksanaan pembelian ‘harga lantai’.
118. Sebagai langkah tambahan, bajet ini juga mengumumkan, Kerajaan akan memperkenalkan Bantuan Musim Tengkujuh sebanyak 200 ringgit sebulan bagi 3 bulan pada November, Disember dan Januari memanfaatkan 440 ribu pekebun kecil dan penoreh getah.
119. Selanjutnya, bagi meringankan beban sara hidup 57 ribu nelayan, pemberian elaun 200 hingga 300 ringgit sebulan akan diteruskan.


Tuan Yang Dipertua,


120. Sejak Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M diperkenalkan, setiap tahun tanpa gagal, program ini terus mendapat sambutan dan maklum balas yang sangat positif daripada penerima.
121. Pada satu program yang saya hadiri, seorang penerima BR1M dari keturunan India, telah datang dan menggenggam erat tangan saya sambil berkata,… ‘saya tarak kisah apa orang mau cakap pasal Kerajaan, yang penting Dato’ Najib,… BR1M bantu saya dan keluarga’.


122. Jadinya, Tuan Yang Dipertua, saudara dan saudari rakyat Malaysia sekalian,… kata orang,…


Dedak bukan,… umpan pun bukan,
BR1M yang ikhlas satu pemberian,
Keperluan rakyat kita dahulukan,
Jumlah BR1M, kita tambah-tambahkan.


123. Sehubungan itu, untuk tahun hadapan, kadar BR1M dinaikkan seperti berikut:
Pertama: BR1M kepada isirumah dalam senarai e-Kasih dan berpendapatan bulanan di bawah 3 ribu ringgit, akan dinaikkan daripada 1,050 dan 1,000 kepada 1,200 ringgit;
Kedua: BR1M kepada isirumah berpendapatan 3 ribu hingga 4 ribu ringgit, akan dinaikkan daripada 800 kepada 900 ringgit; dan
Ketiga: Bagi individu bujang berpendapatan di bawah 2 ribu ringgit, BR1M akan dinaikkan daripada 400 kepada 450 ringgit.


124. Tidak sekadar itu, Skim Khairat Kematian akan diteruskan dengan pampasan seribu ringgit kepada waris penerima BR1M bagi kategori isi rumah dan warga emas. Keseluruhan Program BR1M ini akan memanfaatkan 7 juta penerima dengan peruntukan 6.8 bilion ringgit.


Tuan Yang Dipertua,


125. Bagi menghasilkan tenaga kerja tempatan yang memenuhi keperluan industri, kapasiti pendidikan TVET akan diperkasakan dengan peruntukan 4.6 bilion ringgit kepada institusi-institusi TVET.
126. Menerusi NBOS, untuk mengoptimakan aset-aset Kerajaan, maka sembilan buah kampus Institut Pendidikan Guru, akan diubah-suai untuk menjadi Politeknik dan Kolej Vokasional.
127. Akhirnya, empat buah akan menjadi Politeknik, empat lagi Kolej Vokasional, dan sebuah lagi sebagai pusat latihan jurulatih TVET.
128. Di atas inisiatif kreatif ini, hanya kira-kira 400 juta ringgit diperuntukkan, berbanding 250 juta ringgit, untuk membina hanya sebuah politeknik yang baharu. Ini menjimatkan wang Kerajaan kira-kira 2 bilion ringgit.
129. Selanjutnya, 270 juta ringgit disediakan untuk naiktaraf peralatan pembelajaran di institusi TVET serta 360 juta ringgit bagi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran.
130. Berhubung ini, potongan cukai sebanyak dua kali diberikan ke atas perbelanjaan syarikat swasta yang menyediakan Structured Internship Programme bagi pelajar di peringkat ijazah sarjana muda, diploma dan pelajar Tahap 3 dan ke atas di bawah Program TVET. Insentif ini dilanjutkan untuk tempoh 3 tahun mulai tahun taksiran 2017 hingga tahun taksiran 2019.
131. Selain itu, geran padanan latihan dan pembangunan kurikulum akan diberi kepada institusi TVET awam yang berjaya mendapatkan sumbangan dalam bentuk peralatan daripada industri.


Tuan Yang Dipertua,


132. Bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan, 50 juta ringgit disediakan untuk perluasan program Skim Latihan 1Malaysia oleh GLC kepada 20 ribu graduan bagi tahun 2017, berbanding 15 ribu graduan pada tahun 2016.


Tuan Yang Dipertua,


133. Rumah tempat berteduh adalah soal yang amat dekat di hati saya. Mahu tidak mahu,… Kerajaan terus komited dalam ehwal perumahan rakyat di mana setiap keluarga mampu memiliki kediaman sendiri.
134. Untuk meningkatkan keupayaan pembeli rumah pertama, konsep berikut akan diperkenalkan:
Konsep Pertama: Melalui NBOS lagi, kita akan menyediakan tanah Kerajaan yang tidak diguna-pakai di lokasi strategik kepada GLC dan PR1MA, untuk membina lebih 30 ribu unit rumah membolehkan harga jualan antara 150 ribu ringgit hingga 300 ribu ringgit. Harga ini jauh lebih rendah dari pasaran;
Konsep Kedua: Membina 10 ribu unit rumah di bandar untuk disewa oleh golongan muda yang layak dengan pekerjaan yang tetap, termasuk graduan muda yang baru memasuki alam pekerjaan.
Mereka boleh menyewa dengan tempoh maksima lima tahun, pada kadar yang lebih rendah daripada kadar pasaran, sementara mereka membina kemampuan kewangan untuk membeli rumah sendiri; dan
Ketiganya: Syarikat Perumahan Negara Berhad diperuntukkan 200 juta ringgit untuk membina lebih 5 ribu unit Rumah Mesra Rakyat dengan subsidi Kerajaan sehingga 20 ribu ringgit seunit.
Tuan Yang Dipertua,
135. PR1MA telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Setakat ini, lebih 12 ribu unit kediaman, berjumlah 3.3 bilion ringgit telah ditempah. Manakala 85 ribu lagi dalam pelbagai peringkat kelulusan.
136. Di kesempatan ini, saya ingin mengumumkan satu skim pembayaran akhir atau end-financing khas jenis step-up untuk program PR1MA.
137. Melalui skim khas ini, pembiayaan lebih mudah dan accessible kepada pembeli, dengan jumlah pinjaman mencecah 90 hingga 100 peratus, dan kadar penolakan pinjaman akan berkurangan secara drastik.
138. Proses permohonan bagi skim ini akan mula dilaksanakan pada 1 Januari 2017. Skim ini merupakan hasil kerjasama di antara pihak Kerajaan, Bank Negara Malaysia, KWSP dan juga 4 bank tempatan iaitu Maybank, CIMB, RHB dan AmBank.
139. Contohnya, pemohon yang berpendapatan 3 ribu ringgit sebulan, hanya layak mendapat pinjaman lebih 187 ribu ringgit. Melalui skim pembiayaan khas ini, pemohon boleh mendapatkan pinjaman sehingga lebih 295 ribu ringgit.
140. Di samping itu diumumkan pengecualian duti setem dinaikkan kepada 100 peratus ke atas surat cara pindah milik dan surat cara pinjaman perumahan. Ini membantu mengurangkan kos pemilikan rumah pertama, berbanding 50 peratus pada masa ini.
141. Walau bagaimanapun, layanan pengecualian ini terhad kepada nilai rumah sehingga 300 ribu ringgit bagi pembelian kediaman pertama sahaja, antara tempoh 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2018.


Tuan Yang Dipertua,


142. Untuk pembangunan infrastruktur bagi Rumah Generasi Kedua, FELDA, FELCRA dan RISDA masing-masing diperuntukkan 200 juta ringgit, 100 juta ringgit dan 100 juta ringgit lagi.


Tuan Yang Dipertua,


143. Seterusnya berita gembira untuk pembayar cukai. Jika kini terdapat 21 kategori pelepasan cukai individu, terbaru, untuk pembelian bahan bacaan, komputer dan peralatan sukan digabungkan sebagai pelepasan cukai gaya hidup.
144. Ini diperluaskan meliputi pembelian akhbar-akhbar arus perdana, smartphone dan tablet, langganan internet serta bayaran keahlian gimnasium. Pelepasan ini diberi sehingga 2,500 ringgit setiap tahun, berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2017.


Tuan Yang Dipertua,


145. NBOS telah menjimatkan 3.5 bilion ringgit perbelanjaan negara.
146. Oleh kerana sambutan hebat daripada rakyat, 4 lagi UTC di Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang dan Selangor, dan 3 lagi RTC di Selangor, Sabah dan Sarawak akan dibina dengan peruntukan 100 juta ringgit.
147. Sebagai langkah baru, setiap UTC akan disediakan sebuah Job Centre untuk membantu memadankan antara pencari kerja dan bakal majikan.
148. Di sini saya ingin bertanya,…mana ada Kerajaan dalam dunia yang menyediakan pusat khidmat sehenti beroperasi tujuh hari seminggu, bermula 8 pagi hingga 10 malam? Mana ada,… melainkan Kerajaan Barisan Nasional.
149. Selain itu, inisiatif NBOS yang lain seperti program Bahasa Inggeris 1Malaysia, Coding di sekolah, Volunteering for International Professional dan Global Entrepreneurship Community 2 diperuntukkan 40 juta ringgit.


Tuan Yang Dipertua,


150. Tatkala Kerajaan melaksanakan pelbagai program Rakyat Centric, Kerajaan terus komited memampankan fiskal negara jangka panjang dengan antara lain menubuhkan Collection Intelligence Arrangement atau CIA di bawah Kementerian Kewangan. Ini akan melibatkan LHDN, Kastam dan SSM yang akan berkongsi data bagi menambah kecekapan mengutip cukai dan tax compliance.
151. Selain itu, kadar duti setem ke atas surat cara pindah milik hartanah bernilai melebihi 1 juta ringgit, akan dinaikkan daripada 3 kepada 4 peratus mulai 1 Januari 2018.
152. Juga, projek rakyat-centric akan diteruskan melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta berjumlah 10 bilion ringgit.


Tuan Yang Dipertua,


153. Profesor HAMKA ada menyebut,… jiwa yang bersih tumbuh daripada jasmani yang bersih dan sihat, manakala kesempurnaan jati diri membentuk budi, iaitu ilmu mengatur kesihatan, yakni riadah, atau pun bersukan.
154. Namun bersih di sini,….. bukan bererti menyertai Perhimpunan BERSIH.
155. Berbicara lagi hal sukan, kita amat bangga atas pencapaian kontinjen Olimpik dan Paralimpik. Pertama kali Negaraku dikumandangkan di Rio De Janeiro.
156. Alhamdulillah, kontinjen negara telah menamatkan persaingan di Sukan Olimpik 2016 dengan pungutan 4 pingat Perak dan 1 pingat Gangsa. Kita ucapkan syabas dan tahniah setingginya kepada jaguh-jaguh sukan Olimpik negara!
157. Bagi pembangunan sukan negara, sebanyak 1.2 bilion ringgit disediakan. Ini meliputi 450 juta ringgit, khusus untuk penganjuran Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 pada tahun 2017.
158. Selain itu, beberapa program pembangunan sukan akan dilaksanakan:
Pertama: 50 juta ringgit bagi pembinaan Akademi Bola Sepak Fasa II di Gambang, Pahang;
Kedua: 122 juta ringgit bagi membina dan menaik taraf fasiliti sukan termasuk Kompleks Belia dan Sukan Negeri-negeri, Kompleks Futsal 1Malaysia dan Kompleks Sukan Komuniti;
Ketiga: 70 juta ringgit bagi Program Pembangunan Podium Sukan Elit untuk penyediaan atlet ke temasya sukan antarabangsa; dan
Keempat: 54 juta ringgit bagi Program Pembangunan Ahli Sukan termasuk Program Penyediaan Atlet dan Program Penyediaan Atlet Paralimpik.


Tuan Yang Dipertua,


159. Kesihatan adalah segalanya. Lantaran itu, usaha bersepadu terus dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kesihatan rakyat dan kualiti penjagaan kesihatan di negara kita. Jadinya, 25 bilion ringgit disediakan bagi program:
Pertama: Membina dan menaiktaraf hospital-hospital baharu serta Klinik Kesihatan di Perlis, Kuching, Mukah, Jempol, Muar dan Johor Bahru;
Kedua: Menaik taraf kemudahan hospital dengan peruntukan 536 juta ringgit. Ini termasuk penyediaan peralatan rawatan kardiologi di Hospital Serdang, Hospital Pulau Pinang dan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, serta pembelian 100 buah ambulan;
Ketiga: 4.5 bilion ringgit untuk operasi 340 Klinik 1Malaysia, 11 Klinik Bergerak 1Malaysia, 959 Klinik Kesihatan, dan lebih 1,800 Klinik Desa sedia ada; dan
Keempat: 4 bilion ringgit untuk bekalan ubat, consumables, vaksin dan re-agen kepada semua hospital dan fasiliti kesihatan Kerajaan.
Saudara dan saudari,
160. Merujuk ehwal kesihatan, saya ingin memperkenalkan Dr. Mohd Lutfi Fadil Lokman. Beliau adalah anak muda contoh yang telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, melalui Hospital Beyond Boundaries Project yang dimulakannya di Kemboja. Sekalung tahniah dan tepukan kepada Dr Lutfi yang saya anggap ikon golongan belia di bidang kesihatan.


Tuan Yang Dipertua,


161. Selanjutnya, bagi mengurangkan kesesakan di hospital awam, Kerajaan akan bekerjasama dengan pihak swasta atau NGO, yang mengendalikan non-profit charitable hospital, mengikut kadar kos hospital Kerajaan. Pinjaman 20 juta ringgit disediakan untuk membiayai pembelian peralatan hospital tersebut.
162. Seterusnya, 110 juta ringgit diperuntukkan, di mana 70 juta ringgit untuk bantuan perubatan kepada 10 ribu pesakit kurang berkemampuan.
163. Sebagai menggalakkan lebih banyak pusat hemodialisis swasta dibuka, 40 juta ringgit diperuntukkan sebagai geran one-off 200 ribu ringgit untuk pembelian peralatan.


Tuan Yang Dipertua,


164. Kerajaan sememangnya memandang serius penularan wabak denggi dan Zika serta akan melaksanakan inisiatif pencegahan dan kawalan ke atasnya. Selain itu, Program Komuniti Sihat Perkasa Negara akan diperluaskan. Kesemua ini melibatkan peruntukan 80 juta ringgit.


Tuan Yang Dipertua,


165. Di sudut lain, Kerajaan mengambil berat keluhan rakyat tentang kenaikan harga makanan, serta jaminan bekalan makanan.
166. Justeru, 1.3 bilion ringgit disediakan untuk meningkatkan pengeluaran bahan makanan dengan harga yang kompetitif.
167. Ia termasuk membangunkan infrastruktur pertanian seperti saliran dan pengairan, jalan ladang dan pemasaran produk pertanian. Program berimpak tinggi juga akan diteruskan termasuklah estet padi, zon bersepadu akuakultur dan penternakan ikan sangkar.
168. Seterusnya, program Pengedaran Barang Perlu, pembukaan 4 lagi MyFarmOutlet dan penambahbaikan 150 premis Agrobazaar Rakyat 1Malaysia dengan peruntukan 140 juta ringgit.
169. Selain itu, Kerajaan juga akan menggalakkan pembangunan industri tenusu serta pengeluaran madu kelulut dan kelapa, di samping mengurangkan kebergantungan import makanan haiwan ternakan menerusi pembangunan industri tanaman jagung bijirin, sebagai projek perintis di Terengganu dan di Kedah.


Tuan Yang Dipertua,


170. Sememangnya, Kerajaan prihatin terhadap keluhan dan permintaan para pemandu teksi.
171. Bersama kita pada petang ini, dua orang wakil pemandu teksi yang menghargai usaha Kerajaan selama ini dalam membela nasib mereka. Terima kasih diucapkan dan tepukan kepada Encik Mohd Rais Hasan dan Encik Tan Woon Kong, kerana sudi hadir ke pembentangan bajet petang ini.
172. Sukacitalah, saya mengumumkan geran 5 ribu ringgit untuk membeli kenderaan baharu dan menawarkan permit teksi individu, dengan peruntukan 60 juta ringgit. Ini akan memanfaatkan seramai 12 ribu pemandu teksi yang layak dan telah tamat kontrak pajak dengan syarikat teksi mereka.


Tuan Yang Dipertua,


173. Pada masa ini, sebahagian besar pemandu teksi tidak dilindungi oleh insurans. Atas keprihatinan Kerajaan, Skim PERKESO kepada pemandu teksi individu yang berpendapatan sehingga 3 ribu ringgit sebulan akan diperkenalkan dengan geran pelancaran 60 juta ringgit.
174. Di bawah Skim ini, pemandu teksi perlu membuat caruman pada kadar 157 ringgit hingga 443 ringgit setahun, yakni, hanya 13 ringgit 8 sen sebulan. Sekiranya berlaku kemalangan sewaktu bekerja, mereka layak membuat tuntutan daripada PERKESO.
175. Contohnya, pemandu teksi yang hilang upaya kekal akan menerima bayaran pukal berjumlah 43 hingga 121 ribu ringgit dan bayaran bulanan antara 1,281 hingga 2,624 ringgit sepanjang hayat. Sekiranya pemandu tersebut meninggal dunia, warisnya akan mendapat Faedah Orang Tanggungan pada kadar 945 hingga 2,655 ringgit sebulan.


Tuan Yang Dipertua,


176. Bagi membantu B40 khususnya penerima BR1M menjana pendapatan tambahan, Kerajaan menggalakkan penyertaan mereka sebagai pemandu ride-sharing seperti pemandu UBER, terutama bagi pemilik kenderaan sendiri.
177. Pendapatan boleh mencecah 1,500 ringgit sebulan sekiranya memandu separuh masa antara 10 hingga 40 jam seminggu dan 4,300 ringgit sekiranya melebihi 40 jam seminggu.
178. Bagi mereka yang tidak memiliki kenderaan, bayaran pendahuluan boleh dibuat menggunakan BR1M dan rebat sebanyak 4 ribu ringgit bagi pembelian kereta Proton Iriz.


Tuan Yang Dipertua,


179. Kerajaan juga akan menaiktaraf sistem perparitan dan pembinaan 2 Overhead Motorcycle Ramp di Lorong Motosikal Lebuhraya Persekutuan atau Federal Highway, bagi mengatasi masalah banjir di laluan motosikal serta menjamin keselamatan penunggang motosikal. Untuk ini, 29 juta ringgit diperuntukkan.


Tuan Yang Dipertua,


180. Di bawah capital economy, Kerajaan akan tetap melaksanakan strategi pro-perniagaan.
181. Selaras perkembangan pelaburan swasta yang dijangka pada 8.1 peratus kepada 230 bilion ringgit pada 2017, lebih banyak inisiatif akan dijalankan.
182. Bagi merangsang pelaburan swasta, projek-projek infrastruktur akan dilaksanakan seperti menaiktaraf Jalan Lok Kawi – Pengalat – Papar, di Sabah; Jalan Kampung Keruak – Gua Musang – Kuala Berang; membina Jambatan Batang Lupar, Sri Aman; dan Projek Pembangunan Semula Stesen Janakuasa Sandakan.
183. Selain itu, pembangunan infrastruktur dan sosio ekonomi di lima koridor iaitu Wilayah Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Koridor Pembangunan Sabah dan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak, diperuntukkan keseluruhan 2.1 bilion ringgit.
184. MIDA pula, disediakan dana 522 juta ringgit untuk sektor tumpuan termasuk industri kimia, elektrik dan elektronik serta aktiviti R&D.


Tuan Yang Dipertua,


185. Untuk mempergiatkan pasaran modal tempatan, Small and Mid-Cap PLC Research Scheme akan diperkenalkan bagi penyelidikan ke atas 300 buah syarikat.
186. Syarikat pelaburan berkaitan Kerajaan akan memperuntukkan dana khas sehingga 3 bilion ringgit kepada pengurus dana yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk dilaburkan ke syarikat small and mid cap yang berpotensi.
187. Di samping itu, Institut Penyelidikan Pasaran Modal akan ditubuhkan dengan pembiayaan awal sebanyak 75 juta ringgit melalui Capital Market Development Fund.
188. Pada sudut lain, dalam mengekalkan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa, tempoh pengecualian cukai pendapatan kepada entiti Perbankan Islam dan Takaful menjalankan aktiviti matawang asing, melalui International Currency Business Unit dan pengecualian duti setem ke atas surat cara bagi aktiviti tersebut akan dilanjutkan ke tahun taksiran 2020.
189. Untuk menggalakkan golongan muda untuk membuat pelaburan jangka panjang, Kerajaan telah memperkenalkan Skim Persaraan Swasta atau PRS.
190. Bermula tahun 2017, Kerajaan mencadangkan insentif sedia ada 500 ringgit ditingkatkan kepada 1 ribu ringgit secara one-off kepada pencarum skim PRS dengan pelaburan minimum terkumpul seribu ringgit dalam tempoh dua tahun. Peruntukan 165 juta ringgit akan disediakan.





Tuan Yang Dipertua,


191. Bagi program galakan eksport kepada PKS tempatan oleh MATRADE, MIDA dan SME Corp, 130 juta ringgit disediakan di bawah Tabung Promosi Eksport Negara.
192. Di samping itu, pembiayaan sebanyak 200 juta ringgit dan kemudahan kredit insurans dengan nilai perlindungan sehingga 1 bilion ringgit akan disediakan oleh EXIM Bank kepada PKS.
193. 286 juta ringgit juga disediakan untuk pengeluaran eksport peladangan sawit, getah, koko dan lada.
194. Sebanyak 50 juta ringgit diperuntukkan untuk kajian saintifik bagi meningkatkan kualiti produk sawit.
195. Sebagai tambahan, geran 30 juta ringgit disediakan melalui MPOB untuk penanaman semula kelapa sawit oleh pekebun kecil.
196. Selain itu, 20 juta ringgit juga disediakan bagi menaik taraf jalan ladang untuk kemudahan pekebun kecil komoditi.


Tuan Yang Dipertua,


197. Merujuk sektor pelancongan pula, ia telah menyumbang kepada penjanaan pendapatan negara. Kerajaan akan terus memberi tumpuan ke atas promosi dan penambahbaikan kemudahan pelancongan. Sehubungan itu:
Pertama: 400 juta ringgit diperuntukkan, antaranya untuk inisiatif clean air dan ecotourism;
Kedua: Tempoh permohonan Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan bagi pelaburan hotel baharu bertaraf 4 dan 5 bintang, dilanjutkan sehingga 31 Disember 2018; dan
Ketiga: Potongan cukai daripada 500 ribu ringgit dinaikkan kepada 700 ribu ringgit, untuk sektor swasta yang menaja pertunjukan kesenian, kebudayaan, warisan tempatan dan luar negara.
198. Selain itu, program mempromosi Malaysia melalui Kempen Tahun Melawat ASEAN@50 sempena ulang tahun penubuhan ASEAN ke-50 dan sebagai tuan rumah bagi Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2017 akan dijalankan.
Tuan Yang Dipertua,
199. Bagi mencapai sasaran 32 juta pelancong pada tahun hadapan, Kerajaan akan meluaskan eVisa ke negara di rantau Balkan dan Asia Selatan.


Tuan Yang Dipertua,


200. Digital connectivity merupakan revolusi aktiviti ekonomi masa kini dan menyumbang hampir 16 peratus daripada KDNK negara.
201. Sehubungan ini, 162 juta ringgit diperuntukkan kepada MDEC bagi pelbagai program seperti ekosistem e-dagang, Digital Maker Movement, serta pengenalan kategori lokasi baharu sebagai Hab Digital Malaysia.
202. Kerajaan juga berhasrat untuk menubuhkan Digital Free Zone yang pertama di dunia. Ini menggabungkan zon fizikal dan maya, dengan penambahan perkhidmatan online dan digital bagi memudahkan e-dagang antarabangsa dan merangsang inovasi berteraskan internet.


Tuan Yang Dipertua,


203. Pada petang yang mulia ini, saya ingin membawa perkhabaran gembira, khususnya buat anak-anak muda kita, berhubung online connectivity. Sebagai sebuah negara demokrasi yang bersikap terbuka, Kerajaan berhasrat supaya saluran maklumat online diperkasakan.
204. Sukacita diumumkan, bermula Januari 2017, penyedia perkhidmatan fixed line broadband bersetuju menawarkan perkhidmatan dengan kelajuan yang lebih tinggi pada harga yang sama. Sebagai contoh, pelanggan pakej 5 megabit sesaat pada harga 149 ringgit akan menikmati pakej berkelajuan 2 kali ganda iaitu 10 megabit sesaat.
205. Seterusnya, dalam tempoh 2 tahun lagi, bagi pakej ini, kelajuan akan ditingkatkan dua kali ganda dengan penurunan harga sehingga 50 peratus. (double the speed, at half the price)
206. Selain itu, Kerajaan akan melancarkan inisiatif supaya perkhidmatan jalur lebar ethernet di universiti awam ditingkatkan kepada maksimum 100 gigabit sesaat.
207. Dalam pada itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan menyediakan 1 bilion ringgit supaya liputan dan kualiti jalur lebar di seluruh negara mencapai 20 megabit sesaat.


Saudara dan saudari,
208. Pada tahun hadapan, Kerajaan telah mengisytiharkan 2017 sebagai tahun Startup & SME Promotion Year, sesuai dengan peranan PKS yang menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan ekonomi dan pasaran buruh negara.
209. Bagi menggalakkan pembangunan PKS, Kerajaan bersetuju menyediakan 75 juta ringgit untuk program di bawah Pelan Induk PKS.
210. Selain itu, jaminan sehingga 15 bilion ringgit yang diberikan melalui pelbagai Skim di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan atau SJPP akan dipanjangkan tempohnya sehingga tahun 2025.
211. Sebagai tambahan, untuk melonjakkan PKS berorientasi eksport, 2 peratus rebat kadar faedah diberikan kepada peminjam PKS di bawah skim SJPP.
212. Rebat ini dihadkan kepada jumlah pembiayaan terkumpul 1 bilion ringgit dan melibatkan peruntukan 100 juta ringgit untuk tempoh lima tahun.


Tuan Yang Dipertua,


213. Bagi mempergiatkan startups pula, sejumlah 200 juta ringgit daripada dana Skim Jaminan Modal Kerja, akan dikhususkan kepada syarikat startups.
214. Untuk menggalakkan pelaburan startups berteknologi tinggi, satu kategori pas baru, yakni Usahawan Teknologi Asing Berpengetahuan Tinggi akan diperkenalkan.
215. Bagi merancakkan lagi industri kreatif dan penerbitan filem pula, Film in Malaysia Incentive, Arts and Culture Revitalisation Agenda serta Hab Content Creation FINAS di Santubong, Sarawak dan di Kota Kinabalu, Sabah akan dilaksanakan.
216. Kerajaan juga akan mewujudkan satu jawatankuasa yang diwakili oleh para pengamal seni untuk merancakkan lagi sektor kesenian dan kebudayaan negara. Kesemua inisiatif ini melibatkan peruntukan 80 juta ringgit.


Tuan Yang Dipertua,


217. Sememangnya, usia 2 hingga 5 tahun merupakan fasa penting tumbesaran minda dan fizikal kanak-kanak.
218. Justeru, Kerajaan akan meneruskan Bantuan Makanan Tambahan dan Geran Per Kapita program TABIKA dan TASKA.
219. Kerajaan juga akan menambahbaik pakej pemakanan bernutrisi harian yang lebih lengkap merangkumi susu bersukatan 250 mili-liter, kismis dan telur.
220. Inisiatif ini memanfaatkan hampir 280 ribu kanak-kanak dengan peruntukan 200 juta ringgit.
221. Seterusnya, sebanyak 132 juta ringgit lagi, disediakan untuk meningkatkan akses kepada pendidikan pra-sekolah secara percuma di sekolah Kerajaan, memanfaatkan 200 ribu orang kanak-kanak.


Tuan Yang Dipertua,


222. Setiap rakyat di negara ini berhak untuk mendapatkan akses pendidikan yang sempurna.
223. Antara inisiatif yang akan dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah termasuklah:
Pertama: Membangunkan semula 120 buah sekolah daif, 60 di semenanjung, 30 di Sabah dan 30 lagi di Sarawak menggunakan Industrialised Building System serta menaiktaraf 1,800 makmal sains dengan peruntukan 570 juta ringgit;
Kedua: Menyiapkan pembinaan 227 buah sekolah, termasuk 8 buah sekolah baharu dengan peruntukan 478 juta ringgit; dan
Ketiga: Memperluaskan program penguasaan Bahasa Inggeris melalui Cambridge English, Dual Language dan Highly Immersive dengan peruntukan 90 juta ringgit.


Tuan Yang Dipertua,


224. Satu lagi berita gembira… untuk 430 ribu pendidik kita pula,… menerusi SKMM, 340 juta ringgit diperuntukkan untuk tablet bantuan mengajar bagi memudahkan tugasan.


Tuan Yang Dipertua,


225. Bagi membantu ibu bapa menampung kos perbelanjaan persekolahan anak-anak, Kerajaan akan meneruskan program berikut:
Pertama: Pemberian Bantuan Persekolahan 100 ringgit kepada setiap pelajar daripada keluarga berpendapatan sehingga 3 ribu ringgit, yang memanfaatkan 3.5 juta murid;
Kedua: 1.1 bilion ringgit bagi Bantuan Makanan Asrama untuk 365 ribu murid;
Ketiga: 300 juta ringgit bagi Rancangan Makanan Tambahan 1Malaysia kepada murid sekolah rendah;
Keempat: 1.1 bilion ringgit merangkumi Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan, Bantuan Buku Teks dan Bantuan Geran Per kapita;
Kelima: Geran sepadan disediakan kepada pelajar Tahun 1 di sekolah bantuan penuh Kerajaan bagi simpanan terkumpul sehingga 50 ringgit dalam akaun SSPN-i;
Keenam: Menyediakan Elaun bulanan Murid Berkeperluan Khas sebanyak 150 ringgit kepada 67 ribu murid; serta mengganti bas bagi 21 sekolah berpendidikan khas; dan
Ketujuh: 600 juta ringgit diperuntukkan kepada Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah. Daripada jumlah tersebut:
• 250 juta ringgit untuk Sekolah Kebangsaan;
• 50 juta ringgit kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina;
• 50 juta ringgit bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil;
• 50 juta ringgit disalurkan untuk Sekolah Mubaligh;
• 50 juta ringgit untuk Sekolah Berasrama Penuh;
• 50 juta ringgit kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan;
• 50 juta ringgit kepada Sekolah Pondok yang berdaftar; dan
• 50 juta ringgit kepada Maktab Rendah Sains MARA.


Tuan Yang Dipertua,


226. Bagi meningkatkan kualiti institusi pengajian tinggi ke taraf global, 7.4 bilion ringgit disediakan kepada 20 universiti awam.
227. Daripada jumlah ini, 1.4 bilion ringgit kepada empat hospital universiti, manakala 300 juta ringgit untuk pemerkasaan lima universiti penyelidikan.
228. Tambahan lagi, 100 juta ringgit untuk IPT bagi membudayakan penyelidikan serta meningkatkan bilangan penerbitan dan harta intelek.
229. Bagi meningkatkan keberkesanan pemberian bantuan pelajar pendidikan tinggi, Kerajaan akan menggantikan baucar buku dengan kad debit pelajar sejumlah 250 ringgit, yang boleh digunakan untuk pembelian buku, alatulis, alatan komputer dan akses internet. Ini akan memanfaatkan seramai 1.3 juta orang pelajar.
230. Pemberian biasiswa akan diteruskan dengan peruntukan berjumlah 4.3 bilion ringgit pada tahun 2017 termasuk:
• 1.6 bilion ringgit menerusi JPA;
• 2 bilion ringgit menerusi MARA;
• 250 juta ringgit menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi;
• 208 juta ringgit menerusi Kementerian Kesihatan;
• 194 juta ringgit menerusi Kementerian Pendidikan;
• 28 juta ringgit menerusi Kementerian Sumber Manusia; dan
• 21 juta ringgit menerusi Kementerian Belia dan Sukan.


Tuan Yang Dipertua,


231. Bagi usaha menggalakkan peminjam PTPTN membuat bayaran balik, insentif berikut akan diberikan:
Pertama: Diskaun 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman;
Kedua: Diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran; dan
Ketiga: Diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan.
Insentif ini berkuatkuasa pada besok hari, 22 Oktober 2016 sehingga Disember 2017.


Tuan Yang Dipertua,


232. Kerajaan terus menumpukan usaha melindungi kumpulan mudah terjejas. Antara inisiatif yang disediakan:
Pertama: Bantuan kepada keluarga miskin, meliputi Bantuan Am sehingga 300 ringgit sebulan dan Bantuan Kanak-Kanak sehingga 450 ringgit sebulan diteruskan, memanfaatkan 69 ribu keluarga;
Kedua: 424 juta ringgit disediakan yang akan memanfaatkan 120 ribu warga emas, termasuklah bantuan sosio-ekonomi warga emas berjumlah 300 ringgit sebulan sebagai saraan hidup dan program wang saku. Selain itu, 8 buah Pusat Aktiviti Warga Emas baharu akan ditubuhkan;
Ketiga: 535 juta ringgit untuk memanfaatkan hampir 150 ribu Orang Kurang Upaya. OKU, merangkumi elaun pekerja, bantuan latihan kanak-kanak OKU serta bantuan OKU tidak berupaya bekerja; dan
Keempat: Pelepasan GST kepada OKU berdaftar untuk membeli peralatan bantuan tanpa melalui Entiti Kebajikan Swasta. Skop barang yang layak mendapat pelepasan juga akan diperluaskan.


Tuan Yang Dipertua,


233. Sesungguhnya, pada kita OKU membawa erti yang lebih besar yakni, merekalah Orang Ber-Kehebatan Upaya dan Orang Ber-Luarkebiasaan Upaya kerana, telah mampu membuktikan kejaguhan mereka sebagai wira-wira sukan bertaraf dunia.
234. Maka, dengan penuh rasa gembira, dijemput bersama-sama kita di sini, empat orang atlet sukan Paralimpik Rio 2016 yang telah berjaya menghadiahkan tiga pingat emas dan satu pingat gangsa. Syabas dan tepukan kepada:
• Saudara Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi;
• Saudara Muhammad Ziyad Zolkefli;
• Saudara Abdul Latif Romly; dan
• Saudari Siti Noor Radiah Ismail


Tuan Yang Dipertua,


235. Kerajaan memandang tinggi peranan golongan pemimpin masyarakat seperti ketua kampung dalam usaha membentuk masyarakat Malaysia yang makmur dan harmoni.
236. Maka, Kerajaan bersetuju menaikkan elaun ketua kampung, pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan Persekutuan, termasuk Ketua Kampung-Kampung Baru dan Tok-tok Batin, daripada 800 kepada 900 ringgit.


Tuan Yang Dipertua,


237. Pengangkutan awam merupakan nadi kepada mobiliti rakyat seharian dalam negara menuju kemajuan. Jaringan pengangkutan awam yang lebih cekap, selamat dan selesa sangat dinanti-nantikan oleh rakyat.
238. Lantas, seperti dimaklumi, projek sambungan jajaran LRT laluan Kelana Jaya dan Ampang telah pun beroperasi pada bulan Jun yang lalu.
239. Manakala perkhidmatan MRT laluan Sungai Buloh-Kajang akan beroperasi pada Disember 2016, memanfaatkan 1.2 juta pengguna di Lembah Klang.
240. Kerajaan juga komited untuk menambah baik pengangkutan awam di luar bandar dengan langkah-langkah berikut:
Pertama: Pelaksanaan projek rel baharu East Coast Rail Line, menghubungkan Lembah Klang ke Pantai Timur sepanjang 600 kilometer yang melalui Port Klang, ITT Gombak, Bentong, Mentakab, Kuantan, Kemaman, Kerteh, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan berakhir di Tumpat secara berfasa dengan anggaran kos 55 bilion ringgit;
Kedua: Menggiatkan pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak;
Ketiga: 100 juta ringgit bagi membaik pulih Landasan kereta api Pantai Timur, jajaran Gua Musang – Tumpat akibat kerosakan banjir; dan
Keempat: Bagi meningkatkan kekerapan trip perkhidmatan ETS bagi laluan Johor Bharu – Padang Besar, Kerajaan telah memperoleh 9 set tren sehingga tahun 2019.
Sebagai tambahan, sebanyak 10 set tren baharu lagi akan diperoleh secara berperingkat sehingga tahun 2019, dengan peruntukan keseluruhan 1.1 bilion ringgit.


Tuan Yang Dipertua,


241. Saban tahun, setiap Bajet yang dibentangkan, golongan Orang Asli turut bersama menikmati manfaatnya.
242. Pada petang ini, kita undang beberapa Tok Batin yang tempat dan kampung mereka telah mendapat faedah serta manfaat hasil peruntukan bajet-bajet yang lalu.
243. Mari beri tepukan kepada Tok Batin Awang bin Lijon dari Kampung Orang Asli Jelebu, Negeri Sembilan dan Tok Batin Taha bin Ahir dari Kampung Bukit Bangkong, Sungai Pelek, Sepang, Selangor.
244. Bajet ini selanjutnya memperuntukkan 222 juta ringgit untuk projek bekalan air terawat di 42 perkampungan Orang Asli, program pembangunan ekonomi dan keusahawanan serta Penempatan Semula Perkampungan antaranya di Sungai Ruil, Cameron Highlands, Pahang.
245. Bagi projek Native Customary Rights pula, 20 juta ringgit disediakan untuk pemetaan tanah di Sabah dan 30 juta ringgit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...