ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
NIZAR MINTA MAAF FITNAH PM DILEPASKAN DARI HUKUMAN MAHKAMAH | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Wednesday 28 October 2015

NIZAR MINTA MAAF FITNAH PM DILEPASKAN DARI HUKUMAN MAHKAMAH


Peranan sebilangan ahli pembangkang di Malaysia cukup mudah,kebijaksanaan mempengaruhi rakyat dengan ucapan berapi-rapi disulami dengan provokasi meniup semangat penentangan  terhadap kerajaan dengan pelbagai slogan,ditambah pula kelicikan memutarbelitkan fakta ,membina kilang fitnah seakan suatu kewajipan jika mahu menjadi ahli politik pembangkang yang dikenali di Malaysia.

Terkini bgaimana bekas MB Perak Nizar Jamaludin yang juga ADUN Changkat Jering telah memohon maaf kepada Perdana Menteri Malaysia secara terbuka di mahkamah berikutan ucapan beliau di dalam ceramah umum di Taman Desa Pakatan di Ipoh pada 23 hb Aprill 2012.


Pihak ATM telah menafikan apa yang di dakwa oleh Nizar Jamaludin dan mereka tidak pernah dipanggil oleh Najib Tun Razak untuk bersiap siaga seandainya BN tewas pada PRU ke 13.

Bekas  Ahli Parlimen Bukit Gantang yang menyertai PAN yang juga ADUN Changkat Jering itu dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun dan denda.


Ahli politik berusia 58 tahun itu dakwa di Mahkamah Seksyen Ipoh pada 25 ogos 2014,mengaku tidak bersalah dan diikat jamin dengan sebanyak RM 4,000 sementara menunggu tarikh perbicaraan pada 26 September 2014.Bagaimanapun pada 28 Oktober 2015 beliau akhirnya mengaku melakukan fitnah terhadap Perdana Menteri dan memohon maaf di mahkamah.

Beginilah antara sikap buruk sesetengah ahli politik pembangkang di Malaysia yang menggunakan kebebasan bersuara dalam demokrasi yang diamalkan dengan cara menabur fitnah dan mengaburi mata rakyat semata-mata kepentingan politik tanpa mengambil kira kesan kepada tindakan mereka yang bukan sahaja menunjukkkan kebobrokan mereka tapi nilai seorang ahli politik pembangkang yang terlalu murah untuk dibeli oleh rakyat Malaysia.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...