ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: April 2018

Wednesday 18 April 2018

PENJELASAN ISU 1MDB PUKULAN MAUT KEPADA PEMBANGKANG PADA PRU14


Sejak mula isu 1MDB dibangkitkan oleh pembangkang di Malaysia, rakyat telah dikelirukan bagi kepentingan politik pembangkang. Tindakan pembangkang juga cuba menyeret campurtangan asing dalam siu 1MDB mendedahkan betapa mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat berkuasa tanpa menghiraukan akan kedaulatan negara Malaysia yang kita cintai. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab penerangan telah diberikan dari masa kesemasa dan terpulanglah kepada rakyat pada PRU ke 14 ini samada mereka telah berjaya dikelirukan dengan dakyah pembangkang atau berdiri teguh dibawah kerajaan Barisan Nasional. Ikuti penjelasan Arul Kanda CEO 1MDB.





Monday 16 April 2018

KERAJAAN TUNAIKAN JANJI AGIH LOT TANAH FELDA KEPADA GENERASI KEDUA


MARAN 16/4/2017 – Kerajaan Negeri Pahang komited menunaikan janji memberikan lot tanah kepada generasi kedua FELDA dan bukan sekadar janji kosong. Sebagai sebuah kerajaan yang sentiasa mendengar keluhan generasi kedua FELDA yang mengimpikan kediaman sendiri di tanah rancangan FELDA, agihan lot tanah adalah salah satu cara penyelesaian terutama mereka yang sukar mendapatkan pinjaman bank. 

Pemberian lot tanah di Felda Jengka 2 Maran adalah merupakan projek perintis di Pahang bagi menyelesaikan masalah kediaman generasi kedua FELDA. Seramai 40 orang menerima surat tawaran untuk memiliki tanah lot oleh Kerajaan Negeri Pahang yang disampaikan oleh YB Dato’Sri Shahaniza Shamsuddin Exco kerajaan Negeri Pahang yang mewakili Kerajaan Negeri Pahang. 

Beliau berkata”Kerajaan Negeri dan FELDA mengambil tempoh yang lama untuk membuat keputusan yang amat penting ini keranan memikirkan kesannya kepada landskap FELDA pada masa akan datang. Tanah di Rancangan FELDA adalah terletak di bawah Akta GSA 1960 (Akta Tanah Kawasan penempatan Berkelompok), digubal bagi memastikan orang Melayu di letakkan di bawah FELDA ditadbir urus dengan baik demi kebaikan semua pihak namun dengan pemberian tanah lot ini pastinya akan memberikan kesan kepada landskap FELDA dan tidak selari dengan konsep yang diilhamkan oleh Tun Abdul Razak”. 

“Namun mengambil kira keluhan generasi kedua Felda Jengka 2, permohonan yang dikemukakan kepada Kerajaan Negeri dan FELDA sejak 2008 dan menjadi isu pilihanraya umum ke 13 telah di perhalusi dan akhirnya hari ini impian generasi kedua FELDA Jengka 2 telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Pahang. Ianya akan menjadi perintis kepada beberapa lagi Tanah Rancangan Felda yang mempunyai rezab yang luas seperti di Felda Jengka 4 dan Jengka 5. Cuma di Felda Jengka 5 , pihak pengurusan FELDA telah mengambil keputusan untuk membina Perumahan Generasi Baru FELDA sebanyak 100 unit “. 

“saya ingin sekali lagi berpesan kepada penerima tanah lot generasi kedua Felda Jengka 2 agar tidak menjual tanah ini selepas mendapat hak milik nanti. Tindakan ini boleh dianggap pengkhianat kepada FELDA yang selama ini banyak membantu sosio ekonomi orang melayu. Pemberian lot tanah ini bermakna ianya tidak lagi tertakluk di bawah Akta GSA, jadi ingatlah jangan sesekali menjual tanah ini dan sebagai ingatan ianya tidak boleh ditukar milik selama 10 tahun berdasarkan perjanjian yang telahpun ditandatangani”, tegas YB Dato Shahaniza Shamsuddin Exco Kerajaan Negeri Pahang. 

Majlis tersebut turut di hadiri oleh En Shariman bin Dollah Hasim Penolong Pengurus Besar Wilayah Jengka, En Amizi Bin Mat Ghani Pengurus Rancangan Felda Jengka 2 . Dengan pengagihan tanah lot itu juga , menepis sama sekali tohmahan pembangkang yang mengatakan generasi kedua Felda telah diabaikan. 

Manifesto pembangkang yang ingin memberikan tanah lot juga tidak perlu digembar gemburkan memandangkan kerajaan Barisan Nasional telahpun mengotakan janji untuk memberikan tanh lot lot kosong di tanah rancangan Felda telah pun direalisasikan dengan projek perintis di Felda Jengka 2 Maran Pahang. 




Sunday 15 April 2018

SENARAI JANJI PALSU PAS SETIAP KALI PILIHANRAYA

Menjelang PRU parti parti yang ingin bertanding akan menawarkan akujanji apa yang mereka ingin tawarkan sekiranya berjaya memenangi pilihanraya. Dalam kempen kempen sebelum lagi musim berkempen mereka sudah melancarkan manifesto bagi menarik perhatian mengundi. Dalam ceramah ceramah politik, berdegar degar menabur janji, sesuai dengan lambang bulan PAS juga menawarkan bulan dan bintang. Mampukah mereka merealisasikan janji janji mereka? Pada setiap kali ceramah  PAS seringkali mengajak pengundi melhat bagaimana kejayaan PAS Kelantan memerintah kerajaan negeri . Benarkah kerajaan Kelantan yang dipimpin sejak 28 tahun yang lalu mengotakan janji mereka? 

Di bawah ini di senaraikan janji janji palsu mereka pada setiap kali pilihanraya , PAS bijak bermain kata kata di pentas ceramah namun percayalah mereka adalah politikus yang hanya menggunakan agama demi survival politik dan bukan untuk rakyat. Jika tidak masakan mereka mempermainkan rakyat dengan janji janji manis pada setiap kali musim pilihanraya.

















Saturday 14 April 2018

SAJIKAN ARAK DI MAJLIS PENGUMUMAN CALON PAKATAN HARAPAN



Pengumuman calon Pakatan Harapan gabungan pembangkang di Malaysia dianggotai PKR,DAP,BERSATU dan Amanah amat mengejutkan ramai hadirin yang hadir terutamanya muslim yang hadir dimajlis tersebut semalam. Majlis pengumuman tersebut bagi mengumumkan calon Pakatan harapan bagi kawasan  Parlimen Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar yang bertempat di Restoran Golden Empire Tanjung Lumpur Kuantan Pahang.

Hadirin muslim yang hadir terpinga pinga dengan tindakan penganjur yang langsung tidak menjaga sensitiviti mereka. Sekiranya ianya hanya dihadiri oleh mereka yang non muslim atau anjuran DAP, ianya tidak menjadi masalah dan tiada siapa yang peduli. Memang benar tiada muslim yang meminum arak tetapi berada di majlis sebuah Pakatan Harapan yang dianggotai oleh ramai muslim seperti PPBM,PKR dan Amanah pastinya mengundang rasa kurang senang.


Apakah yang kita harapkan bagi sebuah kerajaan Pakatan Harapan yang ingin menguasai Putrajaya jika tidak menjaga sensitiviti agama dan budaya Muslim yang merupakan majoriti di Malaysia. Apakah ini bentuk kerajaan pakatan Harapan yang begitu liberal dan boleh diterima oleh rakyat Malaysia yang beragama Islam dengan menghidangkan arak di majlis seperti ini.

Dominasi DAP dalam Pakatan Harapan yang dianggotai oleh PPBM,PKR dan Amanah meletakkan hanya dihujung kaki mereka, liberalisme agama menjadikan gabungan Pakatan Harapan mengorbankan nilai nilai Islamisasi yang menjadi tunjang kepada kemakmuran dan kestabilan negara sejak merdeka hingga kini.

Pengundi di Pahang khususnya perlu menilai sebaik baiknya akan keputusan mereka dalam memilih kerajaan pada Pilihanraya Umum ke 14 nanti, kesucian agama Islam terletak di tangan tangan anda yang bakal memilih sebuah kerajaan yang diterajui oleh Pakatan Harapan yang didominasi oleh DAP dengan fahaman liberalisme agama ataupun Barisan Nasional yang meletakkan Islam sebagai agama Negara dengan menjaga kesucian dan sensiviti Islam namun pada masa yang sama kebebasan beragama dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.


Friday 13 April 2018

MANTAN PESURUHJAYA PAS PAHANG LARI LINTANG PUKANG KE KUBANG KERIAN


Siapa tidak kenal bekas Pesuruhjaya PAS Pahang Tuan Ibrahim Tuan Man, bekas pensyarah UiTM Jengka yang meletakkan terjun ke dunia politik bersama PAS. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya PAS Pahang dari 2004 hingga 2015 dan kini adalah orang nombor dua dalam parti PAS sebagai Timbalan Presiden PAS. Desas desus kedengaran beliau mencari kawasan selamat untuk terus berada di persada politik tanahair.


Nampaknya beliau tidak ada semangat Tok Gajah atau kepahlawanan Mat Kilau dengan memilih Kubang Kerian atau dahulunya dikenali sebagai Nilam Puri sebagai kawasan selamat . Tempat dimana Kerusi itu pernah diwakili bekas pemimpin PAS seperti Mohamad Sabu, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub yang semuanya bersama parti serpihan, Amanah ketika ini. Beliau yang tewas pada PRU ke 13 ditangan calon Barisan Nasional Wan Salman Wan Ismail pada 2013 dengan majoriti 1,303. Ianya kekalahan kedua berturut turut selepas kalah kepada calon Barisan Nasional yang sama  dengan majoriti 596. Bagi mengelakkan kekalahan hatrik nampaknya Tuan Ibrahim Tuan Man mengikut jejak Nasruddin Tantawi yang lari ke kawasan selamat.


Jika nama besar seperti Tuan Ibrahim Tuan Man terpaksa bantuan pernafasan, apakah nasib mereka yang baru belajar silat pulut politik seperti Shahril Azman Abdul Halim  yang juga YDP PAS Kuala Krau yang dikhabarkan akan bertanding di Jengka. Begitu juga Fadzil Amri nama baru yang diketengahkan PAS untuk  berhadapan dengan calon BN yang menang dengan  memperolehi majoriti besar melalui calon BN Shahaniza Shamsuddin sebanyak 3,293 pada PRU ke 13. Pertandingan 3 penjuru juga dijangka akan berlaku apabila PKR turut berminat untuk bertanding di DUN Kuala Sentul pada PRU ke 14 ini.

Persoalan yang timbul ialah PAS Pahang kini semakin kelam kabut, apabila nama nama besar  pemimpin PAS  lebih berminat bertanding di Kelantan berbanding Pahang. Tinggallah mereka yang baru setahun jagung berjuang bersendirian apatah lagi sejak memilih keluar dari Pakatan Harapan. kali ini PAS akan melalui jalan sukar tanpa sokongan masyarakat cina dan India yang lebih cenderung memilih Pakatan Harapan. Bagi kawasan majoriti Melayu 50 % ke 60 % yang mana undi kaum cina dan India menjadi penentu , PAS pasti akan menggigit jari .  


MANIFESTO BARISAN NASIONAL BERIKAN PENGIKTIRAFAN KEPADA KAUM WANITA


13/4/2018 MARAN - Manifesto Barisan Nasional yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Dato'Seri Najib Tun Razak baru baru memberikan peranan yang penting kepada wanita dan ini selaras dengan Tahun Memperkasakan Wanita 2018.

"Pengumuman tersebut telah meletakkan satu fokus kepada wanita dalam mengejar kepesatan arus pembangunan negara. Ianya sekaligus memerlukan semua pihak untuk memberikan komitmen bagi membangun serta memperkasakan wanita dalam institusi keluarga".

"Wanita adalah nadi dan tulang belakang kepada masyarakat dan negara. Usaha terus dijalankan bagi memperkasakan wanita dengan meletakkan mereka di peringkat pembuat dasar dengan penglibatan paling kurang 30% wanita di peringkat pembuat dasar. Terdapat peningkatan dalam penyertaan wanita dalam tenaga kerja negara yang progresif daripada 48% pada tahun 2011, kepada 52.6 % pada tahun 2013 dan seterusnya terus meningkat kepada 54.3% pada tahun 2016".

"Kerajaan menyasarkan peningkatan penyertaan tenaga kerja wanita ke angka 59% menjelang 2020. Malaysia juga telah menunjukkan pencapaian positif dalam kesaksamaan gender dengan memberi peluang yang sama kepada wanita".


Sepanjang 50 tahun lalu, penglibatan wanita dalam pembangunan negara, mulai berubah dan bertambah penting. Wanita bukan sahaja dilihat sebagai agen pembangunan ekonomi negara malah masih kekal sebagai tunjang utama pembinaan keluarga bahagia",ujar YB Dato'Seri Shahaniza Hj Shamsuddin .

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi & Multimedia Negeri Pahang berkata demikian ketika melancarkan Hari Wanita Antarabangsa Peringkat Negeri Pahang di Dewan Semai bakti Jengka 3 Maran di sini. Program itu juga dilakukan secara NBOS melibatkan Jabatan Kebajikan Massyarakat melalui hari Penutup Kembara Kebajikan 1Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dengan Pelancaran Gerak Wanita Anti Rasuah ( G - War), dan LPPKN turut serta melancarkan Program Pemeriksaan Keluarga dan Komuniti (FACE) 3.

Hampir seribu wanita terdiri dari seluruh pelusok negeri Pahang mewakili pelbagai NGO dan masyarakat setempat membanjiri Dewan Semai Bakti Felda Jengka 3, Maran. Pelbagai acara di susun sempena Hari Wanita Antarabangsa Peringkat Negeri Pahang antaranya bacaan Yasin Perdana, Forum dan pameran agensi.

Turut hadir di majlis tersebut Ybhg Dr faridah Awang Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Malaysia, En Zulkhari Bin Zainol Abidin Pengarah JKM Pahang, YH Dato Azmi Kamaruzaman Pengarah SPRM Pahang,ketua ketua jabatan serta masyarakat setempat .

GALAK TUBUH KOPERASI TINGKAT PELUANG JANA EKONOMI IBU TUNGAL



12/4/2018 MARAN -  Kaum wanita seharusnya merasakan bersyukur mempunyai kerajaan yang sentiasa peka dan focus dalam memastikan aspek kesejahteraan setiap golongan masyarakat,termasuk golongan Ibu Tunggal tidak dilupakan dalam  menongkah arus pembangunan negara. Pelbagai inisiatif akan dilaksanakan bagi membantu golongan Ibu Tunggal dalam meneruskan kehidupan harian  seperti bantuan kewangan,kaunseling,bantuan guaman bagi tuntutan hak- hak seorang ibu tunggal seperti harta sepencarian,hadhanah,faraíd,kursus dan peluang perniagaan bagi memperkasakan ekonomi Ibu Tunggal.



Sesuai dengan Tahun Memperkasakan Wanita, kerajaan telah melancarkan Pelan Tindakan Memperkasakan Ibu Tunggal yang merangkumi 19 langkah strategic berdasarkan teras utama iaitu memperkasakan ekonomi, meningkatkan kesejahteraan sosial dan meningkatkan perlaksanaan penyelidikan dan penyelarasan pembangunan Ibu Tunggal.

“Ibu Tunggal digalakkan untuk menyertai koperasi bagi meningkatkan pendapatan . Melalui koperasi Ibu Tunggal , setiap ahli akan menerima dividen diatas keuntungan perniagaan yang dijalankan. Kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis bantuan kepada koperasi melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia sebagai contoh memberikan geran permulaan kepada koperasi memulakan perniagaan sebanyak RM 20,000 dan jika didapati koperasi berdaya maju dan ditadbir urus dengan baik nilai geran akan ditambah dari masa ke semasa. Berbanding dengan Ibu tunggal yang menyertai persatuan, kerajaan hanya memberikan bantuan one off untuk aktiviti persatuan dan ini pastinya tidak kepada individu yang menyertai persatuan”.


“ Besar harapan saya dengan penubuhan Koperasi Ibu Tunggal, dapat menggunakan Kompleks Ibu Tunggal DUN Kuala Sentul ini dapat memberikan peluang kepada ahlinya menjana ekonomi. Terima kasih kepada ECER Wilayah Ekonomi Pantai Timur yang merealisasikan impian saya dengan siapnya sebuah Kompleks Ibu Tunggal DUN Kuala Sentul yang menelan belanja RM 250,000.00. Kompleks  ini akan dilengkapi dengan kelengkapan mesin jahit dan pelbagai peralatan jahitan  bagi ibu tunggal yang berminat untuk Dr faridah bt Awang Timbalan menambah pendapatan yang akan diuruskan oleh Koperasi Ibu Tunggal”, kata YB Dato’Sri Shahaniza Hj Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang.

Beliau berkata demikian ketika berucap di perasmian Kompleks Ibu Tunggal yang dirasmikan oleh Yg Faridah binti Awang Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Malaysia yang mewakili Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Malaysia.  Komplek Ibu Tunggal DUN Kuala Sentul adalah satu satunya Kompleks Ibu Tunggal yang terdapat di Negeri Pahang.






Wednesday 11 April 2018

HADI SEKOLAHKAN TUAN IBRAHIM JANGAN GANGGU KERJA SPR


11/4/2018  Rabu - Keputusan SPR menetapkan tarikh membuang undi pada 9hb Mei 2018 telah mendapat respon negative terutama pembangkang. Tuan Ibrahim Tuan Man ,Timbalan Presiden PAS awal awal lagi sudah melenting umpama cacing kepanasan. Beliau di petik sebagai berkata

"PAS kesal tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari bekerja sebagai tarikh pembuangan undi.Timbalan presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan tersebut bukan sahaja menyusahkan rakyat, malah 'merompak' hak rakyat terutamanya yang berada di luar kawasan untuk mengundi.


Nampak sangat betapa gelojohnya Timbalan Presiden PAS membuat kenyataan kerana mendahului Presiden PAS Hadi Awang. Presiden PAS ketika ditemui media selepas ceramah Amanat Pilihan Raya : PAS Teraju Pahang di Padang Cenderawasih semalam berkata" Tak perlulah kita mengganggu tugas mereka, nak perintah dia buat itu dan ini. Tugas kita s,ituekarang menggerakkan jentera parti,manakala pengundi pula kena bersedia untuk mengundi parti yang mereka sokong".

"mengenai penetapan tarikh pilihanraya, itu kerja SPR dan terpulang kepada mereka bila nak buat(hari mengundi)Yang penting kesedian rakyat untuk keluar pada hari tersebut", ujar Hadi Awang.

Kenyataan Presiden PAS itu dikatakan merujuk kepada tindakan Timbalannya yang awal awal lagi sudah menyerang SPR dan tidak berlapang dada dengan menghormati SPR sebagai sebuah Suruhanjaya Pilihanraya yang bebas membuat keputusan dalam membuat keputusan.

P/S : Sudah tak sabar agaknya nak jadi Presiden Parti , gelojoh betul timbalan presiden  PAS.

NASRUDIN TANTAWI CARI KAWASAN SELAMAT PETANDA PENGARUH PAS PAHANG MERUDUM


11/4/2018 RABU - Akhirnya desas desus Nasrudin Tantawi angkat kaki dari P 088 Parlimen Temerloh bertukar angin ke Parlimen Indera Mahkota menjadi kenyataan apabila ianya diumumkan oleh Abdul Hadi Awang pada Majlis Amanat Pilihanraya PAS teraju Pahang di Padang Awam Cenderawasih semalam.

PAS kini semakin kurang yakin dengan prestasi mereka di Pahang berikutan perpecahan dalaman yang melanda pakatan pembangkang yang menyaksikan PAS akan bertanding bersendirian pasa PRU yang ke 14 kali ini.


Pada PRU ke 13 yang lalu Nasrudin Tantawi menang dengan majoriti tipis 1.9%  memperolehi majoriti 1,070 iaitu sebanyak 28,267 mengalahkan calon UMNO 27,197.  Kemenangan tipis ini diperolehi ketika PAS masih lagi berada dalam Pakatan Harapan. Undi bukan Melayu sebanyak 24% dan India 9% menjadi penyelamat kepada Ketua Penerangan PAS yang juga Ahli Majlis Syura Ulama PAS.

Ini dibuktikan dengan kemenangan calon DAP di  N 30 DUN Mentakab dengan Cina mewakili 40% undi dan IndiA 6% undi manakala Melayu 52% undi . Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji dari DAP memperolehi majoriti 1,554 mengalahkan calon BN. Begitu juga bagi DUN Kuala Semantan dalam Parlimen Temerloh di menangi oleh Syed Hamid Syed Mohamed dengan majoriti 2,685 undi.

Malang buat Nasruddin bila Syed Hamid Syed Mohamed , orang lama di Kuala Semantan telah menyertai Amanah, pastinya pengaruh beliau menghantui  Nasrudin yang jarang kelihatan menemui pengundi di Temerloh dan prestasi beliau sebagai ahli Parlimen Temerloh turut mendapat kritikan ahli ahli PAS yang sukar bertemu beliau.

Nasrudin juga tidak mampu berhadapan dengan calon BN yang diwar warkan akan menentang beliau iaitu Sharkar Shamsuddin yang merupakan Exco Kerajaan Negeri Pahang ,ADUN Lanchang . Sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, pengaruh Mohd Sharkar  adalah jauh lebih besar berbanding Saifuddin yang kurang digemari oleh ahli UMNO di Parlimen Temerloh.

Ramai pengundi di Temerloh kesal dengan Nasrrudin yang jarang mempedulikan nasib mereka terutama ketika ditimpa bencana seperti bencana ribut ,kebakaran dan banjir besar yang melanda. Apatah lagi kepimpinan Mohd Sharkar Shamsuddin selaku Ketua UMNO Bahagian Temerloh dengan keprihatinan MB Pahang Adnan Yaakob yang sering turun padang memeningkan kepala Nasarudin.

Sebelum karier politik beliau tamat, cepat cepat angkat kaki ke Indera Mahkota dan Saifuddin Abdullah yang menyertai PKR juga dikatakan akan bertanding di situ. PAS dikhabarkan akan bertanding di 40 kerusi DUN di Pahang dan 14 kerusi Parlimen di Pahang. PAS Teraju Pahang" adalah menifestasi nafsu besar PAS Pahang yang semakin nyawa nyawa ikan apatah lagi bila bersendirian "dan berhadapan dengan pertandingan 3 penjuru yang tentunya tidak akan meneybelahi mereka.

P/S : Lebai Porn Oh Lebai Porn




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...