ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Blogger Aksi Lucah Alvin Tan Lari Ke Amerika Syarikat Cari Suaka Politik | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Friday 26 September 2014

Blogger Aksi Lucah Alvin Tan Lari Ke Amerika Syarikat Cari Suaka Politik


Peguam blogger kontroversi Alvin Tan tidak dapat mengesahkan atau menafikan sama ada anak guamnya yang berdepan tuduhan jenayah, sedang cuba mendapatkan suaka politik dari Amerika Syarikat (AS) seperti yang didakwa di laman Facebook miliknya dua hari lepas.

Bagaimanapun, Tan, 26, kelihatan seperti mengikuti perkembangan laporan media tentang perkara itu apabila membuat posting di Facebook mengambil satu perenggan laporan media berkaitan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Posting yang dinaikkan awal hari ini memetik Wan Junaidi berkata: “Untuk bawa dia pulang ke Malaysia, mesti melalui proses undang-undang. Apa yang menjadi kesalahan di Malaysia mesti juga jadi kesalahan di AS; kalau tidak, permohonan kita untuk mengekstradisinya akan gagal.”

“Mahkamah US tidak akan membenarkannya. Tambahan pula, US ialah negara imigran dan selalunya bersimpati dengan masalah yang dihadapi pelarian. Pokoknya di sini, tidak banyak yang kita boleh lakukan.”

Di hujung posting itu, terdapat tulisan dalam bahasa Cina: “Baguslah kalau kamu tahu itu.”

Posting itu menerima komen dari rakan-rakan Facebooknya, di mana salah seorang yang menggunakan nama James Sim berkata: “Lol, bebas, bro..”

Seorang lagi pengguna media menggunakan nama Hari Haran, menulis: “Alvin! Malaysia tidak perlukan seorang yang pentingkan diri sendiri, mencari perhatian, bodoh dan ego macam awak…”

Peguam Tan, Chong Joo Tian berkata tidak dapat pastikan perkara itu, sambil menambah yang media ada membuat cubaan menghubungi emaknya bagi mengetahui di mana dia berada dan sama ada benar sedang mendapatkan suaka politik AS.

“Saya baru bercakap dengannya dan dia beritahu saya dia terima mesej dari media. Tetapi dia tidak mahu bercakap tentangnya,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Chong berkata perbicaraan kes Tan di Mahkamah Sesyen sepatutnya diteruskan, tetapi menambah pihak pendakwa mesti memutuskan sama ada hendak menggantung sementara pendakwaan Tan atau mendakwanya semasa ketiadaannya.

Tan bersama pasangannya, Vivian Lee, 25, berdepan tuduhan jenayah mengikut Akta Hasutan selain Akta Penapisan Filem kerana memuat naik bahan kontroversi di Internet, termasuk gambar menghina umat Islam di laman Facebook.

Pasangan yang dikenali sebagai “Alvivi” itu dituduh melakukan perbuatan berunsur hasutan dengan memuat naik gambar mereka di Facebook sedang menikmati bak kut teh (sup herba babi) dan mengucapkan “Selamat Berbuka Puasa” ketika bulan Ramadan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...