ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
SKMM DIMINTA CARI INISIATIF MUDAHKAN PEMANTAUAN KOMUNIKASI DI KAWASAN BANJIR | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Tuesday 6 October 2015

SKMM DIMINTA CARI INISIATIF MUDAHKAN PEMANTAUAN KOMUNIKASI DI KAWASAN BANJIR


KUANTAN, 5 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta mencari inisiatif untuk memasuki kawasan banjir bagi memudahkan pemantauan liputan talian komunikasi di kawasan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata dalam keadaan banjir buruk, SKMM perlu lebih bersedia bagi memastikan talian telekomunikasi berfungsi dengan baik bagi memudahkan tugas mencari dan menyelamat.

"Apa yang berlaku tahun lepas, banyak kawasan gagal dihubungi menggunakan telefon, dan SKMM tidak dapat memantau perkara ini kerana mereka mendakwa tidak memiliki kemudahan untuk memasuki kawasan banjir.

"Ini kerana semua bot agensi penyelamat digunakan sepenuhnya untuk tugas memindahkan penduduk yang terjejas banjir. Jadi, rasanya SKMM perlu mempunyai bot sendiri untuk memudahkan pemantauan talian telekomunikasi ketika musim tengkujuh," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Pintar Kreatif Tabika Perpaduan Peringkat Pahang di sini, Isnin.

Turut hadir Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional negeri, Fairojibanu Zainal Abidin.

Shahaniza berkata SKMM dan syarikat pengendali telekomunikasi juga perlu mengambil tindakan segera terhadap gangguan liputan telekomunikasi yang teruk ketika musim tengkujuh termasuk di Kuala Krau, Temerloh dan Kuala Lipis.

"Saya akan mengadakan pertemuan dengan semua syarikat pengendali telekomunikasi dalam masa terdekat untuk mendapatkan maklum balas daripada mereka...serta mengetahui apa langkah yang sudah atau akan diambil bagi mengatasi masalah ini," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...