ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
LEMAH SYAWAT TAPI NAFSU BESAR | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Thursday 29 October 2015

LEMAH SYAWAT TAPI NAFSU BESAR


Kalau dilihat zahirnya memang jenis bernafsu.Tapi manusia memang begitu,bernafsu dan bercita-cita besar sedangkan kemampuan tidak ada.Berdegar degar kalau bersuara tapi bak kata orang zaman sekarang sembang kencang..habuk pun tarak.


Samalah seperti apa yang dinyatakan oleh Setiausaha  Publisiti Kebangsaan DAP yang juga Ahli Parlimen DAP Tony Pua yang mengakui bahawa peluang menyingkirkan Perdana Menteri DS Najib Tun Razak dengan menolak Bajet 2016 adalah hampir sifar.

Pelbagai kaedah dan usaha licik DAP dengan melakukan propaganda hingga meminta dikemukakan ususl melalui Ketua Pembangkang Wan Azizah melalui usul undi tidak percaya namun menyedari kemungkinan usul tersebut tidak akan dibahaskan pada persidangan Parlimen kali ini,berharap pula ahli pembangkang menolak bajet 2016 yang dibawa oleh Perdana Menteri.

Tony Pua sebagai berkata didalam satu forum di Kuala Lumpur semalam adalah sukar untuk mendapat sokongan ahli parlimen kerajaan .Pembangkang yang melalui Pakatan Harapan hanya mempunyai 72 kerusi melalui gabungan DAP-PKR-PAN sekalipun PAS yang memiliki 14 kerusi menyokong termasuk PSM melalui Dr Jeyakumar Devaraj dan ahli bebas Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kekurangan 24 kerusi untuk mendapat majoriti mudah 112 membuatkan Tony Pua tidak meletakkan harapan .jadi apa perlunya propaganda yang dimainkan selama ini jika sudah tau bahawa semua usaha ini akan gagal?

Adakah ahli Perlimen BN akan bertindak bodoh dengan menolak bajet 2016 yang dibentangkan..kalau mungkin mahu mengikuti jejak Muhyidin Yasin dan Shafei Afdal ..entahlah...cari penyakit namanya....






1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...