ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Video Pencuri Telefon Bimbit Dibelasah Hingga Mati | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Monday 29 September 2014

Video Pencuri Telefon Bimbit Dibelasah Hingga Mati



Siapakah yang bersalah  si pencuri atau mereka yang menjadi mangsa pencuri.Kisah sorang pencuri atau peragut yang tertangkap oleh orangramai memang sering menjadi perhatian kerana kebanyakan dari mereka akan teruk dibelasah.Namun kejadian di Bukit Mertajam dimana seorang pencuri talifon dibelasah hingga mati seharusnya menyedarkan masyarakat agar tidak mengambil tindakan membelakangkan undang-undang.




Seorang penganggur yang cedera parah dipukul orang ramai kerana mencuri sebuah telefon bimbit milik seorang pemandu lori Jumaat lepas, meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam (HBM) di Bukit Mertajam, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Rusli Mohd Noor berkata mangsa, Ooi Sim Guan, 38, mati pada pukul 12.40 pagi ini selepas kira-kira 36 jam tidak sedarkan diri dan menerima rawatan di hospital berkenaan.SUMBER

“Dalam kejadian pada pukul 2 petang Jumaat lepas, mangsa telah menahan sebuah lori di tepi jalan di Taman Sejahtera di sini dan memberitahu pemandu berkenaan dia ingin menumpang ke Bandar Bukit Mertajam.

“Pemandu lori berkenaan yang berusia 33 tahun yang sedang dalam perjalanan ke Kulim kemudian membenarkan mangsa menaiki lorinya namun selepas satu kilometer, mangsa memaklumkan ingin turun,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Mertajam hari ini.

Beliau berkata selepas lelaki itu turun, pemandu lori berkenaan menyedari telefon bimbitnya yang diletakkan dalam tempat penyimpanan barang di bahagian penumpang telah hilang dan dia berpatah balik ke Taman Sejahtera untuk mencari lelaki terbabit.

“Pemandu lori itu menemui lelaki berkenaan di kawasan padang berhampiran rumah kedai dan berlaku pertengkaran antara mereka apabila telefon bimbit yang hilang ditemui bersama mangsa,” katanya.

Rusli berkata berlaku pergelutan dan beberapa lelaki yang berada di kawasan itu turut memukul mangsa dan pada masa yang sama seorang individu bertindak merakam kejadian tersebut menerusi telefon bimbit yang kemudiannya memuat naik rakaman itu di laman sosial.

Katanya susulan kejadian itu, polis menahan pemandu lori terbabit di Bukit Mertajam hari ini bagi membantu siasatan.

“Kami juga sedang mengesan beberapa lagi individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan dan saya minta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes itu menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak bertindak di luar batasan sehingga mencederakan orang lain biar pun mengesyaki mereka melakukan jenayah.

“Kita menghargai tindakan orang awam (yang mahu menangkap penjenayah), tetapi jangan bertindak sewenang-wenangnya sehingga melampaui undang-undang. Sepatutnya jika berlaku sebarang kejadian jenayah tangkap dan serah kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.\

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...