Pahang negeri yang tidak pernah sunyi dari isu alam sekitar .ianya umpama sebuah telenovela yang disajikan tanpa ada menu lain yang enak dihadam.
Bauksit kini semakin reda namun pastinya akan ada sambungan episod seterusnya apabila moratoriom bauksit akan berakhir nanti.Sementara kuaci dan pop corn masih ada,episod telenovela pembalakan di Jerantut kini mengambil alih isu bauksit.
Pengarahnya cuba meletakkan dirinya sebagai adivira yang mampu menggalas diri sebagai dewa pecinta alam sekitar.Berselindung disebalik sebuah pertubuhan pecinta alam yang dikenali sebagai PEKAK memudahkan sinopsis yang hanya satu perenggan tetapi digarap mejadi kisah telenovela yang beratus-ratus episod dengan menagih simpati dengan kisah peribadi penternak patin yang teraniaya kononnya.
Alasan yang diberikan berlaku pembalakan yang diibaratkan seperti padang tandus bak kata padang jarak padang terkukur.Penggondolan alam sekitar dengan aktiviti pembalakan disekitar Jerantut kononnya mengganggu punca tadahan air sekitar Gunung Dulang dan Gunung Ais di Jerantut.
Pembalakan adalah satu industri yang sah di mana-mana di dunia dan tentunya kawal selia perhutanan dibawah Kerajaan Negeri sepertimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan melibatkan tanah dan air.
Bidang kuasa yang sedikit ini bagaimanapun perlu di olah menjadi kuasa yang memberikan istilah menang-menang kepada kerajaan dan rakyat.
Tanpa ada kebijaksanaan mengurus hutan untuk manafaat kepada negeri,masakan Pahang menjadi salah satu negeri yang mempunyai pengurusan tanah yang berjaya melalui pelbagai agensi seperti mana FELDA yang kini mempunyai 115 bilangan Rancangan Felda dari keseluruhan 321 tanah rancangan FELDA di Malaysia dan 43123 orang jumlah peneroka kini bermastautin sebagai peneroka di Pahang.
Land for Landness yang di asaskan oleh Tun Abd Razak ini memberikan penghidupan baru kepada 14,111 anak jati Pahang manakala 29,013 merupakan mereka perantau dari luar negeri Pahang.
Kebaikan kerajaan negeri Pahang menjadikan tanahnya sebagai kawasan tadahan air bagi negeri negeri lain di Malaysia tidak pula di besar-besarkan seperti Selangor.
Kawal selia kawasan hutan melalui Hutan Simpan Kekal yang diwartakan seluas 1,562,902.2 hektar membuktikan komitmen Kerajaan Negeri Pahang memulihara alam sekitar sebagai kawasan tadahan air untuk rakyat negeri Pahang khususnya dan negeri-negeri berjiran amnya.
Pembalakan melalui Yayasan Pahang sebagai contoh bukan lagi merupakan hasil utama kerajaan negeri sebaliknya telah beralih kepada hasil perladangan sawit sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Manafaat kepada pembalakan yang minima yang dijalankan di negeri Pahang kini memberkan manafaat kepada kira-kira 284,299 pelajar sehingga kini melalui bantuan pendidikan seperti biasiswa yang membanbitkan perbelanjaan hampir RM 1,0000 juta.
Apakah dengan hanya simpati kepada seorang pelacur pena dengan menjemput simpati kepada patin sangkarnya kita harus mengorbankan kepentingan rakyat negeri Pahang secara keseluruhan?
No comments:
Post a Comment