ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Cerita Terpilu Kejohanan Balapan & Padang SK Ulu Jempol | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Saturday 18 October 2014

Cerita Terpilu Kejohanan Balapan & Padang SK Ulu Jempol


Setiap hujung tahun seperti kelaziman sukan menjadi menu wajib untuk dihidangkan di sekolah.Akhir-akhir ini kakak kerap pulang petang kerana bersukan dan bila sampai di muka pintu rumah,raut wajahnya ceria seakan menyembunyikan keletihan.Kakak tahu dia tidak boleh menunjukkan rasa letih jika tidak gegendang telinganya bisa tersumbat  mendengar leteran mama dan papa.

Semalam... 

Kakak ceria..pengkhabaran gembira buat papa dan mama membawa pulang dua pingat emas.Esok kak akan akan berlari lagi dalam beberapa acara.Kakak memang berbakat..tapi bakat sahaja tidak cukup jika tiada sokongan papa dan mama.Kakak minta papa dan mama datang ke sekolah meyaksikan betapa kakak mampu mengalahkan siapa sahaja di padang.Kakak pinta papa dan mama menghiasi rumah sukannya agar kelihatan ceria dengan belon-belon kuning dan replika bunga matahari menjadi inspirasi kepada kejayaan kakak menakluk balapan nanti.



Papa tak kekok dan jemu membina menara buloh di hadapan rumah sukan..kakak boleh saja naik di menara buloh papa dan jeritkan sekuat hati biar seantero dunia tahu siapa kakak penakluk balapan.Mama menghiasi jalur kuning di setiap inci rumah sukan kebanggaan kakak.Belon kuning di muka pintu yang mama hias pasti menyambut kepulangan kakak setiap kali pulang berlari di balapan 

Hari ini...

Saat dinantikan sudah tiba..kakak perlu berlari selaju mungkin,sorakan papa,mama dan rakan-rakan seakan menolak akan jauh meninggalkan pesaing yang lain.Setiap langkah larian kakak adalah harapan..harapan bergelar juara.Setiap kalungan emas di leher kakak bukanlah impian.Kakak sepertinya berada di gunung yang tinggi yang tak tergapai lagi bila membawa pulang 5 emas.Kakak boleh saja berdiri di menara buloh rumah sukan yang papa dirikan dan jeritkan sekuat hati..akulah juara.







Sayang seribu kali sayang..kakak berada di puncak tapi tiada siapa yang nampak..nama kakak tidak diumumkan sebagai Olahragawati Harapan.Kakak sugul..kakak kecewa..kakak berduka..kakak perlu menjawab persoalan, mengapakah yang memenangi dua pingat emas dinobatkan sebagai Olahragawati Harapan..?,mengapa tidak kakak yang memenangi 5 emas..?.Kakak gagal menjawab soalan matematik ini walaupun kakak juga pelajar cemerlang mendapat nombor satu setiap kali peperiksaan dari penggal pertama sehingga penggal ketiga.

Esok...

Papa dan mama ada jawapan untuk kakak.Anggaplah ini adalah acara sukan terakhir buat kakak.Tahun hadapan kakak tak perlu berdukalara lagi.Lupakanlah balapan dan sukan kegemaran kakak kalau itu semua hanya bisa menambah luka dihati.Perlu apakah berpanas terik di bawah pancaran mentari,mengerah kudrat sedaya mungkin jika hanya sekadar menjadi bahan hiburan dan bukan penghargaan dan pengiktirafan.Kakak tak layak mengenal erti kecewa..kakak tetap juara di hati papa dan mama biarpun tidak bagi orang lain.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...