ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
DEMI SI KULUP GADIS PERDAYA SATU MALAYSIA DIA DICULIK...CHIIIT...! | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Saturday 2 January 2016

DEMI SI KULUP GADIS PERDAYA SATU MALAYSIA DIA DICULIK...CHIIIT...!


SIAPA sangka, rupa-rupa satu Malaysia ditipu ‘hidup-hidup’ dengan drama sebabak yang dicipta oleh seorang gadis berusia 14 tahun, yang sebelum ini dipercayai diculik susulan rakaman audionya menjadi viral.

Hanya gara-gara mahukan hidup bebas, gadis yang dikenali sebagai Nur Amirah Athirah Abdul Majid sanggup berbohong terhadap keluarganya dengan membuat panggilan palsu menyatakan konon dirinya diculik.

Lebih parah, remaja yang tidak bersekolah ini sebenarnya lari mengikuti teman lelakinya yang baharu sahaja dikenali kira-kira seminggu.



Teka-teki helah penculikan ini terbongkar setelah pihak polis berjaya menemui gadis berkenaan bersama teman lelakinya, Gan Chin Teck berusia 19 tahun.

Mereka turut ditemui bersama-sama seorang kanak-kanak, Nurqistina, 6; di hadapan stesen minyak di Kanchong Darat Banting, Selangor, kira-kira 10 malam pada Khamis.

Hasil siasatan pihak polis, Athirah mengaku dirinya tidak diculik dan berbuat demikian kerana inginkan hidup bebas.

Menurut gadis ini, sepanjang kehilangannya menumpang di rumah bapa angkatnya yang dikenali sebagai Nizam di Bandar Sungai Emas, Banting.

Pada masa yang sama, gadis tersebut mendakwa tidak pernah melakukan hubungan seks bersama teman lelakinya.

Terdahulu, ibu remaja ini, Asmah Mamai, 33; membuat laporan polis setelah menyedari anak perempuannya itu tidak pulang ke rumah mereka yang terletak di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang kira-kira 10 malam, pada Ahad lalu.

Bagaimanapun, Athirah dikatakan sempat hubungi ahli keluarganya mendakwa dia konon diculik menggunakan sebuah van berwarna putih namun tidak sempat lihat nombor pendaftaran kenderaan apabila kepala ditutup dengan kain.

Malah, Athirah dalam rakaman itu berkata, dia tidak diculik berseorangan, sebaliknya mendakwa ramai lagi gadis lain turut berada dalam van berkenaan, dipercayai diculik.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...