ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
GAJI YB KELANTAN NAIK TAPI TUNGGAKAN GURU YIK TAK BAYAR - HUSAM KAMBING | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Friday 6 November 2015

GAJI YB KELANTAN NAIK TAPI TUNGGAKAN GURU YIK TAK BAYAR - HUSAM KAMBING


Kerajaan Kelantan sekali lagi ditempelak oleh Husam Kambing.Kali ini berkisar tentang bagaimana kegagalan Kerajaan Kelantan yang dikenali sebagai Serambi Mekah gagal melunaskan tunggakan guru Yayasan Islam Kelantan (YIK) selama 16 bulan berjumlah RM 14.6 juta..

Husam yang juga ADUN Salor dengan nada menyindir ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 2 November lalu meluluskan meminda Rang Undang-undang Enakmen Saraan Anggota-Anggota Pentadbiran dan ADUN 1980 (Pindaan 2015).

Ia membabitkan kenaikan elaun menteri besar daripada RM12,800 kepada RM15,000 sebulan, timbalan menteri besar, (RM8,800 kepada RM13,000), exco serta speaker DUN, (RM6,000 kepada RM10,000) dan ADUN (RM4,600 kepada RM8,000).


Begitu juga dengan nasib peserta Ladang Rakyat yang masih belum menerima dividen dan penderitaan mangsa banjir yang mana rumah mereka belum terbina tetapi dalam masa yang sama menaikkan gaji ADUN.

Kenaikan gaji ADUN bermakna Kerjaan Negeri Kelantan mempunyai sumber yang kukuh sebaliknya masih terkial-kial menyeleasaikan belanja mengurus walhal selama 10 tahun berturut-turut kerajaan persekutuan menghulurkan bantuan bagi tujuan mengurus.

Bagi tahun ini sahaja sebanyak kerajaan persekutuan telah memberikan bantuan kepada Kerajaan Negeri Kelantan sebanyak RM 85 juta untuk belanja mengurus.

Kalau dulu mungkin pintu pagar rumah ADUN selalu berkunci tapi selepas ini bolehlah rakyat Kelantan yang memerlukan bantuan terus masuk hingga ke dapur mengadu masalah.

Pasti beres kerana YB dah naik gaji...seperti yang sering kedengaran dalam ceramah PAS yang mereka hanya ingin membantu rakyat,tiada kepentingan peribadi jadi kini waktu yang sesuai untuk menunjukkan erti pengorbanan kepada rakyat.Tak gitu...!











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...