ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Wajah Kanak-Kanak Yang Maut Tercampak Permainan Berputar DiKenalpasti | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Friday 19 September 2014

Wajah Kanak-Kanak Yang Maut Tercampak Permainan Berputar DiKenalpasti


Kuala Lumpur: Pihak berkuasa Australia mengesahkan identiti kanak-kanak Malaysia yang maut selepas tercampak daripada permainan berputar di Royal Adelaide Show, Australia, Jumaat lalu dikenal pasti sebagai Adelene Leong yang berusia lapan tahun.

Menurut kenyataan yang keluarkan Polis Australia Selatan di Facebook, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan permainan berkenaan diminta tampil membantu siasatan.

"Orang awam yang mempunyai maklumat mahupun ada mengambil gambar atau merakam video permainan AirMaxx 360 diminta tampil membantu siasatan kerana kami berharap untuk mendapatkan maklumat daripada bukti tersebut," kata Ketua Inspektor Selena Dinning dari Sturt Local Service Area, semalam.

Dinning berkata, ekoran kejadian itu Agensi Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan Australia Selatan (Safework SA) telah menyita permainan terbabit.

Adelene dilaporkan melawat Australia bersama keluarganya dan terpelanting ketika dikatakan bermain permainan yang dikenali AirMaxx 360 yang mempunyai ukuran 15 meter panjang dan 18 meter lebar dan mampu membawa 24 orang dalam satu-satu masa.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...