ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Team Mustad Asia Juara Royal Pahang BillFish International Challenge 2014 | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Thursday 18 September 2014

Team Mustad Asia Juara Royal Pahang BillFish International Challenge 2014



Pertandingan Royal Pahang BillFish International Challege 2014 berakhir dengan Team Mustad Asia dinobatkan sebagai juara kejohanan yang diadakan kali ke 10.Team Mustad Asia diwakili oleh Mr J.J.Hayashi Masahiko ( Jepun),Yanto Irwanto     (Indonesia )dan Edward Long(Singapura) membawa hadiah wang tunai RM 20,000 serta saguhati berupa peralatan memancing dari penaja kejohanan.Manakala tempat kedua dimenangi oleh Team Dogo yaang membawa pulang hadiah wang tunai RM 14,000.Team Cmas Euro International pula mendapat tempat ke 3 yang menawarakan hadiah berjumlah RM10,000.





Mr Edward Long dari Team Mustad Asia memenangi katagori Best Individual manakala Best Keeper kejohanan pula disandang oleh Mr Ricky Tay.Majlis penyampaian hadiah diadakan di Lanjut Golf & Beach Resort disempurnakan oleh YB Dato'Mohd Sharkar b.Shamsudin,Exco Pelancungan Negeri Pahang merangkap ADUN Lanchang.Turut sama mengiringi beliau YB Dato'Maznah bt Mazlan,Timbalan Pengerusi Tourism Malaysia,merangkap ADUN Muadzam Shah,YH Dato'Haji Hashim Mat Tahir Pengurus Beasar Lembaga Pembangunan Tioman serta Tuan Hj Idros Pengarah Kementerian Pelancungan Dan Kebudayaan Malaysia Negeri Pahang



Sementara itu dalam ucapan penutupan kejohanan Royal Pahang BillFish International Challenge 2014,YB Dato'Mohd.Sharkar Shamsuddin berkata kerajaan akan terus memberikan sokongan bagi memajukan sektor pelancungan di Negeri Pahang dengan pelbagai usaha antaranya pembinaan jeti khusus untuk kegunaan pemancing di Kampung Pantai Bernas,membanyakkan tukun dan unjam di kawasan kejohanan bagi mengekal dan menambah stok makanan ikan billfish dan pemantauan pihak berkuasa terhadap aktiviti nelayan pukat tunda yg sering dilaporkan.Bagi tujuan itu,masyarakat digesa turut peka dengan melaporkan kepada pihak berkuasa kegiatan pukat tunda di kawasan perairan yg dilarang boleh mengancam  aktiviti perikanan nelayan tempatan serta sukan memancing.



























No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...