ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
#PAU2015 PELANCARAN PUTERI DIAN IKON SRIKANDI MUSLIMAH MUDA DUNIA ISLAM | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Wednesday 9 December 2015

#PAU2015 PELANCARAN PUTERI DIAN IKON SRIKANDI MUSLIMAH MUDA DUNIA ISLAM


Kuala Lumpur 9/12/2015 -Di dalam mendepani cabaran memenuhi tuntutan agama Pergerakan Puteri UMNO Malaysia hari ini melancarkan skuad Puteri Dian sempena Perhimpunan Agong UMNO 2015.


Menyedari peranan yang harus dimainkan untuk memperkasakan jati diri golongan muda Pergerakan Puteri UMNO Malaysia merasa suatu anjakan paradigma dalam meleraikan kemelut krisis pemikiran umat Islam yang mana sistem nilai dan akhlak anggota masyarakat semakin luntur yang membawa perpecahan umat semakin ketara.

Puteri DIAN atau yang membawa erti 'Daulah Islam Agama Negara" adalah iltizam Pergerkan Puteri UMNO  yang mahu direalisasikan dalam segenap aspek kehidupan.

Puteri UMNO mempunyai matlamat untuk memastikan golongan muda memiliki daya saing yang tinggi dan agenda hidup muslim yang jelas.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia YB Datuk Mas Emieryarti Shamsuddin

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia YB Datuk Mas Emieyarti Shamsuddin ketika ditemui selepas pelancaran Puteri DIAN oleh Naib Presiden UMNO YB Datuk Zahid Hamidi di PWTC berkata,"sambutan dikalangan Puteri UMNO amat baik sekali dengan peringkat awal seramai 1,500 ahli Puteri UMNO telah didedahkan dengan pendekatan daulatkan Islam.Penambahan ahli yang terlibat akan diteruskan melalui siri jelajah ke seluruh negara yang kini sudah bermula di 7 negeri di Malaysia".

Tmbalan Presiden UMNO menerima cenderamata sempena
 Pelancaran Puteri DIAN

Ketua Puteri UMNO Negeri bergambar kenangan selepas 
Majlis Pelancaran Puteri DIAN

Mungkin ada perkara yang mencuit hati diantara Naib Presiden UMNO
bersama Ketua Pergerakan Puteri UMNO

Puteri DIAN harus dilihat sebagai ikon Srikandi Muslimah dunia Islam dengan menjadi pencetus aspirasi bagi golongan belia negara.

Bagi merealisasikan matlamat penubuhan Puteri DIAN berbagai program akan di selaras dan dijalankan secara bersepadu dengan menyasarkan golongan remaja,belia,ibu muda dan Institusi keluarga.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...