ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
#BERSIH4.0 MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Thursday, 27 August 2015

#BERSIH4.0 MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI


Tiada sebarang sekatan kepada mereka yang ingin menyuarakan pendapat selaras dengan amalan demokrasi yang diamalkan di negara ini tetapi ianya perlulah juga mengambil kira ketenteraman awam.

Perhimpunan BERSIH4.0 tidak mendapat kelulusan/permit dari pihak DBKL begitu juga PDRM yang ingin mengadakan perhimpunan di kawasan berhampiran Dataran Merdeka yang dalam persiapan Hari Kebangsaan ke 58.

Perhimpunan BERSIH sejak dari mula menyasarkan kawasan perniagaan orang Melayu terutama Jalan Tuanku Abd Rahman yang terjejas teruk.Berikut beberapa angka yang diberikan untuk menganggarkan kerugian yang dialami akibat tindakan tidak bertanggungjawab penganjur BERSIH.

  1. Pihak KDN menanggung kerugian sebanyak RM 1.8 juta setiap kali perhimpunan BERSIH diadakan bermula dari perhimpunan BERSIH 1.0,BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0
  2. BERSIH 4.0 akan diadakan selama dua hari dan ini bermakna kerugian yang bakal ditanggung oleh KDN dianggarkan berjumlah RM 3.6 juta.
  3. Seramai 15,000 orang anggota polis akan ditugaskan bagi mengawal perhimpunan BERSIH.
  4. Punca pendapatan pemandu teksi seramai 36,000 orang juga akan terjejas akibat kesesakan lalu lintas serta keengganan pengguna teksi untuk keluar akibat bimbang faktor keselamatan.Anggaran kerugian pemandu teksi di KL adalah RM 5.4 juta  sehari dan jika BERSIH 4.0 ini diadakan selama dua hari bermakna kerugian dijangkakan RM 10.8 juta.
  5. Disekitar Kuala Lumpur dianggarkan ada 6,000 gerai yang  anggaran keuntungan gerai RM 1,000 - 50,000 sehari setiap gerai.Bayangkan jika mereka terpaksa menutup perniagaan selama dua hari.
  6. Terdapat 15 pusat membeli belah yang akan mengalami kerugian sepanjang perhimpunan diadakan.
  7. Sewaktu BERSIH 3.0 Plaza Sg Wang mengalami kemerosotan jualan 30% manakala SOGO, Low Yat, Starhill dan Lot 10 mengalami kemerosotan jualan sehingga 50%.Manakala Pasar Seni ditutup sepanjang hari.Petaling Street pula 80% peniaga menutup perniagaan manakala di KLCC perniagaan lambat dibuka dan ada juga yang menutup perniagaan.
  8. Kira kira 38 stesyen Televisyen diseluruh dunia akan memberikan liputan sepanjang setiap kali BERSIH diadakan dan jelaslah ini akan mencemarkan nama baik Malaysia di mata dunia.
  9. Akibat dari itu sektor pelancungan akan turut terjejas dimana 44 pejabat pelancungan Malaysia di serata dunia terpaksa menggandakan usaha meyakinkan pelancung untuk datang ke Malaysia.
  10. Sektor pelancungan di Malaysia secara puratanya menyumbang sekitar RM 4.85billion sebulan,RM1.21billion seminggu,RM 173.51 juta sehari dan RM 7.23 juta sejam.Anggaran kerugian akibat penganjuran BERSIH selama dua hari ialah sekitar RM 1.21 billion.
  11. Hal ini disebabkan dalam tempoh satu minggu pelancung asing tidak akan datang melawat negara ini dan adakalanya  ianya lebih lama dari tempoh seminggu bergantung kepada keyakinan pelancung seperti yang berlaku di Bangkok sewaktu demontrasi berlaku di sana.
  12. Sekitar 600 hotel di Kuala Lumpur akan turut mengalami kerugian akibat dari perhimpunan BERSIH.
  13. Bagi pengguna jalanraya di Kuala Lumpur yang populasinya seramai 1.7 juta orang akan menghadapi kesesakan jalanraya yang teruk.
  14. Yang paling membimbangkan BERSIH ditaja oleh National Demokratic Institute(NDI),Open Society Institute(OSI) dan National Endowment Democracy (NED).3 badan penaja ini merupakan istitusi barat yang merbahaya yang meracuni pemikiran rakyat dalam menaja demontrasi diseluruh dunia yang menyebabkan kehilangan ribuan nyawa demi mencapai agenda pihak tertentu.
Jelaslah kepada kita bahawa perhimpunan BERSIH ini hanya mendatangkan keburukan kepada negara dan tidak mendatangkan apa apa faedah melainkan kepada pihak pembangkang yang gemar menghuru harakan negara.

Apakah dengan nama perhimpunan aman BERSIH ini diberi jaminan oleh penganjur akan berlangsung dalam suasana aman damai.?Sejarah menunjukkan BERSIH sebenarnya tidaklah sebersih yang disangka melainkan hanya untuk mencapai agenda politik pembangkang .




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...