ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: November 2015

Friday 27 November 2015

LAGI INSIDEN VAPE MELETOP


Seorang lelaki cedera parah termasuk patah leher dan keretakan pada tulang muka selepas vape yang sedang digunakannya tiba-tiba meletup.

Dalam insiden itu, mulut Cordero Caples, juga melecur apabila peranti berkenaan meletup, Jumaat lalu.

Kejadian itu mengakibatkan pemuda berusia 29 tahun itu terpaksa menjalani pembedahan tulang belakang.

“Tidak dapat dipastikan sama ada dia mampu berjalan seperti biasa selepas ini. Kami hanya berharap Caples dapat sembuh sepenuhnya,” ujar salah seorang ahli keluarganya.

Seorang pekerja di kedai jualan peranti berkenaan memberitahu, letupan mungkin disebabkan kesilapan pengendalian dan dipercayai Caples telah terlebih mengecas peranti itu.

Kakaknya, Colessia Porter berkata, Cordero dalam keadaan kritikal kerana kejadian itu boleh mengakibatkan dia lumpuh.

“Dia perlukan penjagaan sepanjang masa selepas menjalani pembedahan tulang belakang,” katanya kepada stesen WMC-TV yang berpangkalan di Memphis.

Sementara itu, Jabatan Bomba Colorado Springs, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Bulan lalu, pengguna vape, Vicente Graza, 23, dari California kehilangan salah satu jarinya apabila peranti itu meletup.

LANGKAH YG PERLU DILAKUKAN & JANGAN LAKUKAN SEKIRANYA ANDA DI ROOGOL @ DI LIIWAT


Sejak kebelakangan ini kita, kita sering dengar pelbagai kisah yang menimpa kaum wanita, pelbagai berita bermain di dada akhbar dan media mengenai jenayah melibatkan wanita sebagai mangsa.

Kes rog0l adalah jenayah yang paling kerap berlaku, apabila kejadian seumpama ini berlaku, ada mangsa yang tidak tahu apa perlu dilakukan dan ada yang terpaksa dirahsiakan kerana malu.

Bukan meminta perkara seperti ini terjadi, jika terjadi, apa yang perlu dilakukan? rog0l dan liwat bukan sahaja menimpa kaum wanita, tetapi juga ada berlaku kepada lelaki terutamanya kanak-kanak.

Seorang doktor bernama Dr. Abdul Rahman Abdul Kadir merupakan seorang Pakar Perubatan Kecemasan dan Trauma di Hospital Melaka telah berkongsikan satu artikel mengenai perkara ini, apa tindakan jika seseorang itu menjadi mangsa rog0l atau liwat?

Jom kira baca apa yang ditulis oleh beliau.

Rog0l dan liwat merupakan jenayah seksual yang boleh menimpa sesiapa sahaja. Dewasa ini, kebanyakan jenayah rog0l dan liwat adalah melibatkan orang-orang yang anda dikenali sebagai penyerangnya. Mereka boleh jadi orang yang rapat dengan anda seperti teman lelaki, rakan, jiran, majikan, bapa, abang dan sebagainya.

Serangan yang melibatkan orang yang dikenali ini menyebabkan ramai mangsa keberatan untuk melaporkan kejadian kepada pihak berwajib lalu mengakibatkan penjenayah terlepas begitu sahaja.

Anda tidak sepatutnya berdiam diri seandainya anda dirog0l atau diliwat! Ianya merupakan satu perbuatan jenayah dan adalah hak serta tanggungjawab anda untuk melaporkan segera kepada pihak berwajib agar pelakunya ditangkap dan dikenakan hukuman yang setimpal.

Di Malaysia, hubungan seksual yang melibatkan gadis di bawah umur (bawah 16 tahun) walaupun dengan kerelaannya, tetap dikategorikan sebagai jenayah rog0l (statutory rape).

Jadi, apakah yang harus anda lakukan seandainya anda atau orang yang anda kenali dirog0l atau diliwat? (Naudzubillah)

Pertama sekali, selamatkan diri anda dengan segera daripada penyerang dan pergi ke tempat yang selamat. Ini penting untuk menyelamatkan nyawa anda dari apa-apakan atau dicederakan oleh penyerang anda. Terdapat banyak kes di mana setelah dirog0l, mangsa dibunuh bagi tujuan ‘menghapuskan’ bukti!

Segera hubungi orang yang anda percayai untuk mendapatkan bantuan atau jika anda rasa keselamatan anda masih terancam, hubungi polis melalui talian kecemasan 999. Polis akan segera datang untuk menyelamatkan anda. Pihak polis juga akan membawa anda ke hospital bagi tujuan pemeriksaan.

Sekiranya anda memilih untuk menghubungi orang yang anda percayai (rakan, ibu bapa, saudara mara terdekat dan sebagainya), segeralah ke JABATAN KECEMASAN HOSPITAL KERAJAAN yang terdekat. Elakkan daripada pergi ke hospital swasta kerana hospital swasta selalunya tidak menyediakan perkhidmatan forensik. Jika anda pergi pun, hospital swasta akan merujuk kes anda ke hospital kerajaan yang berhampiran. Jadi anda tidak perlu membuang masa dan pergi sahaja ke mana-mana hospital kerajaan.

Jika anda perlu/terpaksa menyalin pakaian, sila simpan pakaian yang anda pakai (termasuk pakaian dalam) ketika diserang, di dalam beg/plastik dan bawa bersama ke hospital. Jangan basuh atau bersihkan pakaian tersebut. Ini penting untuk tujuan pengumpulan spesimen dan bahan bukti kerana ada kemungkinan air mani dan DNA penyerang masih tersisa pada pakaian anda dan boleh dijadikan sebagai bahan bukti.

JANGAN MANDI, MAKAN, MINUM, MENCUCI TANGAN, BERKUMUR-KUMUR, MENGGOSOK GIGI, CEBOK, CUCI KEMALUAN/DUBUR atau MENGESAT/MEMBERSIHKAN TEMPAT-TEMPAT YANG DISERANG, DIJILAT, DICIUM, DIGIGIT ATAU DISENTUH oleh perog0l atau peliwat itu.

Ini penting bagi tujuan pengumpulan bahan bukti forensik. Benar, mangsa rog0l dan liwat selalunya akan merasa jijik kerana telah diperlakukan sebegitu rupa dan akan segera mandi kerana merasa geli pada diri sendiri. Namun, ianya boleh menghapuskan bahan bukti penting yang mungkin dapat dikumpulkan.

Apabila tiba di Jabatan Kecemasan, anda hanya perlu memberitahu kepada kakitangan Jabatan Kecemasan bahawa anda telah dirog0l. Dengan serta-merta anda akan dilindungi dan dibawa masuk ke bilik khas terlindung bagi tujuan pemeriksaan oleh doktor. Sistem ini dipanggil One Stop Crisis Centre (OSCC) yang terdapat di semua hospital kerajaan di seluruh negara.

Di bilik OSCC ini, anda akan diperiksa dan dirawat oleh doktor kecemasan. Anda juga boleh membuat laporan polis di bilik ini kepada pegawai penyiasat. Pengumpulan spesimen dan bahan bukti forensik (external) akan dilakukan oleh doktor kecemasan.

Doktor-doktor dari bidang sakit puan (O&G) dan pembedahan am (Surgery) juga akan turut terlibat sama bagi pemeriksaan khusus bahagian kemaluan dan dubur (internal) sekaligus mendokumentasikan kecederaan serta mengumpul sampel secara rapi. Seandainya mangsa adalah kanak-kanak, doktor kanak-kanak juga akan terlibat sama. Kesemua ini akan dilakukan di bilik OSCC untuk memudahkan mangsa.

Setelah semua urusan ini selesai, mangsa bolehlah mandi dan membersihkan diri sepuas-puasnya di bilik mandi yang disediakan di dalam bilik OSCC.

Mangsa juga akan dirujuk kepada pakar psikologi dan Jabatan Kebajikan Masyarakat seandainya perlindungan sementara diperlukan.

Doktor juga mungkin akan memberikan ubat pencegah kehamilan dan akan memberi rawatan susulan kepada anda sekiranya anda risau tentang penyakit jangkitan seksual (sexually transmitted disease), bergantung kepada keadaan.

Identiti anda dijamin akan dilindungi dan segala laporan anda kepada doktor serta pihak polis adalah dijamin kerahsiaannya.

Lebih cepat anda datang ke hospital bagi tujuan pemeriksaan, lebih tinggi kebarangkalian bahan bukti dapat diambil kerana bahan bukti (evidence) masih segar. Jika anda melengahkan masa untuk melaporkan tentang kejadian rog0l/liwat, maka peluang untuk mendapatkan bahan bukti adalah lebih tipis.

Jika anda hadir selepas 1 minggu kejadian terjadi, ada kemungkinan sampel DNA atau air mani (semen) telah hampir tiada.

Namun, sekiranya kesan kecederaan masih ada, ianya tetap boleh dijadikan sebagai bukti yang kukuh bahawa anda telah dirog0l/diliwat. INGAT! Anda tidak perlu takut untuk mendapkan bantuan serta perlindungan sekiranya perkara ini terjadi. — 

DILARANG MASUK KE SABAH SAYONARA NURUL IZZAH & TIAN CHUA


Dua merpati sejoli Nurul Izzah dan Tian Chua terpaksa melupakan hasrat memijak kaki ke bumi di bawah bayu berikutan larangan yang diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang melarang mereka berdua memasuki Sabah.

Dengan 47 ahli Dewan Undangan Negeri Sabah yang menyokong manakala 3 ADUN berkecuali ,usul yang dibawa oleh Timbalan Ketua Menteri,Datuk Raymond Tan Shu Kiah dan disokong oleh Datuk Musa Aman Ketua Menteri Sabah telah diluluskan sekalipun 5 ADUN pembangkang dari PKR keluar dewan sebelum pengundian.

Nampak gayanya merpati dua sejoli Nurul Izzah dan Tian Chua untuk terbang menikmati keindahan di negeri bawah bayu terhenti setakat ini dan mereka adalah manusia yang tidak di alu-alukan di Sabah.

Adalah mustahil membiarkan merpati dua sejoli ini berterbangan dan hinggap di mana-mana dahan di Sabah,datangnya hanya meninggalkan najis dan kekotoran di bumi yang damai  sebelum datangnya gerombolan pengganas Sulu menceroboh Sabah.

Sebagai ahli Parlimen Lembah Pantai adalah tidak wajar bersefie sambil tersengeh umpama kerang busuk bersama anak kepada Jamalul Kiram 111,Jacel atas alasan apa sekalipun kerana ianya mengguris hati rakyat Sabah khususnya kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam serangan di Tandao Lahad Datu.

Sebagai ahli parlimen yang mewakili rakyat Malaysia,sensitiviti kepada mereka yang mempertahankan negara khususnya anggota keselamatan perlu di jaga bukan dengan berbangga bergambar bersama Jacel anak kepada ketua pengganas yang membunuh rakyat Malaysia.

Entah jenis apakah kualiti yang ada pada Ahli Parlimen Lembah Pantai ini yang hanya memperjuangkan nasib bapanya sahaja siang dan malam.beliau pastinya akan dipandang tinggi jika mampu menjadi ahli politik yang tidak bergantung kepada populariti keluarga sebaliknya membina karektor tersendiri.



Thursday 26 November 2015

BAYI KEMBAR KEPALA DUA MENINGGAL DUNIA

kembar dua kepala

Dhaka: Bayi kembar siam perempuan dengan dua kepala, tetapi berkongsi satu badan yang dilahirkan di Bangladesh minggu lalu dilaporkan meninggal dunia Ahad lalu.

Ribuan orang datang melawat bayi yang dianggap ajaib itu selepas berita kelahirannya tersebar.

Bayi kembar itu dilahirkan dengan dua kepala dan dua jantung tetapi satu badan.

Bayi itu dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Kolej Perubatan Dhaka dengan sepasukan pakar ditugaskan merawat mereka.

Ketua Unit Rawatan Rapi Abid Hossian Molla berkata, malangnya bayi itu meninggal dunia lewat semalam (waktu tempatan) akibat kegagalan jantung.

“Bayi itu memang tidak stabil kesihatannya sejak dilahirkan. Dia meninggal dunia sebelum kami dapat membantunya.

“Bayi kembar siam dengan dua kepala seperti ini memang amat jarang berlaku. Dia mempunyai sepasang tangan serta kaki seperti bayi biasa, tetapi memiliki dua jantung dan dua pasang paru-paru, selain berkongsi organ jantina,” katanya.

Bapa kembar berkenaan, Jamal Mia berkata anaknya itu dikebumikan di tanah perkuburan awam di Dhaka.

“Kami terlalu miskin dan saya tidak mampu mengupah ambulans untuk membawanya pulang.

“Doktor memberi saya sedikit wang untuk mengebumikannya di Dhaka.

“Sebenarnya saya amat sedih kerana kami tidak mampu menyelamatkannya,” katanya.

Isterinya belum diberitahu mengenai kematian anak mereka kerana dia masih belum pulih sepenuhnya selepas melahirkan anak itu secara Caesarean. – AFP





ISTERI OKU DIPAKSA RAKAM DAN TONTON SUAMI RATAH ADIK IPAR


Port Dickson, 25 Nov: Seorang lelaki berusia 35 tahun yang baru sebulan berkahwin dengan seorang perempuan kurang upaya (OKU) yang berusia 14 tahun sanggup memperkosa adik iparnya yang baru berusia 11 tahun.

Lebih jijik, lellaki itu memaksa si isteri yang mempunyai masalah lembam untuk merakam perbuatan jijiknya itu menggunakan kamera video di rumah keluarga mangsa di Telok Kemang, di sini.

Memetik sumber myMetro, rakaman terbabit kemudian dimuatkan ke dalam VCD oleh suspek dan dijual kepada beberapa rakannya untuk mendapatkan wang dengan cara yang mudah.

Perbuatan lelaki terbabit, yang juga seorang penganggur, bagaimanapun terbongkar apabila rakaman terbabit tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.

Rakaman video terbabit dipercayai kini sudah tersebar dengan meluas di dalam group-group whatsapp.

Menurut sumber juga, rakaman itu juga telah dilihat oleh ibu bapa mangsa yang terkejut apabila mendapati pasangan di dalam video itu adalah anak perempuan dan menantu lelakinya. 

Wednesday 25 November 2015

RAMAS DAN RABA KESAN BOM


KUALA LUMPUR – Isu ‘meramas’ dan ‘meraba’ menggamatkan persidangan Dewan Rakyat petang Selasa apabila beberapa anggota Parlimen mempersoalkan standard pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang Malaysia.

Perkara itu mula dibangkitkan Datuk Dr. Marcus Mojigoh (BN-Putatan) bertanyakan kepada Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab. Aziz Kaprawi yang sedang menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pengangkutan.

Mojigoh meminta Ab. Aziz menjelaskan mengapa pemeriksaan keselamatan terhadap anggota badan penumpang sebelum menaiki pesawat dilakukan menggunakan tangan, sedangkan ia sepatutnya dilakukan menggunakan pengimbas badan.

Beliau turut mempersoalkan mengapa pemeriksaan keselamatan seperti itu masih dilakukan di lapangan terbang negara ini, sedangkan Amerika Syarikat yang mempunyai tahap keselamatan yang tinggi di lapangan terbang juga tidak melakukan pemeriksaan sedemikian.


“Saya tidak faham, mengapa pemeriksaan dilakukan menggunakan tangan? Seolah-olah pegawai keselamatan yang membuat pemeriksaan itu mempunyai tangan ajaib yang boleh mengesan bahan letupan.

“Kita anggota Parlimen dari Sabah dan Sarawak setiap minggu menaiki pesawat dan maknanya setiap minggu kami semua kena raba,” katanya sambil disambut gelak tawa dari anggota Parlimen yang lain.

Rungutan Mojigoh itu turut dipersetujui Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) yang mempersoal adakah pemeriksaan ‘meraba’ itu boleh menjamin keselamatan.

“Ini berkaitan isu keselamatan bukan isu meraba, jadi mengapa tidak disediakan alat seperti di lapangan terbang di luar negara,” katanya.

Menjawab pertanyaan itu, Ab. Aziz berkata isu tersebut sepatutnya tidak timbul kerana setiap penumpang diperiksa oleh pegawai keselamatan dari jantina yang sama dengan penumpang terbabit.


Katanya pemeriksaan badan menggunakan tangan amat penting kerana tidak semua pengimbas badan mampu mengesan bahan letupan terutama yang diperbuat daripada seramik.

“Oleh kerana kita mengamalkan standard keselamatan yang tinggi, maka ia perlu dibuat. Bagaimanapun ia tidak dilakukan sehingga ke bahagian anggota sulit,” katanya.

Beberapa anggota dewan kemudian bangkit untuk menyatakan pandangan mengenai perkara itu namun Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee mencelah dan berkata: “Ini kalau dibiarkan sampai malam pun tidak habis.”

Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) turut mencelah yang bertanyakan mengenai pemeriksaan keselamatan yang menghendaki penumpang menanggalkan tali pinggang.

“Saya tiada masalah kena raba. Cuma saya ingin tahu konsistensi mengenai tali pinggang di mana ada lapangan terbang perlu tanggalkan, tapi ada lapangan terbang tidak perlu tanggalkan,” katanya.

Ab. Aziz kemudian menyatakan bahawa isu pemeriksaan keselamatan itu akan dibawa untuk perhatian Malaysia Airports Holdings Berhad dan akan dilihat secara mendalam. 

TIADA LIPUTAN MEDIA,PAU 2015 HANYA KARNIVAL SELFIE UMNO


UMNO semakin hari semakin pelik dan menghairankan dan kadangkala menjengkelkan.Pada ketika melaungkan ketelusan,intergriti dan kebebasan media,namun mengambil tindakan sebaliknya dengan berkemungkinan tidak membenarkan media membuat liputan sewaktu semua perwakilan UMNO sedang bersidang di Perhimpunan Agong UMNO 2016 di PWTC.

Teringat pula pepatah dan cerita orang tua-tua dahulu seperti anjing dan bayang-bayang.Kisah ketamakan anjing yang akhirnya kehilangan tulang dalam gigitan hanya kerana bayang-bayangnya di permukaan air.

Pemimpin UMNO jangan lagi melaungkan kata-kata parti ini parti keramat kerana yang keramat hanya pemimpin yang menganggap UMNO sebagai parti yang eksklusif dan bukan inklusif.Keramat bagi mereka hanyalah kepada mereka yang berada di puncak kuasa. 

Petugas media kini seolah olah  dianggap seperti entiti yang menyeramkan oleh UMNO,bergentayangan di PWTC membawa cerita palsu dan menakutkan.

Apatah lagi mereka yang berada di media sosial dan bukan arus perdana kini dianggap pembawa bencana kepada UMNO.Peranan dan sumbangan para facebooker ,twiterian,bloggers bakal dibangkulsampahkan dalam lipatan sejarah UMNO yang gilang gemilang.

Takkala penggiat media sosial bersengkang mata mempertahankan UMNO,membersihkan najis pemimpin UMNO yang berselerakan dimana-mana,menahan nafas bau pekung kebobrokan peribadi dan salahguna kuasa segelintir pemimpin UMNO hanya kerana sayangkan parti keramat ini kononnya.

UMNO kini rela berundur menapak selangkah kebelakang dengan menidakkan kehadiran petugas media membuat liputan di PAU 2015 dengan harapan melompat dua tapak  kehadapan tanpa berita palsu yang disampaikan oleh petugas media.

Tiada apa lagi yang akan dilaporkan di dada akhbar online melainkan media konvensional yang halus ditapis melalui sidang media yang skripnya sudah ditulis sebelumnya oleh SUA Pak Menteri.

Melainkan akan penuh warna-warni selfie Puteri UMNO dengan bangga gediknya berposing bersama Pak Menteri atau Riverside PWTC menjadi lokasi wefie Pemuda UMNO dan mungkin  cerita betapa banyaknya tudung Ariani PWTC dapat diborong oleh Wanita UMNO.

Cuma nanti bila selesai sahaja PAU  2015,janganlah bertanya kenapa tiada sesiapa ingin merpertahankan mereka di media sosial yang teeruk dibalun  pembangkang siang malam.

Penggiat media sosial juga punya hati dan perasaan dan lebih menyedihkan kebanyakannya adalah ahli UMNO yang berkorban masa tanpa limpahan wang ringgit seperti mana dinikmati pemimpin UMNO.

Selamat berselfie dan berwefie kepada semua perwakilan UMNO di PAU 2015 kerana anda sebuah parti yang amat kukuh dan kuat dalam  mengharungi PRU ke 14...Bravo......









PEMIMPIN DAP P.PINANG SOKONG USUL UMNO LETAK JAWATAN,SUKARELA ATAU DIPAKSA..?



Hanya kerana menyokong usul yang dibawa oleh UMNO pemimpin DAP P.Pinang Teh Yee Cheu ADUN Tanjung Bungah terpaksa meletakkan jawatan sebagai Setiausha Organisasi DAP.Dimanakah letaknya maruah parti yang kononnya melabel diri mereka sebagai pejuang demokrasi no wahid di Malaysia sesuai dengan nama Democratic Action Party.Hanya kerana bersuara..

Sebagai aktivis alam sekitar beliau tentunya tiak mahu menggadaikan prinsip hanya kerana politik lantaran menyokong undi usul yang dibuat oleh mengenai penambakan laut itu difailkan oleh Muhammad Farid Saad (BN - Pulau Betong) yang mahu kerajaan negeri menjalankan kajian menyeluruh, mengadakan rundingan awam, dan membatalkan projek-projek baru yang belum diluluskan dan tidak memberi manfaat kepada rakyat pada 20 Nov lalu di Sidang DUN P.Pinang.

Sokongan ADUN DAP itu kepada ususl yang di bawa oleh pemimpin UMNO bukan sekadar satu tamparan kepada Lim Guan Eng tetapi hidungnya pasti berdarah dengan sikap berkecuali 5 ADUN PKRang tidak mengundi iaitu Ong Chin Wen (Bukit Tengah), Cheah Kah Peng (Kebun Bunga), Lee Khai Loon (Machang Bubuk), Dr T Jayabalan (Batu Uban) dan Dr Norlela Ariffin (Penanti).

Usul ini ditolak selepas gagal mendapat sokongan majoriti. Hanya 10 Adun menyokongnya – 9 daripada BN dan seorang daripada DAP, manakala 23 dari Pakatan Harapan menentangnya. 

Namun ada keberangkalin perletakan jawatan oleh Teh Yee Cheu dalam parti mungkin kerana menjangkakan beliau akan menerima tindakan displin apabila Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo semalam menuntut Teh memohon maaf dan mengatakan ia boleh dijadikan faktor rayuan dalam hukuman terhadapnya.

Jelas menunjukkan bahawa kerajaan pimpinan DAP tidak akan membenarkan pandangan peribadi yang bertentangan dengan pendirian parti sekalipun melibatkan kepentingan orang ramai.

Pemimpin yang mengkritik atau mempunyai pandangan yang berbeza dengan Lim Guan Eng pastinya akan dipeti sejuk bekukan .

Selain itu pelbagai tuduhan yang dilemparkan oleh Lim Guan Eng melalui sokongan oleh Teh Yee Cheu ini merupakan agenda untuk merampas kuasa Timbalan Ketua Menteri P.Pinang yang turut mendapat sokongan 5 ADUN PKR yang berkecuali.

Budaya penafian yang di amalkan oleh DAP sekalipun menemplak parti lain yang tidak mengakui kesilapan dengan meletakkan kisah penambakan dan kelulusan penambakan laut itu telah diluluskan oleh kerajaan BN yang terdahulu.

Rakyat sekali lagi menjadi mangsa permainan politik Lim Guan Eng yang sebenarnya telah berkuasa selama dua penggal di P.Pinang.Sebagai sebuah kerajaan DAP yang berkuasa beliau mempunyai kuasa untuk membatalkan apa sahaja perjanjian yang difikirkan merugikan rakyat apatah lagi dikatakan projek penambakan laut tersebut bakal mengakibatkan 300 nelayan akan kehilangan punca pendapatan

Kenapa Kerajaan Negeri DAP P.Pinang perlu risau soal pampasan yang perlu dibayar kepada pemaju sekiranya ianya perjanjian yang dibuat oleh kerajaan BN,biarlah pemaju menuntut dari kerajaan BN yang didakwa akan terpaksa membayar 1 billion jika perjanjian projek penambakan laut itu dibatalkan.

Demokrasi ala DAP hanya untuk anak beranak Dinasti Lim...jika kerajaan DAP P.Pinang merasakan mereka tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan ada lebih baik bubarkan Dewan P.Pinang...buat apa jadi kerajaan yang tiada kuasa...





#DUNPAHANG2015 INTIPATI PENGGULUNGAN EXCO PEMBANGUNAN WANITA & KELUARGA,KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA


Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang Mensyuarat Ke 3 Penggal Ke 3 Kali Ke 13 telah bermula dari 16hb Disember dan berakhir pada 24hb Disember 2015.Pada sidang kali ini juga Y.A.B Menteri Besar Pahang membentangkan Bajet 2016 bagi Negeri Pahang.Ianya telah dibahas dan diluluskan oleh Dewan Negeri Pahang.

Seperti lazimnya pihak kerajaan Negeri Pahang akan menjawab serta  memberikan penjelasan kepada soalan-soalan dan perkara yang dibangkitkan sepanjang persidangan oleh wakil-wakil rakyat tidak kira penyokong kerajaan mahupun pembangkang.

Antara yang mengambil  peluang menjawab  ketika penggulungan pihak kerajaan ialah Pengerusi Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang YB Dato'Shahaniza bin Hj Shamsuddin yang juga ADUN Kuala Sentul.

Intipati Ucapan Penggulungan

WANITA DAN KELUARGA
  • Bajet 2106 yg dibentangkan MB Pahang masih lagi mengutamakan kesejahteraan rakyat.
  • pembinaan modal insan tetap diberikan keutaman melalui institusi keluarga,masyarakat dan pembangunan wanita.
  • JKM,LPPKN dan JPW memperkasakan pembangunan wanita menerusi pelbagai program seperti Smart Belanja,Parenting At Work,Ilmu Keluarga,Bengkel Keibubapan Anak Keperluan Khas,Hari Ibu,Hari Bapa dan Bulan Keluarga yang diistiharkan pada bulan November.
  • Unit Kaunseling kendalikan 249 individu dari seluruh Negeri Pahang yg mempunyai masalah perkahwinan,keluarga tekanan dan kecelaruan emosi.551 orang telah menyertai program pengurusan emosi dan bagi golongan remaja 51 kes telah dirujuk
  • memandang serius kes pembuangan bayi walaupun statistik kecil berbanding di negeri pantai barat.Terdapat 3 kes pada tahun 2013,7 kes 2014 dan 5 kes 2015.Mayarakat perlu ubah sikap memandang hina kepada anak tidak sah taraf sebaliknya ibu bapa yang terlibat perlu diberi bimbingan kaunseling dan ajaran agama.
  • NGO turut digesa memainkan peranan dalam mengatasai masalah pembungan bayi dan inisiatif  NGO Orphancare yang melaksanakan program Baby Hatch  amat dihargai.
  • Pelan Pemerkasaan Ibu Tunggal yang dilaksanakan oleh Jabatan Pembangunan Wanita menjadi teras membela golongan tersebut melalui pelbagai latihan keusahawanan.
  • 72 wanita daripada Negeri pahang telah berjaya dilatih melalui Program Inkubator Kemahiran Wanita(IKEUNITA).
  • 18 usahawan wanita telah dipilih sertai Program Bazar Wanita yang akan dilaksanakan di Bentong,Bera,Temerloh dan Maran dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan.
  • Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga(MPWK) terima peruntukan RM 140,000 dari Kerajaan Persekutuan laksanakan aktiviti kemasyarakatan di akar umbi libatkan 14 Parlimen MPWKdi Negeri Pahang.
  • Kerajaan Negeri telah membenarkan Pengerusi MPWK menghadiri mensyuarat Fokus Grup di darah masing-masing  bagi membantu kerajaan menyelesaikan masalah diperingkat akar umbi.
  • MPWK menyokong usaha kerajan persekutuan melalui KPWKM menjalankan kempen kesaksamaan gender dan kempen hentikan keganasan terhadap wanita.
KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

  • Pengguna celular diharap menggunakan pakej penjimatan roaming yg disediakan servis provider elak caj yang mahal ketika berkunjung ke luar negara
  • Jadi pengguna yang bijak off kan data bagi applikasi di telefon masing2 ketika berkunjung keluar negara
  • Penguna di Kuantan,Indera Mahkota dan Pekan akan dapat mengakses internet dengan lebih pantas apabila TM melancarkan UNIFI sebagai alternatif kpd perkhidmatan streamix hujung tahun ini.
  • SKMM telah mengarahkan semua telco untuk beroperasi di 49 "Naked Tower" atau menara kosong dan dijangka selepas  Disember ini masalah tersebut akan diatasi
  • Pada tahun 2016  sebanyak 65 menara baru akan dibina di Pekan,Rompin,Bera,Maran,Mentakab,Jerantut,Kuantan,Lipis,Batu Talam dan Bentong
  • Beberapa lagi Pusat Internet 1 Malaysa akan turut beroperasi antaranya Felcra Rumpun Makmur,Keratong 5,Bkt Iban,Jengka 16,Jengka 21,Sg Retang dan Jeti Kuala Tahan.
  • Kemudahan telekomunikasi terkini dan capaian internet yan semakin meluas dhendaklah tidak disalahgunakan bagi tujuan lain seperti jenayag siber dan fitnah.

Monday 23 November 2015

RAMPASAN KUASA DI P.PINANG ADA KAITAN DENGAN 5 ADUN PKR..?


Kerajaan Negeri P.Pinang di bawah pimpinan Tokong Lim Guan E ng semakin resah dan gelabah.Belum pun reda tindakan PAS yang mengistiharkan keluar dari kerajaan Negeri P.Pinang kini timbul isu 5 orang ADUN PKR yang dituduh oleh Tokong Lim Guan Eng memihak kepada UMNO.

Ini berikutan tindakan 5 ADUN PKR yang berkecuali dalam menolak usul yang dikemukan oleh usul kontroversi dikemukakan Adun Muhammad Farid Saad (BN - Pulau Betong) mengenai isu tebus guna tanah seluas lebih 2,600 hektar berhampiran muara Sungai Pinang.

Lebih memalukan Tokong Lim Guan Eng bila seorang wakil DAP Teh Yee Cheu (Tanjung Bungah) yang dikenali sebagai aktivis alam sekitar turut mengundi menyokong usul berkenaan.

Bagi Tokong Lim Guan Eng juga merasakan seakan akan wujud rampasan kuasa dari 5 ADUN PKR yang diketuai oleh Ketua Whip PKR Ong Chin Wen yang mahukan jawatan Timbalan Ketua Menteri yang pada waktu ini di sandang oleh ADUN Pantai Jerjak Rashid Hasnon.

Sepertinya Tokong Lim Guan Eng merasakan sudah ada gerakan penentangan dari dalam pakatan pembangkang sendiri yang tidak senang cara beliau mentadbir negeri.Bertolak dari itu Tokong Lim Guan Eng merasakan tindakan 5 ADUN PKR yang berkecuali sewaktu pengundian usul di Dewan Undangan Negeri P.Pinang adalah seperti cubaan rampasan kuasa di.P.Pinang.

Kita nantikan episod seterusnya permaianan politik Tokong Lim Guan Eng ...sambil makan pop corn menonton Gegar Vaganza.....

Sunday 22 November 2015

1,083 AHLI JKKK PAS P.PINANG DI ARAH LETAK JAWATAN


Lim Guan Eng nampaknya terpaksa mencari alternatif lain untuk disamakan dengan cara beliau memerintah P.Pinang kerana gelaran Khalifah Umar Abdul Aziz kini munkin akan ditarik balik sekutu mereka dahulu iaitu PAS.

Ini berikuatan arahan terkini Badan Perhubungan PAS P.Pinang yang telah mengarahkan kesemua 1,083 ahli JKKK dari parti PAS meletak jawatan serta merta dan surat arahan utnk berbuat demikian sudah dikeluarkan.Pertkara itu telah dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Muhammad Fauzi Yusof.

Menurut beliau kerajaan negeri juga berbohong berkenaan notis pemecatan daripada kerana berlaku perbezaan tarikh dimana Setiausaha Kerajaan Negeri yang bertarikh 11 Nov 2015 dan kenyataan (Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohd Rashid Hasnon) kata notis pemecatan berkuatkuasa pada 15 Nov 2015. Tapi keputusan mesyuarat kerajaan negeri pula kata berkuatkuasa pada 4 Nov 2015.

Beliau juga mengingatkan Saleh Man iaitu ADUN Permatang Pasir yang merupakan calon tunggal PAS dalam kerajaan negeri agar menjaga adab dan etika berparti merujuk kepada tindakan ADUN tersebut yang masih bersekedudukan dengan kerajaan negeri P.Pinang sekalipun PAS sudah mengistiharkan untuk menjadi pembangkang di.Pinang.

Adalah amat memalukan bagi seorang wakil rakyat PAS yang masih lagi kekal untuk bersama Kerajaan Negeri P.Pinang Lim Guan Eng yang telah banyak kali melukakan hati umat Islam khususnya membabitkan hukum hudud,pemecatan ahli majlis tempatan dan dana sekolah agama.

Apa gelaran baru untuk pemuja yang dahulunya menyamakan beliau dengan pemerintahan Umar Abd.Aziz .PAS baru terhantuk di batu kawan,batu kawan tetap pejal didalam kerandut tetapi dahi PAS benjol berdarah.






Saturday 21 November 2015

ECER TRANFORMASIKAN MASYARAKAT LUAR BANDAR MELALUI PROGRAM BINA INSAN


Perlaksanaan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) membuka peluang kepada masyarakat luar bandar untuk lebih berdaya sainga dengan masyarakat bandar melalui pelan tranformasi  bukan sahaja kepada kemudahan dan prasarana tetapi pembinaan modal insan.

"Melalui Empower ECER ini,penduduk luar bandar seharunya berasa beruntung kerana perhatian yang diberikan oleh kerajaan khususnya dalam membangunkan modal insan dan membantu kecemerlangan akademik pelajar"


"Pelajar cemerlang yang lahir dari program ini seharusnya turut memikul tanggungjawab sosial bila mereka dewasa nanti akan kembali menabur bakti kepada masyarakat dengan menyumbang idea untuk memajukan masyarakat di kampung sendiri melalui kemahiran dan pengalaman yang mereka ada"ujar YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin,Exco pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang.

Seramai 18 pelajar yang telah mendapat keputusan 5A dibawah Program Juara Empower ECER diraikan dalam satu majlis di sini.Mereka terdiri daripada pelajar luar bandar dari SK Kuala Sentul,SK Bukit Bota,SK Seri Keramat dan SK Maran.


Melalui Empower ECER yang merupakan salah satu inisiatif dibawah program pembangunan modal insan yang dilancarkan oleh ECERDC pada tahun 2010.

Inisiatif ini merupakan serampang dua mata dibawah program holistik ECER yang bertujuan merapatkan jurang ekonomi diantara masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.

Fokus program antaranya Latihan Kemahiran Keusahawanan untuk orang dewasa,dan Proram Latihan Akedemik untuk pelajar yang mengambil pepriksaan utama di Wilayah Ekonomi Pantai Timur. (ECER)Kumpulan sasar bagi program Akademik ialah para pelajar yang miskin yang lemah prestasi akademik manakala kumpulan sasar bagi golongan belia dan dewasa yang kurang bernasib baik.

Di Pahang Empower ECER telah diperkenalkan buat pertama kali di daerah Bentong pada tahun 2010 dan kini ianya di perluaskan di kawasan Cameroon Highland,Jerantut,Lipis,Maran ,Pekan,Raub,Rompin,Temerloh,Kuantan dan Bera.

Kini terdapat seramai 20,699 peserta Latihan Akademik dan 6,835 Latihan Kemahiran dan Keusahawanan telah dan sedang mengikuti Program Empower ECER di Negeri Pahang dari tahun 2010 hingga 2015.





Friday 20 November 2015

TIADA CERDIK PANDAI MELAYU ISLAM SERTAI KERAJAAN JIKA TIADA KEISTIMEWAAN


Apakah motif sebenar NGO Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) yang beriya-iya benar mahu mendedahkan semua perbelanjaan melibatkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (Yapeim).

Kini NOWmelaluiPengarahnya Akmal Nasir yang juga Ketua Cabang PKR Johor Bahru tampil mendedahkan perbelanjaan Yapeim mengeluarkan perbelanjaan besar untuk membiayai tiket kapalterbang kelas bussines kepada pegawainya yang menelan belanja RM 70,000.

Tiket berkenaan adalah sebahagian daripada kos bagi Program bernama "Promoting Islamis: Values In Multi Culture and Religion: Future and Challenges" itu berlangsung pada 16 April sehingga 26 Apriil 2014 di Brisbane,Sydney dan Melbourne yang melibatkan 50-70 peserta terdiri dari pelajar Islam Malaysia.

Sedar atau tidak tindakan terancang NOW ini adalah sebahagian daripada usaha-usaha mereka yang tidak senang dengan peranan yang dimainkan oleh agensi kerajaan khususnya berkaitan dengan Islam.

1MDB,Tabung Haji dan kini Yapeim antara yang menjadi sasaran mudah parti pembangkang dan NGO yang ditunjangi oleh ahli politik pembangkang,

Ianya amat menyedihkan buat golongan cerdik pandai Melayu yang berada dalam sektor kerajaan kerana mereka kini menjadi sasaran bukan sahaja ahli politik Melayu Islam.

Tindakan sebegini hanya akan menjauhkan cerdik pandai Melayu untuk berkhidmat dalam sektor atau agensi kerajaan yang memerlukan kepakaran yang ada .Alangkah ruginya modal insan yang dilahirkan dalam sistem pendidikan negara yang mana kerajaan menghabiskan hampir separuh dari perbelanjaan negara dalam sektor pendidikan dan modal insan

Jika mereka ini tidak diberikan sebarang keistimewaan,tidak berpeluang menikmati apa yang sewajarnya mereka perolehi setaraf dengan pengalaman,kelulusan dan kebolehan yang mereka ada,kemanakah meraka ini ingin dicampakkan..

Mungkin suatu hari nanti cerdik pandai dan profesional Melayu Islam mengambil keputusan untuk bekerja di luar negara yang yang menghargai sumbangan yang mereka berrikan dan bukan diburu seperti penjenayah dengan permainan politik kotor pembangkang di Malaysia.

Untuk apa berkhidmat dalam sektor kerajaan dan agensi jika untuk terbang keluar negara menggunakan tiket ekonomi untuk urusan kerajaan dan bukan urusan peribadi,berkhidmat untuk masyarakat tak kira masa dan ketika meninggalkan keluarga demi menjalankan tugas yang diamanahkan.

Jika sentiasa berdepan dengan tuduhan jenayah adalah lebih baik mereka tidak memilih untuk bekerja dengan sektok kerajaaan mahupun agensi berkaitan dan itulah yang dimahukan oleh ahli politik pembangkang di Malaysia.

Sebenarnya apa yang dinikmati oleh pegawai Melayu Islam kerajaan bertaraf profesional adalah minima yang mampu disediakan oleh kerajaan tapi ianya dimomokkan menikmati kemudahan yang melampaui batas dan jangan terkejut jika ahli politik seperti Yang Behomat yang dilabel sedemikian sebenarnya adalah mereka yang layak menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia apabila mereka pencen.Itu satu kebenaran..cuba tanya wakil rakyat anda sebelum kenaikan gaji YB baru baru ini.




MENANTU HADI MACAM FIRAUN - HUSAM


Makin panas berapi nampaknya Husam akhir-akhir ini bukan kerana badannya panas terlebih makan kambing tetapi tindakbalas dari penyokong setia Hj Hadi akibat kritikan beliau terhadap Presiden PAS dan Kerajaan Negeri Kelantan.

Kini gliliran Zaharudin Muhamad,menantu Hj Hadi menjadi kecaman Husam kerana tindakan unilateral berhubung isu debat yang dirancang diadakan di Kolej Islam Zulkifli Muhamad (KUIZM) esok.

"Sehebat dan segagah firaun sekalipun, bila hendak ditentukan masa, tarikh, tempat dan bentuk pertarungan antara Nabi Musa dan profesional sihir Diraja, firaun merundingi Musa."

“Tidak ada keputusan unilateral atau sebelah pihak dilakukan.

“Pada hal firaun itu diktator yang paling tersohor. Runding merundingi tetap berlaku,” kata Husam dalam kenyataannya hari ini.

ADUN Salor itu nyata kurang senang dengan cara Zaharuddin Muhamad yang tidak berunding kesesuaian masa dan tempat bagi berdebat dengan beliau berkenaan isu kekalahan PAS di Kelantan dan Terengganu.

Perbalahan kedua-dua belah pihak pada awalnya hanya berkisar di media sosial kini ingin diadakan di tempat terbuka dengan debat yang dirancang oleh Zaharuddin namun dipandang sinis oleh Husam dengan pelbagai helah.

Namun Zaharudin Muhamad perlu sedar kerana beliau bukanlah lawan buat manusia bernama Husam,beliau belum kusam dan lusuh,dan bukanlah mustahil jika akan keluar satu lagi arahan dari Takiyudin Hasan Setiausaha Agong PAS melarang debat dijalankan seperti mana debat antara Husam-Mustafa Ali yang dibatalkan.



RAHSIA HUBUNGAN INTIM DENGAN KUNGFU VAGINA,FARAJ SELAMBA ANGKAT BEBAN 5 KG


SEBUT saja faraj wanita, mesti ramai lelaki yang menelan air liur.

Wanita pula akan membayangkan alat sulit mereka, jangan risau ini ialah perkara normal, yang tidak normal ialah apabila anda tiada sebarang reaksi terhadap perkataan faraj.

Faraj merupakan kemaluan perempuan yang mempunyai fungsi sebagai tempat melahirkan anak dan hubungan seksual .

Setiap perempuan mempunyai bentuk dan keunikan faraj masing-masing .

Salah satu yang terunik adalah Kim Anami, seorang wanita Rusia yang mungkin mempunyai faraj yang terkuat di dunia.

Dikatakan farajnya mampu mengangkat beban sehingga 5kg dan boleh ‘menembak’ bola ping pong dengan hanya menggunakan lubang vaginanya.
Kim yang juga merupakan instruktor mendedahkan rahsia bagaimana dia boleh mengangkat beban dengan menggunakan faraj dalam programnya yang bergelar ‘Vaginal Kungfu’.

“Hanya dengan menggunakan otot-otot di faraj, saya hanya perlu ‘kemut’ dan tahan di dalamnya untuk mengangkat objek berat, ‘ ujar Kim seperti yang dilaporkan olehHuffingtonpost.
kimmmmm
Kim Anami, a vaginal weight lifter (2)
Kim Anami, a vaginal weight lifter (5)
Kim Anami, a vaginal weight lifter (7)
Seperti otot manusia, Kim menyesuaikan berat beban yang diangkat agar organ kelaminnya menjadi semakin kuat dan perkara ini sekaligus membuatkan aktiviti hubungan seksualnya bertambah intim.

Kini Kim menjalankan sebuah laman web dengan menawarkan perkhidmatan melatih wanita – wanita agar mempunyai faraj yang kuat sepertinya.

BATAL DEBAT HUSAM-MUSTAFA,HILANGLAH KISAH SPENDA STOPA DAN HUSAM KAMBING JAMNAPARI.


Tindakan Setiausaha Agung PAS yang mengeluarkan arahan parti supaya debat yang dicadangkan diantara Husan Musa dengan Mustapha Ali dibatalkan menunjukkan PAS sepertinya ada sesuatu yang mahu sembunyikan.

Alasan yang dikeluarkan ialah tidak membenarkan perbincangan dan perdebatan di luar platfom parti.Bagi tujuan itu parti PAS telah menghantar surat jemputan kepada Husam  agar menjelaskan kepada Jawatankuasa Pusat parti Islam itu akan bermesyuarat pada 24 November ini bagi menjelaskan dakwaan beliau di hadapan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Husam kini dianggap seperti jembalang oleh parti PAS.Satu entiti yang menakutkan tetapi tidak berada dalam kelompok syaf kepimpinan.

Seperti yang dinyatakan Husam dalam ceramahnya baru baru ini beliau adaah orang yang terbuang.Merujuk kepada segerombolan pemimpin PAS yang diklasifikasikan sebagai golongan profesional yang memudaratkan perjuangan parti dan Husam adalah salah seorang dari mereka.

Berbeza dengan gerombolan profesional yang tersingkir dalam pemilihan syaf kepimpinan PAS dalam Muktamar PAS yang ke 61,Husam memilih untuk kekal didalam PAS dan tidak menjadi mahu digolongkan dalam spesis amfibia seperti katak puru yang gemar melompat ke sana sini.

Kelantangan Husam akhir-akhir ini mengkritik Hadi Awang terutamanya membabitkan isu kerjasama dengan UMNO yang hanya berdasarkan maklumat yang diberikan oleh bell boy hotel dipandang sinis oleh golongan pro ulama.

Mustafa Ali diantara yang didakwa berada di hotel bersama beberapa pemimpin untuk merundingkan kerjasama dengan UMNO turut terkejut dengan pembatalan debat.Mungkin juga beliau pura-pura terkejut...?

Peliknya ,jika debat membabitkan pemimpin BN ,maka PAS siang malam subuh senja akan berkokok tak kira waktu mewajarkan debat diadakan agar ianya memberikan pencerahan dan intergriti kerajaan dalam sesuatu isu.

Jika ada diantara pemimpin kerajaan tidak mahu berdebat maka berbagai kata nista akan dilemparkan,bacul,penakut,pembohong atau apa sahaja istilah yang merujuk kepada meraka yang cuba menghindarkan debat yang dianggap budaya dan trend politik terkini.

Namun jika ada isu membabitkan pemimpin PAS seperti apa yang berlaku diantara Husam dan PAS,maka mereka akan mengambil pendekatan supaya debat  tidak harus diteruskan dengan jutaan alasan yang tercipta.

Mudahnya debat antara Husam-Mustafa jika diteruskan pastinya mengundang  banyak implikasi terutama nya kepincangan dan masing-masing saling cuba melondehkan seluar dalam sesama mereka walaupun ramai yang tau bagaimana besarnya seluar Stopa dalam dan bagaimana besarnya kambing Jamnapari Husam.

Sebagai ahli politik yang matang mungkin ada yang meramalkan kebarangkalian serangan peribadi sesama mereka namun debat memungkinkan apa yang mustahil bila maruah tercalar.









Thursday 19 November 2015

PAS KELUAR PAKATAN DI P.PINANG,SELANGOR MENYUSUL..?


Belang DAP kini sudah jelas kelihatan bilamana menolak untuk bekerjasama dengan PAS dalam Kerajaan Negeri P.Pinang.Jika dulu perbalahan diantara kedua-dua parti diantara DAP dan PAS melibatkan cakaran gurauan yang hanya untuk menaikkan nafsu tapi kini tidak lagi.


DAP benar-benar sudah mengeluarkan kuku sesuai dengan jolokan negeri P.Pinang sebagai Harimau Kumbang.Tindakan DAP yang memecat 300 anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) daripada PAS P.Pinang umpama cakaran harimau yang mencederakan PAS.

Lantaran daripada tindakan DAP yang tidak mahu lagi bersekedudukan dan meneruskan hubungan songsang bersama,PAS hari ini mengistiharkan parti mereka sebagai pembangkang di P.Pinang.

Lebih memedihkan luka yang ditanggung PAS bagai disiram air garam dengan menggantikan mereka yang dipecat dengan ahli dari parti AMANAH.

Tindakan PAS yang mengistiharkan menjadi pembangkang di P.Pinang sebenarnya hanyalah suatu tindakan defensif kerana ianya tidak memberikan kesan kepada DAP secara keseluruhannya.

Adalah lebih bijak bagi PAS turut menamatkan kerjasama dengan kerajaan Selangor bagi melenyapkan ego DAP yang semakin kerap membuli PAS.Serangan berterusan dari pemimpin DAP dan sekutu mereka AMANAH akan melemahkan moral PAS.

Jikam PAS menamatkan kerjasama dengan kerajaan Negeri Selangor,15 kerusi ADUN PAS adalah jumlah yang sudah cukup membuatkan telor-telor pemimpin DAP panas di dalam kerandut Pakatan Harapan.

PAS juga perlu melihat samada 15 ADUN mereka di Negeri Selangor merupakan mereka yang setia dan istiqamah kepada perjuangan PAS dengan mengikut arahan parti atau musang berbulu ayam dengan simpati kepada perjuangan AMANAH.

Tapi mungkin juga PAS gentar kepada dua ADUN yang digelar barua dan kerjasama dengan UMNO bagi membentuk kerajaan campuran di Selangor sukar diterima ahli parti diperingkat akar umbi.






Wednesday 18 November 2015

TEWAS1-2 KEPADA ARAB SAUDI DIKIRA KEMENANGAN KEPADA MALAYSIA


Tumpas dengan jaringan yang kecil dikira sebagai sau kemenangan buat pasukan bolasepak Malaysia yang mengharungi kekalahan berterusan dalam kempen kelayakan Piala Dunia di Shah Alam malam semalam.

Keseronokan bermain mercun peminat bolasepak Malaysia menyaksikan perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018/Asia2019 antara Malaysia menentang UAE hanyalah disaksikan oleh kerusi-kerusi stadium tanpa kehadiran penonton.

Bukan niat merendahkan pasukan Malaysia namun perubahan besar perlu dilakukan untuk memastikan menanggung kekalahan dianggap satu kemenangan.

Seringkali kita dimomokkan dengan ungkapan kita harus mengukur baju di badan sendiri,menentang pasukan yang dianggap lebih tinggi rangking seperti seperti UAE,kita mesti realistik.

Selepas dibolosi dengan 6 gol ketika berhadapan dengan negara yang dilanda perang seperti Palestine,ramai peminat bolasepak di Malaysia seakan sudah hilang keyakinan terhadap pencapaian Harimau Malaya.

Peminat sering membandingkan bagaimana kentalnya pasukan bolasepak negara yang begitu gah di Asia Tenggara dan Asia suatu ketika dahulu kini menjadi ratahan berguni-guni gol yang dilepaskan.

Oleh itu wajarkah peminat bolasepak di Malaysia menganggap kekalahan 1-2 kepada UAE adalah suatu kemenangan.Hanya di Malaysia,walaupun tewas ia dikira satu kemenangan apatah lagi alasannya kita perlu realistik...


KADAR CAPAIAN JALUR LEBAR DI PAHANG SEMAKIN MENINGKAT


Kadar capaian jalur lebar di Negeri Pahang semakin meningkat dari 74 peratus pada suku pertama 2015 kepada 75.8 peratus pada suku tahun kedua.

Berdasarkan kepada maklumat langganan perkhidmatan internet yang disediakan oleh pihak Telekom Malaysia(TM),terdapat 74,040 yang menggunakan perkhidmatan syarikat berkenaan di Pahang.

Pihak SKMM sentiasa memberikan perhatian dan beberapa punca gangguan perkhidmatan yang dialami pengguna dikenalpasti antaranya kawasan terlindung (blindspot) yang mempunyai liputan yang kurang memuaskan dari segirangkaian 2G mahupun rangkaian 3G berpunca dari faktor mukabumi dan hutan/belukar yang tebal di sekitarnya dan memberi kesan kepada jarak pancaran rangkaian daripada menara telekomunikasi yang berkenaan.

Selain langkah menambah menara baru untuk menyelesaikan masalah liputan rangkaian,kerja-kerja kejuruteraan (reengineering) dilakukan secara berterusan.

Pihak SKMM tidak menafikan kewujudan masalah liputan kurang memuaskan di kawasan-kawasan tertentu.Perlu dijelaskan juga jarak liputan selular 3G sekitar 1 km sahaja  darilokasi menara dan jarak ini akan berkurangan jika terdapat halangan keatas pemancaran gelombang atau kadar penggunaan perkhidmatan selular yang tinggi pada satu satu masa.

Bagi mengatasi masalah ini,kerjasama dari semua pihak amat diperlukan oleh SKMM.Sekiranya terdapat masalah dari segi liputan dan kualiti perkhidmatan selular,aduan bolehlah dikemukakan kepada SKMM diportal aduan SKMM di http://aduan.skmm.gov.my. .Aduan juga boleh di buat di laman sesawang setiap penyedia perkhidmatan di pautan berikut :-



Selain daripada itu aduan juga boleh juga dibuat kepada pihak Consumer Forum yang bertanggungjawab mengendalikan aduan berkaitan industri telekomunikasi di http://www.complaint.cfm.org.my

Perkara ini dinyatakan oleh YB Dato'Shahaniza binti Hj Shamsuddin, Pengerusi Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang ketika menjawab soalan berkaitan lipuran internet di Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang Penggal ke 3 Kali ke 13 yang sedang berlangsung dari 16hb-24hb Nov 2015.







SUAMI KERAT KEMALUAN PEROGOL DAN GORENG JADIKAN HIDANGAN


AKIBAT terlalu geram, seorang lelaki berusia 25 tahun di Indonesia dikatakan telah memotong, mengoreng dan memakan kemaluan perogol isterinya dalam kejadian yang berlaku di wilayah Lampung, Sumatera baru-baru ini.

Kisah ini bermula apabila Rudi Efendi, 25 tahun; yang bernikah dengan Nuriah, 20 tahun; sebulan sebelum kejadian tragik itu mendapati pada malam pertama isterinya sudah tidak lagi perawan.

Apabila ditanya isternya, Nuriah memberitahu bahawa dirinya telah diperkosa oleh seorang lelaki yang merupakan pemandu kereta sewa, dan juga kebetulan bernama Rudi, 30 tahun; semingu sebelum mereka berkahwin.

Lantas, Rudi meminta isterinya itu untuk mengaturkan satu pertemuan dengan lelaki tersebut sebelum dia membunuh perogol tersebut di dalam kereta sewa mangsa sendiri jenis Daihatsu Xenia.

Rudi Efendi dikatakan pada mulanya berpura-pura mahu menumpang kereta sewa lelaki berkenaan, kemudian pada saat di dalam kereta itu, Rudi membunuhnya dengan menggunakan senjata tajam.

Ketua Polis Lampung, Brigadier Jeneral Edward Syah Pernong memberitahu media tempatan, siasatan mendapati pasangan suami isteri tersebut membunuh Rudi dan juga membakar kereta lelaki itu.

Rudi Efendi juga mengaku dia telah memakan kemaluan lelaki tersebut dengan memotong alat sulit mangsa ketika di tempat kejadian sebelum dibawa pulang ke rumah untuk dimasak.

Sampai di rumah, kata Rudi, dia terus menggoreng batang kemaluan perogol isterinya tersebut.

“Alat vital itu lalu saya makan,” ujarnya tegas.

Dia memberi alasan bahawa memakan alat kemaluan mangsa itu sebagai penawaran lukanya. “Saya makan sebagai ubat sakit hati saya padanya,” kata Rudi Efendi seperti yang dilaporkan akhbar Kompas.

Rudi Efendi berkata isterinya, Nuriah bagaimanapun tidak terlibat dalam pembunuhan itu.

Menurutnya, Nuriah hanya diminta menghubungi lelaki itu untuk janji temu.

“Saya melakukannya sendiri saja. Isteri saya tidak terlibat,” jelasnya. –

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...