ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
PAS Diambang Perpecahan | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Sunday 21 September 2014

PAS Diambang Perpecahan

Hj Hadi Awang President PAS berkata sesuatu kepada Mustafa Ali Setiausaha Agong Pas Ddi Muktamar Agong PAS kali ke 60 di Batu Pahat Credit foto BERNAMA
BATU PAHAT: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengakui parti itu di ambang perpecahan berikutan terdapat dakwaan parti itu berpecah kepada dua kumpulan iaitu golongan ulama dan profesional.

"Suasana pada hari ini berbeza dengan perjuangan PAS pada waktu dulu. Kini, wujudnya kumpulan ulama dan profesional dan kerana adanya kumpulan ini, sukar bagi PAS untuk disatukan.

"Psikologi itu sudah ditanam tetapi saya yakin ia boleh disatukan," katanya pada sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata, perpecahan yang berlaku kini tidak pernah berlaku di dalam parti itu sebelum ini.

"Berpuluh tahun tidak timbul pun seperti mana yang timbul sekarang. Haji Hadi (Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang) berbisik pada saya, pemimpin dr era 70-an kini hanya tinggal empat orang saja antaranya beliau, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Dr Haron Din.

"Kumpulan yang dinamakan ulama dan profesional bukan perkara baru dalam PAS. Kenapa perkara itu wujud ketika ini?

"Jangan sampai isu kumpulan ulama dan profesional ini dibangkitkan hendak memimpin PAS. Kita memang sedang memimpin PAS bersama-sama.

"Siapa kata profesional tidak diperlukan dalam PAS, dia sebenarnya tidak memahami dinamik perjuangan PAS. Kalau kata ulama pun sama tidak faham... dua-dua kumpulan ini sebenarnya saling melengkapi satu sama lain," katanya.

Beliau turut mengingatkan kepada ahli parti yang sentiasa bercanggah pendapat dengan pemimpin tertinggi supaya tidak menjatuhkan mana-mana pemimpin pada sesi pemilihan tahun depan.

"Jangan kita lihat pada sesi pemilihan muktamar tahun depan, ada yang mahu melihat orang-orang ini dijatuhkan.

"Pimpinan siapa yang tidak lakukan kesilapan? Jangan tidak puas hati dengan orang ini... datang sembelih... datang lagi orang lain tak puas hati, sembelih. Jika perkara ini berterusan, habislah," 

katanya.


 Isu MB Selangor bila nak selesai daaaaa.....BN pernah juga ada masalah isu MB tapi tak lah lama sangat..beginilah jika PAS hanyalah alat tunggangan PKR dan DAP dalam mencapai cita cita politik mereka.Dalam BN pengerusi BN ada kata putus bagi hal-hal yang menjadi pertikaian tetapi didalam Pakatan Rakyat ,Ketua Umum(KETUM) mempunyai kata putus tetapi mengapa PAS tidak menurut apa yang diputuskan oleh Anuar Ibrahim.?

Bagaimana agaknya nanti jika ditakdirkan mereka memerintah negara yang banyak keputusan lebih penting tetapi gagal mencapai kata sepakat,pakat berbalah menyalahkan antara satu sama lain dan perang media secara terbuka.Muktamar Agung PAS kali ke 60 menggambarkan bagaimanakah landskap perjuangan PAS sekarang.

Mahukah PAS bertelagah dengan Sultan Selangor semata-mata untuk menjaga kesetian kepada Pakatan Rakyat.?PAS tidak perlu terikut-ikut tarian Anwar Ibrahim yang mabuk kuasa,terima sahajalah jawatan MB Selangor andaikata Sultan berkenan supaya calon dari PAS mengisi jawatan tersebut.Jika PAS memilih untuk mencipta konflik pula dengan istana ianya bukanlah tindakan politik yang bijak kerana harus diingat ramai pengundi PAS juga terdiri daripada orang Melayu yang masih menghormati institusi DiRaja.

Dari kacamata Istana,calon PKR sukar mendapat tempat kerana sikap Anwar yang sudah beberapa kali mengguris perasaan Sultan Selangor dengan membuat kenyataan yang kurang menyenangkan baginda.Sikap menderhaka kepada titah Sultan dengan masih menghantar satu nama menunjukkan ego dan taring mereka seolah menidakkan kuasa yang dimiliki oleh Sultan Selangor dalam menentukan siapakah yang paling layak menggantikan TS Khalid Ibrahim dan hari Selasa nanti akan menentukan masa depan PR samada masih mampu bertahan atau tidak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...