ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
ZARINA ANJOULIE MENGAKU SALAH HISAP SYABU | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Friday 6 November 2015

ZARINA ANJOULIE MENGAKU SALAH HISAP SYABU


PETALING JAYA 5 Nov - Pelakon dan model, Zarina Anjoulie didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah positif dadah jenis syabu, tiga tahun lalu.

Majistret Mohd Nazri Omran turut memerintahkan Zarina, 29, menjalani pengawasan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama tiga tahun.

Mahkamah turut memerintahkan Zarina menjalani hukuman penjara enam bulan, sekiranya gagal membayar denda.

Zarina didakwa positif dadah jenis syabu berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan dan terdapat kandungan dadah dalam air kencing.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Narkotik Damansara, di sini, pada jam 8.10 malam, 30 Disember 2012.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda hingga RM5,000 jika sabit kesalahan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...