ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: June 2013

Wednesday 26 June 2013

Tergamam Lihat Aksi Terlarang Di Gua Mulu-18SX


Berkunjung ke Gua Rusa di Gunung Mulu bukanlah untuk melihat aksi terlarang tetapi kalau terhidang didepan mata apakan daya untuk menolak mentah-mentah,tak mampu ku tepis lagi selain memerhatikan dengan penuh teliti apakah ini suatu kebetulan atau imaginasi .Adakah aku tergolong dalam orang yang dalam kehausan atau kegersangan atau kesangapan tetapi bila ditunjukkan oleh pemandu pelancung kebetulan seorang wanita 

"bentuk apakah itu ..?"

dan menyuruh aku menjawab di dalam hati.Aku hanya mampu tersenyum simpul sambil membuat rumusan tersendiri mungkin juga Sang Kelembai pernah sampai ke sini dan terlihat aksi sebegini lalu ditegur hinggalah terjadilah monumen seperti gambar di atas.


Dibawah adalah beberapa gambar yang sempat aku rakamkan.


\


 








Cinta Berputik Di Kaki Gunung Mulu


Apa yang menarik tentang Taman Negara Gunung Mulu yang berkeluasan 544km persegi ianya telah diistiharkan oleh UNESCO(United Nations Educational, Scientific & Cultural Organization) sebagai World Heritage pada November 2000.Sudah tentunya kelainan yang ada di sini menjadikan ianya salah satu tempat kajian tentang tamadun,geologi dan proses evolusi dunia serta kepelbagaian biologi yang menakjubkan yang berlaku 60 juta tahun yang lalu.Di sinilah terletaknya rangkaian gua terpanjang di dunia.Anda bayangkan sebuag gua yang boleh memuatkan empat puluh buah kapal terbang Boeing 747 dan Sarawak Chamber yang terletak di sini adalah ruang bawah tanah terbesar di dunia.Gua Rusa yang terdapat di Mulu juga memegang rkod sebagai terowong gua terbesar di dunia selain Gua Air Jenih merupakan gua yang terpanjang di Asia Tenggara menjadikan tempat ini dihuni oleh jutaan burung layang-layang dan kelawar berterbangan di waktu senja selain  pelawat boleh melihat serta melakukan aktiviti pendakian
 di luluhawa batu kapur tropika terbaik di dunia, termasuk rabung batu kapur yang besar, ngarai yang curam, yang dipanggil 'The Pinnacles'.





Alamak intro entry ni dah macam cikgu geografi..memulakan perjalanan ke Gunung Mulu memerlukan anda bersedia dari segi mental dan fizikal kerana ianya perjalanan yang agak jauh untuk sampai ke kaki Gunung Mulu.Jarak perjalanan lebih kurang 3 km sampai di kaki gunung daan 2 km di dalam gua.Mudahnya jika anda bersedia untuk berjalan sehingga 10 km pergi dan balik anda layak untuk meneruskan perjalanan.Bagi pecinta alam macam aku ni tentunya kesempatan merakamkan seberapa banyak munkin flora dan fauna yang menjadi daya tarikan Taman Negara Gunung Mulu takkan aku lepaskan sepertimana gambat di atas seekor kelawar sedang beradu didalam daun pisang.






Kalau tanya aku apakah ni serangga apakah ini..dah tentu aku hanya mampu geleng kepala,apa yang menarik tentang serangga ni bagaimana dia menyesuaikan diri dalam bentuk penyamaraan mengalahkan KGB atau CIA,kalau diperhatikan dengan penuh perasaan..kita akan dapati ianya seakan-akan daun.Tentunya kebolehan begini menjadikan nyawanya lebih panjang dari dimakan pemangsa .





Bukannya suka-suka nak isi nama tapi menurut pemandu pelancung yang bersama sepanjang perjalanan namanya "buah peler kambing"boleh makan atau tak aku sendiri tak tanya.Hebat juga kalau kambing punya pun sampai atas pokok.


Melintasi pokok ini tiada apa yang menarik perhatian tetapi bila sahaja mendengar namanya membuatkan aku mempercepatkan tapak kaki supaya terus berlalu..Erhmm..namanya "Pokok Tampar Hantu"..hehehehe..ada berani lalu kat situ lama-lama..baik cepat blah...



Kepelbagain flora dan fauna menjadikan Taman Negara Gunung Mulu mengasyikkan hinggakan aku menjadi peserta yang terakhir sampai ke kaki Gunung Mulu kerana sibuk merakamkan gambar yang aku kira menarik perhatian untuk dikongsi bersama.Keletihan umpama tidak terasa walaupun jaraknya agak jauh untuk sampai ke kaki Gunung Mulu yang jaraknya hampir 4km.Nantikan entry seterusnya yang lebih dramatik...merakam Aksi Terlampau Di Gua Gunung Mulu..."
bye2 beybehhh...


Tuesday 25 June 2013

Mulu..Satu Perjalanan Sejuta Pengalaman


Mulu..nama yang agak asing bagi orang Semenanjung Malaysia..namun tanah Bumi Kenyalang,Sarawak bertuah kerana Mulu sebenarnya sebenarnya sarat khazanah alam yang jarang di temui di dunia.Aku berkesempatan berkunjung ke sini bagi menyaksikan keajaipan ciptaan tuhan.Perjalanan ke sini bermula jam 8.30am di KLIA ke Miri yang mengambil masa dua jam sebelum menaiki pesawat kecil dari Miri ke Mulu.Walaupun ada jalan darat tetapi ianya tidaklah berbaloi mengorbankan masa sehingga 6-7 jam..kapalterbang adalah pilihan terbaik untuk menjimatkan masa yang agak terhad.

Tiba di Lapangan Terbang Miri
Sampai di Miri jam 10.30am,pertama kali menjejak kaki ke Malaysia Timur terasa seperti orang asing walhal di bumi sendiri bila mula mendengar pertuturan orang disekeliling.Apa yang aku mudah diingat "Auuk"..bermakna  "ya" dalam bahasa Malaysia.Adalah lebih mudah jika kita diiringi oleh pemandu pelancong bagi memudahkan segala urusan seperti pengangkutan dan penginapan jika kita tiada kenalan di sana.Sementara menunggu pesawat seterusnya menuju ke Mulu pada jam 1.30pm,waktu yg agak panjang di gu nakan untuk mengis perut di Merdeka Miri Mall.Mencari kelainan dari Semenanjung aku memilih Mee Kolok walaupun ada hidangan masakan Melayu yang lain disediakan.

Possing di Merdeka Mall Miri

Mee Kolok

Mas Wing di Mulu




Macam TUT TUT di Filiphina
Pelbagai jenis pengangkiutan yang terpaksa digunakan sesuai dengan keadaan bermula dengan kapal terbang bersaiz besar dan kecil,van atau tut  tut ataupu boat panjang yang menjadi tarikan bagi mereka yang gemar mencari kelainan.Menjejak kaki ke Mulu aku pelbagai persoalan berlegar di kotak fikiranku.Apakah keistimewaan Mulu.Mungkin tidak dimata anak tempatan tetapi melihat Mat Saleh yang memenuhi ruang pesawat pasti ada sesuatu yang menggamit mereka ke mari.Jarang sekali melihat muka Malaysia mungkin kerana terletak di pedalaman Sarawak yang mana kos untuk ke sini sebenarnya agak mahal.Memetik kata 


H.S.H Prince Albert II of Monaco:
"Mulu is an absolutely Wonderful & Beautiful Paradise...DO MULU!!!!"
"Many, Many, Many thanks for an unforgettable (too short) stay! Terima kasi."



Dari Lapangan terbang Mulu destinasi ku seterusnya Mulu National Park yang hanya mengambil masa 10 mimit perjalanan menggunakan van.Perjalanan serta pengalaman seterusnya akan aku kongsi bersama pada entri akan datang.Tungguuu......

Thursday 20 June 2013

Nurse Terbaik Abad Ini



Hospital atau klinik bukanlah suatu lokasi yang digemari namun mahu atau tidak keberangkalian kita menghadirkan diri ke hospital tetap ada walaupun bagi kebanyakan manusia tidak pernah mengimpikan hospital sebagai lokasi yang ingin dikunjungi.Namun hospital tetap jua mempunyai warganya yang sentiasa sarat dengan kenangan pahit dan manis.Jururawat dan doktor,penghuni tetap yang sentiasa mundar mandir,berbaju putih kesana dan kemari menjalankan tanggungjawab.
Kelibat nurse biasa yang akan dilihat dan terlihat oleh bola mata manusia yang semahunya tidak mahu ke hospital sebagai pesakit.

Di takdirkan aku menjadi bertamu juga di Hospital Sultan Hj Ahmad Shah Temerloh(HOSHAS) kerana anak yang terpaksa menjalani pembedahan.Menunggu giliran merupakan lumrah kerana ini bukan hospital bapak aku punya.Fullamak...memang ramai manusia yang sakit rupanya atau di hospital ini menyediakan perkhidmatan yang memuaskan ataupun kerana hanya inilah pilihan yang ada.



Aku berjaya menduduki nombor ke 70..angka yang akan membuatkan sumpah seranah berumah di dalam hati cuma tak terpacul keluar dari mulut ini kerana inilah pilihan yang aku ada..merelakan lututku longgar dan tapak kaki haus kepanasan ..tiada lagi tempat duduk.Aku akur dalam keterpaksaan.Setelah melalui pelbagai proses..akhirnya sampai jua di wad bedah..lokasi matlamat asal.



Persedian akhir dilakukan..nurse mula berkeliaran di wad..memastikan semuanya mengikut prosedur yang ditetapkan sebelum memasuki dewan bedah.Mungkin kita jarang melihat manusia memakai baju terbalik..butang di belakang seperti mat rempit memakai jaket ketika menunggang motosikal.Hatiku berdebar-debar..sesekali melihat jam menantikan saat ditunggu..resah gelisah beraja dihati menantikan seribu kemungkinan.
Tiba tiba aku disapa oleh seorang nurse..muda orangnya..kategori comel jugak lah..

"errr..Encik...pesakit ni adik encik ke..?."
soalan cupamas yang perlu aku jawab sedangkan pesakit tu anakku yang sulung.

"anak saya tu..."
jawabku sambil tersenyum sambil kontrol handsome ala-ala Aaron Aziz.

kalaulah ada anugerah Jururawad Terbaik Abad ini memang dia layak menerimanya kerana soalan itu sebenarnya membuatkan hati aku yang resah gelisah menjadi riang gembira seperti baru jumpa telaga minyak.Atau mungkinkah nurse tu sudah terlatih memahami jiwa dan perasaan pelanggan..hanya dia yang tahu..cuma aku harapkan ianya soalan yang lahir dari hatinya yang ikhlas suci dan murni..



Sunday 16 June 2013

Aku Ingin Kembali..Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Header Baru Semangat Baru..amboi..
Salam...aku ingin kembali..kembali menulis seperti dulu sekadar berkongsi rasa dan sekelumit pengalaman yang ku kutip dari denai perjalanan kehidupan ini.Mahunya aku biarlah  kali ini tidakkan terhenti2 lagi,kekangan waktu yang aku cuba longgarkan kerana kesibukan tugas yang menjarakkan aku dari dunia blog yang sebenarnya memberikan kepuasaan yang sukar ku zahirkan dengan kata-kata.

Dalam aku tercari-cari apakah resepi yang bakal aku hidangkan buat sajian mata dan jiwa pembaca,telintas dikotak fikiran perlunya aku berhijrah kearah yang lebih baik dalam menghasilkan entry yang baik.Blog peribadi biasanya tidak dapat tidak selalunya lebih berkisar kepada kisah pengalaman yang ingin dikongsi bersama,pandangan serta lontaran kritikan untuk memuaskan hati dan jiwa penulis dan entry berkualiti seharusnya lahir dari pemerhatian bebola mata serta ketajaman akal berfikir dan akhirnya kemahiran menguasai bidang penulisan dalam menjemput pembaca bertandang dan singgah di blog.

Mungkin ada entri lebih kepada teknik menarik berdasarkan isu sensasi yang biasanyanya diceduk dari sumber tertentu agar blog sentiasa segar dengan berita sensasi.Siapalah aku yang dapat menarik pembaca dengan menjaja kisah peribadi seperti Ben Ashari ataupun Hanis Zalikha. 

Penjenamaan Semula

Travelog Kehidupan Abadi Romeo lahir dari kesinambungan blog abadiromeo.blogspot yang terpaksa  aku tinggalkan kerana masalah teknikal..berbagai2cara aku lakukan untuk menyelamatkan blog tersebut yang pada awalnya sudah mendapat page rank yang dikira agak baik bagi penulis blog seperti aku,kini aku terpaksa bertatih semula untuk berjalan dan berlari seperti dulu.Terima kasih kerana singgah di sini..seisi pengenalan yang panjang berjela tentunya membosankan..erhm jumpa lagi entry akan datang..maaf kiranya tak dapat lakukan blogwalking namun jika ada yang sudi menjadi follower pastinya ianya akan menjadi pembakar semangat untuk terus berada di dunia blog ini.





 









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...