ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
KOS KULIAH MAGHRIB HUSAM MUSA DI PUTRAJAYA RM 100 RIBU? | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Thursday 29 October 2015

KOS KULIAH MAGHRIB HUSAM MUSA DI PUTRAJAYA RM 100 RIBU?


Nama Husam Musa semakin tenggelam dalam politik semasa apatah lagi semenjak ketiadaan TG Nik Aziz.ADUN Salor yang pernah menjadi orang kepercayaan MB Kelantan dengan memegang jawatan  pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan.

Kelantangan beliau mengkritik kepimpinan Kerajaan Kelantan diketuai oleh Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah mengundang respon dari menantu Presiden PAS,Zaharudin Mohamad yang ternyata kurang senang dengan tindakan beliau.

Kritikan Husam Musa berkaitan ketidaktelusan kerajaan Negeri Kelantan terutama isu pembalakan dan ketidakcekapan kerajaan Negeri menguruskan kewangan menyebabkan ketirisan khususnya berkaitan isu menaiktaraf air.


Malah, Husam juga menuntut kerajaan negeri supaya tidak meluluskan permohonan sebuah syarikat untuk menebang kawasan seluas 1,400 hektar di hutan simpan Kekal Ulu Sat di Machang.

Husam memberi contoh naik taraf Loji Rawatan Air Jeli bertujuan mencapai 10 juta liter (JLH) air sehari dengan kos RM21 juta, namun hanya mencapai 6.6 JLH.

"Naik taraf loji rawatan air Bukit Remah, Tanah Merah dengan kos RM16.4 juta bagi meningkatkan pengeluaran kepada 42 JLH tetapi pencapaian 36.6 JLH.

"Naik taraf loji rawatan air Pintu Geng membabitkan kos RM52 juta dengan sasaran 30 JLH namun dengan kos sebesar itu hanya mengeluarkan 12.5 JLH," katanya.

Untuk mengurangkan kebocoran paip, AKSB membelanjakan RM130 juta setakat Julai tahun ini, namun kadar air tanpa hasil masih 52 peratus, bererti gagal sama sekali, katanya.

Husam juga menyindir watak Zaharudin antara punca kekalahan Terengganu  sementara Zaharudin pula mengaitkan tentang kejatuhan Kedah adalah kerana cara yang digunakan oleh Husam seumpama apa yang dilakukan oleh  Datuk Phahrolrazi Zawawi yang adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah yang sering membidas pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak seperti mana yang dilakukan oleh Husam Musa sekarang

Apa yang mengejutkan Zaharuddin turut mendedahkan bahawa ada orang Husam Musa yang mengemukakan proposal bajet berjumlah RM 100 ribu untuk menjayakan program Kuliah Maghrib di Putrajaya.Namun setelah dibuat semakan dan ditolak kos sebenar berjumlah RM 30 ribu..pihak berkenaan tidak mahu meneruskan program tersebut mungkin kerana margin keuntungan yang tidak besar.

Zaharudin juga menempelak Husam Musa yang ingin menjadi juara rakyat Kelantan sedangkan sewaktu rakyat Kelantan sedang dilanda musibah banjir Husam Musa bersama keluarga makan angin di Kemboja.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...