ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
MENGINTAI GADIS SAMBIL MELANCAP PELAJAR KOLEJ DITAHAN POLIS | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Wednesday 11 November 2015

MENGINTAI GADIS SAMBIL MELANCAP PELAJAR KOLEJ DITAHAN POLIS


KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Seorang remaja lelaki yang dirakam mengintai seorang gadis sambil melakukan onani di belakang sebuah rumah di Pandan Indah, Sabtu lepas, berjaya ditahan polis, Isnin malam.

Perbuatan tidak senonoh pelajar kolej berusia 19 tahun yang dirakam dalam keadaan berbogel oleh kamera litar tertutup (CCTV) rumah berkenaan, kemudian dimuat naik ke laman sosial serta menjadi 'viral'.

Ketua Polis Daerah Ampang ACP Khairuldin Saad berkata hasil siasatan, remaja yang juga jiran gadis berkenaan berjaya ditahan kira-kira 10.30 malam.


"Soal siasat ke atas suspek dilakukan dan dia mengakui melakukan perbuatan itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa.

Khairuldin berkata suspek direman empat hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan iaitu perbuatan melakukan kelucahan melampau.

Berdasarkan rakaman video berkenaan, suspek dilihat mengintai gadis berkenaan melalui tingkap belakang rumah mangsa.


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...