ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
MUKTAMAR PAS KE 61 DEDAHKAN POLITIK CARI MAKAN PAS | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Sunday 7 June 2015

MUKTAMAR PAS KE 61 DEDAHKAN POLITIK CARI MAKAN PAS


Kemanakah halatuju PAS semakin kabur selepas Muktamar Tahunan PAS kali ke 61 yang baru sahaja berakhir.Selain daripada keputusan pemilihan kali ini yang menarik perhatian,hubungan PAS di dalam Pakatan Rakyat juga masih menimbulkan tanda tanya.

Meskipun usul Dewan Ulama PAS salah satu daripada cabang organisasi PAS untuk menamatkan kerjasana dengan DAP sebaliknya kekal bersama  PKR dan Pakatan Rakyat diterima di Muktamar Tahunan kali ini namun ianya belum di muktamadkan lagi.Kenapa..?

Apa yang menarik perhatian termasuk perwakilan sendiri keputusan Muktamar menerima usul tersebut tanpa bahas seuatu yang mengejutkan.Ramai perwakilan tidak berpuashati kerana Majlis Syura yang akan membuat penilaian dan syor kepada kepimpinan PAS yang baru dilantik.

Perubahan yang dilakukan oleh perwakilan dengan meletakkan golongan yang pro ulama gagal diterjemahkan oleh kepimpinan PAS didalam membuat keputusan penting tentang halatuju parti.Jika masih mahu berdolak dalih lagi , jelas menunjukkan syaf kepimpinan baru yang dibentuk juga tiada telor untuk memutuskan hubungan dengan DAP yang selama ini memperkotak katik PAS melalui serangan serangan terhadap Presiden dan campurtangan didalam pemilihan parti PAS.

Dimanakah siku dan lutut PAS seperti yang ditegaskan Oleh Nasyarudin Tantawi yang selama ini tersembunyi didalam jubah mereka.,adakah sekadar ucapan yang penuh dengan bombastik untuk memenangi jawatan yang dipertandingkan didalam Muktamar kali ini dengan menjadikan isu hubungan dengan Pakatan Rakyat sebagai isu tapi tidak melakukan apa-apa kata muktamad.

Meluluskan usul menamatkan hubungan dengan DAP tanpa bahas sebenarnya mempunyai maksud yang tersembunyi.PAS sebenarnya masih mau menjaga hati PKR khususnya hubungan politik mereka di Selangor.Sekiranya isu itu dibahaskan oleh perwakilan pastinya akan mengundang tindakbalas dari DAP dan PKR sebagai rakan mereka di Selangor.

Seramai 5,000 ahli PAS masih bergantung hidup dan cari makan dengan kerajaan Negeri Selangor melalui pelbagai jawatan politik seperti JKK.Sebarang tindakan yang perwakilan PAS yang melontarkan pandangan dikhuatiri akan merobek perasaan PKR dan DAP yang masih membentuk kerajaan di Selangor.

Inilah dia yang dinamakan politik cari makan,tuduhan yang selama ini dilemparkan kepada UMNO kini berbalik kepada mereka.Menjaga kedudukan politik di peringkat parti dengan menjadikan golongan progresif sebagai kambing hitam pada masa yang sama menjaga akar umbi di Selangor walaupun terpaksa menggadaikan prinsip dan asas perjuangan.Istiqamah hanya gula gula perjungan demi politik cari makan....



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...