ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: January 2016

Friday 29 January 2016

PAHANG SEKILAS PANDANG..JANGAN TERLEPAS PANDANG..!



Keindahan dan kemakmuran negeri Pahang adalah anugerah Ilahi.Justeru ada bait lagu ciptaan P.Ramlee yang diabadikan  segalanya bagi menggambarkan ianya bukanlah sastera lisan dan mitos sahaja namun realitinya menggamit sesiapa sahaja ..

Negeri Pahang aman sentosa
Kaya dengan tumbuh-tumbuhan
Niat di hati bang hoi nak buat jasa
Mudah-mudahan Tuhan kabulkan...

Sebagai sebuah negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia dengan keluasan (35,515km/persegi) terkenal denganTanah Tinggi Cameroon Highland ,Tasik Chini,Gua Merapoh,Sg Pahang dan Pantai Cherating melengkapi antara satu sama lain kekayaan bio diversiti yang dicemburui.

Melihat situasi kebelakangan ini bilamana Kerajaan Negeri Pahang dibawah kepimpinan DSDR Adnan Hj Yaakob selaku Menteri Besar Pahang seringkali menjadi sasaran kritikan pelbagai pihak seakan ada agenda tertentu pihak berkepentingan yang mahu melihat suasana tidak terkawal.

Politik

Agak menghairankan setelah dilanda badai Tsunami politk pada PRU 13,kejayaan Pahang yang satu satunya negeri memenangi 2/3 majoriti samada di Parlimen dan DUN menjadi sasaran serangan secara berkala dan tersusun bermula dengan isu Cameroon Highland,Tanah Runtuh Highway Karak dan bauksit antara percikan kebencian yang diharap menjadi ledakan untuk menjatuhkan kepimpinan MB Pahang .

Pada PRU 13 yang lalu,daripada 14 kawasan hanya 4 kawasan dimenangi oleh pembangkang di peringkat Parlimen manakala bagi kerusi DUN 30 dari 42 kerusi milik BN,daripada seramai 611786 pengundi,BN memperolehi 337,596 (55.18%)undi manakala PR mendapat 271,411 (44.36) undi popular.

Apakah BN sudah cukup kuat diTerengganu,Kedah dan Perak yang menyaksikan BN hanya tinggal nyawa-nyawa ikan setakat cukup makan.Mengapa perlu media masa arus perdana dengan sistematik membelasah kepimpinan BN Negeri Pahang....?

Itu belum dikira negeri yang dikuasai pembangkang yang harus menjadi fokus utama BN bukannya di negeri di mana BN berjaya memenangi hati rakyatnya seerti di Pahang.

Tidak dapat dinafikan kerusi panas MB Pahang yang sudah hampir 15 tahun di pegang oleh DSDR Adnan Yaakob menjadi idaman  opportunist politic.Sepanjang 30 tahun sebagai ADUN,beliau bersikap terbuka menerima sebarang kritikan.

Sokongan UMNO disemua peringkat masih jitu,dan sehingga kini apa yang berlaku kepada Ketua Bahagian UMNO di salah sebuah negeri di utara Semenanjung tidak berlaku kepada  DSDR Adnan Yaakob selaku Ketua Perhubungan UMNO Negeri Pahang yang berjaya menstabilkan parti UMNO di peringkat negeri.


Sosial

Pahang sebenarnya boleh dikatakan sebagai fix deposit kepada BN dengan sosio budaya dan demografi yang unik.Paratusan bagi pecahan kaum pula ialah Melayu 72%, Cina 22% dan India 6%.

Kewujudan 115 Tanah Rancangan Felda yang terbesar di Malaysia dengan 43,123 jumlah peneroka antara faktor BN mampu menjadikan Pahang sebagai kubu kuat.

Kekalahan beberapa kawasan DUN seperti di Tanah Rata,Kuala Semantan,Tras,TanjungLumpur,Beserah,Mentakab,Ketari,Bilut,Sabai,Triang,Semambu dan Teruntum boelh dikaitkan dengan Tsunami kaum Cina dan kebayakan kawasan tersebut tidak mempunyak kawasan Tanah Rancangan FELDA,

Selain itu faktor kenegerian turut mempengaruhi pengundi di Beserah dan Tanjung Lumpur yang dibanjiri migrasi penduduk dari sebuah negeri jiran yang dikuasai pembangkang di Pantai Timur.

Ekonomi

Faktor ekonomi adalah antara punca kenapa Kerajaan Pahang menjadi sasaran serangan pihak berkepentingan dengan alasan Pahang mempunyai pelbagai sumber namun masih jauh ketinggalan dari sudut pembangunan fizikal.

Dibawah pentadbiran DSDR MB Pahang,pembangunan infrastruktur tetap dilaksanakan namun keutamaan diberikan kepada pembangunan modal insan anak anak Pahang.

Yayasan Pahang telah membelanjakan hampi1 RM 1 billion khusus dalam bidang pendidikan melalui biasiswa/pinjaman pendidikan serta geran one off bagi mereka yang layak ke IPTA mahupun swasta.

Lebih 100 juta dibelanjakan setiap tahun untuk tujuan tersebut yang diperolehi melalui hasil sektor pembalakan.Bagi mengurangkan pergantungan kepada sektor pembalakan Yayasan Pahang telah menambah keluasan tanah perladangan sawit yg mana kini dengan nisbah 60% hasil perladangan sawit manakala 40% hasil pembalakan untuk melihat anak-anak Pahang merasai hasil bumi negeri mereka.

Bauksit yang heboh di perkatakan merupakan salah satu sumber galian baru yang ditemui.Masalah utama yang timbul sebenarnya berpunca dari undang-undang dan bidang kuasa.

Sebagai sumber baru galian.,perlu ada garis panduan yang jelas yang sedang dirangka dalam tempon moratorium yang sedang dilaksanakan.

Pejabat Tanah dan Galian Kuantan yang hanya mempunyai 18 pegawai pastinya tidak mampu mengawal selia undang-undang dibawah kuasanya,begitu juga pihak berkaitan seperti SPAD,JPJ,Kuantan Port,PDRM,MPK yg mempunyai kekangan dari pengasingan pecah dan perintah undang-undang yang digubal oleh British sejak lama dahulu.

Barangkali Pahang akan terus menjadi rebutan pencatur politik jika banyak lagi galian lain di temui selain bauksit kerana sudah terbukti Pahang memiliki sumber galian yang tidak ditemui di negeri lain seperti emas dan timah.

Jika tidak masakan mungkin nama Pahang turut dikaitkan dengan timah kerana ada sesetengah pendapat menyatakan Pahang berasal dari bahasa Siam asli ertinya timah. Orang Siam asli dulunya mendiami negeri ini dengan membuka lombong bijih timah terutama di Sungai Lembing.

Kalau tiada gula..manakan muncul semut...!


                                                                 

 Isu Bauksit, Penguatkuasaan, Kualiti Air Serta Laporan Media

                                          





Thursday 28 January 2016

IKAN BELANAK OH...! IKAN BELANAK..BAUKSIT OH..! BAUKSIT..!


Tempoh bertenang....itulah yang dapat di perkatakan waktu ini di Kuantan Pahang setelah Maratorium bauksit membawa kepada penyelesaian jangka pendek,pastinya kaedah-kaedah terbaik turut dirangka bagi penyelesaian jangka panjang  untuk menangani kemelut yang melanda.

Siapa sangka perlombongan bauksit mencipta pula industri hiliran iaitu industri anak ikan belanak.Namun sayang sekali moratorium bauksit memendekkan rezeki pencari anak ikan belanak untuk dicampakkan ke dalam anak sungai sekitar Kuantan bagi membuktikan sisa toksid yang mencemarkan sungai di Kuantan akibat perlombongan bauksit.

Barangkali selepas tiga bulan seandainya industri bauksit diteruskan semula,sauk bermata kecil dan jaring berbagai saiz akan laris di jual di Kuantan kerena perlunya anak ikan belanak pelbagai saiz di tabur sepanjang anak anak sungai di Kuantan kerana selama ini saiz anak belanak yang sama sahaja mati akibat toksid di Kuantan menimbulkan tanda tanya?kenapa hanya sejenis ikan yang alah kepada toksid yang dikaitkan dengan perlombongan bauksit?Ada baiknya semua sungai di Kuantan dinamakan Sungai belanak hanya kerana spesis ikan tersebut mampu hidup di situ.

Black Opps. yang kurang bijak ini yang dilakukan pihak yang berkepentingan,disambut dengan penuh minat oleh media arus perdana.Seolah justifikasinya terarah kepada MB Pahang yang harus diasak dari segenap penjuru dengan persepsi negatif .Media arus perdana terperangkap dengan arahan-arahan dari tangan ghaib 
yang ceria sambil mengurut misai dan janggut apabila berita sedemikian muncul secara berterusan di dada-dada akhbar mahupun di kaca televisyen.

Media sosial tak perlulah dinafikan peranan mereka kerana kebenaran adalah bukan syarat nombor "wahid" sebaliknya menyiarkan berita separuh masak adalah tabiat setiap kali terlintas dibenak fikiran tanpa perlu berfikir panjang implikasi kepada orang lain.

Mungkin juga perlu National Geografik membuat liputan bagaimana hebatnya ikan belanak yang mampu hidup di sungai-sungai sekitar Kuantan selain keajaiban adaptasi berubah mengikut isu politik bukannya sifat semulajadi.









Monday 25 January 2016

TEKNOLOGI WI FI SOLAR BERPOTENSI DI PERLUASKAN



BANDAR JENGKA 25/1/2016 - Penggunaan teknologi Wi Fi Solar adalah salah satu inisiatif kerajaan melalui Kementerisan Sains Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) yang berpotensi untuk dilaksanakan.Menyedari inovasi dalam sistem komunikasi yang sedang diteroka itu mampu merapatkan jurang digital diantara masyarakat luar bandar,Kerajaan Pahang berminat sekiranya teknologi Wi Fi Solar itu dapat dilaksanakan untuk kemudahan rakyat negeri Pahang.

"Penggunaan Wi Fi Solar yang sedang diusahakan oleh Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi pastinya akan memberikan banyak manafaat dan kita merancang untuk berbincang dengan pihak kementerian bagi melaksanakannya di Negeri Pahang"ujar YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin Pengerusi Pembangunan Wanita & Keluarga,Komunikasi & Multimedia Negeri Pahang ketika ditemui selepas   mewakili Dato'Seri DiRaja Adnan Hj Yaakob Menteri Besar Pahang merasmikan Program Inovasi Sosial MOSTI (M.S.I) OPS Jelajah Cyber 2.0 Edisi Pahang di Wisma Peneroka Bandar Jengka.

Terdahulu KSU Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Dato'Seri Dr Noorul Binti Mohd Nur dalam ucapannya menegaskan bahawa Program Inovasi Sosial MOSTI adalah bertujuan membangunkan idea yang boleh menjadi pemankin kepada pembangunan kemahiran dan ekonomi bagi memenuhi keperluan sosial dan mewujudkan kerjasama dan jalinan sosial sesebuah komuniti

"Melalui MSI,MOSTI menerusi CyberSecurity Malaysia,akan melaksanakan "Ops Jelajah Cyber 2.0" bagi menediakan perkhidmatan Pemulihan Data(data recovery),Sanitasi Data(data sanitization),Program Pembangunan Keusahawanan serta aktiviti-aktiviti berkaitan keselamatan siber dan negeri Pahang merupakan negeri pertama yang dipilih untuk perlaksanaan Ops Jelajah Cyber 2.0 ini"ujar beliau.

Kursus diadakan selama  dua hari bermula itu disertai oleh penjawat awam berkaitan ICT,pelajar UiTM serta usahawan ICT di sekitar Bandar Jengka dan Daerah Maran.

Turut sama hadir di majlis peramian tersebut YB Dato'Wan Salman Wan Ismail ADUN Jengka,YH Dato'Roslan bin Harun Pegawai Kemajuan Negeri Pahang,YB Nurhidayah Shahaimi ADUN Luit,YH Dato'Syed Ahmad Fuad bin Syed Taha Pegawai Daerah Maran,Dr Amiruddin bin Abdul Wahab CEO Cyber Security Malaysia,YH Dato Mohd Sahar bin Mohd Noor Setiausaha Bahagian Teknologi Maklumat SUK Pahang,YH Senator Hajjah Norehan binti Abu Bakar Ahli dewan Negara,Ketua Ketua Jabatan serta masyarakat di sekitar Bandar Jengka.

Shahaniza bersama KSU MOSTI sebelum upacara perasmian


Shahaniza mewakili DSDR MB Pahang ketika merasmikan program


Simbolik pelancaran Jelajah Cyber 2.o


Noorul Binti Mohd Nur KSU MOSTI

Seisi penerangan oleh Cyber Security Malaysia

Shahaniza dan Noorul dibawa melihat sekitar tempat latihan
peserta kursus.

Thursday 14 January 2016

BAUKSIT ANTARA MB PAHANG DAN MANUSIA BERSALAH PART 2


Pahang Darul Makmur semakin makmur kerana segalanya ada di sini.Tingginya Gunung Tahan tinggi lagi hajat mereka yang mendambakan tampuk kuasa Negeri Pahang.Panjangnya sungai Pahang panjang lagi mimpi pendeta politik di luar Pahang membuat telahan dan percaturan.

Bauksit  mengundang rencah paling enak untuk di hidangkan buat penggemar cerita-cerita sastera lisan,Dengan harapan bauksit menjadi bola tanggung bagi mematikan servis yang masih ditangan MB Pahang.

Kuantan menjadi planet Marikh dan Laut Merah di Kuantan adalah seumpama cerita kesinambungan  babak bagaimana "Cameron Highland di Tawan" .Laporan berita media massa arus perdana kononnya PRO BN menggangyang kepimpinan DSDR Adnan Haji Yaakob pagi petang siang malam subuh senja bagaikan rally yang pastinya tidak berkesudahan.

Character assassination paling ampuh ialah dengan mengaitkan bauksit dengan elemen rasuah yang mencemari negeri Pahang.Sungguhpun perancangan awal mereka berjaya dengan menggerakkan seluruh jentera media arus perdana memberikan imej negative dan kini giliran penguatkuasa SPRM untuk menguburkan terus kerjaya politik DSDR MB Pahang.

"Play the blame game" bukan permainan yang digemari DSDR MB Pahang tetapi punca juga harus dikenalpasti terutama penguatkuasaan yang kebanyakan agensi yang sepatutnya bertindak adalah di bwah kerajaan Persekutuan seperti JPJ,SPAD,PDRM,Jabatan Alam Sekitar,Kastam dan SPRM manakala kawal selia Kerajaan Negeri Pahang pula ialah Pejabat Tanah dan Galian.

Besar harapan tangan-tangan ghaib ini dengan meledakkan isu pencerobohan Tanah Haram di Cameroon Higland membuahkan hasil ternyata meleset.SPRM telah mengambil langkah proaktif dengan membuka Pusat Informasinya di Brinchang apabila ada pihak mendesak supaya pejabat SPRM dibuka berdekatan Cameroon Highland bagi memudahkan orangramai atau NGO membuat laporan namun sehingga kini tiada laporan kegiatan rasuah dilaporkan kepada pihak SPRM .

Kenyataan Dato'Zainul Darus Pengarah SPRM Negeri Pahang ketika ditemui dalam satu wawancara memberitahu "

No such thing. Kita siasat apa sahaja isu dan selama ini, selama saya ada di Pahang daripada tahun 2012, saya (ketika itu masih) timbalan dan saya buat operasi; sampailah sekarang ini,

“… tak pernah ada arahan daripada Kerajaan Negeri ke, Setiausaha Kerajaan Negeri ke, ‘even’ ‘surat kuning’pun saya tak pernah terima, walaupun (semasa) kita siasat (isu pencerobohan tanah) di Cameron Highlands, tak ada,”

Begitu juga dengan pengumuman oleh  DSDR MB Pahang pada 25 Ogos 2015  mengumumkan beliau dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri(EXCO) akan mengistiharkan harta kepada SPRM yang dianggap oleh Dato'Zainul Darus Pengarah SPRM Negeri sebagai berkata "“So far, best practice dimulakan di negeri Pahanglah, supaya diikuti oleh negeri-negeri lain".

Manakala merujuk kepada isu bauksit pula seramai 7 orang yang telah di tahan dan dua daripadanya telah dihadapkan ke mahkamah(sehingga berita ini ditulis).Namun pastinya akan kedengaran suara-suara sumbang ini semua anak bilis .

Memandangkan ianya masih diperingkatan siasatan maka adalah tidak wajar untuk disentuh sehingga siasatan selesai.Pun begitu ketelusan dan keterbukaan DSDR MB Pahang berhubung isu rasuah adalah konsisten semenjak dahulu.

Jangan pula jika ada pegawai kerajaan atau sesiapa yang terlibat dengan rasuah dikatakan salah DSDR MB Pahang kerana itu jelas menunjukan kedangkalan dan ceteknya pemikiran.Persepsi negative mainan tangan-tangan ghaib sahaja belum cukup menurunkan DSDR MB Pahang dari kedudukannya sekarang....



Entry berkaitan :






Wednesday 13 January 2016

BAUKSIT ANTARA MB PAHANG DAN MANUSIA BERSALAH PART 1


Isu bauksit di Pahang masih belum reda umpama ribut yang meranapkan segenap pelusok kehidupan negeri Pahang.Isu tempatan yang awalnya,kini menjadi perhatian nasional akibat permainan politik pihak pihak tertentu.

Bukan sekadar ribut dalam cawan,bauksit melahirrkan manusia yang begitu prihatin dengan alam sekitar disebalik sikap hipokrasi diri sendiri terhadap pencemaran alam sekitar.Apatah lagi golongan cerdik pandai alam sekitar menjadikan bauksit sebagai testimoni kajian akademik bukan kehidupan manusia yang sebenarnya jauh lebih kompleks.

Agenda politik

Sasaran serangan yang di dendangkan saban waktu celiknya mata rakyat Malaysia di pagi hari di ulang ulang berkali kali secara berterusan dan konsisten melalui media arus perdana yang selama ini di label sebagai pro BN.

Wujud tangan-tangan ghaib di sebalik media arus perdana ini membelasah kepimpinan negeri Pahang khsusnya DSDR MB Pahang.Gerakkerja untuk menjatuhkan DSDR Adnan Hj Yaakob, MB Pahang bukan lah perkara baharu dan pastinya kita perlu berlapang dada sebagai ahli politik ianya adalah asam garam yang perlu di lalui.

Namun amat dikesali mengapa harus ada campurtangan orang luar Pahang dalam merealisasikan impian menjatuhkan DSDR MB Pahang.Seolah-olah Pahang Darul Makmur tidak lagi makmur,tiada kestabilan politik  dan ekonomi serta masalah sosial yang tidak terkawal.

Mereka di luar sana lebih arif apa yang sedang berlaku di Pahang dan cuba mencorakkan kepimpinan politik malah lebih dikesali ianya didalangi oleh orang UMNO sendiri.Pihak pembangkang umpama orang mengantuk disorongkan bantal.

Kerajaan Negeri dibawah kepimpinan DSDR MB Pahang sentiasa berfikiran terbuka dalam menerima kritikan tetapi biarlah secara bersopan dan mempunyai keterbatasan.Tidak wujud "denial syndrome"apatah lagi menidakkan apa yang betul tetapi perlu juga melihat kepada penyelesaian secara holistik kerana slogan suara rakyat sahaja tidak menjadikannya kerajaan berdiri dengan sendiri.

"Kerajaan" itu perlu dimengertikan maksud dan perlaksana suara majoriti yang dipilih scara demokrasi tetapi tetap menjurus menjaga institusi beraja,memayungi rakyat dan kesinambungan bangsa Melayu apatah lagi anak-anak Pahang.Jika di Johor,sudah timbul semangat kenegerian membela bangsa Johor tetapi mengapa tidak di Pahang.

Teruk sangatkah politik di Pahang jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia jika keputusan PRU 13 menjadi ukuran.Daripada 14 kawasan hanya 4 kawasan dimenangi oleh pembangkang di peringkat Parlimen manakala bagi kerusi DUN 30 dari 42 kerusi milik BN,daripada seramai 611786 pengundi,BN memperolehi 337,596 (55.18%)undi manakala PR mendapat 271,411 (44.36) undi popular.

Tsunami masyarakat Cina pada PRU ke 13 tempias ke Pahang merupakan isu nasional dan bukan isu tempatan seperti perlombongan ,pembalakan mahupun isu alam sekitar.

Sekadar mengambil contoh  negeri yang hampir sama besar dengan Pahang (35960km/persegi) manakala Perak (21,005km/persegi) undi popular yang dimiliki BN Perak yang mengundi BN 44.71% manakala PR mendapat 54.48%  undi popular.Secara relatifnya BN di Pahang mengatasi undi popular BN Perak yang sebenarnya tewas namun tiada sebarang serangan politik terhadap kepimpinan MB Perak seperti dialami oleh kepimpinan BN di Pahang.

Di Perak dari 24 kerusi Parlimen sebanyak 12 di menenagi oleh BN dan 12 dimenangi oleh PR menunjukkan betapa getirnya politik di sana manakala di perinkat DUN dari 59 kerusi BN memanagi 31 kerusi manakala PR 28 kerusi adalah situasi nyawa-nyawa ikan.

Pola taburan pengundi menunjukkan bahawa undi Melayu di Perak telah kembali kepada BN berbanding PRU 12 dimana PAS yang membawa sembah derhaka gagal memenangi hati kaum Melayu.Kemenangan BN di Perak purata di menangi oleh UMNO dengan 3O kerusi manakala 1 kerusi di menangi oleh MCA itupun majoriti pengundi Melayu.

Apakah relevannya keputusan pilihanraya tersebut.Jika ada pihak yang beriya-iya ingin menyeret MB Pahang dengan istana terhadap isu bauksit di Pahang fikirlah apa yang terjadi di Perak tanpa penglibatan istana dalam politik sesebuah negeri beraja.Hanya mereka yang menjadi Menteri Besar di negeri beraja tahu mengurus situasi tidak semudah yang di sangkakan.

Sikap tidak bijak menuding jari hanya kepada MB Pahang kepada setiap permasalahan yang wujud hanya akan merugikan BN sendiri.
Tanah runtuh salah MB,orang kemalangan jalanraya akibat lori bauksit salah MB,tebang balak untuk jajaran laluan tiang TNB salah MB seolah olah MB bukan lagi istilah Menteri Besar Pahang tetapi Manusia Bersalah yang dibicarakan di mahkamah rakyat yang terbina dengan sokongan mereka yang ketandusan idea.










Sunday 10 January 2016

BERSETUJU UNTUK TIDAK BERSETUJU @ BERSETUJU UNTUK DI KALDAIKAN


Pakatan Harapan hari ini mengadakan upacara tepong tawar dan mandi bunga dengan berlangsungnya Sidang Kemuncak Pakatan Harapan di Shah Alam hari ini.

Pada Sidang Kemuncak Pakatan Harapan ini pemimpin utama mereka dari DAP,PKR dan AMANAH menandatangani bersama perjanjian mereka namun klausa"bersetuju untuk tidak bersetuju "akhirnya terpaksa dicampakkan ke longkang.

Mungkin kerana sejarah perpecahan Pakatan Rakyat yang mengandungi "bersetuju untuk tidak bersetuju" menyaksikan PAS kini dipinggirkan.Barangkali tidak mahu terus kaldaikan oleh dan menjadi mangsa buli DAP namun pengganti PAS iaitu AMANAH bersedia menjadi tunggangan baru DAP.

Cuma kini "konsensus"menjadi tali pegangan antara tiga parti gabungan dan barangsiapa yang melanggar konsensus akan dipecat dari gabungan Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan juga tidak boleh dibubarkan secara unilateral,merujuk kepada tindakan memandai-mandai Lim Kit Siang yang secara bersendirian mengumumkan Pakatan Rakyat telah berkubur.

Walaupun setebal mana perjanjian yang ditandatangani oleh Pakatan Harapan sebenarnya mudah dibaca adalah pembahagian kerusi pilihanraya ke 14 ini iaitu untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru sesama mereka.

Ianya jelas bukan ada perkara lain yang sepenting itu..janji menang pilihanraya dan menuju ke Putrajaya,yang lain belakang cerita.PKR memang terdiri dari pemimpin yang suka belakang...apa  nak di kata..tunggulah berapa hari Pakatan Harapan mampu bertahan,bergilir-gilir antara PKR dan AMANAH dikaldaikan oleh kelicikan DAP.




Saturday 9 January 2016

RAKAM DAN TWEET LIVE JIRAN SEDANG KESEDAPAN


PASTINYA menjengkelkan sekiranya kita berhadapan situasi di mana kita terpaksa mendengar rintihan dan jeritan kuat daripada jiran sewaktu mereka sedang ‘sedap’ bersama.

Ianya semestinya memalukan lebih-lebih lagi rintihan dan jeritan simbol kepuasan itu datangnya dari seorang wanita yang kita kenali.

Ini terjadi kepada seorang wanita bernama Stacey Ritzen di Britain, yang terpaksa menahan telinga hampir setiap masa tatkala jiran wanitanya sedang ‘sibuk’ beraksi bersama pasangannya.

Disebabkan tidak tahan dengan rengekan dan bunyi-bunyi yang mengganggunya itu, dia nekad untuk membuat rakaman secara live mengenai ‘runut’ bunyi tersebut dan memuat naik di laman Twitter miliknya.

Rakaman yang dimuat naik di laman Twitternya itu disertakan dengan beberapa kapsyen antaranya, “Who wants to hear my terrible neighbor having extremely loud sex?”
Antara posnya yang terawal mengenai insiden tersebut.

Inilah antara luahannya sewaktu menjadi saksi mendengar setiap bunyi yang dihasilkan oleh wanita tersebut setiap kali dia ‘puas’ melayan nafsunya.

Oleh yang demikian, pastikan anda sentiasa menjaga adab berjiran tidak kira apa juga situasi yang sedang anda alami. Admin pasti, wanita yang menjerit ini pasti malu sekiranya dia terbaca tweet mengenai tabiat buruknya ini. 

ANGKATAN MUDA KEADILAN LEMAH LUTUT PENANGAN PAYUDARA HALIMAH NASOHA


Nampaknya isu buah dada lebih mendapat perhatian kepimpinan PKR dari mengutamakan kepentingan rakyat.Ianya bukan dibangkitkan oleh seteru di luar parti PKR tetapi dikalangan syaf kepimpinan mereka sendiri.

Si Halimah Montok berbaju putih...aaauww!

Kali ini giliran buah dada Halimah Nasoha menjadi subjek pimpinan PKR dikalangan ahli pemudanya yang anzal takkala terpandang montoknya buah dada Halimah Nasoha hingga hilang apa yang dibangkitkan oleh Halimah Nasoha.

Si Montok Halimah Nasoha kini di pecat dari pimpinan pusat AMK dengan alasan gagal hadir mesyuarat sebanyak 4 kali.Pemecatan beliau dikaitkan akibat kelantangangan Halimah Nasoha yang menggesa supaya Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) dihadapkan ke lembaga displin parti berkenaan isu pemberian lesen pembalakan di Selangor tanpa tender.


Halimah Nasoha meminta Chegu bard mengemukakn bukti tentang salahlaku Azmin atau jika Azmin Ali merasakan itu satu fitnah maka wajar di bawa ke mahkamah.

Sebaliknya heboh dalam group what up AMK tentang buah dada Halimah Nasoha seperti yang diprint sreen Timbalan Ketua Pemuda PKR Selangor Zainol Abidin Mohamed lebih berminat meminta "Halimah Nasoha menutup buah dadanya sebelum mencabar"

Isunya Azmin Ali didakwa oleh Chegubard terlibat dengan salahguna kuasa dengan memberikan kawasan pembalakan kepada individu tertentu tanpa proses tender sebaliknya mengapa buah dada Halimah Nasoha menjadi sasaran...uuuish...!


KEHIDUPAN PENUH PANCAROBA IBU TUNGGAL KERAJAAN SEDIA BANTU


KUANTAN 8/1/2016 - Kehidupan penuh pancaroba yang dilalui oleh golongan ibu tunggal sering mendapat perhatian masyarakat.Mengharungi kehidupan dengan menggalas tanggungjawab berat yang dipikul dibahu memerlukan ketabahan dalam menyara keluarga dalam persekitaran semasa yang mencabar

"Ibu Tunggal perlulah mendaftar dengan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) bagi memudahkan bantuan di salurkan oleh pihak kerajaan dan NGO.Ketika ini hanya sekitar 200 orang Ibu Tunggal yang berdaftar dengan JPW".

"Kerajaan tidak biarkan mereka ini begitu sahaja dan mereka mendapat pelbagai bentuk bantuan melalui JKM namun ianya tidak dinamakan bantuan Ibu Tunggal sebaliknya diberi bantuan am seperti bantuan untuk anak-anak sekolah selain Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menerusi pemberian zakat".

"Ibu tunggal juga digalakkan menyertai kursus kemahiran melalui Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal dan Inkubator Kemahiran Wanita bagi menjana pendapatan",ujar YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin ,Pengerusi Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi & Multimedia Negeri Pahang ketika ditemui di Kuantan.

Skim bantuan perniagaan juga disediakan kepada Ibu Tunggal seperti TEKUN Nasional,Amanah Iktiar Malaysia dan MARA.

Untuk keterangan lanjut sila klik ke laman JPW Pahang



Friday 8 January 2016

MUIP AGIH 3,152 BAUCER BARANGAN BULANAN KEPADA ASNAF NEGERI PAHANG


BANDAR JENGKA 7/1/2016 - Seramai 3,152 orang golongan Asnaf Negeri Pahang akan mnereima Baucer Barangan Bulanan Asnaf yang diagihkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang(MUIP).

Baucer bernilai RM 100 setiap satu tersebut boleh di gunakan di Pasaraya Pahang Darul Makmur .Sehingga kini terdapat 4 Pasaraya Darul Makmur(PDM) yang beroperasi di Pahang yang juga merupakan pasaraya yang dimiliki sepenuhnya oleh MUIP.

Bagi tujuan itu MUIP membelanjakan sebanyak RM 3,782,400 juta bagi tahun 2016.

"Pihak pengurusan MUIP akan melihat sejauh mana nilai baucer RM 100 itu bersesuaian dengan keperluan masa kini dan tidak menolak kemungkinan ianya akan ditambah pada masa akan datang"titah KDYTM Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Hj Ahmad Shah yang juga Yang Dipertua MUIP.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Pasaraya Darul Makmur Bandar Tun Razak Jengka Pahang.Pada majlis itu juga beliau mewakili MUIP menerima zakat perniagaan dari Affin Islamic Bank yang diwakili oleh Ybg Tan SriMohamed Jauhar sebanyak RM 250,000,Unitab Sdn.Bhd yang diwakili oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Dato'Mohd Hattar bin Ismail sebanyak RM 63,31.63 manakala Kumpulan Perbankan RHB Wilayah Pantai Timur yang diwakili oleh Ybg En Shaharuding bin Ming turut menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM 150,00.

Keberangkatan tiba KDYTM TM Pahang

Antara Tetamu Kehormat yang mengiringi keberangkatan KDYTM
TM Pahang
KDYTM Tengku Mahkota Pahyang Tengku Abdullah Sultan Hj Ahmad Shah
menyampaikan titah perasmian majlis
KDYTM TM Pahang sewaktu gimik pelancaran


KDYTM TM Pahang menerima zakat perniagaan selaku Yang Di Pertua MUIP

KDYTM TM Pahang Tengku Abdullah Sultan Hj Ahmad Shah
YDP MUIP

KDYTM  TM Pahang diiring DSDR MB Pahang ketika upacara perasmian
KDYTM TM Pahang  meninjau sendiri barangan keperluan di Pasaraya Darul Makmur
Bandar Tun Abdul Razak Jengka Pahang

Monday 4 January 2016

HANYA SEORANG MURID DAFTAR TAHUN 1 DI SJKC - KERAJAAN TETAP BUKA SEKOLAH


Seisi persekolahan 2016 telah bermula dengan suasana kesibukan ibubapa mendaftar anak masing-masing.Agak memeranjatkan berlaku di Jerlun Kedah hanya seorang murid yang mendaftarkan diri sebagai pelajar tahun 1 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chee Nan.

Lau Chun Yih,7 tahun adalah murid tunggal tahun satu dari keseluruhan 13 murid sehingga Tahun Enam adalah antara sekolah yang diklafikasikan oleh kerajaan sebagai Sekolah Kurang Murid.Seramai 9 orang guru bertugas untuk di SKJC Chee Nan yang mana sejak 2013  sehingga tahun lepas keputusan UPSR mencapai 100% kelulusan.

Cuma masih lagi kedengaran suara-suara sumbang golongan chauvanis dan ultra kiasu yang menganggap betapa zalimnya kerajaaan Malaysia menganaktirikan sekolah vernakular.

Sedangkan jika dilihat masyarakat Cina sendiri yang tidak mahu lagi menghantar anak mereka di SJKC  mungkin kerana mereka memilih untuk menghantar ke sekolah swasta kerana memiliki kemampuan ekonomi bagi bidang pendidikan anak mereka.

Jika dilihat dari sudut logik akal apakah keperluan Kementerian Pendidikan untuk terus mengekalkan sekolah tersebut dengan hanya 9 guru mengajar 13 orang murid.Tetapi sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab  Malaysia satu-satunya negara di dunia yang membenarkan sekolah vernakular diberi bantuan oleh kerajaan.

Berpegang kepada Perlembagaan Negara yang memberikan pengitirafan kepada masyarakat Cina di Malaysia mengamalkan budaya,agama mahupun sistem pendidikan bukti jelas toleransi antara kaum yang diamalkan.

Tetapi amat menyedihkan isu pendidikan seolah vernacular dijadikan isu politik golongan Ultra Kiasu dari DAP yang menghasut masyarakat Cina membenci kerajaan melalui NGO yang berselindung disebalik golongan pendidik Cina seperti Dong Jiau Zong.






2 KERJA SAYA TAHU SUKAR HIDUP MEREKA,IBUBAPA SAYA JUGA PENOREH GETAH - AHMAD MASLAN


Persoalan kenaikan kos sara hidup sering dibincangkan dan menjadi fokus bagi segenap lapisan masyarakat kerana ianya menyentuh setiap inci kehidupan

Menjadi tugas dan tanggungjawab setiap individu memahami dan tugas dan fungsi masing masing.Namun begitu segala yang terbeban itu kini secara mudahnya diletakkan di bahu pemimpin politik semacam punca bagi setiap permasalahan berkaitan kenaikan kos sara hidup


Bermula dengan GST,nama Ahmad Maslan sering bermain di bibir warga Malaysia menerusi pelbagai kenyataan agak kontroversi.Terkini soal 2 Kerja bagi menampung kos sara hidup yang dikatakan menghimpit rakyat

Sebagai seorang Timbalan Menteri MITI,Ahmad Maslan begitu proaktif dalam menyuarakan idea sekalipun sering dipandang sinis tetapi menilai dari segi perspektif antara Timb.Menteri yang berani kehadapan untuk mencari penyelesaiaan.

Apa yang dinyatakan oleh beliau sering diambil dari luar kontek sedangkan apa yang dimaaksudkan adalah perniagaan atas talian atau online bussines boleh dilakukan selepas waktu bekerja..simple dan sangat mudah cuma terletak atas kemahuan mahu atau tidak itu sahaja.

Kerja sampingan itu boleh dilakukan pada waktu malam atau hujung minggu.

Formula "PKPK" iaitu pendidikan, kemahiran, produktiviti dan keusahawanan adalah untuk mengajak masyarakat berusaha bukan menekan masyarakat atau membebani mereka dengan kerja tambahan .

Antara lain kata-kata beliau seperti di petik dalam twitter beliau :-

"Saya tahu sukar hidup mereka kerana ibu bapa saya dulu penoreh getah dan saya tahu menoreh,” kata anggota parlimen Pontian itu


“#TambahPendapatan cari rezeki yang halal. (Sebanyak) 9/10 punca kekayaan daripada sumber perniagaan, pesan nabi. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih,”.

Jika ada yang berpandangan bahawa Menteri atau Timbalan Menteri hanya pandai berkata-kata kerana mereka tidak terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup tapi yang pastinya ianya bukan Ahmad Maslan Timbalan Menteri MITI yang pernah merasai kepayahan hidup anak peneroka yang menoreh getah sebelum berada di mana beliau berada sekarang.

Sunday 3 January 2016

ANTARA RM 1.2 BILLION DUIT ISRAEL & RM 2.6 BILLION DUIT PAK ARAB MANA SATU KITA PILIH..?


Pendedahan yang dibuat oleh Dr Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki bagaimnaa DAP ditawarkan dana RM 1.2 billion (USD 300 juta) oleh agen Israel pada PRU yang 13 yang lalu bukan perkara baru dan pernah dibangkitkan Mohamed Razali Abd Rahman yang merupakan bekas pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, empat tahun lalu.
siri 1


siri 2


Sebagai balasannya pula DAP didakwa akan membenarkan sebuah pengkalan Tentera Israel akan dibina di Port Dickson sekiranya DAP berjaya menakluk Putrajaya.

Sekalipin artikel tersebut telah ditarik keluar dari Harakah Daily tetapi Dr Zuhdi tetap dengan pendirian beliau dan sanggup di saman oleh DAP jika tuduhan tersebut tidak berasas.

Pada masa yang sama timbul juga teka teki ekoran dana RM 2.6 billion yang dimasukkan dalam akan peribadi DS Najib dikatakan dari dermawan Putera Raja Arab.

Mungkin ada yang berpendapat dana politik yang ditawarkan kepada DAP oleh Israel belum tentu terbukti tetapi telah dibuktikan dana Putera Raja Arab masuk ke akaun peribadi DS Najib.

Tetapi sehingga ke hari ini DAP masih berdolak dalih dengan sekadar  membuat penafian tanpa mengemukan saman Mohd Razali Abdul Rahman antara ahli kumpulan G17 yang di latih oleh pakar perisikan Israel yang di ketuai oleh Tony Phua.

DAP juga masih belum menyaman  Dr Mohd Zuhdi Marzuki jika ternyata dakwaan itu tidak benar.Namun apa yang menghairankan sikap segelintir rakyat yang masih mempersoalkan dana politik Putera Arab yang pastinya sebangsa dan seagama dalam membantu Malaysia yang di kenali sebagai sebuah negara Islam yang mempunya hubungan politik dengan negara Islam di benua Arab.

Namun segelintir terpengaruh dan seakan  merestui wang Israel untuk dana politik pembangkang melebihi kewajaran wang dana dari Negara Arab islam yang diterima oleh DS Najib.

Oh..Malaysiaku....!







RM42 B HUTANG 1MDB LANGSAI...SEKARANG MAU APA LAGI...?


1MDB berjaya membuatkan banyak dahi manusia di Malaysia berkerut-kerut,menjadikan banyak wajah muda kelihatan tua sebelum usia takkala memikirkannya.

1MDB dilihat dari pelbagai persepektif,di risik oleh segenap agen perisikan,dipinang oleh pihak pembangkang di Malaysia berwalikan Sarawak Report dan The Edge,di sandingkan di laman rumah oleh Tun M.

Justeru itu bagi mengelakkan polemik ini menjadi siulan sumbang apatah lagi dibicarakan di mahkamah media sosial dengan melebihi 20 juta hakim termasuk pendakwa dan peguambela,PM DS Najib telah mengarahkan supaya Pelan Rasionalisasi 1MDB diselesaikan sebelum 31Dec 2015 dan akhirnya ianya berjaya sepertimana di tagih.

Mudahnya lihat video di bawah...jika anda tergolong dalam golongan yang rajin membaca anda boleh membaca seperti artikel disertakan, jika malas membaca dan malas melihat video...malang sekali Malaysia mempunyai warga yang sedemikian rupa...... hanya tahu semua terhidang dan disuapkan ke mulut,menantikan sendawa sambil berbaring di kerusi malas.



1. Memasuki tahun 2016, 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) telah menyelesaikan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, agar menyelesaikan masalah hutang besar mereka menjelang 2016. Daripada hutang berjumlah RM 42 Bilion kini tinggal sekitar RM 2 bilion sahaja.

2. 1MDB diambil alih oleh Kerajaan Malaysia dari Kerajaan Negeri Terengganu (dulunya dikenali sebagai Terengganu Invesment Arm – TIA) dengan tujuan menjadi satu entiti (vehicle) bagi menstrukturkan semula industri janakuasa bebas dan menstabilkan harga tenaga letrik dalam negara.

3. Selain itu 1MDB turut diberi tanggungjawab membangunkan Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia.

4. Pengambil alihan beberapa Pembekal Janakuasa Bebas (IPP) telah menimbulkan tentangan dan gosip liar mengenai pembelian luar biasa dan “inflated price”. Namun sehingga kini ia tidak pernah dibuktikan. Sebaliknya, pengambil alihan ini membolehkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengadakan rundingan semula tarif yang berat sebelah sebelum ini. Melalui rundingan semula ini TNB tidak lagi menanggung kos yang tinggi dan merugikan mereka.

5. 1MDB hanya bermodalkan RM 1 juta dari kerajaan dan RM 5.5 bilion bon, melakukan pengambil alihan ini membabitkan konsep “mortage” atau pinjaman bercagar aset. Ini bermaksud 1MDB hanya membayar deposit dan selebihnya dibiayai oleh cagaran aset yang diambil alih. Oleh kerana 1MDB menjalankan urusaniaga ini dengan agresif ia mula mendapat tentangan daripada IPP yang masih ada kerana melihat masa depan mereka akan terancam.

6. 1MDB sepatutnya berjaya menyelesaikan semua hutang pembelian IPP yang berjumlah sekitar RM 18 bilion melalui Tawaran Terbitan Saham Awam (IPO) pada tahun ini. Malangnya, serangan secara tersusun dan terancang dibuat ke atas 1MDB. Apabila serangan ini dibuat dalam skala yang besar, 1MDB tidak lagi berupaya menawarkan IPO kerana imej yang negatif akan menjauhkan pelabur yang berminat dengan IPO ini.

7. Pada Januari 2015, Arul Kanda dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB yang baharu. Beliau diberi tanggungjawab menyelesaikan masalah hutang 1MDB yang terlalu besar iaitu sebanyak RM 42 bilion.

8. Oleh kerana 1MDB tidak lagi boleh menawarkan IPO, mereka perlu membuat pelan rasionalisasi melalui penjualan aset dan penstrukturan semula hutang serta mempercepatkan proses pembangunan projek pembangunan mereka.

Siapa Pun Boleh Berniaga Jika Jual Aset Untuk Bayar Hutang

9. Langkah pertama 1MDB ialah melakukan persetujuan dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) melalui pertukaran aset dan pengambil alihan hutang. Sungguhpun tidak jelas apakah pertukaran tersebut, namun dipercayai ia membabitkan pelaburan luar negara dalam Brazen Sky, Aabar Investment dan GIL FUND. Pelaburan dalam unit-unit amanah ini menyebabkan hutang 1MDB mencecah RM 16 Bilion.

10. Oleh kerana pelaburan-pelaburan ini merupakan pelaburan jangka panjang untuk mendapat dividen, pengambil alihan ini membolehkan 1MDB bebas hutang sebanyak RM 16 bilion dan IPIC akan mendapat semua apa sahaja keuntungan dari pelaburan ini pada masa depan.


“Pengambilalihan faedah dan bon utama IPIC ini akan dibayar melalui pertukaran aset yang disediakan 1MDB, sebahagiannya tunai deposit dolar Amerika Syarikat (AS) manakala sebahagiannya pula dana di bawah pengurusan – sama ada dalam bentuk tunai atau unit dana – atas persetujuan bersama dengan IPIC. – 1MDB

11. Langkah kedua, ialah menjual keseluruhan aset tenaga mereka di bawah Edra Energy Sdn Bhd. Dua syarikat teratas dalam pembidaan terbabit ialah China General Nuclear Power Corporation (CGN) dan TNB. Bagaimanapun CGN telah dipilih sebagai pembeli EDRA kerana ia menawarkan harga paling tinggi dan mengelakkan tuduhan TNB diarahkan menyelamatkan 1MDB.

12. Lebih penting pembelian Edra ini dari 1MDB dengan harga yang hampir sampa dengan pembelian menunjukkan dakwaan “inflated price” adalah tidak benar sama sekali. Jika dijual kepada TNB akan ada tuduhan syarikat kerajaan ini diarahkan membayar harga yang lebih tinggi dari pasaran.

13. “Siapa Pun Boleh Berniaga Jika Jual Aset Untuk Bayar Hutang” adalah mantera baru mereka yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri Mohd Najib Razak. Memang betul. Namun apa yang mereka tidak faham ialah penjualan aset ini berkaitan langsung dengan hutang. Hutang timbul dari pembelian aset-aset terbabit. Justeru cara untuk melupuskan hutang adalah melalui penjualan aset terbabitlah.

14. Jika 1MDB terpaksa menjual aset untuk membayar hutang “berpoya-poya” atau salah pelaburan tempat lain, maka mungkin ada asas untuk mempertikaikan penjualan aset-aset ini.

15. Namun bagi memenuhi kehendak sebahagian rakyat Malaysia termasuk Tun Mahathir yang mahu hutang 1MDB dikurangkan, maka syarikat tiada pilihan kecuali melupuskan aset-aset yang diperolehi secara hutang tersebut. Ini kerana aset-aset ini adalah sebahagian hutang yang wujud.

16. Transaksi terbaru ialah penjualan 60% daripada pembangunan Bandar Malaysia kepada konsortium IWH-CREC Sdn Bhd. Konsortium ini terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (“IWH”) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC). Konsortium yang dikenali sebagai IWH-CREC Sdn Bhd adalah hasil usahasama 60:40 antara IWH dan CREC.

17. Melalui persetujuan ini 1MDB akan menerima RM 7.41 bilion. Perlu dijelaskan persetujuan ini membabitkan kerjasama membangunkan bandar Malaysia bukannya menjual tanah-tanah dalam cadngan Bandar Malaysia kepada IWH. Ini bermakna IWH sekarang merupakan sebahagian Pemaju (developer) untuk bandar Malaysia.

18. IWH, pemaju utama bagi bahagian Flagship A Koridor Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Iskandar, adalah perkongsian awam-swasta antara Credence Resources Sdn Bhd (60%) dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (40%) yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Johor. Adalah tidak benar dakwaan bahawa 60% tanah di Bandar Melaysia dijual kepada entiti asing.

19. Justeru pembangunan Bandar Malaysia ini merupakan “Joint Venture” antara 1MDB dan IWH-CREC. Secara keseluruhan kira-kira 54% daripada projek tersebut dimiliki oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Johor, masing-masing melalui 1MDB/MOF Inc dan KPRJ. CREC sebagai rakan kongsi antarabangsa hanya mempunyai ekuiti projek sebanyak 24% sahaja. Selebihnya milik pemegang saham dalam IWH yang terdiri daripada rakyat tempatan.

20. Enam bulan selepas pengumuman Perdana Menteri bahawa 1MDB akan mengurangkan hutang sebanyak RM 42 bilion dengan drastik, Arul Kanda menunaikannya pada 31 Disember 2015. Secara dasarnya hutang 1MDB kini hanya tinggal sekitar RM 2 bilion sahaja.

21. 1MDB boleh menjadi entiti yang besar jika tidak diganggu gugat oleh agenda politik anti-Perdana Menteri. Namun kestabilan politik lebih penting daripada perkembangan 1MDB sendiri.-MYKMU.NET

*Analisis di atas dibuat hasil penyelidikan bebas berdasarkan sumber-sumber rasmi tanpa pengesahan dari 1MDB. Ia mungkin sedikit berbeza dengan maklumat sebenar.-


Saturday 2 January 2016

DEMI SI KULUP GADIS PERDAYA SATU MALAYSIA DIA DICULIK...CHIIIT...!


SIAPA sangka, rupa-rupa satu Malaysia ditipu ‘hidup-hidup’ dengan drama sebabak yang dicipta oleh seorang gadis berusia 14 tahun, yang sebelum ini dipercayai diculik susulan rakaman audionya menjadi viral.

Hanya gara-gara mahukan hidup bebas, gadis yang dikenali sebagai Nur Amirah Athirah Abdul Majid sanggup berbohong terhadap keluarganya dengan membuat panggilan palsu menyatakan konon dirinya diculik.

Lebih parah, remaja yang tidak bersekolah ini sebenarnya lari mengikuti teman lelakinya yang baharu sahaja dikenali kira-kira seminggu.



Teka-teki helah penculikan ini terbongkar setelah pihak polis berjaya menemui gadis berkenaan bersama teman lelakinya, Gan Chin Teck berusia 19 tahun.

Mereka turut ditemui bersama-sama seorang kanak-kanak, Nurqistina, 6; di hadapan stesen minyak di Kanchong Darat Banting, Selangor, kira-kira 10 malam pada Khamis.

Hasil siasatan pihak polis, Athirah mengaku dirinya tidak diculik dan berbuat demikian kerana inginkan hidup bebas.

Menurut gadis ini, sepanjang kehilangannya menumpang di rumah bapa angkatnya yang dikenali sebagai Nizam di Bandar Sungai Emas, Banting.

Pada masa yang sama, gadis tersebut mendakwa tidak pernah melakukan hubungan seks bersama teman lelakinya.

Terdahulu, ibu remaja ini, Asmah Mamai, 33; membuat laporan polis setelah menyedari anak perempuannya itu tidak pulang ke rumah mereka yang terletak di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang kira-kira 10 malam, pada Ahad lalu.

Bagaimanapun, Athirah dikatakan sempat hubungi ahli keluarganya mendakwa dia konon diculik menggunakan sebuah van berwarna putih namun tidak sempat lihat nombor pendaftaran kenderaan apabila kepala ditutup dengan kain.

Malah, Athirah dalam rakaman itu berkata, dia tidak diculik berseorangan, sebaliknya mendakwa ramai lagi gadis lain turut berada dalam van berkenaan, dipercayai diculik.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...