ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Azmin Kaji Isu Rampasan Bible Penuhi Agenda DAP? | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Wednesday 24 September 2014

Azmin Kaji Isu Rampasan Bible Penuhi Agenda DAP?


Rampasan Bible oleh JAIS pada 2 Januari di Damansara Kim Selangor bakal menguji sejauh mana MB Selangor yang baharu mampu menanganinya.Jika TS Khalid yang konsisten dengan pendiriannya di belakang MAIS apakah akan berlaku keputusan yang berbeza?Tempoh 90 hari iaitu sebelum 11 September untuk semakan semula kehakiman telah tamat walaupun Peguam Negara memutuskan tiada pendakwaan ke atas Persatuan Bible Malaysia(PBM).

Walaupun masih ada tindakan alternatif lain yang boleh diambil oleh PBM dengan mengemukakan saman sivil dan atas pertimbangan mahkamah PBM boleh menuntut gantirugi sekiranya 321 naskhah Bible versi bahasa Malaysia (AlKitab) dan Iban (Bup Kudus) yang dirampas awal tahun ini dimusnahkan.

Persoalan undang-undang biar mahkamah tentukan tetapi apa yang menggusarkan ramai pihak tindakan Kerajaan Negeri dibawah Menteri Besar yang baru Azmin Ali.Perlantikan beliau sebagai MB tidak pernah dipersoal oleh DAP.Jika dilihat dan diperhatikan isu rampasan Bible ini mendapat kritikan kuat pemimpin DAP khususnya Lim Guan Eng.



Pendirian Azmin juga selari dengan Majlis PresidenPakatan Pembangkang DAP-PKR-PAS yang dibuat pada 8 Jan .Azmin Ali dalam sidang media pada 17 Januari 2013 telah menyanggah ketetapan yang dibuat oleh Majlis Syura' Ulama' PAS mengenai isu kalimah Allah.Sila klik .Beliau bila ditanya sebaik sahaja dilantik sebagai MB Selangor berkata akan mengkaji semula isu rampasan Bible sila klik.Apakah pendirian Azmin selepas dilantik sebagai MB Selangor?

SUMBER



P/S ~ Stail pemerintahan berbeza antara TS Khalid dan Azmin tidak bermaksud melakukan segala tindakan yang berbeza,Jangan hanya kerana mahukan sokongan politik DAP,sanggup gadaikan Kalimah Allah ..saya salute TS Khalid dalam isu rampasan Bible.Azmin....tak tahu lagi, kita tunggu..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...