ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
PAU 2015 : UMNO HULUR TALI SILATURAHIM,PAS TAMPAL MULUT PEMIMPIN | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Friday 11 December 2015

PAU 2015 : UMNO HULUR TALI SILATURAHIM,PAS TAMPAL MULUT PEMIMPIN


Pada Persidangan Agung UMNO 2015 kali ini,Presiden UMNO Najib Tun Razak melalui ucapan dasarnya semalam menghulurkan tali silaturahim dan ikatan ukhwah dengan PAS.

Kesedian Presiden untuk berkerjasama dengan PAS dan menzahirkan perasaan gembira dengan keputusan PAS untuk tidak menyertai Pakatan Harapan setelah Pakatan Rakyat Berkubur.

Namun sesuatu yang amat menyedihkan bagi perpaduan dua parti Melayu Islam UMNO dan PAS seakan-akan menerima sambutan dingin oleh pemimpin tertinggi PAS iaitu Hj Hadi.

Beliau dilaporkan telah meminta semua pemimpin PAS agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung hasrat yang dilontarkan oleh  Presiden UMNO pada Persidangan Agung UMNO melalui ucapan dasar Presiden semalam.

Sebenarnya kebanyakan pemimpin PAS hanya mementingkan kedudukan mereka dalam politik tanahair berbanding kesejahteraan ummah Melayu Islam yang menjadi penduduk majoriti Malaysia.

Perebutan undi kaum Melayu Islam semenjak dulu menjadikan PAS melihat UMNO sebagai seteru,menjadikan dendam kesumat dan lipatan sejarah yang ditafsir mengikut kepentingan peribadi pimpinan PAS bukannya perpaduan umat Melayu Islam yang menjadi landasan mencari titik persamaan.

Pemimpin konsevatif seperti Tuan Ibrahim Tuan Man menolak mentah mentah sebarang bentuk kerjasama dengan UMNO dengan memberikan alasan penindasan dan kezaliman UMNO terhadap PAS selama ini sebagai alasan untuk melonjakkan popularitinya ,

Manakan tidak prestasi beliau bukanlah cemerlang sebagai pemimpin PAS yang sering tewas setiap kali bertanding sebagai calon pilihanraya ketika pilihanraya umum.

UMNO tidak boleh dipersalahkan oleh anak cucu Melayu Islam di Malaysia jika penyatuan umat Islam tidak dapat direalisasikan memandangkan PAS masih lagi mempunyai pemimpin konservatif yang jumud pemikiran seperti beberapa kerat pemimpin tertinggi PAS seperti Tuan Ibrahim Tuan Man.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...