ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
FACEBOOK TAMATKAN LAMAN ALVIN TAN | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Sunday 15 November 2015

FACEBOOK TAMATKAN LAMAN ALVIN TAN


Berita gembira buat semua rakyat Malaysia yang bencikan manusia yang bernama Alvin Tan bilamana Facebook hari ini telah menamatkan laman Facebook.

Kemuncak kemarahan ramai yang mungkin telah melaporkan kepada Facebook akan tindakan Alvin Tan kemarin yang menyiarkan gambar menggunakan helaian daripada Al Quran sebagai kertas tandas.

Berikutan itu Facebook telah menamatkan laman Facebook Fan Page beliau untuk selama lamanya.Tindakan beliau yang sering menimbulkan kontroversi diharap akan berakhir dengan pengharaman ini.

Susulan daripada tindakan beliau memuat naik gambar yang menghina umat Islam mendapat kritikan keras masyarakat dan 5 laporan polis telah dibuat di Johor.

Beliau yang sedang mendapatkan suaka politik di Amerika Syarikat dan menghadapi dua tuduhan di Malaysia dibawah Akta Hasutan dan Akta Penafisan Filem.

Sebelum ini beliau turut mengundang kemarahan umat Islam dengan memuat naik video azan yang dijadikan lirik lagu.Beliau mula mendapat kritikan keras masyarakat ketika sering memuat naik gambar porno bersama pasangannya Vivian Lee.

Menurut sumber yang dipercayai tindakan Alvin Tan ini sengaja dilakukan untuk membolehkan beliau mendapat suaka politik.Dengan harapan kebencian dan kemarahan masyarakat di Malaysia ini akan ada ancaman keselamatan terhadapnya membolehkan beliau terus boleh tinggal di Amerika Syarikat dengan suaka politik yang mungkin diberikan oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Kini Alvin Tan tidak dapat lagi menggunakan Fan Page Facebook beliau untuk mencetuskan provokatif.Pasti dia tidak mudah putus asa  kerana akan muncul pula akaun facebook yang lain kerana manusia seperti Alvin Tan hanya akan hidup dengan kepuasan dengan publisiti  dan perhatian orang ramai.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...