ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Pejabat ADUN Teruntum Diserang | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Tuesday 23 September 2014

Pejabat ADUN Teruntum Diserang

  • Pemuda (kiri) yang dikatakan datang ke pejabat Adun Teruntum dan mula naik angin serta merosakkan pejabat apabila permintaannya mendapatkan bantuan ditolak oleh Norbaini, dekat sini, semalam.

KUANTAN - “Saya boleh bunuh awak sekarang tapi polis tak boleh buat apa sebab saya mental."

Demikian ugutan dilemparkan seorang lelaki tidak dikenali kepada pembantu peribadi Adun Teruntum, Myra Wong dan Pegawai Khas Khas Adun Teruntum, Nurbaini Abu Bakar, selepas permintaannya mendapatkan bantuan kewangan ditolak ketika datang ke Pejabat Adun Teruntum, kira-kira jam 12.45 tengah hari, semalam.

Menurut Nurbaini, lelaki berkenaan mengakui dan menunjukkan kad kesihatan mentalnya ketika datang meminta bantuan kewangan.

“Kami tidak mempunyai peruntukan khas buatnya dan sebelum ke pejabat dia ada memberitahu telah datang ke Kuantan daripada Sungai Petani, Kedah untuk meminta bantuan kewangan daripada bapa saudaranya.

“Setelah bapanya tidak mempedulikan permintaan tersebut yang kononnya untuk membeli ubat-ubatan dan mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur, dia datang ke pejabat Adun Teruntum untuk mendapatkan sedikit wang.

“Kami memang membuka pusat khidmat ini untuk membantu namun bantuan diberikan bukanlah sewenang-wenangnya memandangkan tiada peruntukan khas dan bantuan yang ada kami hulurkan adalah daripada usaha kami sendiri serta kepada mereka yang sudah dikenal pasti,” katanya kepada pihak media, dalam satu sidang akhbar, dekat sini.

Nurbaini berkata, ketika kejadian mujur ramai yang berada di pejabat jadi pemuda yang berumur dalam lingkungan 30an itu tidak berani membuat tindakan melulu.

“Walaupun dia mengamuk dan menggemburkan kata-kata kesat, ugutan demi ugutan, pertikaian dan kemarahan yang penuh perkauman, namun kami masih dapat mengawal keadaannya.

“Apa dibimbangkan ugutannya yang begitu serius ditujukan buat pegawai peribadi Adun Teruntum, bimbang dia berani melakukannya di luar.

“Pemuda tersebut juga berulang kali memarahi kami dan menyalahkan wakil rakyat kerana tidak membantunya walaupun kami memberi penerangan bahawa kami tidak mempunyai peruntukan seperti mana adun Barisan Nasional,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, keadaan tegang itu berlaku tidak lama kerana dia cepat juga beredar daripada pejabat namun selang beberapa minit, dia kembali merosakkan pintu hadapan pejabat tersebut.

“Saya ingat selepas berjaya memintanya untuk beredar, kami sudah selamat sebab saya cepat-cepat kunci pintu tetapi rupanya dia telah kembali dengan sebatang kayu dan sebiji batu besar.

“Dia dengan sengaja merosakkan pintu pejabat adun dengan kayu dan pintu hinggakan serpihan kayu banyak bertaburan di hadapan pejabat kami," katanya.

Sementara itu Adun Teruntum, Chong Siong berkata, beliau begitu kesal dengan kejadian yang telah menimpa pegawainya itu dan perkara tersebut tidak seharusnya berlaku.

“Kejadian tersebut ada bersangkut paut dengan hasil didikan yang selama ini diberikan adun atau wakil rakyat BN.

“Sekiranya tidak ada duit dan memerlukan bantuan kewangan, mereka boleh sewenangnya meminta-minta kepada adun sedangkan perkara tersebut adalah inisiatif mereka sendiri untuk memperoleh bantuan kewangan pada jabatan kebajikan atau pusat zakat sekiranya benar-benar memerlukan.

“Kami memang buka pusat khidmat masyarakat tetapi tujuan kami adalah membantu rakyat yang betul-betul memerlukan, cara yang dilakukan lelaki tersebut seperti hendak merompak adun sahaja,” katanya.

Menurutnya, sekiranya benar pemuda tersebut memerlukan, tidak perlu dengan cara yang kasar dan memaki-hamun mungkin boleh berunding.

“Sekiranya pemuda tersebut bercakap dengan cara yang betul, pegawai khas saya mungkin boleh memberikan jalan terbaik untuknya mendapatkan bantuan memandangkan dia datang dari Kedah.

“Kalau nak diikutkan, kita memang nak membantu semua rakyat yang memerlukan, cuma kita tidak ada peruntukan bagi mereka datang secara melulu.

“Dengan gaji Adun sebanyak lebih kurang RM4,000 memang tidak mampu membantu ramai orang daripada segi kewangan tetapi kita tetap berusaha, biar kita miskin tapi janji kita tetap bantu hanya yang betul-betul perlu,” katanya.

Ekoran kejadian itu, Norbaini turut membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, semalam.


P/S ~ Itulah..jangan tersalah pilih wakil rakyat..bila begini keadaannya tentu menyusahkan,..YB nak bantu macamnana kalau hanya dengan gaji RM 4,0000 sebulan sedangkan ramai yang perlukan perhatian dan bantuan.Tugas YB membantu tapi jika tak mampu selesaikan dengan mencari alternative lain apa guna jadi YB,PKR di Pahang tak mampu jaga kebajikan rakyat..itu kenyataan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...