ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
KENYATAAN MEDIA "ISU PENGABAIAN KANAK-KANAK DI RKK SULTANAH HAJJAH KALSOM" | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Monday 21 March 2016

KENYATAAN MEDIA "ISU PENGABAIAN KANAK-KANAK DI RKK SULTANAH HAJJAH KALSOM"



"ISU PENGABAIAN KANAK-KANAK DI RKK SULTANAH HAJJAH KALSOM"
Susulan daripada laporan akhbar bertarikh 18 Mac 2016 mengenai kanak-kanak yang dipercayai diabaikan, Jabatan Kebajikan Masyarakat sememangnya bertanggungjawab dalam memastikan institusi kanak-kanak di bawah kendaliannya mematuhi peraturan yang ditetapkan. Ini adalah kerana Rumah Kanak-Kanak (RKK) merupakan institusi/tempat selamat bagi memelihara dan melindungi kanak-kanak seperti yang ditetapkan di bawah seksyen 54 Akta Kanak-Kanak 2001.

Jabatan amat menitik beratkan segala hal ehwal berkaitan kanak-kanak yang ditempatkan termasuklah aspek kesihatan dan kebersihan diri dan tempat tinggal mereka. Oleh hal yang demikian, kanak-kanak yang dipercayai dijangkiti penyakit akan diasingkan daripada kanak-kanak yang laindan ditempatkan di bilik pengasingan berdasarkan nasihat Pegawai Perubatan.

Setiap minggu, Pembantu Perubatan akan datang memantau kesihatan kanak-kanak manakala Pegawai Perubatan pula akan datang memantau perkembangan kanak-kanak tersebut pada setiap bulan. Sekiranya berlaku sebarang kecemasan atau kanak-kanak tersebut memerlukan sebarang rawatan lanjut, kanak-kanak akan dihantar terus ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan (HTAA). Seramai dua (2) orang Jururawat Masyarakat (U19) juga ditugaskan untuk memantau kesihatan kanak-kanak setiap hari. Oleh hal yang demikian, berdasarkan siasatan dalaman yang dijalankan, tiada sebarang perbuatan mengurung atau persamaan dengannya malahan perkara ini tidak pernah berlaku seperti yang dilaporkan.

Keadaan dewan makan institusi pula adalah ditutup buat sementara ini bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan dan telah siap pada 17 Mac 2016. Permohonan untuk menggunakan semula dewan makan tersebut akan dibuat dengan segera ke Pejabat Inspektorat Daerah Kuantan. Malahan, pembelian tambahan peralatan untuk kegunaan makan minum juga telah dibuat pada 3 Disember 2015 oleh pihak institusi bagi memastikan kelengkapan mencukupi untuk keperluan kanak-kanak.

Selain itu, pihak JKM juga turut membekalkan keperluan harian lain seperti pakaian sekolah, t-shirt, seluar, sabun, ubat gigi dan sebagainya kepada kanak-kanak. Perkhidmatan dobi juga turut disediakan bagi mencuci pakaian bayi dan kanak-kanak. Manakala, bagi kanak-kanak yang berumur 13 tahun ke atas, mereka adalah digalakkan untuk membasuh pakaian sendiri sebagai latihan berdikari.


Oleh itu, Saya merasakan laporan yang tidak berasas seperti ini haruslah dihentikan. Namun begitu, dari semasa ke semasa Jabatan akan sentiasa melihat pelbagai aspek bagi memperbaiki mutu perkhidmatan kepada kanak-kanak yang ditempatkan di institusi JKM supaya mereka mendapat perlindungan secukupnya.

****

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...