ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
SUAMI CURANG DIHADIAHKAN TAHI KUDA | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Saturday 7 November 2015

SUAMI CURANG DIHADIAHKAN TAHI KUDA


PEMBALASAN dendam yang terindah. Mungkin itu yang dirasai oleh Amanda Chatel, 35, apabila suaminya yang juga seorang pemuzik dari Perancis telah berlaku curang dengan seorang gadis berusia 20 tahun.

Amanda, yang merupakan seorang penulis bebas dari New York sebelum itu dikejutkan dengan puisi yang dihantar oleh gadis berkenaan kepadanya yang menggambarkan Amanda sebagai `perosak jiwa’ suaminya.

Marah dengan perbuatan itu, Amanda kemudiannya mencari di Google akan `hadiah’ yang sesuai untuk diberikan kepada suami dan kekasihnya itu yang kini sudah menetap di Perancis.

Dia menemui laman web S***express, iaitu laman web yang membantu untuk merosakkan hari seseorang dengan penghantaran najis di depan pintu rumah mereka.

Amanda kemudiannya menempah kotak-kotak kecil bungkusan mengandungi najis kuda untuk dihantar ke depan pintu rumah suaminya.

Beliau bagaimanapun tidak mengetahui reaksi suami dan kekasihnya sebaik sahaja mereka menerima bungkusan terbabit.

“Biarpun ia merupakan perbuatan tidak matang, tetapi adakah mereka patut mendapatnya? Sudah tentu!’’ katanya.  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...