ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: July 2012

Tuesday 10 July 2012

Video Amukan "Imam Mahadi"Serang Putrajaya Dan Biodata Beliau Di Kenalpasti


Identiti lelaki "Imam Mahadi"yang menyerang Kompleks B,Jabatan Perdana Menteri(JPM)Putrajaya sudah dikenalpasti.Menurut sumber,beliau dikenali sebagai  Khalil Afandi Hamid berusia 47 tahun. Beliau adalah penulis blog JAYANEGARA  dan turut mempunyai akaun facebook dengan menggunakan nama 
Jaya Negara .Mula menulis blog pertama sejak September 2010 dan ditulis di Seri Kembangan Selangor namun mengikut daftar pengundi beliau berasal dari Taman Medan.No hp beliau 01116342016 dan memagang kad pengenalan bernombor 650724106631.Beliau dipercayai telah berkahwin 11 tahun lalu.


Berdasarkan tulisannya di laman blog serta facebook  ternyata amat membenci pasukan keselamatan,Sultan Johor,Mufti Perak dan Mufti Johor.
Tulisan di blog dan facebook beliau banyak berkisar tentang kecelaruan dan ketidakpuasan hati  seperti:
by Jaya Negara on Wednesday, June 27, 2012 at 11:50pm ·
Dhada yang budiman,…. aku ini terlalu baik. Betul tidak?
Betulkan… apa masaalhnya… kenapa masyarakat sisih aku.
Aku kata yang betul..Ikutlah aku. Susahke nak buat benda betul… kamu fahamkan ini Dhada dengn sungguh2 faham… ini penting.. Hambali pun kena fahamkan.
Disebabkan betul yang terlalu banyak ada pada aku disisihkan…. Adik-beradik aku kata” dia aje betul” Habis kami ni apa. Bodoh. Tersisih aku.
“dia ingat dia siapa kata kakakku” kata kakak lagi…. “aku kenal ramai ilmuan. aku kawan semua orang bijak. prof.. doktor ulama”
Tibatiba simamat bodoh ni datang menafikan kebenaran yang selama ribuan tahun kami Yakini…..
“kamu ingat kamu siapa”…. kata kakakku.
Sakitnya aku dikala itu… Jiwa ku terseret diBumi…. hancur lunyai jiwa yang aku pertahankan…. aku bagai orang gila tercari-cari diri… siapakah aku?
Aku tidak tahu aku siapa…. tapi kenapa begitu lancang kamu berkata-kata… aduh sakitnya aku ini. Terseret jiwa ini sama datar dengan Bumi.
Aku sedar aku hamba Allah tapi butir bicara yang aku lontarkan kepada mereka bagaikan peluru hidup.
Melolong-long semua mereka.
Ali Osman ambil aku dan tolong cuci sedikit najis yang terpalit. Terima kasih Ali ooi.
Aku kini dah kuat…. apa yang aku hadapi dikala bersamama adik-beradiku pasti akan berulang. Bila? Mana? Kenapa?
2013 akan mengulangi cerita aku dan keluarga ku…. Islam secara keseluruhan pastinya menolak Aku sebagai yang ditunggu-tunngu. Imam kami bukan yang ini.
Pastinya nanti Islam akan memerangi aku seperti kakak-kakak ku dulu. Mengutuk dan mengejek aku.
Cuma bezanya kali ini aku tidak bersendirian. Aku ada Ali Osman, Hambali dan kamu Dhada.
Pastinya kini sudah ku tahu siapa aku. Bersedialah Kita akan menawan Dunia..
Salam Jumpa lagi bye.
Mungkin juga tulisan beliau bawah ada hubungkait dengan serangan di JPM Putrajaya:-
by Jaya Negara on Thursday, June 28, 2012 at 12:45am ·
Hambali yang budiman, apakhabar kamu sekarang? Pastinya kamu buat semua yang aku suruh…. tahajjud dan puasa.. Ya sekali lelah tak pa….. Jiwa kena bangkit.. Kamu akan berjuang bersama kami dibarisan hadapan. Kamu akan mengetuai barisan hadapan Akhir Zaman.
Popai aku belum salah dalam menilai manusia…. jika kamu menolak dan tidak mahu aku seret bersama-sama kami. Kamu manusia bodoh. Popai kamu cukup semua apa yang ada untuk jadi pemimpin. Kamu tahu kamu mampu cuma kata…. biar ALLAH menentukan. Gila apa manusia.
Kamu makan banyak2 sampai sakit perut. Habis bertabur semua taik-taik kamu.
Kamu mahu Allah cuci semuanya. Kamu buat apa?.Segala makan minum ALLAH sediakan… telah cukup semuanya..gilah Makan dan berak itu aja. Siapa tuan siapa hamba? Siapa makhluk?
Gila apa manusia. Pastinya kamu sendiri yang cuci sampai bersih.
Kamu fahamkan? Pastinya.
Salam jumpa lagi Bye
 SUMBER :
P/S :Anda boleh menilai sendiri..

Monday 9 July 2012

Suspek Gelar Diri "Imam Mahadi" Serang Kompleks JPM Putrajaya Disahkan Meninggal Dunia


Berita terkini suspek yang menyerang Kompleks B,Jabatan Perdana Menteri (JPM)Putrajaya telah disahkan meninggal dunia petang tadi namun identiti lelaki tersebut masih belum dikenali.Kejadian itu berlaku pada pukul 2.30 petang di mana suspek telah melibas parang ke atas polis bantuan yang berkawal di kompleks tersebut.Wanita yang bersama suspek kini masih dirawat di hospital yang sama.

BERIKUT IALAH KENYATAAN RASMI PDRM

Pada 9/07/2012 jam l/kurang 1430 hrs bertempat di JPM KOMPLEKS B PUTRAJAYA, saspek seorang lelaki dan seorang perempuan telah mengamuk di luar perkarangan JPM dengan melibaskan pedang samurai.
Mereka berdua menuju ke pos pengawal dan telah dihalang oleh polis bantuan.
Saspek lelaki telah meletakkan pedang samurai di leher SM polis bantuan di mana polis bantuan tersebut terpaksa membenarkan mereka masuk.
Bila berada di dalam perkarangan kompleks B, kedua-dua saspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kerta HYUNDAI ACCENT Dan PERODUA KANCIL milik kakitangan JPM.
Anggota cawangan pencegahan jenayah sampai di tempat kejadian setelah terima maklumat dari pusat kawalan daerah polis Putrajaya.
Apabila sampai di sana nampak kedua-dua suspek dengan pedang samurai.
Anggota cawangan pencegahan jenayah telah kenalkan diri sebagai polis dan terus diserang oleh kedua-dua saspek dengan pedang samurai.
Kereta pasukan mengalami kerosakan di mana cermin hadapan kereta pecah.
Anggota MPV sampai dan cuba membantu untuk tahan saspek.
Anggota MPV juga diserang dengan jarak yang dekat oleh saspek menggunakan pedang samurai dan seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan.
Kedua-dua saspek telah dibawa ke hospital Putrajaya.
Didapati saspek lelaki telah terkena tembakan di tangan kanan dan bahagian ari-ari manakala saspek perempuan terkena tembakan pada paha kanan.
Saspek lelaki telah meninggal di hospital.
Siasatan awal mendapati saspek telah menggelarkan dirinya sebagai ‘IMAM MAHADI ‘ manakala saspek perempuan masih menerima rawatan di Hospital Putrajaya. (Facebook PDRM).

p/s :TAK SABAR NAK MEMANGKAH DALAM PILIHANRAYA TU AGAKNYA


Mahu Gulingkan Kerajaan Dengan Pedang Samurai,2 Orang Ditembak di Putrajaya


Berita agak menggemparkan di Kompleks B,Jabatan Perdana Menteri,Putrajaya ,bila duaorang telah ditembak oleh pengawal kerajaan kerana menceroboh.Kejadian dilaporkan pada sekitar jam 2.30 ptg bila dua orang,seorang lelaki yang tidak berbaju dengan membawa pedang samurai dan pasangan perempuannya yang memaka hijab hitam melalui pondok pengawal namun bagi mengelakkan kejadian buruk mereka diarahkan ke perkarangan bangunan.


Namun dengan tidak semena-mena mereka bertindak diluar jangkaan mereka memecahkan cermin sebuah kereta kancil dan dua buah proton Waja yang berada di perkarangan Biro Pengaduan Awam.Melihat kejadian tidak terkawal beberapa orang polis cuba memujuk namun gagal dan polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mengawal keadaan serta kejadian yang lebih buruk.

Lelaki tersebut telah cedera di tangan kiri dan pasangannya pula cedera dipaha kiri dan dibawa ke hospital Putrajaya bagi menerima rawatan lanjut.Menurut suspek be;liau bertindak sedemikian kerana mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan takbir beberapa kali.Sehingga berita ini ditulis tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh PDRM

P/S :Beginilah manusia kalau dah tak waras atau taksub sehingga hilang kewarasan.Siap takbir lagi...aduhai..

Ahli Parlimen Acukan Pistol Semasa Berdebat


Bila dah tak dapat menahan kemarahan beginilah jadinya.Pada awal perdebatan mungkin kepanasan hanya tahap suam-suam kuku tetapi kalau dah tahap marah tahap gaban manusia kebiasaannya akan hilang kewarasan.Sesiapa yang pernah menyertai debat akan merasai tekanan sebegini kerana ianya banyak berkaitan dengan maruah diri.Tidak kiralah samada kita berdebat di sekolah mahupun dikedai kopi kerana situasinya pada asasnya tetap sama.
Debat adalah salah satu cara meluahkan pandangan secara langsung dan dalam era teknologi hebahan semakin meluas seperti melalui television dan internet.Secara amnya kita akan berhujah berdasarkan pengalaman,pengetahuan dan kepetahan bercakap,sudah tentunya kemahiran berfikir secara pantas menjadi satu kelebihan kerana semuanya akan berlaku secara spontan.

Kita boleh lihat bagaimana ahli debat yang terdiri dari dua orang tokoh politik dari Jordan yang sedang membincangkan keganasan di Syria sebagai tajuk perbahasan bertukar menjadi kecoh bila aktivis politik Mansour Sayf al-Din Muran menuduh Ahli Parlimen Jordan,Mohamad Shawabka sebagai egen perisik Israel Mosasad.Akibat hilang kesabaran berlakulah adengan membaling kasut yang merupakan satu penghinaan kepada dunia arab dan kemuncak kemarahan Mohamad Shawabka telah mengeluarkan pistol.
Di negara kita mutakhir ni debat semakin kerap dijalankan dan kebayakan dari tajuk perdebatan biasanya berkisar tentang politik,jarang sangat nak dengar orang berdebat pasal resepi masakan.Secara formalnya debat biasa di adakan di peringkat sekolah,universiti dan di Parlimen.Namun ada juga debat yang dilakukan secara secara tidak formal seperti di kedai kopi ataupu n d simpang-simpang jalan.Menegakkan benang yang basah adalah suatu kebiasaan kerana pendebat jarang sekali nak surrender angkat tangan atau angkat kaki.Kalau angkat meja nak hempas tu biasa aku dengar.Namun debat tidak dapat dielakkan kerana itulah cara manusia yang bertamadun berinteraksi dan menjadi amalan di negara demokrasi namun sejauh manakah di Malaysia khasnya dapat menerima debat sebagai salah satu cara penyelesaian masalah kerana debat bukanlah penyelesain secara total.Sebagai wadah perjuangan ianya harus dijalankan secara tertib tetapi berdasarkan perkembangan mutakhir ini,kita juga harus juga berasa gusar kerana ketaksuban politik menyebabkan perdebatan jarang sekali dilihat sebagai majlis ilmu dan medium menyalurkan pandangan sebaliknya melemparkan provokasi yang mendalam terhadap orang lain.
Tetapi aku tertarik dengan dua anak muda ini bila menyaksikan mereka berdebat.Nampak cool dan berhujah secara matang cuma selalunya kalau berdebat di penonton yang menyaksikan debat tu yang selalunya terlebih sudah.
P/S:Debat bukan jalan penyelesaian tetapi sekurang kurangnya kita masih berani ....credit tu YB Khairi Jamaludian..warlord yg jarang kita jumpa..

Sunday 8 July 2012

Lemang Muncul Lagi


Pejam celik pejam celik Ramadhan makin makin hampir,bulan yang paling ditunggu oleh semua masyarakat Islam.Berbagai cara diamalkan oleh masyarakat sebagai memanjatkan kesyukuran kepada Allah,semoga dipanjangkan usia bagi menyambut Ramadhan.Aku tertarik menulis tentang bagaimana Ramadhan itu begitu dekat dihati bila terdapat juga amalan yang dilakukan oleh masyarakat setempat dengan menyediakan lemang walaupun sebenarnya Hari Raya Aidilfitri masih jauh lagi tetapi bahang sudah terasa seperti panasnya bahang ketika membakar lemang.


Proses membuat lemang tidaklah mudah tetapi  tetapi yg penting sentuhan otai-otai penting bagi memastikan lemang tu sedap di makan..kata orang macam Roti Gardinier,,Enak DiMakan Begitu Saja.Bermula dari proses memcari bahan asas seperti buluh yang dipilih.Bukan sebarangan buluh.,buluh lemang yang tumbuh meliar dihutan pun perlu dipilih sesuai dengan ketebalannya,daun pisang,pulut dan santan.


Setelah semua lemang dan daun pisang dibersihkan,pulut yang akan dimasukkan kedalam buluh yang terlebih dahulu dimasukkan daun pisang sehingga hampir penuh .


 Masa  inilah antara masa yang amat menyeronokkan,oleh kerana masa untuk memasak lemang ini agak panjang diantara 5 sehingga 6 jam bergantung kepada kemahiran mengawal api.Bagi mendapatkan lemang yang memenuhi piawaian antarabangsa dan ISO 1900,lemang harus dibakar menggunakan bara sahaja.Terdapat juga lemang yang dipasaran menggunakan kaedah yang salah seperti penjual lemang di sepanjang highway Karak- KL yang kebiasaannya memasak pulu dan kemudiannya dimasukkan ke dalam buluh namun taktik ini selalunya akan berjaya dikesan oleh penggemar tegar lemang yang dapat membezakan ketulenan lemang.


Proses membakar yang bermula pukul 3.00 petang itu akhirnya berakhir sehingga jam 8.00 malam..hahaha..lama tu..cuma makan je yang sekejap..Kalau kulit yang sensitiv tu tak payahlah nak mencuba kerana muka anda akan sedikit rentung..silap haribulan janggut pun tak tumbuh kerana kepanasan.

Saat membelah lemang yang sudah siap dibakar


Akhirnya hidangan lemang beserta rendang ayam dan daging siap,yang belum tentu dapat dilakukan oleh Masterchef apatah lagi Masterchef Celebriti dan aku rasa Azwan Ali pasti menangis berguling-guling jika menikmati lemang yang disediakan oleh rakan-rakan aku ni MBFM belia Ulu Jempol.Sedapnya mengalahkan KFC..sehingga menjilat siku..apa kata kita roll on you tube ni..YB Shahaniza ADUN Kuala Sentul tidak ketinggalan turut serta dalam program Bakar Lemang Sempena Menyambut Ramadhan Anjuran MBFM Felda Ulu Jempol.

P/S :Terima Kasih buat Dato'Shahaniza Shamsuddin ADUN Kuala Sentul ,Saudara Juhari Che Lah AJK Pemuda UMNO Bahagian Maran,Saudara Amir Ismail Pengerusi MBFM Felda Ulu Jempol ,Belia dan Beliawanis yang hadir bagi menjayakan Program Bakar Lemang Sempena Menyambut Ramadhan Anjuran MBFM Felda Ulu Jempol.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...