ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: November 2014

Wednesday 19 November 2014

PERUNTUKAN RM 40 JUTA KERAJAAN PERSEKUTUAN PERLU DISEGERAKAN - SULTAN PAHANG


Cameron Highland kini semakin terkenal bukan sahaja kerana pohon teh yang melata,harumnya bunga mawar buat pemikat sang kekasih atau sayur sayuran yang tumbuh menghijau tetapi menjadi fokus utama media seakan-akan di sini keadaan tidak terkawal lagi setelah 'ditawan 30,000 warga asing'serta pencerobohan tanah haram.Berdasarkan laporan yang memberikan kesan negatif kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang,KDYMM Sultan Pahang telah berkenan berangkat ke Cameron Highland bagi meninjau sendiri dan mendapatkan maklumat yang tepat situasi di sana.


Keberangkatan KDYMM Sultan Pahang ke Cameron Highlands pada 19hb November 2014 dan lawatan baginda dijangka berakhir pada 22hb November 2014 menunjukkan keprihatinan Baginda Sultan terhadap laporan laporan negatif berkenaan Cameron Highland.Hasil taklimat yang diberikan beberapa baginda bertitah agar beberapa langkah diambil antaranya :

1.Projek mendalamkan Sg Bertam yang mana peruntukan yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan sebanyak RM 40 juta tahun lepas perlu disegerakan begitu juga melantik kontraktor dengan kadar segera.Pada masa sekarang hanya 2 juta diiperuntukkan untuk kerja rekabentuk dan perunding.Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pahang perlu diperkemaskan kerana sebarang masalah yang timbul membabaitkan isu Cameron Highland pada akhirnya yang dipersalahkan ialah Keraajaan Negeri Pahang.

2.Penduduk yang tinggal berhampiran dengan Sg Bertam juga perlu dipindahkan bagi menjamin keselamatan mereka jika berlaku sesuatu yang tak diingini seperti banjir lumpur serta memastikan kelancaran projek tersebut.

3.Baginda menitahkan supaya semua isu berkaitan dan perkara yang menghalang kelancaran projek perlu diselesaikan dalam masa dua bulan.

4.Berkenaan isu pencerobohan tanah haram baginda bertitah tiada siapa yang mengatasi undang-undang dan sekiranya ada yang mendakwa kewujudan 'Surat Kuning"maka hendaklah disahkan dahulu kesahihannya melalui Kerajaan Negeri Pahang ataupun baginda sendiri "one to one"





Antara bait-bait kata baginda yang menyentuh hati ketika lawatan tersebut :

"Cameron Highland is a beautiful place..janganlah ada sesiapa yang nak merosakkan keindahannya..I love my people.."

P/S : Apa ulasan akhbar media arus perdana selepas lawatan baginda.Awang Selamat pastinya sudah menemui 30,000 ribu bangladesh seperti didakwa tapi gagal dibuktikan.Awang Selamat berhentilah berbisik kerana bisik-bisik kebiasannya hanya dilakukan untuk menyampaikan berita yang entah dimana letak kesahihannya.

.

Thursday 13 November 2014

MB PAHANG PERLU SAMAN AWANG SELAMAT DEMI SELAMATKAN UTUSAN MALAYSIA


Hebat sangatkah Awang Selamat Utusan Malaysia.Adakah sesiapa mengenali beliau manusia berbagai wajah adakala berambut dan adakala berkepala botak.Tapi yang pastinya Awang Selamat sentiasa diselamatkan oleh Utusan Malaysia dengan kawad berduri.Awang Selamat manusia yang penuh kepalsuan..walaupun kau tidak ku kenali tetapi lubang hidungmu yang tatap menjadi pojaan gelandangan politik yang rakus tetapi menikus.

Isu PATI dan pencerobohan Cameroon Highland yang ditimbulkan sejak dua minggu lalu hanyalah menghalalkan cara bagaimana Awang Selamat memainkan peranannya mencorakkan landskap politik di Malaysia.Niatnya mudah dengan cuba menyogok pembaca akhbar yang semakin merudum jualannya dengan mensensasikan isu.Kali ini giliran pusingan kedua menukar MB Pahang dilakukan dengan cukup sitematik dan terancang mengikut telunjuk politikus berkepentingan.


Isu PATI dialamatkan di Cameroon Highland sedangkan ianya juga berlaku di seluruh Malaysia melalui laporan khas selama dua minggu berturut-turut dan mengarahkan pemberita di Pahang mendapatkan penjelasan MB Pahang DSDR Adnan Hj Yaakob?sedangkan Awang Selamat seharusnya mendapatkan penjelasan kebanjiran PATI di Cameroon Highland  dijawab oleh Menteri KDN yang bertanggungjawab keatas pasukan penguatkuasa seperti Imegresen dan Polis DiRaja Malaysia.Bidang kuasa penguatkuasaan terletak dibawah Kerajaan Persekutuan.

Tajuk berita dengan menggunakan  perkataan "Cameroon Highland ditawan"menggambarkan seolah2 Kerajaan Negeri Pahang kehilangan kedaulatan yang di perintah oleh Sultan Pahang yang MB Pahang menjadi ketua kerajaan sudah tidak wujud di Cameroon Highland.Alasan penggunaan metafora bahasa yang kurang tepat boleh memberikan andaian persepsi seolah-olah Cameroon Highland bukan lagi dibawah kawalan Kerajaan Negeri Pahang.

Melalui sidang media yg dilakukan oleh MB Pahang,beliau terlebih dahulu bermesyuarat dengan pegawai jabatan dan agensi yang berkaitan bagi mendapatkan laporan untuk menjawab isu yg ditimbulkan oleh Awang Selamat .Beberapa perkara yang dibawah kuasa kerajaan negeri seperti kelulusan tanah dan PBT telah dijawab namun bila ditanya hal berkaitan perkara yang sepatutnya dijawab oleh pihak lain MB Pahang selaku ketua kerajaan Negeri Pahang menjawab dengan cukup berkhemah demi menjaga airmuka Kerajaan Persekutuan.

Kelulusan tanah kebiasaanya hanya diberi seluas 2 hektar bagi pertanian namun pengusaha pertanian di Cameroon Highland bertindak berani meneroka lebih dari had yang dibenarkan.Penguasa PBT pula berhadapan dengan isu keselamatan kerana mereka tidak bersenjata dan sering menerima ugutan dari peneroka tanah haram.Awang Selamat mungkin sentiasa berasa selamat kerana tidak berada disituasi penguasa PBT kerana tugas Awang Selamat hanya dihadapan komputer dan bukan berada dilapangan yg terdedah kepada ancaman keselamatan.

Masih ingatkah lagi lelaki berani bernama Karam Singh Walia yang suka berpantun di TV3 dahulu.Mungkin Awang Selamat boleh mendapatkan pengesahan beliau jika benar ada dakwaan ugutan selepas beliau mendedahkan penerokaan tanah haram di Cameroon Highland tidak lama dahulu.Apakah sanggup bagi penguatkuasa PBT diekori sehingga ke rumah dan keluarga menjadi taruhan.?Yang jelas Karam Singh tidak mahu berpantun lagi di Cameroon Highland.Jika Awang Selamat mahu berpantun silakan..tetapi serlahkah kejantanan anda dengan menampakkan diri bukan bersembunyi dibalik pintu kepalsuan.

Kerajaan Negeri Pahang juga tidak mahu dilihat zalim kepada rakyat negerinya yg mengusahakan pertanian dengan menidakkan sumbangan sektor pertanian kepada negara berjumlah 2 billion.Pertanian dengan skala begini menyebabkan berlaku penebangan hutan ditanah tinggi sekaligus antara punca banjir di Tanah Rata.Sikap pengusaha pertanian yang membuang segala sampah ke dalam sungai antara punca banjir di samping penempatan haram yang dibina berhampiran sungai mendedahkankan kepada risiko bencana banjir yang meragut nyawa. 

Penjelasan MB Pahang bagaimanapun gagal memuaskan hati Awang Selamat sebaliknya terus menyerang beliau dengan berbagai dakwaan bagi menunjukkan kelemahan MB Pahang.Tuduhan MB Pahang hanya bergantung kepada istana demi kelangsunga politik beliau adalah keterlaluan seolah2 Sultan Pahang tersalah pilih siapakah MB  yang layak bagi negeri Pahang.Ada tangan tangan ghaib di Putrajaya yang mahukan seorang ADUN Pahang yang masih baru dalam dunia politik Pahang sebagai MB.Pemimpin datang dan pergi tetapi biarlah dengan cara berkhemah dan beretika bukan dengan menggunakan Awang Selamat menyerang kepimpinan DSDR Adnan Yaakob.

Fokus kepada isu pencerobohan dan cara menangani bukannyanya dengan membangkitkan serangan peribadi kononnya MB Pahang seorang yang angkuh dan sering membuli wartawan.Pengamal media di Pahang lebih mengenali siapa MB Pahang berbanding Awang Selamat yang hanya tahu mendapatkan berita melalui sms dan panggilan telefon dan email sahaja sambil menghirup kopi di pejabat.Sidang media yang dikatakan kononnya MB Pahang mengamuk adalah fitnah dan dusta sebaliknya berlangsung dalam suasana yg kondusif.

Penjelasan video yang dikatakan disunting merupakan perkara biasa yg turut dilakukan oleh mana mana pengamal media termasuk  TV3, RTM mahupu Astro Awani.Video berdurasi 6 minit itu adalah rangkuman sidang media dan tiada apa yang mahu disorokkan.Rakaman sebenar hampir setengah jam akan dikeluarkan setelah Awang Selamat tiada lagi di Utusan Malaysia bagi membuktikan kebenaran.Transkrip yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia hanyalah rakaman audio yg tidak menggambarkan suasana sebenar sidang media berkenaan.

Bagi menjimatkan masa dan tenaga memikirkan Awang Selamat jalan penyelesaian bagi mencari kebenaran tindakan saman terhadap Awang Selamat adalah cara yang paling sesuai.Apa perlunya lagi Awang Selamat jika penulisan beliau hanya untuk menjatuhkan ramai pemimpin UMNO yang selama ini memberikan nafas kepada Utusan Malaysia.Bersedialah dengan jawapan di mahkamah wahai Awang Selamat kerana anda sudah tidak mampu diselamatkan lagi.







Tuesday 11 November 2014

VIDEO - PENJELASAN MB PAHANG ISU PENDATANG ASING DI CAMERON HIGHLAND






Rakaman Video berkenaan adalah mengenai isu pendatang asing yang akhirnya menjadi kontroversi dan berlarutan diantara Utusan Malaysia (Awang Selamat) dengan Menteri Besar Pahang Dato' Seri DiRaja Adnan Yaakob.

Sidang Akhbar berkenaan diadakan pada 5hb November 2014 betempat di Yayasan Pahang dan diadakan berikutan isu pendatang asing yang menempati Cameron Highland serta memonopoli tenaga pekerja dalam sektor pertanian sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia.

Menteri Besar Pahang ada menegur pihak Utusan Malaysia dalam hal memberikan tajuk kepada artikel berkenaan dengan menyatakan bahawa tajuk adalah kurang sesuai dan tidak tepat serta mengelirukan.

Tidak benar sama sekali apabila ada pihak yang mendakwa bahawa Menteri Besar melatah dan terlalu emotional dalam isu berkenaan.

Yang dinyatakan adalah Menteri Besar meminta pihak akhbar (Utusan Malaysia) berhati-hati dalam memilih perkataan untuk dijadikan tajuk berita yang ingin dilaporkan, jangan hanya mengutamakan keuntungan jualan akhbar semata-mata tanpa mengambil kira bahawa tajuk berkenaan mengelirukan rakyat dan memberi pandangan negatif.

Bahkan dalam sidang akhbar berkenaan, Menteri Besar Pahang dengan jelas mengalu-alukan laporan sebarang akhbar mengenai sebarang isu namun haruslah dengan cara dan bahasa yang jelas dan tidak mengelirukan rakyat.

Sidang akhbar berkenaan dihadiri berbagai media di negeri Pahang, namun kolumnis Awang Selamat tidak hadir bersama, justeru tulisan beliau selepas sidang tarikh berkenaan adalah diragui kejujurannya apabila beliau menganggap Menteri Besar Pahang melatah dan emosional walhal beliau tiada ditempat kejadian.

Tindakan pihak akhbar serta sebilangan laman media sosial 'menghentam' Menteri Besar Pahang bermula isu Bangla di Cameron Highland dilihat sebagai usaha terancang pihak tertentu yang berkepentingan dalam usaha memberi imej buruk kepada Dato' Seri DiRaja Adnan Yaakob selaku Menteri Besar Pahang.

Crew PahangKu Media yang turut serta di sidang akhbar berkenaan merasa bertanggungjawab untuk memberi penjelasan mengenai apa yang sebenarnya berlaku ketika sidang akhbar berkenaan serta menafikan sekeras-kerasnya sebarang tuduhan dan tohmahan yang mengaitkan Menteri Besar Pahang sebagai melatah dan emotional sebagaimana laporan Utusan Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...