ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
TERKEJUT BAYI DITINGGALKAN DALAM MESIN BASUH | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Wednesday 28 October 2015

TERKEJUT BAYI DITINGGALKAN DALAM MESIN BASUH


SEBUAH keluarga yang tinggal di Kampung Ulu Dulang, Yan, Kedah gempar dengan penemuan seorang bayi perempuan yang masih bernyawa di dalam sebuah mesin basuh milik mereka, kira-kira pukul 10.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Muhamad Halim Yatim berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 10.44 malam dan telah ke lokasi kejadian.


“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai masuk ke rumah terbabit melalui pintu belakang yang tidak berkunci sebelum meletakkan bayi berkenaan di dalam mesin basuh.

“Kita sedang mengesan suspek dan meminta pihak hospital kerajaan mahupun klinik swasta untuk segera menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya terdapat individu yang disyaki datang mendapatkan rawatan,” katanya.

Tambah Halim, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi.

Sementara itu, Pembantu Pegawai Perubatan dari Hospital Yan mengesahkan bayi perempuan berusia sehari yang cukup sifatnya itu berada dalam keadaan sihat. – 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...