ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
JATUHKAH TALAK 3 ISTERI HUSAM JIKA BELIAU KELUAR PAS? | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Thursday 12 November 2015

JATUHKAH TALAK 3 ISTERI HUSAM JIKA BELIAU KELUAR PAS?


Saranan Ketua Dewan Ulama Datuk Mahfodz Mohamed agar beliau meninggalkan parti PAS selepas lantang mengkritik Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bakal terjawab di  majlis dialog Demo Tanya Ambo Jawab pada 13 November ini di Dewan Kelab Suara Muda, Kota Bharu sekitar jam 9.00 malam.

Bekas Naib Presiden PAS,Husam Kambing yang juga ADUN Salor dikhabarkan akan menjawab persoalan kedudukannya dalam PAS samada masih terus berada di dalam parti PAS atau keluar parti memilih parti politik baru.

Sebelum ini beliau tegas menyatakan beliau adalah ahli PAS sampai mati.Sejauh manakah kebenaran tersebut?

Husam adalah ahli politik yang licik,jika tidak masakan Allahyarham Nik Abdul Aziz mantan MB Kelantan mengangkat beliau sebagai anak didik dan di berikan jawatan Exco Kerajaan Negeri.

Kemuncak kemarahan ramai pimpinan PAS bilamana beliau secara terbuka menyerang Presiden PAS Hj Hadi yag menggerakkan penyatuan dengan UMNO melalui kerajaan  campuran di Selangor sewaktu krisis MB Selangor.

Kritikan Husam yang menelanjankan kebobrokan Kerajaan Negeri Kelantan dibawah pimpinan MB Kelantan Nik Mohd Amar Nik Abdullah khususnya ketidakcekapan mentadbir kerajaan negeri.

Apakah tindakan dan kritikan yang dilemparkan selama ini sengaja dilakukan dengan niat agar pimpinan parti PAS memecatnya sebagai ahli PAS dan bukan keluar secara sukarela ada kaitan dengan Baiah cerai isteri talak 3.?

Sebagai ADUN Salor beliau tentunya terikat dengan baiah yang ditandatangani ketika menerma watiikah perlantikan sebagai calon pilihanraya PRU 13.

Sayugia diingatkan yang baiah ini sebenarnya telah wujud semenjak tahun 1990 lagi dan ianya telah lama dipraktikkan di negeri Kelantan.

Husam pastinya tidak sanggup melanggar baiah tersebut apatah lagi untuk menjadi cina buta,maruah diri dan isteri menjadi cagaran dan taruhan politik.

Beliau pastinya rela dipecat dan bukan keluar parti secara sukarela ataupun rela diklasifikasikan sebagai ahli parti yang gila untuk mengelakkan jatuhnya taklik talak tiga .Apakah beliau sanggup mengikuti jejajk Hatta Ramli?

Jika kambing terikat pada tali,manusia terikat pada janji walaupun Husam dan Kambing tidak dapat dipisahkan.Husam tetap manusia sekalipun beliau lebih mesra dengan panggilan Husam Kambing.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...